ISTIQAMAH VS KARAMAH

Assalammualaikum....
Okey, entry sebelum nie cerita tentang bakhil kan? sekarang jom ketahui cerita tentang istiqamah vs karamah.

....Di suatu zaman dahulu, terdapat seorang ulama;yang telah mengajar di sebuah madrasah selama 40 tahun dengan tekun. Beliau tidak pernah  "ponteng" walaupun sekali melainkan apabila beliau uzur syar'ie. Namun demikian, ketekunan ulama'tua itu tidak dihargai oleh sebahagian besar anak muda yang menuntut ilmu dengannya. 

Anak muda pertama berkata; "Sepanjang kita belajar dengannya, tidak sedikit pun terselah keluarbiasaannya,"

Anak muda kedua pula berkata; "Betul tu, berbanding dengan guru-guru lain di tempat kita, guru kita ini tidak punya apa-apa keistimewaannya. Semua yang ada padanya biasa-biasa sahaja,"

Anak muda ketiga pula menambah lagi; " Ya, betul apa yang kalian katakan itu. Aku pernah mendengar bahawa ada seorang guru di kampung sebelah pernah mengeluarkan cahaya dari celah-celah jarinya. Malang betul nasib kita....."

Maka akhirnya, sungutan demi sungutan itu kedengaran jua sehingga ke telinga ulama' tua itu. Lalu, beliau bertekad untuk memberi pengajaran yang berguna kepada anak-anak muridnya itu. Ketika mengajar di suatu hari, beliau dengan sengaja telah melepaskan kapur ketika menulis di atas papan hijau. Namun, anehnya kapur tersebut tidak terjatuh, sebaliknya terus bergerak dan menulis mengikut rentak sepatah demi sepatah apa yang diperkatakan oleh ulama' tua tersebut. 

Melihat keanehan tersebut, semua anak-anak muridnya melopong kekaguman. Tidak menyangka bahawa guru yang selama ini diperlekehkan oleh mereka ternyata turut memiliki 'karamah'. Melihatkan kekaguman anak-anak muridnya, guru tua itu menepuk papan hijau itu dengan kuat lantas berkata; "Aku sangat hairan melihat sikap kamu semua! Hanya melihat kapur ini menulis hanya beberapa ketika telah membuat kamu kagum..Bagaimana dengan aku yang telah menulis selama 40 tahun di papan hijau ini? "


Pengajaran:
Istiqamah itu hakikatnya lebih hebat daripada karamah. Allah sangat cintakan amalan istiqamah sekalipun sedikit. Orang yang istiqamah lebih terjamin imannya daripada orang yang memperoleh karamah. Sejarah mencatatkan berapa ramai orang yang pernah diberika karamah tersesat kerana iman yang tidak istiqamah.

Kamus Princess:
   Istiqamah --> berterusan iaitu sesuatu perkara yang dilakukan secara terus walaupun sedikit

 Karamah --> kelebihan/keistimewaan daripada Allah untuk orang-orang tertentu



Sekian Wassalam..
pen~off
"Tujuan Ilmu adalah untuk di amalkan, Tujuan Amal adalah tingkatkan Iman,Tujuan Iman adalah asas kukuh benteng diri,Semoga Ilmu, Amal, Iman disatukan"

4 Comments:

shiema sufian said...

suke suke :D i loikeeee

❤‌ princess nabilah ❤‌ said...

@shiema sufian


thx hehehe.....

Cik Cempaka said...

Kalau karamah.,tak mungkin akan dapat kan...

❤‌ princess nabilah ❤‌ said...

@Cik Cempaka

itu semua kehendak Allah sekiranya dia mengkehendakkan sesuatu maka dgn ayat kun fayakun akn jd dgn izinnya....nk kata org2 alim shj dpt itu bergantng laa....byk bnde sukar kita fikir....

 

Copyright by © 2013 Studio Puteri Nabilah