KENAPA PERLU BERGADUH??

Assalammualaikum...
Salam kepada semua bloggers yang sedang berjalan2 mencari idea terbaru ke mencari kenalan baru ke mencari artikel membina diri ke....di sini, cik Bella mahu meluahkan perasaan kesedihan yang tidak tertanggung oleh si hati nie, yang melonjak2 ingin tahu kenapa masyarakat melayu semakin mudah lupa, lupa pada agama sendiri, lupa kepada bangsa sendiri yang sering kali dan acap kali kita lihat dan dengar, orang2 melayu sering becekau each others, tak tengok ke bangsa lain melihat kebodohan orang2 melayu yang bergaduh hanya kerana main politik...??

Aduh, seringkali aku mengaduh melihat senario nie di negara sendiri, telinga hanya mampu mendengar. mahu menegur takut disalah tafsir, bila diucap tentang agama mula membalik2 kan pula, aku sendiri xfaham, aku tau ye memang aku tau xsemua manusia nie perfect sbb baginda Rasulullah S.A.W...sendiri tidak sesempurna mana melainkan Ya Rabb....Allah S.W.T...moga2 ambil iktibar...

Awal2 tahun sudah melihat pelbagai malapetaka, bala dan musibah menimpa......sepertimana contoh lah [bukan nak menang2 kan sesiapa okey, ini hanya pandangan aku, so kalau xpuas hati silalah buat artikel sendiri bagi memuaskan hati masing2].....sedih pulak melihat ketegangan sejak2 akhir nie kian menjadi2 di Malaysia, Di Labis nie, tiba2 bah besar melanda apa maksudnya itu?? Apakah petanda Allah turunkan kepada umat nya supaya sedar usahkan bertegang urat semata2.....ingatlah kita nie umat Islam akhir zaman, ingatkan sekali lagi UMAT ISLAM AKHIR ZAMAN okey, bukan kali nie nak bertazkirah ke berceramah ke apa, tapi yang penting nie adalah tanggungjawab aku untuk menegur supaya di hari kiamat nanti xde laa orang2 ungkit2 balik yang aku nie xtegur2 okey...ingat!!!
Dari pagi tadi aku on9 facebook tengok2 ada someone letak artikel berbunyi begini...
----------------------------------------------------------------------------------------------------


Saya pejuang bangsa & Islam 
Saudara-saudara sekelian percayalah,
Kita menentang PAS, bukan kerana nama dia ...PAS tetapi hamPAS..Kita menentang Pakatan Pengkhianat Rakyat bukan keranadia berangan nak rampas Putrajaya tetapi kerana mereka ”Pakatan Tiga Suku”.Kita menentang dia ialah kerana dia bersekongkol dengan DAP.Kerana DAP adalah parti yang sudah terang anti Islamiah.Kita menentang dia kerana mereka menuduh Umno kafir dan jahilliah,kerana mereka pertahankan pemimpin zina dan Anwar liwatiyah.Oleh kerana itu kita harus menentang mereka tak kira di mana juga.Oleh kerana itu kita mesti menghadapi mereka walau apa cara pada bila-bila masa.Oleh itu kita wajib tamatkan mereka untuk selamatkan 1 Malaysia.Percayalah saudara-saudara sekelian,Perjuangan mereka berniat jahat, ucapan mereka adalah jahat,derma kepada mereka adalah membantu perbuatan jahat.Bergantunglah kita kepada Allah dengan (menghadapi) puak-puak ini.Jangan kita biarkan puak-puak ini, terus memperbodohkan rakyat sampai mati.Tugas kita adalah untuk menyelamatkan kesucian Islam dan kebebasan beragama.Kita tidak perlu pergi ke Thailand untuk tengok Tokong Buddha Terbesar,Kerana semua itu berada di Serambi Mekah,Kita menghormati Kepercayaan Penganut Kristian, Hindu dan Buddha.Kita tentang sepenuhnya pakatan “tiga suku”, pengkhinat rakyat'.”
-------------------------------------------------------------------------------------------------
Aku tabik sangat tajuk nye itu, tapi sayang.....sayang seribu kali sayang....kenapa perlu mengutuk? Itukah peribadi yang perlu ditunjukkan oleh kamu wahai saudara seislam ku....?? Islam tidak pula mengajar tentang cara2 mengutuk umat islam antara satu dgn lain?? xpernah pulak aku ada dengar dalam mana2 hadis ketika berpolitik memerlukan kata2 cacian antara satu sama lain??

Saat ini aku masih mencari identiti rakyat2 kat Malaysia nie, masih ada naluri Islam ke anda? Masih wujud ke amalan Islam dalam kehidupan anda? Anda solat x setiap 5 waktu itu?? perlu ke saya menjawabnya?? itu tepuk dada tanya iman....

Tapi apabila melihat komen2 di artikel tersebut ada someone yang sgt2 bernas idea nye....sgt2 brilliant!! syabas melihat saudara seorang nie yang sgt2 mempelajari sejarah sekaligus agama islam....sgt2 ntah aku pun xtau nak ucapkan apa...yang penting sila baca seterusnya okey....

-------------------------------------------------

saudara islam ku.. kenapa pas itu hampas? kenapa pr pakatan tiga suku? terangkan. dap menentang islam? ya, suatu ketika dahulu, sewaktu itu pas tidak bekerjasama kerana karpal melafazkan kata keramat "over my dead body if you want make this country an islamic country" tetapi itu dulu.
Pernah saudara dengar ucapan beliau yang terbaru?
yang beliau hormat malaysia adalah negara Islam, dan dia mengharapkan umat islam menghormati agama2 lain?

saudara.
bagaimana dengan ucapan soi lek yang mengatakan
"negara islam adalah negara yang mundur dan terkebelakang"
"what so important knowing islamic value: apa pentingnya mengetahui nilai2 islam" baru baru ini.
Sedangkan kata kata itu lagi terang menghina islam. Dimana suara umat Islam? Dimana suara umat Islam sewaktu dia mengatakan cikgu mala adalah extrimis kerana tidak mahu bersalam dengan lelaki.

saudara pasti anwar peliwat? saudara jangan jadi begitu.
Anwar belum tentu salah, belum tentu betul.
saudara belajar jenayah di sekolah agama johor, saya pun belajar juga.
kita sama2 tunggu kes ini selesai dengan "adil".

"Kita tidak perlu pergi ke Thailand untuk tengok Tokong Buddha Terbesar,
Kerana semua itu berada di Serambi Mekah"
apa motif saudara?

saudara.
kalau saudara sudi saya sudi berbicara pasal perpaduan melayu dan islam bila ada pertemuan.
kita akan bongkar siapa yang hakis kuasa raja2 tahun 1993, siapa yang menentang tunku abdul rahman suatu ketika dahulu, dan banyak lagi.

owh. tidak lupa.
siapa dalang pemecatan arwah bekas mufti selangor atas sebab beliau menghalang pertandingan ratu cantik.
------------------------------------------------------------------------------------------------
bacalah kawan2 ingat2 lah bukan nak menang2kan sesiapa pun...xsemua nya betul pun....tapi apa2 hal janganlah sampai lupakan anda itu beragama apa?? amalan anda itu menunjukkan keperibadian siapa?? anda membawa maruah siapa?? jawapan?? nak jugak aku tolong jawabkan... hummm Agama ISLAM.....KEPERIBADIAN RASULULLAH S.A.W....MARUAH UMAT ISLAM DAN ALLAH!!!!...
Di sini aku nak paparkan lagi 1 komen dari seorang akhi yang sama...

---------------------------------------------------------

adakah kerana membangkang dikira tidak berterima kasih kepada kerajaan? come on la.. bukak la minda... kita bayar cukai, kita bukan hidup senang lenang tak keluar duit apa2...
perlu faham, konsep kerajaan.mereka adalah wakil rakyat, sepatutnya mereka berterima kasih kepada rakyat yang telah memilih mereka. Namakan satu negara kat muka bumi yang menindas sesiapa yang menentang mereka? bagi satu la...
Pembangkang perlu untuk balance kan kerajaan, Kita boleh berhujah tapi ilmu kena ada. ok.
menurut global financial integriti , malaysia adalah di tangga kelima selepas mexio dengan pengaliran wang keluar sebanyak rm889 billion yang entah kemana hilangnya?
selagi kerajaan masih tidak telus dalam pengurusan wang negara, selagi itu pembangkang akan menekan.
kalau gitu baik takyah buat sistem demokrasi , buat jela sistem monarki kalau taknak ada yang membangkang. berfikir di luar kotak ok.
aku nak tanya , adakah DAP yang mempersoalkan hak keistimewaan orang melayu? jawab dan sila bagi bukti.
aku nak tanya, adakah DAP yang menghina Islam dengan mengatakan negara Islam mundur dan kebelakang?
Membaca biar banyak sumber supaya minda kita bebas.
Aku orang melayu, aku sayang melayu. tapi kita perlu releven.
Kerajaan pulau pinang yang katanya chuvanis telah memberikan kontrak pengaliran dan saliran yang bernilai rm40 juta 100% semuanya bumiputra yang dapat. 16 daripada 17 kontrak JKR telah diperoleh oleh kontraktor melayu di pulau pinang yang bernilai rm20 juta . sistem tender terbuka menunjukkan orang melayu pun boleh bersaing.
kerajaan pulau pinang telah beri peruntukan 24 juta kepada majlis agama islam dan sekolah agama rakyat berbanding kerajaan gerakan sebelumnya hanya 12 juta.
kita boleh berhujah, tapi jangan guna emosi.
kalau nak kata dap berniat menghapuskan hak orang melayu, aku nak tanya, siapa yang hapuskan tulisan jawi pada tahun 1968? Siapa yang menukar sistem sains dan math dalam english? Siapa yang benarkan mrsm dimasuki oleh selain bumiputra? siapa yang hapuskan kuasa raja2 1993? Siapa yang memecahbelahkan umno 1988 hingga wujudnya umno baru?
kapir harbi? tahu ke maksud kapir harbi?
aku tau, susah untuk kau terima fakta dan angka yang aku berikan. sooner or later bila kita bercampur dunia luar, melihat pembangunan negeri lain, melihat hutang negeri lain, insyaallah akan sedar juga.
malaysian malaysia memperjuangkan hak yang sama, tapi mereka tak pernah soalkan ketuanan melayu.
tapi aku rasa.. kau boleh selak suratkhabar balik, siapa pemimpin gerakan dan mca yang tidak henti2 menyoalkan hak orang melayu.
owh lupa, johor jual air dekat singapore murah, pastu beli balik mahal, kenapa yer? kerajaan johor ni PAP ke?

-------------------------------------------------------------------------------
Ini mesej seorang akhi yang sgt2 bijak bagaimana pula yang seorang akhi nie pulak ye??

----------------------------------------------------------------------------

seblum kita pergi jauh , saya nk tye.. ap perjuangan DAP ?? ap kelebihan pada laungan mereka MALAYSIAN MALAYSIA ?? yg sama dilaungkan dan telah pun berjaya dilakukan PAP di singapore iaitu SINGAPOREN SINGAPORE yang memperjuangkan hak kesamarataan smua bangsa ...
jika betul la PAS hendak mngambil alih tampuk pemerintah ..
kenapa mesti duduk dibwah org2 sperti DAP ??
------------------------------------------------------------------------------------------
dan ada lagi juga mesej nya adalah seperti berikut.....

-------------------------------------------------------

bukan taksub ler... ni tggungjwab kita sbagai ketuanan melayu ,. kalau ko x memlih antara dua ni.. ko g r berambus dari negra ni... aduyai pis2.... nak kata berpendidikan .. blaja lagi.... aku pon x taksub sgt.. tapi skurang kurangnya aku perlu tahu yang mana betul yang mana tidak...
mmg aku akui .. dua2 ad kelebihan dan ad kekurangan .. yang pastinnya aku tdk mahu dikatakn mmbangkang kerajaan .... da la mmbangkang.. kerjsama ngn kapir harbi plak tu...

---------------------------------------------------------

Dan salah ke sekiranya aku menegur begini??? cuba bagi jawapan untuk aku please???

------------------------------------------------------

lorh xhbs2 lagi ke berpolitik??? whatever....yg pnting kat kubur malaikat munkar dan nakir xde tnye korang2 nih parti apa pun.....hummm just waste time.......hope pandai2 laa nnt ea....kalau malaikat tnye siapa pemimpin korang blhlah jwb korang ckp pemimpin kami UMNO/PAS/DAP/+++++++Whatev
er...~~~
---------------------------------------------------------------

dan jugak ini??

-----------------------------------------------
 luasnya pengetahuan anda...syabas!!.....moga2 adalah anak2 muda islam dan melayu berfikiran jauh yg blh menilai kan kebaikan drpd hanya tahu b'kata tp xtau nk wat pape....pengetahuan sejarah yg sungguh2 meluas...eloklah kita m'kaji sejarah islam dan tanah melayu nie.....barulah berhujah m'gunakan kata2 yg lbh profesional drpd omong ksong..!!....
-----------------------------------------------------------

semoga ambil iktibar....ingin aku katakan lagi akhi itu jugak send msg pada aku dan menulis ini...

---------------------------------------------
skolah kat mne ?? kerajaan ?? lahir kat mana kerajaan ?? .. bapak keje ap ?? kerajaan ?? BCG injecktion kat mana?? kerajaan ??? soklan kubor mmg xd soklan2 ko bngkitkan tu... tapi skdar pringatan.. kita sbgai khalifah kat muka bumi ni jgn la suka mmberontak dan mmbangkang....
----------------------------------------------------------

salah ke aku kemuka kan soalan tentang kematian soalan tentang kubur??? alangkah Allah juga menuryh umatnya mengingati kematian dan azab di kubur...salah ke aku mempersoalkan kembali tentang akodah islam???????Dan aku seterusnya menjawab....

----------------------------------------------------------------
ok fine!!! memang betul ape ko ckp....ak pun mls nk bertekak sgt dgn org yg giler2 politik....xfhm ak laa ngan ko nie dah2 laa mls nk bertekak pun....lau bertekak xgune jugak...kang jadi isu melayu lawan melayu cina tepuk tgn tgk melayu islam bergaduh mencaci each other..haisshhh......
---------------------------------------------------------------------------

Dan aku malas nak bertekak lalu aku bagi satu link blog yang telah mewujudkan spekulasi bahawasanya ada jugak mempolitikkan agama ISLAM!!!!

---------------------------------------------
sorry laa kan....aku tau ko mmg org kuat Bn...n aku blm lagi berpihak kpd sesape pown...so, just aku terkilan melihat org2 sebegini rupa silalah baca di link blog aku bagi nih...sbb knp ak ckp mcm tuh kat ko nye artikel tuh.....fikir2 kan lah.....[link blog]
--------------------------------------------------------------




Ya Allah aku sangat2 sedih melihat keadaan ini berlaku kemungkinan engkau juga murka melihat umatmu semakin bertelagah dengan mempermainkan agama Mu Ya Allah....dengan mempermainkan agama Mu umat Mu yang sangat2 KEKASIHMU kasihi....Nabi Muhammad S.A.W...aku pilu lihat senario ini berlaku pada zaman aku hidup ini, moga teguran dan artikel ini memberi dan membuka minda2 anak2 Malaysia, janganlah mudah mengenepikan agama semata.....

semoga ambillah iktibar ini, dan tadi kesempatan menemuramah seorang sahabat tengok belog Abe Nie, luahannya......

---------------------------------
bilakah giliran kami?.. emm [link]
------------------------------------------


okey sekian di sini luahan aku di hati di diari di belog aku sendiri, mahu komen ka, mahu hentam ka, mahu kutuk ka, aku dah jalankan tugas aku untuk membentangkan yang sbnr nya....hanya jawapan di tgn anda utk berfikir lebih ke depan bukan mundur ke era kebelakangan...
sekian wassalam...
segala yang baik datang nya dari Allah segala yang buruk datang dari kekurangan diri ini sememang nya tidak sempurna, walau hakikat sebenar kedua2 nya datang dari Allah jua....
pen~off

0 Comments:

 

Copyright by © 2013 Studio Puteri Nabilah