KONSEP KEADILAN PEMIMPIN KINI DALAM KEPIMPINAN NEGARA

Assalammualaikum...

Saidina Umar Al-Khattad, pernah bertanya kepada sahabat-sahabatnya: "Jika aku telah melantik orang yang baik sebagai pemimpin-pemimpin membantuku, apakah aku telah melaksanakan amanah kepimpinanku ini dengan baik?" Lalu sahabat-sahabatnya seraya menjawab:" Sudah tentu! wahai Amirul Mukminin..." Tetapi sebaliknya, Saidina Umar menjawab: "Belum..Sehingga aku memastikan orang baik itu melaksanakan kebaikannya!"

Hari ini, Princess nak berkongsi sedikit tentang Amanah dan Tanggungjawab seorang pemimpin negara. Princess nak mengutarakan beberapa persoalan tentang kepimpinana pemimpin negara masa kini antaranya:
  1. Bagaimana barisan kepimpinan kita?
  2. Sudahkah dilantik orang yang baik?
  3. Sudahkah orang yang baik itu melaksanakan amanah dan tanggungjawabnya/kebaikannya?
Jawapan...tanya pada diri anda sendiri, kerana pemimpin yang dipilih adalah dari pemilihan anda sendiri...
okey entry kali ini Princess tak mau mengupas isu politik atau kenegaraan sekalipun...Princess hanya mahu berkongsi ilmu sahaja apa yang pernah Princess pelajari dalam ilmu Hukum Hadis dan Ayat Hukum....

Konsep amanah dan kepimpinan:
Surah An-Nisa' ayat 58 & 59 bermaksud: "Sesungguhnnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanat kepada yang berhak menerimanya dan menyuruh kamu apabila menetapkan hukum di antara manusia supaya kamu menetapkan dengan adil.Sesungguhnya Allah memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepadamu. Sesungguhnya Allah adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat (58). Hai orang-orang yang beriman, taatilah RasulNya dan 'ulul Amri di antara kamu.Kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu, maka kembalikanlah ia kepada Allah (Al-Quran) dan Rasul (As-Sunnah), jikakamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari kemudian. Yang demikian itu lebih utama bagimu dan lebih baik akibatnya.

Dalam ayat ini jelas mengatakan konsep amanah dan kepimpinan yang perlu ada dalam diri setiap pemimpim itu seperti yang telah diwarna kan merah itulah maksud yang perlu dirungkaikan:
  • menyampaikan amanat: seorang pemimpin perlu ada sifat keilmuan yang tinggi dalam membina masyarakat, agama dan negara yang lebih teratur. Hal ini kerana, apabila seseorang pemimpin itu menyampai ilmu yang salah/sesat maka para pengikutnya pasti akan menjadi songsang dan semakin kacau bilau...
  • menetapkan dengan adil: setiap pemimpin perlu ada sikap adil. Hal ini kerana,apabila seorang pemimpin bersifat sedemikian makanya amanlah negara dari rasuah, fitnah, dll....tidak seperti apa yang telah berlaku kini, rasuah kian berleluasa, fitnah semakin menular dan canggih sehingga ada yang sanggup memakan daging 'saudara sendiri'...fikir2kanlah
  • taatilah rasul dan 'ulul amri: selagi seseorang pemimpin itu masih teguh binanya dengan Islam maka taatilah dia seperti mana selagi dia masih mentaati Allah dan RasulNya.
  • berpegang teguh dengan Al-Quran dan As-Sunnah: Selagi seseorang pemimpin itu tidak terpesong dari ajaran Allah melalui kitabnya Al-Quran dan ajaran RasulNya melalui sunnah2 kehidupannya maka turutilah perintahNya.
KONSEP KEADILAN DALAM KEPIMPINAN:
Dari Hadis Muslim bermaksud: Daripada Ma'qil bin Yasar, ia berkata: daku mendengar Rasulullah S.A.W bersabda: Tiada seorang manusia pun yang diberikan oleh Allah kesempatan untuk memimpin rakyat, lalu ia meninggal dunia yang mana pada hari kematiannya itu ia sedang menipu atau mengkhianati rakyatnya melainkan Allah akan haramkan syurga terhadapnya.

 Berdasarkan hadis, bilakah seseorang pemerintah itu dianggap penipu dan menyalahgunakan kuasa pemimpin?
  • membuat janji kosong/menipu rakyat dan negara: Hal ini semestinya anda ketahui bukan, bahawasanya ramai pemimpin kini pelbagai kata-kata manis ibarat menanam tebu di tepi bibir..sebagaimana contoh adegan terkini, sebelum pemilihan raya punyalah bagai 'rak' okey2 lepas ini tempat sekian dan sekian akan mendapat sekian dan sekian....apa terjadi pula selepas pilihan raya? dapat ke? okey2...jawab sendiri fikir2kan....
  • menguruskan urusan rakyat dengan tidak betul dengan menyekat keperluan rakyat: Hal ini isu yang selalu dikeutarakan...nak tahu lebih lanjut? Maka fikir2kan apakah isu terkini??
  • tidak berlaku adil serta pilih kasih dalam menjatuhkan hukuman: Hal ini pernah berlaku dalam isu menyelamatkan pelajar Mesir, tapi tak tahu kesahihannya bagaimana...nak tahu cerita klik DI SINI maka ketahuilah ceritanya bagaimana yer...sanggup mengabaikan saudara seIslam sendiri demi memartabatkan Parti Politik kejadah apanya!! Kalau gitu pergi buat tanah sendiri, buat dunia sendiri buat diri sendiri!!! Itulah ciptaan Allah yang tak pernah tahu erti syukur!!! Boleh juga ketahui DI SINI dan DI SINI 
  • Melantik kaum kerabat/kroni2nya untuk bekerja dengannya: apabila melantik kerabat maka rusuhan bakal melanda sebagaiman contoh sirah zaman baginda dan sahabat ketika zaman saidina Uthman Affan dan Ali bin Abi Talib berlaku rusuhan disebabkan pemilihan dikalangan kerabat...
  • melakukan kezaliman dan tiada belas kasihan terhadap rakyat: sebagaimana pemerintah ditaktor
  • melakukan perkara yang sengaja membebankan rakyat: nak tanya bila ada seseorang pemerintah datang ke tempat kita perlu ke sambut meriah bebenor? Hal ini seperti membebankan rakyat ke? coz kalau nak buat majlis mesti guna duit kan? duit siapa? duit rakyat kan? kalau rakyat itu ada anak2 ramai belajar, duit itu takkan nak melabur semata-mata nak bai pemimpin makan? perlu ke? sepatutnya pemimpin bagi rakyat makan betul tak? Jika tak betul ikut suke korang nak melabur duit korang kan3x?? hehe
  • mengamalkan rasuah: hal ini memang benar2 menular dan kian bebas di kalangan sesiapa pun apa perlu anda jawab? perlu kah mendiamkan diri sahaja? fikir2kanlah demi kesejahteraan anak2 dan keluarga anda....!!
  • mementingkan urusan peribadi berbanding urusan rakyat: fikir-fikirkan? Anak2 mereka keluarga2 mereka kerabat2 mereka senang duduk rumah besar, naik kereta besar aircond lagi...korang? ada3x?? ermm tapi hiduplah bersederhana kerana kaya sekalipun duit tak kemana...di akhirat Allah tak minta pun duit yang anda simpan banyak2 kat dunia ni pun, kalau miskin....berusahalah demi menjaga maruah anda..jangan sesekali meminta-minta kerana Allah tidak suka kepada hambanya yang malas!! so, kepada yang terlebih kaya tolonglah yang miskin berilah pekerjaan....yang bersederhana...teruskan perjuangan!!!
  • pecah amanah/khianat terhadap amanah :sepertimana hadis di bawah,
Allah Taala telah meninggikan kedudukan sifat amanah berdasarkan hadis:
عن أبي هريرة رضي الله عنه قال : قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : إذا ضيعت الأمانة فالنتظر الساعة . قال : كيف إضاعتها يا رسول الله ؟ قال : إذا أسند الأمر إلى غير أهله فالنتظر الساعة
Apabila engkau menghilangkan sifat amanah, maka tunggulah hari pembalasan. Bagaimana hilangnya sifat amanah tersebut? Rasulullah menjawab : Apabila perkara yang diamanahkan itu diletakkan bukan pada orang yang berhak, maka tunggulah hari pembalasan.

okey itu sahaja penulisan entry pada pagi2 ini,sekiranya entry ini menyebabkan kontroversi atau apa2 sahaja mohon kemaafan sekadar perkongsian ideaologi semasa tentang isu-isu terkini yang melibatkan revolusi dunia semakin merusuh dan kacau bilau....sekadar muhasabah diri semoga mendapat iktibar sekian wassalam...
pen~off

0 Comments:

 

Copyright by © 2013 Studio Puteri Nabilah