BIBIOGRAFI PARA SAHABAT (KHULAFA' AR-RASYIDIN)

Assalammualaikum....
Hari ini Princess nak berkongsi cerita tentang para sahabat Rasulullah S.A.W



Pengenalan Ringkas Khulafah Ar-Rasyidin
Khalifah ialah orang yang memegang jawatan sebagai ketua negara Islam Tempoh pemerintahan Khulafah Ar-Rasyidin ialah lebih kurang 29 tahun(11-41 hijrah). Khulafah Ar-Rasyidin terdiri daripada: 

i) Khalifah Abu Bakar al-Siddiq 
ii) Khalifah Umar bin al-Khattab 
iii) Khalifah Uthman bin Affan 
iv) Khalifah Ali bin Abu Talib 

Khalifah Abu Bakar 

Nama: Abdullah bin Abi Qahafah 
Keturunan: Bani Tamim 
Gelaran: ‘As-Siddiq’ -mengakui kebenaran Rasulullah S.A.W dalam peristiwa Israk Mikraj Peribadi: Merupakan orang yang pertama memeluk islam Seorang yang jujur, pekerti baik, amanah Meninggal dunia: 23 Jamadilakhir tahun 23 Hijrah dan dimakamkan di Madinah berhampiran dengan makam Rasulullah S.A.W 
Pelantikan: Rasulullah S.A.W tidak menetapkan seseorang sebagai pegganti selepas kewafatan baginda. Abu Bakar mencadangkan Umar Al-Khattab atau Ubaidah sebagai pengganti beliau selepasnya. Kedua-dua membantah lalu mereka berjabat tangan dengan Abu Bakar dan terus memberi bai’ah melantik Abu Bakar sebagai khalifah. 

Sumbangan: 
i)Berjaya mengatasi masalah perpecahan yang melanda masyarakat Islam selepas kewafatan Rasulullah. 
ii)Mempertahankan Madinah daripada ancaman kuasa luar, iaitu kerajaan Parsi di sebelah timur dan kerajaan Rom Timur(Byzantine) di sebelah barat. 

Khalifah Umar bin Al-Khattab 

Nama: Umar bin al-Khattab bin Naufal 
Tarikh lahir: 13 tahun selepas kelahiran Rasulullah S.A.W 
Keturunan: Bani A’dy 
Gelaran: ‘Al-Faruk’ pemisah antara hak dan batil. Memeluk islam pada tahun ke-6 selepas kerasulan Nabi Muhammad S.A.W 
Meninggal dunia: Akhir bulan zulhijjah tahun 23 hijrah berusia 63 tahun setelah memerintah selama lebih kurang 10 tahun. 
Pelantikan: Melalui wasiat yang dibuat oleh Abu Bakar bagi menggalakkan perpecahan umat. Wasiat ditulis oleh Usman bin Affan. Dipersetujui oleh seluruh umat Islam 

Sumbangan: 
i)Menubuhkan beberapa jabatan penting seperti Jabatan Tentera, Jabatan Polis, Jabatan Pencukaian dan Jabatan Perbendaharaan 
ii)Mengembangkan pengajatan al-Quran 
iii)Telah menyusun sistem ketenteraan 
iv)Telah membina terusan dan tali air 
v)Memperkenalkan pelbagai jenis cukai 

Khalifah Uthman bin Affan 

Nama: Uthman bin Affan 
Tarikh lahir: 5 tahun selepas kelahiran Rasulullah 
Keturunan: Bani Umaiyah 
Peribadi: Dari kecil lagi terkenal dengan sifat mulia, lemah lembut, hartawan, dermawan, dan memiliki semangat jihad yang tinggi 
Gelaran: ‘Zunnurain’ kerana mengahwini dua puteri Rasulullah S.A.W 
Meninggal dunia: 18 Zulhijjah tahun 35 Hijrah ketika berumur 80 tahun kerana dibunuh pemberontak 
Pelantikan: Semasa Khalifah Umar sakit, beliau mencadangkan 6 orang sebagai pergganti beliau iaitu Usman, Ali bi Abi Talib, Talha bin Ubaidiah, Zubair bin Awwam, Saad bin Abi Waqas dan Abdul Rahman bin Auf Tahlah, Zubair, Saad dan Abdul Rahman menarik diri daripada jawatan khalifah. Berdasarkan pendapat para sahabat dan orang ramai, Abdul Rahman bin Auf megisytiharkan Usman bin Affan sebagai khalifah.

Sumbangan: 
i)Berjaya meluaskan wilayah Islam hingga ke Afghanistan, Samarland, Cyprus dan Tripoli ii)Mengukuhkan pertahanan negara dengan membina angkatan tentera laut Islam 
iii)Telah mengisytiharkan sebuah naskah al-Quran yang dikenali dengan musyaf uthmani 
iv)Telah membina jalan raya, jambatan dan rumah rehat 
v)Memperkukuhkan peranan baitumal 

Khalifah Ali bin Abi Talib 


Nama: Ali bin Abi Talib bin Abdul Mutalib bin Hasyim 

Tarikh lahir: 10 tahun sebelum kerasulan Nabi Muhammad S.A.W 
Peribadi: Bersifat berani, tegas dan menguasai pelbagai ilmu yang mendalam.Kanak-kanak yang pertama memeluk islam 
Meninggal dunia: 40 hijrah setelah memerintah selama 5 tahun 
Pelantikan: Menerima jawatan Khalifah atas desakan orang ramai bagi mententeramkan pergolakan akibat pembunuhan Usman bin Affan.  

Sumbangan:
i)Banyak membantu menyelesaikan masalah yang berhubungan dengan masyarakat dan undang-undang Islam 
ii)Berusaha mengekalkan keharmonian dan kestabilan negara 
iii)Membina markas tentera di Parsi dan sempadan Syria 
iv)Mengembangkan sistem ekonomi negara 

Kronologi Khulafa al-Rasyidin 

632 M - Kewafatan Nabi Muhammad s.a.w. Saidina Abu Bakar dilantik menjadi khalifah. Usamah mengetuai ekspedisi ke Syria. Kempen menentang Bani Tamim dan Musailimah. 
633 M - Pengumpulan Al Quran bermula. 
634 M - Kewafatan Saidina Abu Bakar. Saidina Umar Al-Khatab dilantik menjadi khalifah. Penaklukan Damsyik. 
635 M - Penawanan Madain. 
636 M - Penaklukan Syria, Mesopotamia, dan Palestin. 
637 M - Mesir ditawan. 
638 M - Penawanan Baitulmuqaddis oleh tentera Islam. 
640 M - Kerajaan Islam Madinah mula membuat duit syiling Islam. 
644 M - Saidina Umar mati syahid akibat dibunuh. Saidina Uthman Affan menjadi khalifah. 
645 M - Kempen di Afrika Utara. Cyprus ditakluk. 
646 M - Kempen menentang Byzantine. 
647 M - Perang di laut menentang angkatan laut Byzantine. Empayar Parsi ditumpaskan. 
648 M - Pemberontakan menentang pemerintahan Saidina Uthman. 
656 M - Saidina Uthman wafat akibat dibunuh. Saidina Ali Abi Talib dilantik menjadi khalifah. Terjadinya Perang Jamal. 
657 M - Saidina Ali memindahkan pusat pemerintahan daripada Madinah ke Kufah. Perang Siffin meletus. 
659 M - Saidina Ali menawan kembali Hijaz dan Yaman daripada Muawiyah. Muawiyah mengisytiharkan dirinya sebagai khalifah Damsyik. 
661 M - Saidina Ali wafat. Tamatnya pemerintahan Khulafa al-Rasyidin. Muawiyah mengasaskan Kerajaan Bani Ummaiyyah.

Sekian wassalam
pen~off

CATATAN TINTA BUAT ADAM

Assalammualaikum...
Salam gembira salam ukhuwah buat pembaca blog setia, dalam kebosanan baru hari nie rajin nak mengupdate blog yg sudah lama bersawang di sini..hu6
Catatan kali nie khas ana ambil dari artikel iluvislam......


Tinta Buat Adam
www.iluvislam.com
Wardatul Asrar
Editor: arisHa27


Adam...
Untuk merasai persis perasaan ibu,
Pasti takkan ku mampu kerana dia seorang ibu,
Sedangkan aku belum merasainya.


Adam... 
Andai kau fikir isteri dan anak,
Adalah amanah buatmu.
Maka kau juga harus ingat, 
Ibu mu juga adalah tanggungjawab,Selagi hayat mu


Lupakah kau amanat junjungan?
 "Siapa yang perlu kau taat selepas Allah dan rasul?" 
Baginda menjawab, 
"ibumu" "selepas itu?" "ibumu" "selepas itu?" "ibumu" 


Sedang nabi memuliakan ibu, 
Siapakah kau untuk abaikan dia begitu? 


Adam... 
Tahukah engkau,
Ibu mu tetap yang utama,
Meskipun kau sudah beristeri tiga. 


Ibu mu bukanlah sangkar lebah,
Habis kau tagih madunya seusia kecilmu, 
Dan sisanya kau buang entah ke mana


Adam...
Ibu mu adalah insan mulia,
Yang membawamu bersamanya 9 bulan,
Yang bertarung nyawa melahirkanmu


Dia yang mendengar esak tangismu
Dialah yang mengajarmu erti hidup
Apakah tuba hadiah bermakna? 


Adam...
Jangan benarkan. 
Kisah al-qamah berulang,
Sayangilah ibu mu, 
Kasihilah ibu mu, 
Kerana di situ letaknya syurga mu,
Bukan di bawah telapak kaki isteri mu.


Adam... 
Maafkan aku terkasar bahasa, 
Mungkin aku terlalu emosi, 
Kerana aku juga anak ibu, 
Dan ku tak mahu ibu derita lagi. 


Bukan niatku mengajar yang kau sendiri tahu, 
Cuma fikirku kau mungkin lupa,
Tentang apa yang sepatutnya kau lakukan. 

Ikhlas dari,
Anak Ibu


Glosari:
Tuba: Racun


Tambahan Kisah Al-Qamah:
Dengan tergopoh-gopoh, isteri Al-Qamah menghadap Rasulullah SAW mengabarkan suaminya sakit. Beberapa hari mengalami naza' tapi tak juga sembuh.

"Aku sangat kasihan kepadanya ya Rasulullah," ratap perempuan itu.

Mendengar pengaduan wanita itu Nabi SAW merasa hiba. Beliau lalu mengutus sahabat Bilal, Shuhaib dan Ammar untuk menjenguk keadaan Al-Qamah. Keadaan Al-Qamah memang sudah dalam keadaan koma. Sahabat Bilal lalu membacakan tahlil di telinganya, anehnya seakan-akan mulut Al-Qamah rapat terkunci.

Berulang kali dicuba, mulutnya tetap tidak mahu membuka walaupun sedikit. Tiga sahabat itu lalu bergegas pulang dan mengkhabarkannya kepada Rasulullah SAW tentang keadaan Al-Qamah.

"Sudahkah dicuba bertalqin di telinganya?" tanya Nabi.

"Sudah Rasulullah, tetapi mulut itu tetap terbungkam rapat."

"Biarlah aku sendiri pergi ke sana." kata Nabi.

Pabila melihat keadaan Al-Qamah, Nabi bertanya kepada isteri Al-Qamah,

"Masihkah kedua orang tuanya?" tanya Nabi.

"Masih ya Rasulullah," tetapi tinggal ibunya yang sudah tua." jawab isterinya.

"Di mana dia sekarang?"

"Di rumahnya, tetapi rumahnya jauh dari sini." 

Tanpa banyak bicara , Rasulullah SAW lalu mengajak sahabatnya menemui ibu Al-Qamah mengabarkan anaknya yang sakit parah.

"Biarlah dia rasakan sendiri", ujar ibu Al-Qamah.

"Tetapi dia sedang dalan keadaan nazak, apakah ibu tidak merasa kasihan kepada anakmu?" tanya Nabi.

"Dia berbuat dosa kepadaku," jawabnya singkat.

"Ya, tetapi maafkanlah dia. Sudah sewajarnya ibu memaafkan dosa anaknya," pujuk Nabi.

"Bagaimana aku harus memaafkan dia ya Rasulullah jika Al-Qamah selalu menyakiti hatiku sejak dia memiliki isteri," kata ibu itu.

"Jika kau tidak mau memaafkannya, Al-Qamah tidak akan bisa mengucap kalimat syahadat, dan dia akan mati kafir," kata Rasulullah.

"Biarlah dia ke neraka dengan dosanya," jawab ibu itu.

Merasa pujukannya tidak berhasil meluluhkan hati ibu itu, Rasulullah lalu mencari ikhtiar lain. Rasulullah berkata kepada sahabatnya Bilal.

"Hai Bilal, kumpulkan kayu bakar sebanyak-banyaknya," perintah Nabi.

"Untuk apa kayu bakar itu Rasulullah," tanya Bilal kehairanan.

"Akan kugunakan untuk membakar Al-Qamah, daripada dia hidup tersiksa seperti itu, jika dibakar dia akan lebih cepat mati, dan itu lebih baik karena tak lama menanggung sakit",jawab Rasulullah.

Mendengar perkataan Nabi itu, ibu Al-Qamah jadi tersentak. Hatinya luluh membayangkan jadinya jika anak lelaki di bakar hidup-hidup. Ia menghadap Rasulullah sambil meratap,

"Wahai Rasulullah, jangan kau bakar anakku," ratapnya.

Legalah kini hati Rasulullah karena bisa meluluhkan hati seorang ibu yang menaruh dendam kepada anak lelakinya. Beliau lalu mendatangi Al-Qamah dan menuntunya membaca talkin. Berbeda dengan sebelumnya, mulut Al-Qamah lantas bergerak membacakan kalimat zikir membaca syahadat seperti yang dituntunkan Nabi.

Jiwanya tenang kerana dosanya telah diampuni ibu kandungnya. Al-Qamah kemudian menghembuskan nafasnya yang terakhir dengan fasih mengucapkan kalimat syahadat. Dia meninggal dalam keadaan khusnul khatimah. Sesungguhnya surga adalah di bawah telapak kaki ibu.



 

Copyright by © 2013 Studio Puteri Nabilah