MENGUBAH CIPTAAN ALLAH, YA ALLAH RAMAINYA WANITA TETAPI LELAKI???

Assalammualaikum....
Hari nie, di waktu sepertiga malam nie tanpa aku sedari, dunia kini semakin menhilang serinya Islam itu....sukar aku untuk mengungkap kata-kata..tapi sedang2 berblogwalking tadi nampak entry post terbaru dari blog cik epal ...dalam dua entry iaitu:
credit entry:
Aku hidup dalam dunia aku, aku tak sedar Malaysia dilanda garuda sebegini rupa....nauzubillah minzalik...
Ya Allah, isu jantina semakin meruncing di era globalisasi kini....menjurus ke arah kemodenan ekonomi dan negara tetapi masih lagi ada manusia berfikiran cetek dan kolot tentang agama, sememangnya sukar dinafikan senario kini, dunia semakin maju, manusia semakin alpa mendorong segelintir masyarakat yang kurang berwibawa membawa etika sebagai khalifah di muka bumi Allah. Maka Allah berfirman dengan turunnya ayat ini yang bermaksud:
Surah Al Baqarah [2] : [255]

"(Allah) yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya)."
Hidup sebagai insan hanya sementara bukan mudah untuk kita ketahui apa yang berlaku menjurus ke masa depan....sila tonton video ini.....untuk mengetahui apakah kaum ini bakal dilaknat Allah S.W.T? fikir2kan dan teruskan amalan ibadah istiqamahlah....


SILA BACA ISI-ISI PENTING DALAM SCROLL BOX INI SEMOGA ANDA FAHAM APA YANG BAKAL DISAMPAIKAN DAN SEMOGA DIAMBIL IKTIBAR BUKAN MENAMBAH DOSA DENGAN PERCUMA.....!!
Allah berfirman di dalam kitab Al Quran tentang hadis hukum yang berkait rapat dengan larangan mengubah ciptaan Allah:




عن ابن مسعود رضى الله عنه قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: لعن الله الواشمات والمستوشمات والمتنمصات والمتفلجات للحسن المغيرات خلق الله

(متفق عليه)

Maksudnya: Daripada Ibnu Mas’ud r.a katanya, sabda Rasulullah s.a.w : Allah melaknat perempuan yang membuat tatu dan yang meminta di buat tatu, yang mencukur alis, yang menjarangkan gigi untuk kecantikan, yang mengubah ciptaan Allah.

Daripada Ibnu Abbas r.a. bahawa (maksudnya): “Rasulullah melaknat kaum lelaki yang menyerupai atau berlagak seperti wanita dan kaum wanita yang menyerupai atau berlagak seperti lelaki.” (Riwayat al-Bukhari).

Artikel yang membahaskan isu ini DI SINI...


HURAIAN RINGKAS MAKSUD HADIS:
Dalam hadith di atas, Rasulullah s.a.w menjelaskan perbuatan-perbuatan yang dilarang dan dilaknat oleh Allah. Perbuatan-perbuatan tersebut ialah membuat tatu, mencukur alis, menjarangkan gigi, dan perbuatan-perbuatan mengubah ciptaan Allah termasuk pembedahan plastic untuk kecantikan, menukar jantina dan sebagainya. Perbuatan ini dilarang kerana ia merupakan amalan bermegah-megah, melanggar fitrah dan merosakkan anggota badan.

Setiap muslim beriman wajiblah menjaga tubuh badannya dengan baik dan sempurna. Mereka dilarang mengubah suai serta menghiasnya dengan tujuan yang diharamkan oleh Allah. Perbuatan mengubahsuai ciptaan Allah datangnya daripada syaitan yang sentiasa menghasut manusia. 

Firman Allah s.w.t yang bermaksud, "Dan Demi sesungguhnya, Aku (syaitan) akan menyuruh dan menyesatkan manusia (dari kebenaran), dan Aku akan menyuruh mereka mengubah ciptaan Allah". dan (ingatlah) sesiapa Yang mengambil Syaitan menjadi pemimpin Yang ditaati selain dari Allah, maka Sesungguhnya rugilah ia Dengan kerugian Yang terang nyata.
(Surah an-Nisa’: 119)

Sesiapa belajar subjek Pendidikan Syariah Islammiah, insyaallah faham apa yang terkandung di dalam intisari ayat ini....Di sini, ingin diterangkan sudah jelas HARAM hukumnya mengubah ciptaan Allah . Sesungguhnya aku di sini sebagai khalifah menonjolkan diri dalam membicarakan isu ini....

Tertera dalam hadis di atas sudah terang, jelas dan nyata bahawa HARAM hukumnya dan BERDOSA BESAR andai melanggar perintahNya....tiada lagi bidasan yang menghalalkan cara yang telah jelas2 tertera di dalam hadis yang sohih....Teruskan membaca DI SINI ATIKEL TENTANG LARANGAN MENGUBAH CIPTAAN ALLAH ....

Dalam entry kali ini kita menjuruskan isu "mak nyah/bapok" so, ada keterangan selanjutnya dalam Islam....

Lelaki menyerupai wanita dan sebaliknya
Antara perkara yang dilaknat oleh Rasulullah s.a.w ialah lelaki yang menyerupai wanita dan wanita yang menyerupai lelaki. Allah menciptakan manusia samada lelaki dan perempuan untuk saling melengkapkan diantara satu sama lain. Setiap ciptaan Allah mempunyai hikmah dan rahsia yang kadang-kadang tidak dapat diketahui oleh ilmu dan akal manusia yang terbatas. Perbuatan yang keji dan tidak bertamadun ini berlaku secara berleluasa dalam masyarakat hari ini tanpa segan silu. Antara hadith Rasulullah s.a.w yang melarang dan melaknat perbuatan yang keji ini ialah:

عن ابن عباس رضى الله عنه قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: لعن الله المخنثين من الرجال والمترجلات من النساء
(رواه البخاري)


Maksudnya: Daripada Ibnu Abbas r.a katanya, sabda Rasulullah s.a.w, Allah melaknat laki-laki yang menyerupai wanita dan wanita-wanita yang menyerupai lelaki.

Masyarakat kini yang terdiri dari golongan yang tidak melakukannya akan memandang enteng isu ini mungkin bagi mereka tidak besar untuk menjatuhkan agama Islam.Tetapi, tidak fikirkah anda apa yang akan berlaku andai seseorang itu mengaku Islam tetapi buat perkara yang diluar batasannya.....

Ada beberapa pengalaman yang pernah saku perhatikan dan seringkali juga aku tertanya-tanya....ada satu ketika aku ternampak seseorang lelaki menyerupai wanita @ mak nyah/bapok....then, masa itu, aku nampak lepas dia makan dia pergi surau berdekatan, then aku berfikir lagi, dan bertanya kepada ibu aku sendiri, walaupun aku belajar syariah, alquran&sunnah, ilmu2 hadis segala, aku tetap menanya juga kepada ibuku yang kurang arif itu...sebabnya aku keliru..korang tau tak apa yang aku fikir? humm....agak2 maknyah tu solat cara perempuan ke cara lelaki ea?? ha6x..aku nak gelak giler..bukan nak mempertikaikan dia beribadat, Alhamdulillah bagus...tapi kenapa dia tak pernah fikir apa yang sedang dia lakukan itu juga telah mempersendakan apa yang Allah cipta...dalam kamus hidup sebagai hamba Allah tak ada istilah yang kita tak boleh berubah....sebab apa sudah jelas lagi nyata...Allah pernah berfirman: 

Firman Allah SWT:


لَهُ ۥ مُعَقِّبَـٰتٌ۬ مِّنۢ بَيۡنِ يَدَيۡهِ وَمِنۡ خَلۡفِهِۦ يَحۡفَظُونَهُ ۥ مِنۡ أَمۡرِ ٱللَّهِ‌ۗ إِنَّ ٱللَّهَ لَا يُغَيِّرُ مَا بِقَوۡمٍ حَتَّىٰ يُغَيِّرُواْ مَا بِأَنفُسِہِمۡ‌ۗ وَإِذَآ أَرَادَ ٱللَّهُ بِقَوۡمٍ۬ سُوٓءً۬ا فَلَا مَرَدَّ لَهُ ۥ‌ۚ وَمَا لَهُم مِّن دُونِهِۦ مِن وَالٍ  

Bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu bahaya) dengan perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya. Ar-Ra'du (11).

Sekian di sini coretan tazkirah di malam tahajud ini semoga segala input dan ayat Al Quran ini dapat membuka minda dan jiwa di hati2 kita untuk terus mengubah....sekian wassalam...

P/s: Sekadar perkongsian semasa..semoga diambil iktibar ini, andai terkasar bahasa, tersentuh privasi perseorangan individu, artikel ini hanya sekadar peringatan buat semua...bukan mudah untuk menyebarkan dakwah dan da'ie...andai diri tidak pernah membuka mata dan hati untuk mendalami ilmu-ilmu islam yang belum dikaji diselidik didalami.....segala yang baik itu datang dari Allah, segala yang kurang itu datang dari dalam diri insan yang lemah ini, walaupun kedua-duanya datangnya dari Allah dalam perantaraan dalam memberi teguran semata..semoga Allah memberkatinya...Ammiinn Ya Rabb....

sumber artikel: 

  • buku syariah islammiah tingkatan 5
  • buka syariah tingkatan 6
  • buku ayat-ayat hukum by ustaz abd latif
  • buku hadis-hadis hukum by ustaz abd latif
pen~off

3 Comments:

amal_fc1303 said...

info menarik. thankx share.

❤‌Princess Nabilah ❤‌ said...

@amal_fc1303

sme2 sharing is caring kan3..

ELFarahin said...

Unnie, I share hadis ni at my blog ya. Done credit. :)

Maksudnya: Daripada Ibnu Mas’ud r.a katanya, sabda Rasulullah s.a.w : Allah melaknat perempuan yang membuat tatu dan yang meminta di buat tatu, yang mencukur alis, yang menjarangkan gigi untuk kecantikan, yang mengubah ciptaan Allah.

 

Copyright by © 2013 Studio Puteri Nabilah