INDAHNYA RAMADHAN

Date: 26 Ogos 2009
Day:Wednesday
Time:1.05pm....

Assalammualaikum w.b.t.....
salam buat semua teman yg sudi dan setia bersama post2 terbaru saya.....

Renungan di bulan ramadan

1- Nabi s.a.w bersabda; "Apabila tiba malam pertama bulan Ramadhan, dibelenggu syaitan dan jin yang jahat dan tertutup pintu Neraka sehingga tiada satu pun terbuka dan terbuka semua pintu Syurga sehingga tiada satu pun yang tertutup..."

2- Nabi s.a.w bersabda; " Orang yang berpuasa mempunyai 2 kegembiraan iaitu ketika berbuka puasa dan ketika menemui Tuhannya."

3- Imam Al-Ghazali dalam Ihya Ulumuddin berkata orang yang berpuasa dijanjikan Allah akan bertemu dengan-Nya untuk menerima ganjaran puasa.


4- Imam Al-Ghazali berkata mereka yang berpuasa perlu memelihara 6 adab batin:
i) Menahan pandangan terhadap segala perkara tercela dan yang dilarang agama
ii) Daripada perbuatan yang boleh mengganggu hati seperti lalai daripada berzikir dan mengingati Allah
iii) Lidah daripada bercakap kosong, bohong, mencaci maki, menimbulkan permusuhan dan riak
iv) Daripada perkara dilarang kerana setiap yang haram diucapkan, haram pula mendengarnya
v) Seluruh anggota lain daripada melakukan dosa seperti tangan dan kaki. Juga tidak memakan barang yang syubahat ketika berbuka
vi) Makan sewaktu berbuka sekalipun daripada makanan yang halal sehingga kenyang                                       



ermm..ingat2 laa yew...

0 Comments:

 

Copyright by © 2013 Studio Puteri Nabilah