KELEBIHAN UMAT RASULULLAH S.A.W MENURUT PANDANGAN NABI ADAM A.S

 Assalammualaikum....

Disebutkan bahawa Nabi Adam A.S telah berkata, " Sesungguhnya Allah S.W.T telah memberikan kepada umat Muhammad S.A.W 4 kemuliaan yang tidak diberikan kepadaku:
[1] Taubatku hanya diterima di kota Makkah, sementara taubat umat Muhammad S.A.W diterima di sebarang tempat oleh Allah S.W.T.
[2] Pada mulanya aku berpakaian, tetapi apabila aku berbuat derhaka kepada Allah S.W.T telah menjadikan aku telanjang. Umat Muhammad S.A.W membuat derhaka dengan telanjang, tetapi Allah S.WT memberi mereka pakaian.
[3] Ketika aku telah berderhaka dengan Allah S.W.T, maka Allah S.W.T telah memisahkan aku dengan isteriku. Tetapi umat Muhammad S.A.W berbuat derhaka, Allah S.W.T tidak memisahkan isteri mereka.
[4] Memang benar aku telah derhaka kepada Allah S.W.T dalam syurga dan aku dikeluarkan dari syurga, tapi umat Muhammad S.A.W derhaka kepada Allah S.W.T akan dimasukkan ke dalam syurga apabila mereka bertaubat kepada Allah S.W.T.

Jadi fikir2 kan lah dan renung2 kanlah perbezaan antara kita dengan Nabi Adam A.S. Betapa beruntungnya kita dilahirkan sebagai umat Nabi Muhammad S.A.W. Kita hanyalah seorang umat bukannya nabi tetapi kelebihan yang telah Allah S.W.T berikan kepada kita terlalu banyak kalau dibandingkan dengan nabi2 terdahulu......sebagai seorang umat jadilah seorang yang tahu bersyukur apa yang telah diperolehi........

0 Comments:

 

Copyright by © 2013 Studio Puteri Nabilah