EPISOD 1: EPISOD CINTA NURIN NAJWA




“Cintakan bunga akan layu, Cintakan manusia akan mati, Cintakan Allah kekal abadi, Itulah cinta yang sejati”



Hati seorang gadis ingin memiliki dan dimiliki oleh cinta sejati. Nurin Najwa membawa maksud cahaya dan bisikan rahsia, seindah namanya dan keperibadiannya yang sangat tersimpan 1001 rahsia. Sukar untuk orang ketahui di sebalik wajah dan hatinya yang sangat sukar untuk dimengerti hatta sahabat karib sendiri.

            Bulan Mei 2009, semua pelajar lepasan SPM 2008 sudahpun menjangkau ke menara gading dalam menuntut ilmu ke peringkat diploma mahupun asasi. Tetapi tidak kepada seorang gadis yang bernama Nurin Najwa, yang berbekalkan keputusan SPM yang kurang memberangsangkan, dia tidak dipanggil oleh mana-mana tawaran universiti awam mahupun matrikulasi, kecuali tawaran dari universiti swasta. Namun, dengan semangat dan dorongan dari ibu dan ayah, memberikan kesedaran kepada Nurin Najwa bahawa dia masih ada masa depan yang cerah yang boleh dia ukir sendiri dengan menerima tawaran Pra-Universiti di sekolah lamanya iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Segar Amat.

              Pada hari pertama persekolahannya, setelah  4 bulan setengah bercuti, terasa kekok pada diri Nurin apabila dia perlu mengenakan kembali pakaian sekolah seragam dalam usia 18 tahun. Hanya angan-angan sahaja yang berterbangan lalu untuk berpakaian berfesyen-fesyen untuk pergi ke kuliah.  ‘Ah, ketepikan angan-angan itu’. Nurin bermonolog sendiri. Sebaik tiba di perkarangan sekolah, Nurin bertemu beberapa kawan-kawan lama, yang juga senasib dengannya. Sebagai senior di antara pelajar-pelajar baru dari sekolah lain yang juga mendapat tawaran seperti Nurin, maka Nurin memberi peluang kepada kawan-kawan barunya untuk mendaftar terlebih dahulu dengan sengaja mendaftarkan diri lambat-lambat. Sebab utama Nurin adalah dia, tidak mahu tinggal satu dorm dengan mereka. Bukan Nurin tidak suka mereka datang tapi segan kalau tiba-tiba ada yang bertanya tentang keputusan dia. Malulah. Tapi, tak sangka penyelia asrama Nurin, Puan Liza masih ingat dan kenal Nurin lagi, hal ini kerana Nurin masuk ke sekolah itu sejak dari Tingkatan 4 lagi. Serta-merta Puan Liza menyuruh Nurin mengkhabarkan berita kepada bekas pelajar sekolah itu supaya berbincang sama ada nak tinggal di luar atau tinggal di asrama. Perkara ini ditanya kerana, pada masa itu terlalu ramai pelajar perempuan mendaftar sampai bilik pun tidak muat untuk kami menetap di asrama. Memang seronok bila dengar macam itu, sebabnya bolehlah berfoya-foya membawa ‘handphone’ ataupun laptop bolehlah main Facebook dan update blog selalu. Itulah dalam fikiran Nurin, ada sahaja masa lapang, Nurin akan meluangkan masa dengan meng’update’ blog kesayangannya.

    *************************************************************  

              Tetapi, semua itu angan-angan semata. Akhirnya, semua bekas pelajar sekolah itu menetap di bilik rawatan. Walaupun, tempat tinggal kami sekecil cuma di bilik rawatan sekalipun, kami sangat gembira sebabnya di situ ada banyak tempat suis elektrik bagi memudahkan kami menjalankan operasi ‘Ops Ceroboh’ kami seperti memasak Maggie, mengecas handset, mengecas laptop, mengecas MP3 dan nak iron baju tak perlu nak berebut-rebut dengan junior-junior satu asrama. Itulah tempat tinggal kami yang diberi nama Teratak Warisan dengan password masuk ke motel tersebut adalah mengetuk pintu sambil menyebut “dua singgit, dua singgit”. Kelakar pula password masuk ke motel kami. Hal  ini adalah gara-gara terpengaruh dengan telatah Si Mail dalam cerita animasi si comel Upin & Ipin.

             Bermulalah episod Nurin Najwa sebagai seorang pelajar Pra-Universiti. Kata orang, dalam setiap apa yang berlaku dalam kehidupan itu ada kelebihan dan ada kekurangan. Walaupun perspektif masyarakat terlalu memandang enteng terhadap pelajar pra-universiti atau dikenali sebagai pelajar Tingkatan 6, tetapi banyak hikmah yang Nurin perolehi sejak masuk ke alam Pra-Universiti ini . Hikmah dari segi mental nakal seorang remaja yang pertamanya, adik-adik junior Tingkatan 1, selalu salah sangka yang kami ini Tingkatan 3. ‘Wow! Sungguh awet muda!’ itulah apa yang selalu kami gosipkan di antara group kami sebagai bekas pelajar sekolah itu. Selain Nurin Najwa, sahabat-sahabat yang lain antaranya Hanna Zalikha , Siti Qaisara, Izza Soliha, Isha Airina, Aini Suraya , Farah Amna dan Rina Amelia merupakan bekas pelajar sekolah itu makanya tertubuhlah satu group paling bising dalam kelasYang kedua, adalah hikmah untuk Nurin Najwa kerana dapat berhubung lagi dengan sahabat baiknya iaitu Naqib Adam secara lebih dekat. Naqib Adam umurnya setahun muda dari Nurin. Maksudnya, ketika Nurin di Tingkatan 6 Rendah, Naqib di Tingkatan 5. Kami mula berkenalan dalam sebuah persatuan seni mempertahankan diri iaitu, Seni Silat Gayong. Makanya, sejak Nurin memberitahu bahawa dia akan kembali ke alam persekolahan semula, Naqib Adam sangat gembira kerana akhirnya dapat juga berjumpa secara face to face lagi dengan Nurin.

            Istilah kawan bukan senang nak dijaga dari segi hati dan perasaan, lagi-lagi apabila berkawan rapat antara lelaki dan perempuan. Tetapi, itulah krisis hati yang dihadapi dalam hati gadis Nurin. Pada pandangan Nurin, Naqib Adam, seorang lelaki muda dalam usianya, tetapi sangat matang dalam cara berfikirnya. Nurin sungguh tertarik dengan segala keperibadiannya itu sehinggakan hati Nurin mula membenih satu perasaan yang sukar diungkap dengan kata-kata. Luahan hati Nurin ini selalu diceritakan kepada Farisya Maisarah. Farisya Maisarah merupakan adik angkat Nurin dan merupakan pelajar Tingkatan  4. Kami sering bersama tatkala malam pun berlabuh. Pabila waktu tidur, Nurin akan menginap di dorm Farisya untuk bercerita dan bergosip. Bukan bercerita tentang pelajaran mahupun bergosip tentang artis tapi Nurin akan bercerita tentang hati dan perasaannya terhadap Naqib Adam. Sebab itulah Nurin mula suka berkongsi cerita bersama Farisya, kerana dialah lebih mengetahui dan memahami. Antara kami pula menjadi lebih rapat kerana antara kami adanya dua orang terpenting. Bagi Farisya, Aizul Syafiq adalah segala untuknya. Dan disebalik perhubungan itulah antara Nurin, Farisya, Naqib dan Aizul menjadi 4 sekawan secara automatiknya walaupun berbeza umur.  

          Saban hari, saban waktu pasti Nurin akan menunggu text mesej dari Naqib Adam. Kadang-kadang Nurin yang akan memulakan perbualan. Perkara ini kami sembunyi-sembunyi dengan membawa handset ke sekolah, walaupun Naqib Adam merupakan salah seorang Exco asrama dan pengawas sekolah tetapi tidak kiralah waktu prep, waktu makan, mesej pasti tidak akan lekang bernyala-nyala di skrin handphone kami. Selalunya, perkara yang dibualkan bukanlah penting sangat. Tapi apa yang membuatkan Nurin sangat tidak lekang untuk bermesej adalah memastikan Naqib Adam dalam keadaan yang sihat. Nurin amat mementingkan tahap kesihatan Naqib Adam, kerana Naqib Adam menghidap sakit paru-paru berair. Selalu yang akan menjadi wartawan tak bertauliah ialah 4 sekawan juga yang rapat dengan Nurin iaitu Farha Hanis, Sophea, Hasya dan Julia. Selalunya mereka berempatlah yang akan inform kepada Nurin setiap berita apa pun tentang Naqib Adam. Sebabnya, mereka berempat merupakan pengawas dan juga exco kecuali Farha Hanis yang memegang jawatan ketua dorm. Mereka juga merupakan rakan sebaya Naqib Adam. Makanya, merekalah pemberita dan wartawan Nurin yang tak bergaji dan tak bertauliah untuk memberitahu kalau-kalau Naqib dimasukkan ke hospital ataupun pengsan di kelas.

 *************************************************************

        Pada malam sebelum hari lahir Nurin, Naqib Adam telah mengajak Nurin untuk berjumpa di Anjung Bestari, yang merupakan tempat pengucapan awam sewaktu perhimpunan harian di sekolah itu. Tiba-tiba, Tiit Tiit….nada mesej Nurin berbunyi dengan perlahan. Waktu sekolah atau di asrama, Nurin akan pastikan handphonenya sengaja setting nada silent bagi mengelakkan ‘kantoi’  dengan kawan sekelas…..

‘Nurin, aku nak ko turun kat anjung bestari jam 9.00 malam okey..’ Nurin membaca mesej dari Naqib.

‘Nak buat apa? Aku tak naklah kang tak pasal2 kena cekup dengan Ustaz Nazmi’ Nurin membalas sambil senyum tak lekang di bibir.

‘Ala, turunlah kejap jerk ko ajaklah Hanna sekali, aku ajak Aizul’  Naqib tetap mengajak.

‘Ye laaa, aku turun….’ Itulah jawapan Nurin.

              Dalam masa nak turun ke Anjung Bestari, hati Nurin ketika itu entah kenapa berdebar semacam, mungkin sebab inilah kali pertama dia ber’dating’ dengan lelaki. Walau bukan berduaan sekalipun tapi tetap sama berempat dua pasangan. Itulah maksud Nurin bila difikir-fikirkan semula. Sewaktu turun tangga ke Anjung Bestari yang hanya dua tingkat untuk ke bawah sahaja buat hati Nurin tak berhenti berdebar-debar macam nak jumpa kekasih hati. Hanna Zalikha memang selamba. Hanna sememangnya tahu Nurin punya perasaan terhadap Naqib Adam tapi malu nak cakap sebabnya umur Naqib muda setahun dari Nurin dan Hanna. Setibanya tinggal selangkah, Nurin  hampir-hampir nak terjatuh, tapi Nurin tetap  cover-cover……Dalam hati Nurin menyumpah dengan kasut wedges yang dipakainya itu.

        Waktu itu, Nurin sudah nampak kelibat Aizul dan Naqib yang sudah menunggu sambil nak tergelak tengok Nurin yang menggelabah semacam. Dalam hati Nurin mulalah bermonolog,’ Aduh, malunya!! Muka Nurin merona kemerah-merahan, dah blushing habis.  Hanna cuba berbisik dengan Nurin supaya kawal perasaan itu “Relax lah Nurin, jangan kalut sangat” kata Hanna. Maka, mulalah episod pertama kali Nurin Najwa si gadis bermuka bulat dan berpelipis lebat ber’dating’. Setibanya hampir di tempat Aizul dan Naqib berdiri, Hanna menukar haluan ke arah Aizul di tepi tangga Anjung Bestari, untuk memberi laluan Naqib Adam untuk berjumpa dengan Nurin Najwa. Nurin menarik tangan Hanna untuk tidak meninggalkannya bersendirian bersama Naqib Adam. Tiba-tiba Naqib bersuara,

“Hanna, pergi jauh-jauh bagilah aku ‘can’ sikit nak dating dengan Nurin ni….hahahaha” Hanna berlalu meninggalkan Nurin sabil mencebik ke arah Naqib.

“Ye laa, aku bla laa nie, Aizul jom borak dengan akak!” selamba Hanna berjalan tak menghiraukan Nurin yang sedang kegelisahan.

Hakikatnya, walaupun Nurin selalu text mesej dengan Naqib, tapi perasaan bila face to face tak sama dengan bermesej di skrin handset.

Nurin cuba berlagak selamba, walau hakikat sebenar hati seperti nak melompat keluar lagaknya. Tiba-tiba suasana sepi, Nurin cuba untuk memulakan perbualan. Sebaik sahaja nak mulakan perbualan, tiba-tiba kami bersuara serentak. Akhirnya Naqib memberi laluan untuk Nurin bertanya terlebih dahulu.

“Hmm, apa yang kau nak bagitahu aku tadi?” Nurin cuba menghilangkan gugup dengan tidak memandang tepat ke mata Naqib Adam.

“Err, saje nak jumpa tak boleh ke? Hmm, Nurin pandanglah aku, kenapa kau macam tak suka je jumpa aku? Buruk ea muka aku?” Naqib cuba mencari wajah Nurin untuk memeriahkan  suasana berbual.

“Err..hehehe…tak ada apa-apalah aku segan, takut nanti apa pula budak-budak nie cakap..”  Nurin cuba mengalih ke tampat lain, malu bila ditenung Naqib sebegitu rupa. Naqib hanya tersenyum melihat muka Nurin semakin merona merah.

“Ehem, ehem, kenapa kau nak jumpa aku ni? Ada hal penting ke?” Nurin bertanya lagi apabila Naqib tidak menjawab soalannya tadi dengan jawapan yang sebenar.  Naqib member senyuman tersirat. Nurin semakin tak keruan.

Tiba-tiba, Naqib membuka begnya dan mengeluarkan sesuatu dari beg dia. Terdapat beg kertas berwarna biru cair. Selepas itu, Naqib menghulurkan beg kertas itu kepada Nurin dan menyuruh Nurin buka hadiah itu kemudian.

“Selamat Hari Lahir, Nurin!” Naqib memberi  ucapan itu dengan nada yang berbisik. Nurin semakin berdebar bila diperlakukan begitu.

“Err, bukan ke birthday aku esok?” Nurin terpinga-pinga.

“Owh, saja aku nak jadi orang pertama wish birthday kat kau!” Naqib cuba menyengeh, dan senyuman itulah buat hati Nurin semakin tidak keruan dan kembali berdebar..dup..dap..dup..dap…laju betul.

“Hmm…..terima kasih Naqib, susah-susah jerk! Apa-apa pun aku terharu sangat-sangat kau ingat lagi birthday aku” Nurin cuba mengorak senyuman yang paling manis tapi malu untuk bertentang mata dengan insan  yang bernama Naqib Adam.  Alangkah, senyumannya sahaja membuat hati Nurin tidak keruan, apatah kalau bertentang mata.

“Sama-sama, ala small matter je, itupun aku tak tahu nak belikan apa.” Naqib menggaru-garukan kepalanya yang tidak gatal itu.

“Ermm, ada lagi ke nak cakap apa-apa?” Nurin tertoleh-toleh ke kanan dan ke kiri takut terserempak dengan kelibat Ustaz Nazmi yang suka mencekup budak-budak dating.

“Hmm, tak ada kot. Tapi belum lagi pukul 9.00 lagi kan? Nantilah dulu. Kita berboraklah lagi” Naqib cuba mencari ruang lagi untuk berbual-bual.

“Bukan apa aku takut nanti tak pasal-pasal kena cekup! Kau tahu ajelah Ustaz Nazmi kan suka round satu sekolah” Nurin cuba untuk bersahaja.

Naqib memandang sekilas jam tangannya yang menunjukkan hampir pukul 9.00 malam. Tiba-tiba, Naqib nampak gelisah. Nurin memandang Naqib sambil mengangkat kening tanda pelik dengan tingkah laku Naqib tiba-tiba gelisah apabila melihat jam sudah pun menunjukkan 9.00 malam, waktu prep bermula.

“Hmm, Nurin tak apalah aku sebenarnya ada kelas Akaun, hehehe nanti malam kita borak lagi okey?” Naqib  memberi  isyarat kepada Aizul yang dia sudah selesai.

“Huh, tengok tu, aku ingat kau tak ada kelas, ermm okey2…selamat belajar! Thanks hadiah nie..!” Nurin  mengorak senyuman kepada Naqib dan memanggil Hanna untuk pulang ke kelas. 

Naqib pun terus berlalu bersama Aizul ke kelas masing-masing. Nurin dan Hanna juga mengorak langkah ke kelas sambil tertanya-tanya apakah hadiah di sebalik beg kertas biru cair itu. Tapi, Nurin tiba-tiba berhenti seketika untuk berpaling melihat Naqib dan Aizul ke kelas masing-masing, dan saat itu jugalah Naqib juga berpaling. Nurin terus mempercepatkan langkah bila mata kami bertentang walaupun jarak jauh. Itulah episod pertama Nurin Najwa berjumpa berdua dengan insan yang bernama lelaki yang bernama Naqib Adam.



*bersambung*

6 Comments:

Wan Nur Syasya Nabila said...

kak, nk smbungan.. hehehe... best la cite nie.. :D

klau dh ade smbungan, kak inform ek.. hehhe

Anonymous said...

ustaz nazom...eh silap, ustz nazmi mmg la tak nampak, tp ALLAH nampak...

jgn lah kamu mendekati sesuatu yg akn kamu kesalkan kelak...jika tdk di dunia, di akhirat...

ittaqullah...

harimahakim_91 said...

Nazmi:nazom ka...waawawawaw....ko yg tulis k ni

❤‌Princess Nabilah ❤‌ said...

@Wan Nur Syasya Nabila

sbr ea...insyaallah nnt akk inform

❤‌Princess Nabilah ❤‌ said...

@Anonymous

ye mmg laa tau...tp itu gimik bhs je pun adoiyai....hmmm

❤‌Princess Nabilah ❤‌ said...

@harimahakim_91

wey ak tulis nazmi not nazom laa adoiyai..hahahaha....

 

Copyright by © 2013 Studio Puteri Nabilah