TIGA BLOGGER YANG BAKHIL

Assalammualaikum...
Hari ini nak cerita tentang satu cerita tentang 3 orang blogger yang bakhil!!! Nak tau cerita tak? Siapakah blogger yang bakhil itu? 

......Pada suatu hari, terdapat 3 orang sahabat blogger yang terkenal dengan sifat kedekut dan bakhilnya sedang berkira-kira untuk memberi sedekah sebahagian harta setelah ramai blogger mengecam sifat kedekut mereka.

Blogger pertama berkata; "Aku akan melukis satu bulatan di atas tanah kemudian aku akan lemparkan wang ke udara. Wang yang jatuh di dalam bulatan itu milik aku, manakala wang yang di luar bulatan itu milik blogger lain.."

Blogger kedua pula berkata; "Aku pula akan melukis satu garisan memanjang di atas tanah. Akan aku lemparkan ke udara. Wang yang jatuh di sebelah kanan garisan adalah wang aku, manakala wang yang jatuh di sebelah kiri garisan akan aku dermakan..."

Blogger ketiga diam sejenak. Berfikir...dan berfikir mencari idea yang paling bernas dan hebat. Dialah blogger paling kedekut. Katanya; " Aku pula, aku takkan melukis bulatan mahupun garisan lurus di atas tanah. Aku akan lemparkan sahaja duit ke langit. Duit yang jatuh adalah milik aku, manakala duit yang tidak jatuh itu milik blogger lain....."


Pengajaran: Sikap pemurah bukan ditentukan sama ada kita ada harta atau tidak. Namun ia adalah soal hati. Jika kita pemurah kita akan punya banyak cara dan daya untuk memberi. Sebaliknya, jika kita bakhil, kita sentiasa punya alasan untuk tidak memberi.

INFO BAKHIL:

Sekian Wassalam...
pen~off

P/s: Cerita ini sekadar rekaan semata-mata. Dialog dan watak-watak di atas adalah sekadar gurauan semata. Semoga tidak terasa hati atau apa-apa. Semoga terhibur....
Watak-watak di atas sekadar gurauan semata...semoga terhibur....tiada niat tau nak mengenakan ke apa-apa....peace:)

6 Comments:

Mas Ahmad Safwan said...

.macam tu plak cerita dia

BLOGGER TAMAK DAN SOMBONG

❤‌ princess nabilah ❤‌ said...

@Mas Ahmad Safwan

wah2....ad bls blik ka....?? hhuhuhu ok2 sy terjah sat ag k

nazirulhazwan~ said...

hehe, saye jimat cermat, bukan bakhil:P simpan duit nak kawen x bakhil kn kn??hahaha

Syafiq Rosli said...

hehe..thank eh..:)

❤‌ princess nabilah ❤‌ said...

@nazirulhazwan~

mmg laa xbakhil ngeh3...bgos2 niat yg baik.huhuhu xde kire bakhil pn...hehe

❤‌ princess nabilah ❤‌ said...

@Syafiq Rosli

sme2...hehe thx sudi singgah n komen

 

Copyright by © 2013 Studio Puteri Nabilah