KEAMPUNAN DENGAN MENJAWAB AZAN

Assalammualaikum...
Hari nie Princess ada lagi cerita menarik tentang sesuatu hikmah atau contoh bagi sesuatu pengertian tentang istiqamah.

Apa maksud istiqamah?
Maksud istiqamah ialah melakukan sesuatu perkara ibadah secara berterusan. Hatta sesuatu perkara ibadah yang kita buat itu hanya sedikit sahaja.

Kisah tauladan: Keampunan Dengan Menjawab Azan...

 Telah diriwayatkan Siti Zubaidah adalah seorang wanita bangsawan yang kaya Hobinya suka mendengar muzik. Dia memiliki pentasnya sendiri serta beberapa orang penyanyi yang menjadi penghiburnya. Apa yang menjadi kelebihannya ialah apabila terdengar saja seruan azan berkumandang dia akan segera memerintahkan penyanyi dan pemuziknya itu berhenti untuk seketika bagi menghormati azan. Seusai sudah azan berkumandang, dan menjawab azan barulah nyanyian dan muzik disambung semula. Hanya itulah amalan yang sentiasa dijaganya. Setelah dia meninggal dunia, ramai dari kalangan orang-orang yang soleh telah bermimpi bertemu dengannya. Lalu, mereka bertanya, "Ibadah apakah yang menyebabkan Allah mengampunkan dosamu? Adakah kerana kamu telah menggali sebuah kolam air antara Makkah dan Madinah?".

Lalu, jawab Siti Zubaidah, "Allah mengampunkan dosaku dengan banyak mengucapkan syukur. Sebenarnya, aku tidak banyak beribadah kecuali satu semasa hayatku dulu iaitu apabila aku terdengar saja azan berkumandang, dan sedangkan waktu itu aku sedang berhibur dan mendengar nyanyian, maka dengan serta merta aku menyuruh mereka memberhentikannya bagi menghormati seruan azan. Itulah ibadah yang aku benar-benar menjaganya." Sebagai balasan, Allah telah mengampunkan dosaku. Apabila datang malaikat hendak menyeksaku, lalu Allah berfirman: "Kamu dilarang meyeksanya, jika tidak kerana iman yang ada di dalam dadanya, masakan ia mahu menyebut namaKu dalam keadaan leka."

Pengajaran cerita:
Istiqamah itu satu kemudahan buat manusia. Walaupun dengan ibadah yang sedikit cuma tetapi berterusan, nescaya Allah tetap mengasihi hamba-hambanya yang selalu alpa.

Info Addin:
Berdasarkan cerita di atas, mungkin korang terfikir-fikir bukan? Dengan hanya istiqamah dalam menjaga amalan ketika mendengar seruan azan dikala terleka dengan muzik, mampu mengelakkan jasad kita diseksa di alam kubur. Betapa sayang dan kasihnya Allah kepada umat-umatnya.

Perkara ini bukan baru lagi didengarkan. Hal ini sudah lama dibincangkan. Pelbagai perkara rutin boleh kita istiqamah. Bukan berat pun, betul tak? Seperti mana amalan membaca Basmallah setiap perkerjaan yang kita lakukan itu juga boleh memberi manfaat kepada kita. Cuba korang try dalam setia pekerjaan yang kita lakukan kita mulai dengan bacaan basmallah "bismillahirahmanirahim"  بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ   usai itu kita lakukan pekerjaan kita mudah bukan. Hikmahnya sangat-sangat takjub. Alangkah di dunia Allah sudah tunjukkan hikmah itu. Sebagai contoh, apabila kita mulai kalimah Allah dalam setiap pekerjaan kita, maka pekerjaan itu akan nampak mudah. Lagi satu contoh, andai kata orang mahu menganiayai kita.....

Contoh 1: Seseorang berniat jahat untuk merancang pembunuhan terhadap kita, dengki dengan kita, seperti memberi minuman yang terdapat racun di dalamnya tanpa kita ketahui. Allah akan tunjuk serta-merta kejadian itu dengan pecahnya gelas itu. Contoh ini Princess ambil iktibar dalam sebuah drama TV.

Contoh 2: Apabila kita terlupa sesuatu dan kemudiannya kita mencari dengan dimulai bacaan basmallah Allah akan bantu kita dengan cara membuka hijab itu. Ini adalah salah satu pengalaman Princess sendiri. Realiti yang pernah Princess hadapi. Cubalah selai ianya tidal melanggar syariat Islam itu.

Semoga segala info-info yang diberi dapatlah kita beristiqamah sesuatu hal itu, walaupun sedikit cuma.
Sebelum mengakhiri, marilah ramai-ramai singgah ke blog woot woot untuk mengundi blog Princess....


Sekian wassalam...
pen~off

2 Comments:

annshana0706 said...

trimas for the info..
betul tu...
sekecik2 perbuatan..tapi dilakukan secara beristiqamah..tetap diterima oleh Allah s.w.t.
asalkan niat kita ikhlas hanya kerana Allah Taala

❤‌ princess nabilah ❤‌ said...

@annshana0706

sme2...smoga dpt share2 lg

 

Copyright by © 2013 Studio Puteri Nabilah