PERKONGSIAN ISU BAGI UJIAN MUNSYI

Assalammualaikum....
Hari nie aku dapat slip temuduga tuk kehadiran ujian munsyi...so that, aku nak share dengan sesiap yang dapat temuduga nie, so bacalah isu2 nie yerp.....


Isu tentang KSSR ( Kurikulum Standard Sekolah Rendah):
























ketahui lebih lanjut: DI SINI



4 SUB NKRA PENDIDIKAN




Bidang Keberhasilan Utama Nasional (NKRA) KPM dan KPI Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia

YAB Perdana Menteri telah mengumumkan fokus Bidang Keberhasilan Utama (NKRA) bagi kerajaan apabila beliau mula memegang tampuk pimpinan negara. NKRA tersebut turut merangkumi bidang pendidikan negara yang dipertanggungjawabkan kepada Kementerian Pelajaran Malaysia. Bidang keutamaan yang dikenalpasti yang diberi keutamaan oleh negara ialah meluaskan akses kepada pendidikan berkualiti dan berkemampuan. Di bawah NKRA KPM tersebut difokuskan kepada 4 sub-NKRA iaitu:
1. Prasekolah - dimana peningkatan 20% penyertaan kanak-kanak 5 tahun ke atas ke pendidikan prasekolah dengan menjadikan pendidikan prasekolah sebagai aliran perdana dalam sistem pendidikan kebangsaan pada tahun 2012.
2. Literasi dan Numerasi - di mana semua kanak-kanak yang tidak mempunyai masalah pembelajaran boleh menguasai kemahiran literasi dan numerasi sebelum melangkah ke tahun 4 pada tahun 2012.
3. Sekolah Berprestasi Tinggi - di mana usaha KPM membangunkan 100 buah ' high performance schools ' termasuk 'trust schools' pada akhir tahun 2012.
4. Pengetua/Guru Besar - di mana bai'ah atau akujanji kepada Pengetua/Guru Besar berdasarkan 'performance based assessment' mulai tahun 2010.
Key Performance Indicator (KPI) atau Bidang Pengukuran Prestasi bagi KPPM telah ditetapkan berdasarkan kepada beberapa kpi :
1. Nisbah Guru:Murid mengikut sasaran tahun semasa ( Sekolah Menengah 1:17, Sekolah Rendah 1:16)
2. Penurunan kes disiplin sekolah sebanyak 0.02% setahun bagi semua jenis sekolah rendah dan sekolah menengah seluruh negara.
3. Peratus peningkatan sebanyak 1.0 % setahun bagi kadar pencapaian murid dalam Kelas Intervensi Awal (KIA2M).
4. Pencapaian pelajar berdasarkan Gred Purata Nasional pada peringkat UPSR (GPN=3.00), PMR (GPN=3.50), dan SPM (GPN = 6.00).
5. Peningkatan 2 % Guru Ijazah Terlatih di sekolah rendah dan 1 % di sekolah menengah.
6. Penurunan peratus jurang pencapaian pelajar bandar dan luar bandar (UPSR - 0.3%, PMR - 0.3%, dan SPM - 0.2%)

CREDIT ARTIKEL TO: DI SINI

Ketahui lagi: DI SINI


KUALA LUMPUR: Kerajaan memberi tumpuan kepada empat sub Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) pendidikan bagi melaksanakan perancangan pendidikan untuk tahun depan dan dalam

Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10), kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Beliau berkata, empat sub-NKRA berkenaan ialah memperluas dan memantapkan pendidikan prasekolah, meningkat kadar literasi dan numerasi, mewujudkan sekolah berprestasi tinggi dan mengiktiraf pengetua dan guru besar yang menunjukkan prestasi cemerlang.
“Objektif yang perlu dicapai ialah memastikan murid mendapat pembelajaran optimum mengikut kemampuan mereka dan dapat memberikan sumbangan berguna kepada masyarakat serta negara hasil persekolahan dan pendidikan yang mereka peroleh,” katanya ketika merasmikan Seminar Pembangunan Pendidikan RMK-10 di sini, semalam.
Muhyiddin berkata, bagi menjayakan misi membangunkan model ekonomi baru berasaskan inovasi, kreativiti serta nilai tambah tinggi, aspek pembangunan modal insan akan dijadikan teras utama dalam perancangan pembangunan pendidikan sepanjang RMK-10.
Katanya, pembangunan modal insan akan dilaksanakan melalui pendekatan holistik merangkumi segala usaha untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran, membentuk individu intelek dalam bidang sains dan teknologi, menggilap keupayaan keusahawanan serta memupuk sikap, nilai dan etika yang positif.
“Selaras matlamat melahirkan modal insan berkualiti tinggi, kerajaan memperuntukkan RM30 bilion bagi pendidikan rendah dan menengah tahun depan yang dijangka memberi manfaat kepada lebih 5.5 juta murid.
Ia termasuk emolumen operasi pendidikan sebanyak RM19.6 bilion, program bantuan dan biasiswa pelajar (RM2.8 bilion), membina 80 sekolah baru, 1,100 blok tambahan dan 347 projek gantian (RM1.6 bilion) dan mengubah suai dan menaik taraf sekolah daif di seluruh negara (RM1.1 bilion).
Di SHAH ALAM, beliau berkata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak akan mendapatkan maklumat prestasi kementerian berdasarkan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) dan Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) pada Jumaat ini.
Muhyiddin berkata, ia selaras komitmen Perdana Menteri yang tegas untuk mengubah kualiti hidup rakyat dengan meningkatkan keberkesanan kerajaan sejak memegang jawatan itu April lalu.
“Kita tak boleh main-main... kena serius. Saya percaya kita nak membuktikan walau apa pun keadaannya, Barisan Nasional (BN) adalah parti lebih berwibawa, berkemampuan untuk menyelesaikan dan membantu membela nasib rakyat.
“Kita lihat apa yang berlaku dalam parti pembangkang, sudah agak berkecamuk. Sebab itu ada wakil rakyat meninggalkan parti mereka,” katanya.
NKRA

“ The Government is set to begin the transformation process in strengthening the efficiency of its delivery system”
“ The KPI / KRA are not mere acronyms as they offer clear measures designed to ensure that the government is continuously working to better serve the needs of Malaysians”
“ Our real work will begin as we make the transformation of government services happen”
BIDANG KEBERHASILAN UTAMA NEGARA (NKRA) PENDIDIKAN

Dalam Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Pendidikan, kerajaan akan member tumpuan kepada 4 sub-NKRA untuk meluaskan akses kepada pendidikan berkualiti dan berkemampuan.

credit ARTIKEL to : DI SINI
Okey sekadar ini perkongsian aku jom baca sma2...hehe...
sekian wassalam..
pen~off

0 Comments:

 

Copyright by © 2013 Studio Puteri Nabilah