INDAHNYA SUAMI BEGINI.....

Assalammualaikum...
Hari ini hati aku mungkin tenang sekali, mungkin juga resah sedikit...tapi mari kita luangkan masa sedikit membaca artikel ini

Lebih kurang tiga minggu yang lepas saya membawa
isteri ke 'Mahkota Medical Centre', dia mengadu
kepada saya kepalanya pening, rasa mual dan badanya
lenguh-lenguh. Saya tanya dia"mengandung kot?" Dia
kata tak ada. Oleh kerana 2-3 hari macam tu saja,saya
bawak dia jumpa doktor dan ternyata.... isteri saya
mengandung dua bulan. Emmm saya dah agak dah.Maka
bermulalah cerita baru dan haluan sejarah masa
depan akan pastinya berubah lagi.

Dia akan merasa loya dengan bau yang sebelum ini
senang baginya, termasuklah bau badan saya. Morning
sickness yang teruk sekali bagi isteri
saya.Kasihan sungguh, terbaring saja sepanjang masa.
Makan tak boleh, minum tak nak, apa pun tak nak.
Adakalanya isteri saya semalaman tak dapat tidur,
kadang-kadang tu asyik nak tidur saja. Selesai saja
solat Isyak dah masuk bilik. Pada awalnya saya tidur
kat luarlah sebab dia tak boleh bau badan saya.
Saya fahamlah orang mengandung memang macam tu,
sekarang ni dah boleh tidur dengan saya dan saya
sudah tahu macamana nak elakan insomnia yang
dialaminya, iaitu dengan membaca Al-Quran
sehingga isteri saya terlelap.Memang kebiasaan
sebelum mengandung pun saya akan membaca
Al-Quran diatas katil di sisi isteri sebelum tidur
sehinggalah dia terlelap.

Sekarang saya terus membaca Al Quran disisinya
sebagai ubat tidur bagi isteri dan anak dalam
kandungan. Adakalanya sampai 2-3 jam.Bukan itu
sahaja, saya juga sentiasa bercakap-cakap dengan
janin dalam perutnya. Perkara yang mula-mula saya
ceritakan padanya ialah tentang tauhid. Saya bermula
dengan
kitab pertama yang saya pelajari dahulu iaitu kitab
'Kasyaful Mahjub'. Mungkin ada pembaca yang berkata
saya terlalu ghairah, kebarangkalian untuk janin
survive masih tipis. Tapi mana ada ayah yang tak
berharapan. Segarang-garang harimau pun tak makan
anak, apatah lagi saya. Apa yang akan berlaku pada
kemudian hari adalah diluar bidang kuasa
saya. Siapa saya untuk mempersoalkanya.

Saya bercerita kepadanya tentang Allah,
zat, sifat, asma, afal. Dan cerita itu kembali
bercerita kepada diri saya. Adayang menghantar
email dan bertanya bagaimana mahu mensihati anak agar
tidak degil. Jawapan yang mahu saya nyatakan bukan hanya
untuk anak tetapi untuk sesiapa sahaja terutamanya
yang mempunyai hubungan rapat dengan kita.Tak
kiralah anak, isteri atau suami. Bagaimana?


1. Semasa anak atau isteri kita sedang tidur inilahwaktu yang paling sesuai terutamanya diwaktu duapertiga malam, kerana fikiran bawah sedarnya(subconscius mind) adalah paling optimum ketikaini. Yang tidur hanyalah conscius mind (minda sedar). 
2.Sentuhkan ibu jari anda ke langit-langit dankemudian sentuhlah dengan halus ibu jari anda keubun - ubun orang yang ingin anda nasihati.
3. Semasa ibu jari diatas ubun-ubun selawatlahke atas junjungan Nabi Muhamad dan bacalah surah alfatihah. Kemudian terus dengan berzikir didalamhati dan jangan putuskan zikir anda.
4. Angkat ibu jari anda,kalau boleh janganlahdi putuskan zikir didalam hati dan bercakaplahdengan suara yang agak perlahan agar tidak sampaimengejutkanya. Beritahulah apa yang ingin andaberitahunya. Kebiasaannya saya akan menasihatiisteri saya agar tidak selalu melewatkan solat,banyakkanberselawat, banyak bersabar.
Nasihatilah orang yang anda sayangi dengan apa
sahaja nasihat yang anda inginkan. Jangan putuskan zikir
anda, supaya zikir itu masuk bersama dengan nasihat
anda
5. Anda akan dapat melihat reaksi yang dia sedang
menerima pernyataan anda iaitu kelopak matanya
bergerak-gerak. Insyallah saya doakan diri saya dan
anda berjaya dengan kaedah ini.

Pernah di zaman Imam Abu Hanifah (Hanafi An
Nu'man), seseorang pernah bertanya kepada bapa
Imam Abu Hanifah. "Tuan, bagaimanakah tuan mendidik
Hanafi
sehingga begini istimewa jadinya. Jawab bapa Imam
Abu Hanifah "Aku didik Hanafi 40 tahun sebelum dia
dilahirkan". Kalau didengar pernyataan ini tentu
aneh bagi kita bukan. Bagaimana mungkin manusia yang
belum dilahirkan sudah di didik. Namun apa yang ingin
disampaikan oleh Tsabit (bapa Imam Abu Hanifah)
ialah dia sendiri telah diasuh, manakala isterinya juga
sudah di didik dan Hanafi sendiri sudah dididik sejak
dari kandungan lagi. Saya beri anda satu logik
akal, acuan yang bulat mana mungkin menghasilkan kuih
segiempat. Begitu juga dengan anak dan isteri
kita. Mereka adalah cermin kepada diri kita
sendiri.

Saya bacakan kisah ini kepada janin yang sedang
membesar dalam perut isteri saya. Saya sentiasa
berdoa agar dia terus membesar dan dilindungi Allah
sebagaimana Allah memelihara Imam Abu Hanifah. Saya
nasihatkan dia dengan nasihat yang disuarakan oleh
Luqman Al Hakim kepada anaknya. Saya bacakan kisah
para rasul, para nabi,wali songo, tujuh wali melayu
kepadanya. Cuma isteri saya menasihati agar suara
saya tidak terlalu kuat, bimbang didengar oleh jiran, apa
pula kata mereka nanti.

Dalam kepekatan malam, isteri saya sudah pun yenyak
dibuai mimpi. Saya baru selesai membaca surah yasin
disisi isteri hingga dia terlelap. Saya kehalaman
rumah, mahu merenung langit malam, satu-satunya hobi
saya semenjak kecil semenjak di rumah anak-anak
yatim piatu, saya bawa hingga kini. Langit agak terang
dan
bersih. Saya bersandar dibangku marmar. Kalau isteri
saya sihat pastinya dia menemani saya disini, kami
akan bercerita tentang segala-galanya, tentang masa
depan, tentang anak, tentang cinta, tentang tuhan.

Saya terus merenung langit malam, saya anak yatim
piatu yang ditinggalkan ditengah padangrumput,sehingga
sekarang tidak diketahui siapa ibu ayah saya. Kini
saya akan menjadi ayah. Bermula dari saya akan wujud
salasilah keturunan yang baru.Saya bertekad dalam
hati, Insyallah jika anak ini lahir, dia tidak akan
saya biarkan membesar seperti saya. Dia tidak akan saya
biarkan menagih kasih dirumah kebajikan.Dia tidak
akan melalui zaman pahit seperti saya. Dia tidak perlu
dibohongi yang teddy bear adalah'mama'nya seperti
saya. Air mata ini mengalir lagi. Mudah benar ia
tumpah.Oh! janganlah tumpah lagi.Sudah terlalu
banyak tertumpah.Kalau mahu tumpah biarlah ketika sujud
menyembah ilahi.Pesan guruku air mata lelaki
jangan ditumpahkan sia-sia.

Saya tidak mahu terus melayan perasaan,segera saya
kuncikan pintu dan ke kamar tidur.Isteri saya
telah pun nyenyak dibuai mimpi.Inilah 'bintang timur'
dalam hidup saya.Ia sentiasa bersinar cemerlang dalam
hidup saya,memberi harapan,keyakinan,kesetiaan dan
cintanya kepada saya.Insyallah tidak lama lagi,akan
muncul 'bintang timur kecil' dalam hidup saya



sekian wassalam
pen~off
sumber artikel: facebook.com

TUTORIAL LETAK GAMBAR COMEL DI POST/SIDEBAR

Assalammualaikum....
Kali ini princess nak ajar korang macam mana nak letak gambar yang cutemiut or comelletew. Jom terjah sampai habis! Mula-mula pergi ke Glitter-Graphics


Paswu pergi ke animated gif dan cari word mini


dah jumpa gambar yan diminati...
paswu amek kod seperti contoh di bawah


buka lah new post kalau korang nak wat entry baru letak gambar-gambar nie.....


copy code....di laman glitter-graphics tuh yang korang dah pilih gambar tadi okey


paswu paste kan aje


kalau tak nak gambar itu ada link...korang buang word yang Princess highlight contoh seperti di bawah okey




nak tau gambar tu jadi ke tak korang tekan edit html yang Princess wat anak panah tuh


paswu klik balik compose okey.....so tengok lah gambar tuh jadi kan.....


sama jugak kalau nak letak kat sidebar korang tuh..copy and paste aje laa code tuh okey....kalau nak buat kat tengah-tengah/center amek kod nie okey

<center> URL CODE GAMBAR </center>





okey Princess bagi contoh gambar-gambar comel dari glitter-graphics

<img src="http://dl6.glitter-graphics.net/pub/584/584776qvkek99ty3.gif" width=50 height=50 border=0>

<img src="http://dl2.glitter-graphics.net/pub/550/550422iuv8tgsqnr.gif" width=50 height=50 border=0>


okey semoga korang faham okey...sekian wassalam..
pen~off

LAGU INDONESIA MENJADI MINATKU

Assalammualaikum...
Dalam beberapa tahun nie Princess selalu download, ulang tayang siap bluetooth ke handset tuk caller ring tone lagi tau lagu-lagu Indonesia nie....rentak dan nada sangat2 best!! Bukan Princess tak suka lagu-lagu Malaysia...tapi ntah rentak dia sayup-sayup jerk....tak jerit-jerit macam tenang lah kalau nak buat kerja ker study ker...syok jugak dengar lagu2 nie.hehe...okey sebelum korang nak dengar lagu-lagu di bawah sila tekan pause lagu kat sidebar 'fanpage' okey...hehe

Antara lagu-lagu yang terkini yang selalu di ulang tayang oleh princess adalah:

Tajuk: Aku Tak Berdaya OST Mihrab Cinta
Artis: Indah Dewi Pertiwi



Tajuk: Di Atas Satu Cinta OST Surga Untukmu
Artis: Indah Dewi Pertiwi



Semoga terhibur ya korang...!!
Okey sekian wassalam...
pen~off

TUTORIAL DISABLE HIGHLIGHT

Assalammualaikum...

Okey lagi satu entry hari ini tentang tutorial...
Buka Dashboard --> Design --> Add a Gadget --> HTML/Javascript
Salin code di bawah:

<script type="text/javascript">
/***********************************************
* Disable Text Selection script- &#169; Dynamic Drive DHTML code library (www.dynamicdrive.com)
* This notice MUST stay intact for legal use
* Visit Dynamic Drive at http://www.dynamicdrive.com/ for full source code
***********************************************/
function disableSelection(target){
if (typeof target.onselectstart!="undefined") //IE route
target.onselectstart=function(){return false}
else if (typeof target.style.MozUserSelect!="undefined") //Firefox route
target.style.MozUserSelect="none"
else //All other route (ie: Opera)
target.onmousedown=function(){return false}
target.style.cursor = "default"
}
//Sample usages
//disableSelection(document.body) //Disable text selection on entire body
//disableSelection(document.getElementById("mydiv"))
//Disable text selection on element with id="mydiv"
</script>
<script type="text/javascript">
disableSelection(document.body) //disable text selection on entire body of page
</script>



korang copy dengan cara Ctrl+C secara serentak dan paste di HTML/Javascript okey dah siap
sekian wassalam
pen~off

TUTORIAL LETAK SCROLL BOX DI BLOGLIST/BLOG ARCHIEVE

Assalammualaikum...
Hari nie ada orang request cara nak letak scroll box di bloglist or blog archieve okey...
Yang tanya itu adalah Cik Hajar Hasan

cara-caranya berdasarkan gambar di bawah..tak nampak sila tekan untuk tumbesaran okey..

Buka Dashboard --> Design --> Edit HTML --> Tick Expand Widget Templates
Cari code Ctrl+F serentak tulis di situ 'bloglist
paswu cari code ini:


<h2 class='title'><data:title/></h2>
Ikuti langkah seperti contoh gambar di bawah:


selepas itu letak code ini:

<div style='height: 150px; overflow: auto; width: 220px; border-radius:20px;'>


selepas itu turun ke bawah mean scroll lagi cari code ini pula:

<b:include name='quickedit'/>

cari dengan perlahan-lahan okey...jangan sampai ke code untuk sidget lain pula...nanti tak jadi...
selepas code itu letak code ini:

</div>

sebagaimana contoh:


okey selepas itu PREVIEW terlebih dahulu jangan save dulu takut tak jadi....
okey itu sahaja tutorialnya..sekian wassalam...
pen~off

SEGMEN REVIEW DESIGN BLOG 7 & 8: DAYANG NURFAZILAH & NURUL SYIFA AINI

Assalammualaikum...
Hari ini siap juga tempahan dari Syifa Aini dan Dayang Nur Fazilah

Syifa Aini tempah satu blog bagi pakej ke-2 yang bernilaii RM 20.00 shj, manakala Dayang Nur Fazilah hanya tempah header..tapi tadi dia dah bayar RM10.00 makanya dia telah meminta Princess untuk design tapi belum dapat apa-apa maklumat makanya Princess free..hope mereka suka lah apa yang Princess buat untuk mereka he3x...

REVIEW BLOG DAYANG NUR FAZILAH


header Dayang Nur Faizilah yang mahukan tema kawaii comel tak?






Header Syifa Aini pula mahukan pink dan hello kitty
Syifa Aini minta tema pink+white+black+hello kitty....tapi Princess hanya gabungkan warna pink+white+grey lagi matching rasanya harap-harap Syifa Aini berkenan laa yerk ini sahaja Princess mampu buat setakat apa yang baru dipelajari.....he3x....sorry kalau banyak kali tersilap okey....hu3x..






Okey jom singgah blog Syifa Aini okey kalau korang rasa cantik pergilah follow dia yerp...

Ini pula banner Syifa Aini comel tak?
Dan sekarang Princess nak tunjuk betapa berat juga blog Princess dan okey juga berat blo Syifa Aini kan...so let's check it out!!


Humm apa pendapat korang dengan hasil design princess nie okey ke tidak?
Idea nie pening juga lah nak fikir-fikirkan idea tau bukan senang penat pula tuh hu6x.tapi tengok blog mereka lawa puas hati pula rasa jeles pun ada tau!! huahahaha......

sekian wassalam
pen~off

PROTOKOL YAHUDI ADA 8 PERKARA UNTUK MELALAIKAN UMAT ISLAM

Assalammualaikum...
Selamat berzikir da hari Jumaat yang indah ini, okey hari ini Princess nak kongsi lagi artikel tentang sesuatu perkara yang kita sendiri tidak sedar dalam perkara yang kita sudah lakukan....Nak tahu apa yang dimaksudkan protokol Yahudi dalam melalaikan umat Islam dari memelihara keimanannya kepada Allah. Ada 8 perkara yang kita selalu buat tapi kita tidak sedar perkara itulah yang selalu melekakan kita dari mengingati Allah, dan melambatka ibadah yang utama.
Ada Protokol Yahudi, 4 S 4 F

1.. Song....
Lagu-lagu yang menghiburkan. .jika ada anak-anak yang tak tau mengucap..tetapi boleh menghafal lagu Hindustan yang panjang berjela...  Ada anak-anak yang tak hafal Al-Fatihah....tapi boleh mengingati lagu Siti Norhaliza yang panjangnya berdepa-depa..... berjaya sudah Yahudi.....  Hingga kita terfikir.... ..bagaimana jadinya radio kalau tanpa lagu?

2. ...Sex.....
Lagi satu kegilaan remaja dan yang tua. Sex di mana-mana.. di kaca tv, dalam filem, dalam iklan...babak sex amat lumrah... kekadang adegan sex tak diperlukan, tetapi diselitkan jua sehingga ada orang menonton filem hanya kerana ada adegan sex... filem 18SX amat laris berbanding filem U... VCD lucah mudah didapati...dan harganya amat murah... Adakah filem yang tiada adegan sex? Lagi sekali berjaya sungguh Yahudi laknatullah. 

3. ...Smoke....
Rokok..menjadi kegilaan para remaja....sehingga dikatakan tidak modern jika tidak merokok...malah sekarang merokok menjadi budaya bagi mana-mana perempuan yang kononnya mau di gelar 'up to date'..Dulu yang merokok ini golongan ****** saja.... ataupun penari kabaret..... .( aku tengok dari filem P Ramlee )....

4. .....Sport.. .
Pelbagai jenis sukan di tonjolkan dan lelaki dengan perempuan sama-sama berlumba mencari nama dalam sukan....hinggakan sekarang bola sepak pun perempuan main juga....Bila bersukan, tutup aurat mestilah jauh sekali, sembahyang pun banyak yang miss.....bukan yang bermain sahaja tak sembahyang.. ...yang menonton pun tak sembahyang juga .......Kalau menonton dirumah.... akan lambat sembahyang sebab takut tak nampak macam mana BOLA masuk GOL......Then Yahudi gol lagi........sampai ada ulamak kata...kerana sukan...sembahyang boleh tangguh....Masha Allah,..
 

5. .. Fun..
Hiburan...di mana-mana kita dapat hiburan yang melalaikan.. ..Kalau kita lihat dalam 100 majalah..mungkin 99 adalah majalah hiburan..termasuklah majalah mangga.....yang menayangkan buah mangga artis perempuan... .Kalau ada konsert....sanggup orang Islam bertandang hingga menghabiskan banyak wang dan bila ke konsert....pelbagai maksiat akan diselit masuk.... Yahudi terhibur lagi....


6.... Female...
Perempuan... tawaran Yahudi yang amat mengasyikkan. .terutama dalam iklan..yang kadang-kadang tidak ada kenamengena dengan perempuan... . Kalau kita ke kedai bateri kereta....dihadapan bateri terpampang gadis sunti separuh bogel beraksi.....apa kena mengena bateri kereta dengan perempuan?.. .kalau iklan Modess... perempuan adalah patutnya...Yahudi bersorak lagi......

7...Fashion. ...
Fesyen terutama perempuan yang bermacam-macam. .sehinggakan kalau pakai tudung pun mereka dah tak menutup aurat....Macam mana dikatakan bertutup aurat jika bertudung tetapi berbaju ketatyang kekadang menampakkan pusat?Yang mewarnakan rambut lagi teruklah...Buat apa bertudung kalau rambut diwarnakan.. ...Bila warnakan rambut..mestilah tidak bertudung sebab kalaubertudung..bagaiman a nak menayangkan warna rambut yang terkini itu...Kalau dah rambut diwarnakan.. .. sembahyang pun tak sah...malah mandi hadas pun tak sah sebab kebanyakan pewarna adalah kalis air...itu tak kira yang cukur bulu kening lagi...Yahudi ketawa lagi....Umat Islam sudah jadi macam Yahudi.....

8.. .. Food..Makanan. .
Lagi satu kegilaan Umat Islam terutama makanan dari Barat termasuklahMC D, Kentucky , Pizza hut...dan seribu satu macam lagi...Buah kurma yang menjadi makanan Rasulullah di pandang hina....masuk rumah pun setahun sekali bila bulan Ramadan...tapi makanan Barat menjadi kebanggaan.. .Bila makanan datang dari Barat.. adakah kita yakin tentanghalalnya? Contoh Kentucky ....rempahnya datang dari Amerika....siapa nak pergi check....halal ke tidak?Bila makan benda haram, masakan iman menjadi mantap....Maka lahirlah Umat Islam yang bukan perangai saja macam yahudi.... tetapi berfikiran pun macam yahudi...Nauzubilla h.....Yahudi makan Islam lagi...

Sumber Artikel: Facebook

Perkara semestinya sudah sedia maklum bukan? 

"Sesungguhnya yang mengada-adakan kebohongan itu hanyalah orang-orang yang tidak beriman dengan ayat-ayat Allah dan merekalah pembohong-pembohong." (An-Nahl ayat 105)

"Barangsiapa mengatakan dariku apa yang aku tidak katakan, maka hendaklah Ia bersedia mengambil tempatnya dari Neraka."
(Hadith riwayat Az-Zahabi dalam Al-Kabair.)

Maka, fikir-fikirkan...dan renung-renungkan....semoga hidup kita terpelihara hendaknya...
sekian wassalam...
pen~off

KEAMPUNAN DENGAN MENJAWAB AZAN

Assalammualaikum...
Hari nie Princess ada lagi cerita menarik tentang sesuatu hikmah atau contoh bagi sesuatu pengertian tentang istiqamah.

Apa maksud istiqamah?
Maksud istiqamah ialah melakukan sesuatu perkara ibadah secara berterusan. Hatta sesuatu perkara ibadah yang kita buat itu hanya sedikit sahaja.

Kisah tauladan: Keampunan Dengan Menjawab Azan...

 Telah diriwayatkan Siti Zubaidah adalah seorang wanita bangsawan yang kaya Hobinya suka mendengar muzik. Dia memiliki pentasnya sendiri serta beberapa orang penyanyi yang menjadi penghiburnya. Apa yang menjadi kelebihannya ialah apabila terdengar saja seruan azan berkumandang dia akan segera memerintahkan penyanyi dan pemuziknya itu berhenti untuk seketika bagi menghormati azan. Seusai sudah azan berkumandang, dan menjawab azan barulah nyanyian dan muzik disambung semula. Hanya itulah amalan yang sentiasa dijaganya. Setelah dia meninggal dunia, ramai dari kalangan orang-orang yang soleh telah bermimpi bertemu dengannya. Lalu, mereka bertanya, "Ibadah apakah yang menyebabkan Allah mengampunkan dosamu? Adakah kerana kamu telah menggali sebuah kolam air antara Makkah dan Madinah?".

Lalu, jawab Siti Zubaidah, "Allah mengampunkan dosaku dengan banyak mengucapkan syukur. Sebenarnya, aku tidak banyak beribadah kecuali satu semasa hayatku dulu iaitu apabila aku terdengar saja azan berkumandang, dan sedangkan waktu itu aku sedang berhibur dan mendengar nyanyian, maka dengan serta merta aku menyuruh mereka memberhentikannya bagi menghormati seruan azan. Itulah ibadah yang aku benar-benar menjaganya." Sebagai balasan, Allah telah mengampunkan dosaku. Apabila datang malaikat hendak menyeksaku, lalu Allah berfirman: "Kamu dilarang meyeksanya, jika tidak kerana iman yang ada di dalam dadanya, masakan ia mahu menyebut namaKu dalam keadaan leka."

Pengajaran cerita:
Istiqamah itu satu kemudahan buat manusia. Walaupun dengan ibadah yang sedikit cuma tetapi berterusan, nescaya Allah tetap mengasihi hamba-hambanya yang selalu alpa.

Info Addin:
Berdasarkan cerita di atas, mungkin korang terfikir-fikir bukan? Dengan hanya istiqamah dalam menjaga amalan ketika mendengar seruan azan dikala terleka dengan muzik, mampu mengelakkan jasad kita diseksa di alam kubur. Betapa sayang dan kasihnya Allah kepada umat-umatnya.

Perkara ini bukan baru lagi didengarkan. Hal ini sudah lama dibincangkan. Pelbagai perkara rutin boleh kita istiqamah. Bukan berat pun, betul tak? Seperti mana amalan membaca Basmallah setiap perkerjaan yang kita lakukan itu juga boleh memberi manfaat kepada kita. Cuba korang try dalam setia pekerjaan yang kita lakukan kita mulai dengan bacaan basmallah "bismillahirahmanirahim"  بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ   usai itu kita lakukan pekerjaan kita mudah bukan. Hikmahnya sangat-sangat takjub. Alangkah di dunia Allah sudah tunjukkan hikmah itu. Sebagai contoh, apabila kita mulai kalimah Allah dalam setiap pekerjaan kita, maka pekerjaan itu akan nampak mudah. Lagi satu contoh, andai kata orang mahu menganiayai kita.....

Contoh 1: Seseorang berniat jahat untuk merancang pembunuhan terhadap kita, dengki dengan kita, seperti memberi minuman yang terdapat racun di dalamnya tanpa kita ketahui. Allah akan tunjuk serta-merta kejadian itu dengan pecahnya gelas itu. Contoh ini Princess ambil iktibar dalam sebuah drama TV.

Contoh 2: Apabila kita terlupa sesuatu dan kemudiannya kita mencari dengan dimulai bacaan basmallah Allah akan bantu kita dengan cara membuka hijab itu. Ini adalah salah satu pengalaman Princess sendiri. Realiti yang pernah Princess hadapi. Cubalah selai ianya tidal melanggar syariat Islam itu.

Semoga segala info-info yang diberi dapatlah kita beristiqamah sesuatu hal itu, walaupun sedikit cuma.
Sebelum mengakhiri, marilah ramai-ramai singgah ke blog woot woot untuk mengundi blog Princess....


Sekian wassalam...
pen~off

PATUTLAH RAMAI PELAJAR BOIKOT KERAJAAN!!

Assalammualaikum....
Tadi jenguk-jenguk facebook, tak sangka aku nie lambat juga tahu pasal perlancaran email 1 Malaysia, mende alah apa ntah nie....email pun mahu 1 Malaysia jugak kah?? Perlu ker? Macam tak perlu kowt kang tak masal-masal lau anti-kerajaan jerk mulalah block email tuh..fuhh aku pun tak ingin nak join pun kah3x..*gelak paling jahat!!!bhahaha....

Okey korang mesti tertanya-tanya kan? Apakah aku melalut nie..whoaaa.....sebenarnya tadi duk baca-baca status kat facebook..last-last nampak satu link nie....hadooii baca punya baca mak aih kerajaan suka membazir duit rakyet der....
 apa ke hal ntah.....agak-agak dah tak ada idea yang lebih faedah ker nak buat hadooiiii.....jom terjah meh terjah2 jap link nie....DI SINI

Sebenarnya projek-projek yang membazir tu dah2 tentulah duit cukai daripada rakyat, memang HARAM lah kau guna duit tu makan daging semanusia sendiri ajelah.....
Dari satu masalah ke satu masalah masa time bulan 2 dulu masalah boikot bawak balik pelajar Mesir balik Malaysia, bila rakyat dah marah maki maki kerajaan baru nak bertindak entah apa-apa ajelah kan.....time bulan 3 start pulak rusuhan demi rusuhan kat negara-negara luar...Nasib baiklah Malaysia nie rakyatnya tak memberontak macam tu, kalau macam alamat memang kiamat dah dunia dunia....nie lah manusia akhir zaman, bila pemerintah tak amalkan Islam yang sebenar, maka macam-macamlah revolusi untuk menjatuhkan agama sendiri, nauzubillah mizalik......

Inilah manusia zaman sekarang tak pernah nak ambil peduli pun, semalam ada seorang sahabat pernah cerita pengalaman beliau di sebuah universiti di Malaysia ini....dah macam duduk kat negara barat pulak kan....siap boleh pulak ada pantang larang pelajar tidak dibenarkan memakai kopiah padahal nama universiti terletak word ISLAM..apakah maksud di situ??

Erm, princess malas nak ulas panjang2 kang xpasal2 kena damn it dengan sesiapa..huhu..just inform jerk pasal mende manalah tau korang2 pun tak tahu jugak kan3x???

Sebelum berakhir entry ini, sudi-sudikanlah VOTE blog princess di laman Mr. Woot Woot bagi Contest Blog Tercantik. Untuk VOTE Princess klik No.44 okey...sudah selesai....TQ


P/s: sekarang musim princess nak meng'edit' dan membaik pulih blog someone tunggu entry akan datang siapakah yang sudi menggunakan khidmat princess untuk design blog mereka okey..just see you all later...
sekian di sini wassalam
pen~off

ISTIQAMAH VS KARAMAH

Assalammualaikum....
Okey, entry sebelum nie cerita tentang bakhil kan? sekarang jom ketahui cerita tentang istiqamah vs karamah.

....Di suatu zaman dahulu, terdapat seorang ulama;yang telah mengajar di sebuah madrasah selama 40 tahun dengan tekun. Beliau tidak pernah  "ponteng" walaupun sekali melainkan apabila beliau uzur syar'ie. Namun demikian, ketekunan ulama'tua itu tidak dihargai oleh sebahagian besar anak muda yang menuntut ilmu dengannya. 

Anak muda pertama berkata; "Sepanjang kita belajar dengannya, tidak sedikit pun terselah keluarbiasaannya,"

Anak muda kedua pula berkata; "Betul tu, berbanding dengan guru-guru lain di tempat kita, guru kita ini tidak punya apa-apa keistimewaannya. Semua yang ada padanya biasa-biasa sahaja,"

Anak muda ketiga pula menambah lagi; " Ya, betul apa yang kalian katakan itu. Aku pernah mendengar bahawa ada seorang guru di kampung sebelah pernah mengeluarkan cahaya dari celah-celah jarinya. Malang betul nasib kita....."

Maka akhirnya, sungutan demi sungutan itu kedengaran jua sehingga ke telinga ulama' tua itu. Lalu, beliau bertekad untuk memberi pengajaran yang berguna kepada anak-anak muridnya itu. Ketika mengajar di suatu hari, beliau dengan sengaja telah melepaskan kapur ketika menulis di atas papan hijau. Namun, anehnya kapur tersebut tidak terjatuh, sebaliknya terus bergerak dan menulis mengikut rentak sepatah demi sepatah apa yang diperkatakan oleh ulama' tua tersebut. 

Melihat keanehan tersebut, semua anak-anak muridnya melopong kekaguman. Tidak menyangka bahawa guru yang selama ini diperlekehkan oleh mereka ternyata turut memiliki 'karamah'. Melihatkan kekaguman anak-anak muridnya, guru tua itu menepuk papan hijau itu dengan kuat lantas berkata; "Aku sangat hairan melihat sikap kamu semua! Hanya melihat kapur ini menulis hanya beberapa ketika telah membuat kamu kagum..Bagaimana dengan aku yang telah menulis selama 40 tahun di papan hijau ini? "


Pengajaran:
Istiqamah itu hakikatnya lebih hebat daripada karamah. Allah sangat cintakan amalan istiqamah sekalipun sedikit. Orang yang istiqamah lebih terjamin imannya daripada orang yang memperoleh karamah. Sejarah mencatatkan berapa ramai orang yang pernah diberika karamah tersesat kerana iman yang tidak istiqamah.

Kamus Princess:
   Istiqamah --> berterusan iaitu sesuatu perkara yang dilakukan secara terus walaupun sedikit

 Karamah --> kelebihan/keistimewaan daripada Allah untuk orang-orang tertentu



Sekian Wassalam..
pen~off
"Tujuan Ilmu adalah untuk di amalkan, Tujuan Amal adalah tingkatkan Iman,Tujuan Iman adalah asas kukuh benteng diri,Semoga Ilmu, Amal, Iman disatukan"
 

Copyright by © 2013 Studio Puteri Nabilah