APA YANG PENTING?

Assalammualaikum...
Hari ini macam-macam komen dan support dari kawan-kawan blogger. Bagi memuaskan hati ramai pihak, Princess harap semua dapat faham segala kehendak design yang yang dikehendaki customer dan juga bagi memudahkan urusan Princess nak design, makanya Princess nak menegaskan sekali lagi kepada customer, harap maklum yer..

Tadi blogwalking sampai pula di Blog Ct Nhi's Story, pandai blogger nie edit blog baru 12 tahun. Tapi cara tegasnya nak charge banyak banyak tu membuatkan Princess nampak kematangan dalam berfikir blogger nie. Usia muda dah pandai design blog. Okey, Princess bkan review blogger nie, tapi nak pinjam ayat dari blogger nie yang sangat-sangat tegas dalam berbisnes online bagus!! good job sis....

Saya edit tidak seperti WhiteyMommy menggunakan template ( professional ) , saya cuma menggunakan gadget dan Edit HTML sahaja ... Saya juga ada hak untuk meletakkan copyright di blog anda ... Saya harap kan anda telah backup/download template anda yang sebelum itu untuk mengelakkan dari menyesal blog tak cantik ... Anda juga boleh mengubah idea sebanyak hanya 2 kali sahaja , lebih daripada itu akan di charge lebih . Saya akan juga memerlukan e-mail dan password anda

Seperti mana yang Princess dah siap tulis, sila tekan button tempahan blog untuk ketahui lebih lanjut okey

Maklumat yang perlu saya tegaskan di sini, kalau dah confirm nak gunakan perkhidmatan saya, pastikan lepas confirm sertakan pakej yang mana menjadi pilihan dan sertakan bayaran itu sila tulis maklumat mengikut cara Princess sepertimana di bawah:



Okey itu sahaja maklumat penting yang perlu korang tau okey...
sekian wassalam
pen~off

PENGUMUMAN PENTING SESIAPA NAK TEMPAH

Assalammualaikum....
Okey entry kali ini Princess nak buat pengumuman kepada sesiapa (customer) yang nak dan sudi menerima perkhidmatan Princess untuk design blog, Princess hanya akan ambil tempahan customer yang tidak terlalu cerewet, menyusahkan Princess, tak ada pendirian yang tetap, customer yang bersabar.


Di sini, Princess tak nak marah2 macam entry sebelum-sebelum nie. Niat Princess bukan nak lengah-lengahkan masa nak design tapi Princess dah terlalu penat kalau orang suka pushed Princess nak cepat, nak cepat. Okey ini pengalaman Princess sebagai designer blog. Walaupun design Princess tak sehebat blogger designer seperti Blog Alieff, Blog Cik Bulat, Blog Cap Ayam, Blog Ayeem Ayam dll....

Okey, baru Princess tau apa sebenar perasaan sebagai designer blog nak melayan kerenah customer di antara blogger yang lain sangat-sangat menguji iman dan kesabaran. Sebelum nie Princess ada jugak tulis ayat agak kasar nak lepaskan geram okey. Sebab terlalu tension!! whoaaa....wajiblah kan tulis supaya orang tau blogger tu cerewet giler nak mampus.....tension doe....adoiyai.....agak lah bertengkar kejap kah3x....last2 Princess kowt mengalah. 

Okey fine dah bagi bayaran, ingat Princess mata duitan ka? Inipun buat bisnes picisan disebabkan banyak sangat permintaan. Tak berbaloilah kan kalau minta buat blog tanpa bayaran....habis penat Princess hilang gitu ke....sebab tu ada bayaran, minta bayaran upah je pun. Nasiblah tak buat guna bank-in kalau tak terkontang kanting ler korang. Sebab apa Princess cakap macam wu sebabnya kebanyakan bisnes design blog guna bank-in. Memula parents suh buat macam tu, then Princess cakap tak payahlah sebab berapa ringgit je kan baik masuk topup jerk....lagi satu sebab Princess tak kisah sebabnya lepas nie kerja dapat duit jugak barulah masuk kat bank berbaloi jugak sebulan beratus dapat kan..okey le tu....huhu

Okey bukan nak berlagak laa apa yang Princess luahkan, yelah siapa nak ngaku kalau terkena batang hidung sendiri ye dak....mesti akan ada cik anon yang kebanyakan blog famous kena hentam kowt....seperti Cik Epal , Fatin Liyana, Irine Nadia Marcello kesian kat depa kowt....tapi Princess selalu lepak-lepak kat blog mereka jadi silent readers je kowt...hahha.siapalah Princess nak berdiri di samping mereka huhuhu..okey semoga mereka banyak bersabar menghadapi cabaran okey...

Okey berbalik cerita tempahan tadi...dah tau siapa customer yang akan Princess pilih segala layanan mesej kat phone ke Princess dah malas nak balas2 itupun kalau ada yang tau number Princess lah kan...lau kat facebook, sorry laa kepada sesiapa yang add Princess tu, tapi tak approve sebabnya Princess nak memilih okey...korang cerewet Princess pun cerewet lalaala....

Antara customer yang tidak cerewetlah kan budak2 students SMKA SEGAMAT...tabik kat korang adik2 Princess bagi support tak menyusahkan Princess tapi kepada blogger yang Princess baru kenal nie agak cerewet jugak lah.....ada sesetengah tu senang aje nak berurusan dengan mereka nie Blogger1, Blogger2, Blogger3...ye la bagi maklumat pun lengkap, tanya pun direct terus taklah susah nk fhm kan...so senang lah nak bekerja dengan depa nie


okey Princess minta maaf kalau sepanjang korang menempah tu Princess ada termarah ke terkasar bahasa ke kan....moody jap ....so minta maaf sangat2 xde layanan baik tuk customer...biasalah Princess masih setahun jagung nak mengenali duna berbisnes nie....okey hope korang taklah terkecil hati yerk....

sekian wassalam..
pen~off

SEGMEN REVIEW DESIGN BLOG 15: SUFIANA RAMLI

Assalammualaikum...
Hari nie dengan laju Princess menaip dan meng edit blog seterusnya yang ditempah oleh Sufiana Ramli. Dari pink ke biru temanya nak juga ikut macam Princess adoiyai...tak apalah kowt maybe dah tukar favourite colour kowt. hahaha....okey kali nie template nya Princess tak ubah sebabnya template dia sangat2 best nak di edit walaupun agak sukar sesangat sebab code-code dalam template tu kejap ada kat atas ada gak kat bawah putar-putar belitlah kan...so macam grrr....nak hempas pulak dah netbook pening kepala cari hahah...sebabnya setiap kali edit blog orang widget tersangat-sangatlah bersepah-sepah, dah macam tokang pecah tengok code-code berterabur...so, Princess tolong kemas-kemas kan jela code-code yang bersepah-sepah macam kemas biliklah katakan baju-baju bersepah simpan balik susun dalam satu almari. Macam blog pula mana-mana code yang boleh disatukan, Princess satukan senang nanti, xdelah bersepah sangatkan...

So, jom tengok gambar sebelum dan selepas

SEBELUM EDIT





SELEPAS EDIT






Okey itu sahaja nak tunjuk....
sekian wassalam
pen~off

p/s: lepas nie Princess akan memilih customer, kalau customer jenis cerewet giler nak mampus, Princess tak nak amek tempahan dia, dan customer yang selalu sangat bertanya tak reti2 nak baca Princess rasa pergi tadika balik kowt kalau tak tahu baca Princess suruh letak maklumat complete, dia letak kejap nak tu kejap nak nie. Princess bukan robot okey nak ikut time korang Princess lepas nie dah keje so malas nak layan korang~~~

SEGMEN REVIEW DESIGN BLOG 14: BLOG CIKGU NURUL

Assalammualaikum...
Dalam kepenatan dan kesempatan yang ada nie Princess nak review blog yang baru je Princess design dari petang tadi sampailah tengah malam nie. Ikutkan dah penat nie nak design lagi huhu..sebab esok dah nak ke Kuala Lumpur. Nak hantar adik ke UTM Semarak. Okey, teruskan agenda Princess iaitu nak review okey jom terjah!!



Mula-mula, Princess design sampai jadi macam seperti di bawah nie warnanya agak cerah dan selepas owner blog tengok dia berpuas hati cuma dia nak tukar background jadi gelap sikit makanya....





Princess pun carilah lagi background pink agak2 gelap sikit cari punya cari jadilah seperti di bawah nie...huhu okey itu sahaja...



okey done!!!siap jugak kerja Princess huhuhu...
sekian wassalam
pen~off

TUTORIAL IMAGE HOVER SHADOW

Assalammualaikum...
Hari nie Princess nak buat tutorial lagi. Tutorial nie pown Princess buat sebab Princess nak buang tapi sayangkan takut satu hari nanti Princess nak buat lagi dah tak ada tutorial nie. So, Princess pun buatlah Tutorial lagi kali ini adalah image hover shadow. 


Maksudnya adalah apabila kita cursor arrow tu di mana2 gambar dalam blog dia akan ada shadow ikut warna yang kita dah tentukan. So, sesipa yang berminta jom belajar!!

Mula-mula buka DASHBOARD > DESIGN >EDIT HTML >TICK EXPAND WIDGET

Cari code ini: Cara senang nak cari tekan serentak CTRL+F
]]></b:skin>


Selepas itu, masukkan code di bawah ini sebelum code di atas tadi:

/*Image animation
-----------------------------------------------*/
img {
filter: alpha(opacity=90);
opacity: 1.2;
-webkit-transition-duration:.5s;
}
img:hover {
filter:alpha(opacity=100);
-webkit-box-shadow: 0px 0px 20px  #157DEC;
-moz-box-shadow: 0px 0px 40px  #157DEC;
-webkit-border-top-right-radius:30;
-webkit-border-top-left-radius:30;
-webkit-border-bottom-right-radius:30;
-webkit-border-bottom-left-radius:30;
}
img:hover {
filter:alpha(opacity=100);
opacity:1.0;
border: 2px dotted #2B60DE;
border-radius: 50px;
-moz-border-radius: 50px;
}
-moz-opacity:1.0;
opacity:1.0;
}
img:hover {filter: alpha(opacity=60);
opacity: .60;
-moz-opacity:0.80;
}
u {
text-decoration:underline;
border-bottom: 2px dotted #2B60DE;
padding: 0px;
}


Info:
Yang berwarna Pink korang boleh tukar warna kesukaan korang DI SINI.
Yang berwarna Merah korang boleh tukar sama ada (dotted/solid/dashed/ridge).
Yang berwarna Ungu korang boleh tukar saiz berapa korang nak laa ok.

okey itu sahaja...peringatan sebelum SAVE, pastikan korang PREVIEW dulu. Sekiranya tiada ERROR, barulah korang boleh SAVE okey!!
Sekian wassalam
pen~off

BERWAJAH BARU WARNANYA SANGAT LEMBUT

Assalammualaikum..

Okey dalam waktu yang tersangat singkat Princess dapat menyiapkan juga design blog Princess nie dengan tema major colour nya adalah Biru dan Putih. No pinky2 girly lagi dah. Owh itu bukanlah jiwa aku yang tersangat-sangat gedik itu. hahha sorry kepada sesiapa yang terlalu taksub kepada pink okey especially kepada my sister...adoiyai semuanya nak pink kah3x....pelik sungguh. Itulah kalau dua beradik jer perempuan dalam keluarga kan mesti antara dua warna yang menjadi pilihan biru atau pink. That's means my sister sangat2 lembut tapi sangat2 garang, and I pulak sangat2 kasar +garang hahaha..gua xde lah kasar bebenor tapi bab-bab borak2 dengan bebudak boys laa especially gua wat gaya kasar maaa..hahah....watpe nak gediks2 kan3x...geli I nyah..

Memula blog nie ditubuhkan pun bermula dengan colour biru. Tetiba pulak nak try colour pink so my sister pun macam terkejut jugaklah pelik lah bin ajaib kan tetiba si akak nie minta pink kuang3x....sebab adik Princess tau yang Princess memang anti giler kepada pink hahaha......tapi bila semakin ke alam 20-an jadi gedik pulak buat blog pink Actually, nak sedapkan hati jerk sebab kenapa tak nak guna template pink. Ye laa setiap kali design mesti customer minta colour pnk adoiyai dah macam dalam dunia nie kowt tak ada colour lain kah3x...pelik betul....paswu ada sekalilah ada blog bisnes nak buat tema hijau..perghh semangat nak tolong beb nak buatkan design terbaik!! Siap 2 banner Princess buatkan semua icon complete laa except icon social network. Icon tu tak ad pun sebabnya Princess tak tahu customer ada social network apa kan....so, tersangatlah teruja beb!! Dapat design blog selain warna PINK!!! hahaha...bosan lol buat design warna sama memanjang......adeh....

Okey done!! Now nak show ada perubahan sedikit berbanding apa yang Princess dah tunjukkan sebelum ini kan....so, let's check it out!!!


Apa yang ada dalam gambar ini adalah perubahan tempat SHOUTBOX!!
Princess dah malas nak buat shoutbox katup buka katup buka tu..So, benda nie datang nya idea dari sini...dan perubahan juga kepada banyak icon social network seperti button FACEBOOK tu ada LIKE2 kan3x.....best wu atas letaknya senang orang datang okey nak LIKE lah sila lah klik xde sesiapa pun kena makan nanti..hehehe


Ikutkan idea nak letak status TWITTER tapi buat2 ak jadi2 fed up jugak huhu....tapi tak apalah bukan nya Princess rajin update TWITTER pown...kuang3x..kantoi sudah!!! okey korang boleh klik aje button2 tu semua jangan risau ianya akan melompat ke new tab okey...tak perlulah klik kanan mouse tu.....hehehe


okey itu sahaja nak cerita pepagi  buta nie....
sekian wassalam
pen~off

p/s: Esok Sabtu kan, Princess nak berjalan ke rumah mak lang kat KL, actually nak hantar adik pergi mendaftar ke UTM KL.....daaa..korang lak cuti2 pergi mana jerk?? tunggu entry akan datang ya...

SEGMEN REVIEW DESIGN BLOG 13: PRINCESS NABILAH

Assalammualaikum....
Hari ini, Princess dah fikir semasak-masaknya nak tukar tema warna blog kali ini merupakan warna kegemaran Princess iaitu Biru dan Putih. Dari Pink  kepada Biru. Korang mesti dah agak kenapa Princess nak tukarkan? Okej nak tau sila baca di sini


 Sebelum tu, Princess nak minta maaflah kalau ada visitor datang singgah blog nie semasa tengah renovate okey hehehe....See ya let's check it out!!

BEFORE RENOVATE FULL PINK AND BLACK







AFTER RENOVATE FULL BLUE AND WHITE







 
Okey done!! bagi korang okey tak macam berat je kan....tapi tak pelah buat masa sementara nie huhu..
okey sekian wassalam
pen~off

SEGMEN REVIEW DESIGN BLOG 12: FATIN NUR ILISHA

Assalammualaikum..
Hari ini pepagi buta buat entry nak revew design blod seterusnya dari BLOG FATIN NUR ILISHA. Blog dia nie di privatekan tapi tak mengapa sebab Princess nak review blog dia sahaja. Mungkin dia tak mahu ramai followers.....atau mungkin ada cerita yang terlalu rahsia sehinggakan dia terpaksa memrivatekan blog dia. so, let's check it out apa yang Princess design kan....

Mula-mula buka blog dia nie profile picture tak ada makanya, Princess ingatkan nak design saje2 lah kan tapi disebabkan ada kegurisan sedikit di hati hahaha...touchinglah sorry yer dik...akak Princess nie kuat cemburu....so, last2 profile picture nie pun masuk price jugaklah...ikutkan nak bagi free..tetibe hatiku terguris sikit lah....sorry tau....nak tau citer sila baca sampai habis entry nie...lalala
okey then bawah nie banner blog cik adik manis nie


okey done barulah tunjuk header blog cik adik manis nie


Header nie header 1st Princess buat tapi xcantik nampak sangat kecomotan dan ketidak kekemasannya header 2nd lak Princess dah delete lak dari folder hahaha.....tu yg xley nk tunjuk korang tengok je laa yerk gambar2 bwh nie






Tema yang cik adik Fatin nie nak tema POOH, PINK AND BLACK. Nak sebiji macam Princess woo...bak kata Encik Tuan Muda Prince " wow, lawan tokey nampak!" kuang3x.....di situlah Princess tak menafikan okey sesiapa nak tema pooh boleh tapi agak-agaklah nak sebiji macam Princess kan3x....hahaha lainlah kalau buat sendiri Princess tak marah pun. Tapi kalau nak jugak sebiji...adehh..habis blog Princess nie takkan nak ubah design lagikkkk penat wooo asyik ubah2....

Princess terguris hati di situlah. Itu baru permintaan customer nak sebijik! Kalau macam ada blogger2 kawaii dan comel2 kena hentam antara blogger amacam? Nak kena jugak ke? Hahaha so Princess cakap bebaik, Princess ada banyak koleksi background cantik sumber dari GLITTER-GRAPHICS. Korang tak nak percaya. Tak cye sudah....pergi je la terjah sana!

Okey, Princess tau korang jeles tengok blog nie. *Bukan nak bangga okey. Tapi seyesly, semua nie hasil usaha tanpa ada tunjuk ajar orang lain melainkan belajar sendiri dari sumber tutorial2 yang Princess paparkan DI SINI. Sila terjah sekiranya nak pandai design blog sendiri. Korang akan tau betapa penatnya bahu, sampai naik lebam pergelangan nie tau..aha.....Okey, Princess saje nak luahkan apa yang mengundang dingin di hati keh3x.....sorry to adik Fatin. Background black and pink tu rasa2nya bagi akak laa kan pnk cerah lagi better, sebab adik nie muka cerah so, lagi better pink cerah kalau gelap Princess macam rasa tak puas hati tengok design tu, sah2 nampak ketidak kekemasan di situ.

 Kos upah Princess ambil murah2 sebabnya hasil yang Princess design tidaklah semahal Designer blog yang lain paling murah Princess pernah tahulah RM30 dari Blog Design Alieff. Tak percaya jom terjah reramai.....Design dia memang superb laa Princess cakap. Lagi 1 blog yang Princess tau dia design blog ialah Blog Cik Bulat. Tapi, kedua-duanya mengunakan bayaran secara bank-in. Kalau macam budak2 sekolah memang ada yang sukar untuk membuat bayaran macam itu. Sebab itulah Princess hanya charge bayaran melalui topup sahaja. So, sekarang Princess dah tak kisah nak ambil design ke tak. Coz lepas nie Princess akan mula busy nak kerja balik dengan Dobi Melia tu. Duit gaji of course akan simpan selebihnya selepas membeli sepasang baju kurung dan handbag baru for new life my future life at university okey!! wow!! tak sabar rasanya...

okey panjang pulak entry review kali nie..
sekian wassalam
pen~off

PENGUMUMAN TERPENTING BAGI SESIAPA YANG NAK DESIGN BLOG DENGAN PRINCESS

Assalammualaikum.....
Hari ini Princess nak bagi pengumuman terpenting dan terbesarlah bagi Princess sendiri. Sebagai designer blog picisan, saya memohon maaf andai layanan diberi tidak berapa peramah sangat okey kepada setiap pertanyaan. Ada antara blogger newbie bertanya itu ini, tapi maaf sekali lagi kalau Princess hanya mampu bag link tutorial tanpa mengajar. Sebabnya, actually Princess tak pandai nak ajar cara cakap-cakap dalam mesej takut lagi tak faham, so, Princess refer bagi link tutorial sahaja.

Pengumuman yang terpenting yang sebenarnya adalah mula 1 JUN 2011, Princess akan mula bekerja di sebuah Kedai Dobi sepertimana dulu CERITA DOBI  yang Princess pernah bekerja tu. So, selepas 1 JUN 2011 itu andai ada para blogger yang ingin menggunakan khidmat design Princess, Insyaallah Princess masih boleh menerima tempahan tersebut sekiranya ianya tidak terlalu banyak permintaan. Tap, ianya memakan maa untuk menyiapkannya disebabkan selepa 1 JUN 2011 tersebut Princess memerlukan masa untuk dibahagi-bahagikan. Semoga korang faham keadaan Princess yer...

Selalu, masa untuk menyiapkan paling cepat dalam masa sehari jerk, tetapi selepas 1 JUN 2011 Princess tak dapat nak jamin Princess boleh siap dalam waktu sesingkat sehari tersebut, insyaallah ianya tetap akan siap...

Okey itu sahaj pengumuman terpenting tersebut....sekian, wassalam...
pen~off

SEGMEN REVIEW DESIGN BLOG 11: KAYLA APPLE STEM CELL

Assalammualaikum...
Hari ini Princess bertungkus lumus menyiapkan lagi blog bisnes iaitu dari KAYLA Apple Stem Cell. Produk ini merupakan produk kosmetik wanita. So, blog bertemakan epal hijau, design pun Princess cuba matchingkan laa makanya minor colour  white major colour pulak green. So. let's check it out!!
Inilah empunya tuan blog KAYLA Apple Stem Cell

Ini gambaran bahagian atas blog atau HEADER.


Ini pula gambar di bahagian tengah iaitu memaparkan icon di bahagian title post, banner terdiri 2 jenis iaitu banner gerak2 dan banner cantik.


Ini bahagian tengah2 juga, tapi memaparkan pula bahagian nota kaki, icon komen, shoutbox.


Bahagian di bawah blog iaitu memaparkan footer okey...done siap akhirnya..selepas ditanya pendapat my mum. Tapi belum lagi empunya tuan blog belum lagi bagi pendapatnya....so jom ramai2 singgah blog bisnes kosmetik ini....

klik banner di bawah ini yer..kalau nak terjah!!



Okey,done!! Ada lagi nak tempah? hehehe...
sekian wassalam
pen~off
 

Copyright by © 2013 Studio Puteri Nabilah