EPISOD 2: EPISOD CINTA NURIN NAJWA



“Hidup ini bagaikan novel, ada bab-bab yang dibaca dan dilupakan. Tapi satu bab yang tidak akan kulupa, iaitu bab bila kita berkenalan dan mula menjadi teman”


Puas Nurin membaca text mesej yang diterima itu dari Naqib Adam. Nurin cuba mencari makna tersirat. Apakah Naqib Adam punya rasa dan hati kepada dirinya? Seolah-olah apa yang ditanya hanya soalan bertemu soalan, jawapan tidak pula hadir tetapi bertubi-tubi soalan pula yang bersawang di minda Nurin saat itu. Selepas peristiwa pertama kali bertemu antara Nurin dan Naqib, Nurin semakin gelisah dan hati tertanya-tanya. Hadiah yang diberi berupa 3 serangkai tak pernah dibuat orang. Walaupun sekecil cuma, tapi amat bermakna buat Nurin untuk ketahui kebenaran di hati Naqib Adam yang sebenar.

                       Sukar untuk Nurin membuat kesimpulan dengan ketiga-tiga hadiah tersebut antaranya seekor teddy bear sebesar tapak tangan, sebuah frame yang mengungkap kata-kata: “Happy Birthday! May All Your Wishes Come True” dan sebuah frame berbentuk CD yang mengungkap kata-kata: “Selamat Hari Jadi, semoga doa dan restu akan sentiasa mengelilingi segala usaha anda” serta dua keping kad berbentuk hati dan berbentuk segi empat sama.
Isi yang tertulis di kad berbentuk hati berbunyi:




                 Nurin kadang-kadang tersenyum bila membaca pantun paling kelakar yang pernah dijumpai abad ini. Bila berkongsi cerita bersama Hanna, Qaisara, Izza, Isha, Farah, Aini dan Rina, ada-ada sahaja agenda mereka nak menyakat Nurin. Dalam suka menafikan apa yang mereka semua katakan, dalam hati Nurin seperti berbunga-bunga sedang mekar bak bunga seri pagi.

            Seusai peristiwa pertama kali bejumpa, Nurin dibangkitkan lagi dengan rasa terkejut apabila Fahmi Hamzah menyampaikan  hadiah dari Naqib Adam kepada Nurin Najwa iaitu sebungkus coklat bersaiz besar jenama Cadbury  Black Current. Di samping itu juga, sempat juga Fahmi menyakat Nurin apabila melihat Nurin kelihatan tersenyum sampai cecah ke telinga katanya dan Fahmi juga menyampaikan ‘salam sayang’ dari Naqib Adam katanya. ‘Ada-ada sahaja Si Fahmi ni nak buat onar dengan aku ea.’  Nurin bermonolog dan memandang Fahmi dengan senyuman yang biasanya orang sedang angau. Tapi itu semua mainan hati sahaja. Antara Nurin dan Naqib hanya mampu kekal sebagai sebuah persahabatan. Itulah secara realiti Nurin cuba untuk tidak mengisi kekosongan hatinya untuk insan seorang lelaki bernama Naqib Adam. Hadiah yang diberi hanya diungkap sebagai tanda persahabatan. Nurin redha andai itu takdirnya, andai cinta belum sudi menghadirkan diri di hati Nurin walaupun selalu bermain-main seperti menarik tali.
                     **************************************************
            Selepas Nurin pulang dari prep, Nurin cuba mempercepatkan langkah untuk menghantar mesej kepada Naqib apabila seharian Naqib langsung tak membalas mesej yang dihantar Nurin. Nurin mula rasa bimbang dan risau sehinggakan waktu minum malam langsung tidak dijamah. Nurin cuba membuat miscall untuk mengetahui apa yang sedang berlaku kepada Naqib. Tiba-tiba, Hasya memanggil Nurin.
“Kak Nurin!” dari jauh Nurin melihat kelibat Hasya melambai-lambai sambil menjerit memanggilnya.
Nurin berhenti untuk ketahui apa yang mahu disampaikan oleh Hasya.
“Fuhh, penat kita cari Kak Nurin tau! Akak, tahu tak Naqib tadi pengsan dan masuk hospital?” Hasya cuba menarik nafas sebab semput berjalan pantas meluru ke arah Nurin.
“Hah! Ye ke? Akak tak tahu Hasya. Habis tu Naqib macam mana sekarang?” Nurin mula nak menangis bila mendengar khabar berita yang menimpa Naqib Adam. Rasanya seperti jantung Nurin nak melompat terkeluar.
“Hmm, tadi masa prep Hasya tak nampak Naqib pun. Tapi budak kelas Naqib cakap, dia berehat di bilik rawatan ditemani Aizul.” Hasya cuba member ketenangan kepada Nurin supaya tidak terlalu risaukan Naqib.
“Thanks Hasya, khabarkan berita ini kepada akak. Kalau tak ada Hasya, sampai bila pun akak tak tahu. Hmm, okeylah akak naik dulu ea.” Nurin pun terus mempercepatkan langkah ke bilik rawatan tempat dia menginap untuk bertanya sendiri kepada Naqib.
Selepas menukar pakaian tidur, Nurin terus melihat inbox. Di skrin handphone Nurin terpapar terdapat beberapa miscall dan mesej datingnya dari Naqib Adam. Nurin terus membalas mesej tersebut untuk mengetahui keadaan Naqib Adam terkini.
‘Naqib, kenapa kau tak bagitahu yang kau masuk hospital tadi?’ tertera message delivered.
Tiit..tiit… ‘Maaf Nurin, aku tak sempat nak bagitahu, tangan aku lemah sebab tadi masuk air. Maaf ye.’ Mesej masuk dan Nurin membaca mesej tersebut merasa serba salah sebab bertanya soalan yang tak logik akal kepada Naqib.
‘Hmm, Naqib nanti lain kali bagitahu Nurin ye, tadi pun Hasya yang bagitahu Nurin berita ni.’ Nurin membalas sehinggakan matanya mula bergenang.
‘Hmm, baiklah apa-apa nanti Naqib akan bagitahu Nurin ye, Nurin jangan risaukan Naqib lagi, Naqib okey aje. Jangan nangis tau Nurin. :)’ Naqib cuba memujuk Nurin supaya tidak bersedih atas apa yang menimpa dirinya.
‘Naqib, rehatlah dulu ye, jangan lupa makan ubat. Sebelum makan ubat jamahlah dulu apa-apa makanan okey. Lepas tu, Naqib tidurlah.’ Nurin cuba untuk bertenang demi menjaga hati sahabat supaya tidak risaukan Nurin yang terlalu merisaukan Naqib.
‘Ala, aku malaslah Nurin nak makan-makan ubat ni, dah jemu pula. Tengoklah nanti aku makan hehehe.” Naqib cuba mengelak untuk makan ubatnya.
‘Naqib, kau ni makanlah. Kalau kau tak makan ubat, maknanya kau tak sayang aku lagikan?’ Nurin cuba membalas mesej Naqib dengan nada mengugut.
‘Okey, okey aku sayangkan kau Nurin. Nanti aku makan okey? Kau ni dah macam mak aku laa suka bising tau. Hahahaha’ Naqib membalas dengan nada gembira.
‘Bukan apa aku risau tahu tak? Mestilah aku nak care kat kau. Selain kau siapa lagi aku nak care? Aku bukan ada pakwe pun hahaha’ Nurin mula tersenyum.
‘Oh yeke? Eley ye la tu muka comel takkan tak ada! Aku tak percayalah’ Naqib cuba memancing.
‘Hey, betullah aku mana ada pakwe, lainlah kau cute semua budak suka tengok kau huhuhu…..’ Nurin cuba merendah diri, tetapi hakikat memang benar di hati Nurin tiada sesiapa pun terisi untuk duduk di ruang hatinya.
Itulah rutin harian Nurin Najwa dan Naqib Adam akan sentiasa berkomunikasi untuk bertanya khabar dan bertanya tentang aktiviti yang dilakukan begi merapatkan lagi hubungan persahabatan dengan  berkongsi cerita tak kira suka atau duka.

            Selepas peristiwa tersebut, Nurin tidak pernah berasa jemu dan sering memberi kata-kata semangat dan hidup untuk Naqib Adam yang seringkali mengadu yang usia semakin mampir ke arah kematian. Itulah ayat yang membuat Nurin Najwa semakin risau melihatkan keadaan Naqib Adam yang seringkali mengelak untuk makan ubatnya itu. Seringkali juga Nurin memberi nasihat tidak putus-putus supaya jangan lupa untuk menjaga permakanan dan sentiasa mengawal pengambilan ubat. Sejak dari itu juga, Nurin sering mencari dan mentelaah bahan-bahan bacaan yang membolehkan Nurin dapat memberi suntingan semangat buat sahabat baik yang Nurin sangat sayangi.
                   ********************************************************
            Pada suatu malam, masa itu Nurin pulang ke rumah kerana minggu itu adalah minggu balik, tiba-tiba mesej berbunyi dan menyebabkan Nurin Najwa merasa sebak bila membaca mesej tersebut:
“Andai  esok nafasku terhenti,
Ingatlah detik terakhir diriku,
Andai esok nadiku mati,
Maafkanlah kesalahan diriku,
Hanya satu yang perlu kau tahu,
Aku bahagia mengenalimu.”

Nurin mulai tak keruan, lalu dia pun membalas:
‘Naqib, kenapa kau cakap macam itu?’ Nurin merasa tidak sedap hati tatkala Naqib berubah menjadi insan yang lain seolah-olah putus harapan untuk hidup.
‘Saje, hehehe….ala Nurin normal kan yang hidup pasti mati. Aku ni entah esok ke lusa ke dah tak ada, aku harap kau jangan bersedih kalau aku dah tak ada lagi okey. Aku nak kau sentiasa gembira dan aku nak bahagia selalu.’ Naqib cuba mengharap supaya Nurin tidak bergantung hidup dengannya.
Masa itu, Nurin sedang melayari internet yang merupakan hobi di masa lapang bila pulang ke rumah. Nurin cuba mencari ayat sambil membalas mesej yang terdapat di laman sensawangnya iaitu Friendster, Myspace dan Tagged.
‘Hmm, janganlah kau cakap macam tu lagi, kau buat aku semakin sedih Naqib. Kau dah makan ubat?’ Nurin cuba mengalih topik perbualan. Dalam sensawang Tagged Nurin terdapat seorang jejaka yang cuba memikat hati Nurin. Namanya, Amir Akif dan berumur 19 tahun.
                 Nurin menunggu mesej dari Naqib, tapi tidak juga menjengah di skrin handphone Nokia 1600 Nurin. Tapi, Nurin setia menunggu sambil membalas setia mesej dihantar oleh Amir Akif. Nama jejaka tersebut membuat hati Nurin cuba untuk mengenalinya lebih lagi, apabila Amir bertanya status Nurin sama ada single atau sebaliknya. Nurin seperti biasa akan melayan mana-mana pun insan bernama lelaki ini hanya seperti sahabat tidak lebih dari itu.

                  Amir Akif, tidak putus menghantar mesej dengan nada untuk menjadi seorang insan yang pertama hadir dalam diri Nurin. Tapi, Nurin lebih suka menepis dan melarikan diri dari fitrah seorang gadis untuk dimiliki. Itulah Nurin, suka tapi tidaklah terlalu terdesak untuk memiliki dalam jangka masa mengenal Amir akif itu baru sehari di alam maya. Tapi, dalam jangka masa yang sama, Nurin tetap akan bertukar nombor tatkala baru mengenali mana-mana kawan di alam maya. Entah kenapa, hobi Nurin sekarang suka mengumpul nombor kawan-kawan lelaki walaupun baru berkenalan hanya di alam maya. Walaupun Amir Akif belum tahu kepastian sama ada Nurin menerimanya ataupun tidak tapi Amir tetap meminta nombor Nurin Najwa sebagai penghubung kedua kerana Amir tahu Nurin tinggal di asrama.
                    *******************************************************
        Sebaik cuti hujung minggu berakhir, seperti biasa pelajar yang tinggal di asrama pasti akan bertungkus-lumus bangun pagi-pagi untuk menyiapkan segala persiapan seperti menyeterika baju sekolah, baju prep, mengemas pakaian, buku dan bermacam-macam lagi. Nurin juga tidak ketinggalan melakukan semua itu, tapi itulah masa Nurin paling malas kerana tiada lagi chatting dan update blog. Tapi, sebelum Nurin pulang ke asrama, perkara yang akan Nurin pastikan adalah handsetnya perlu dicas sehingga penuh dan bekalan topup pasti disimpan secukup-cukupnya. Itulah rutin Nurin sejak di Tingkatan 6.

             Sebelum ini, dialah gadis paling anti dengan pelajar yang bawa handset ke sekolah dan yang melanggar peraturan, sebabnya semasa di Tingkatan 3, Nurin pernah meyandang jawatan Exco asrama di sekolah lamanya. Tapi, akhirnya Nurin kecundang juga menjadi salah seorang pelajar yang melanggar disiplin sekolah. Itulah Nurin yang terkini, bukan lagi gadis yang terpinggir dengan dunia IT. Nurin berubah apabila melihat kawan-kawan di sekeliling masing-masing bawa handset ke sekolah jadinya Nurin tidak mahu rasa dipinggirkan oleh kawan-kawannya yang bersama menetap di Teratak Warisan. Hal ini kerana Nurin tidak mahu kawan-kawannya menganggap dirinya tidak sporting dan terlalu skema disebabkan kawan-kawan Nurin majoriti terdiri dari para pengawas dan exco asrama seperti Julia, Hasya, Sophea dan Farisya Maisarah.

              Kebiasaannya, Nurin dihantar oleh ibu dan ayahnya untuk pulang ke asrama. Sebelum tiba ke kawasan sekolah, Nurin pasti akan meminta ayahnya untuk singgah ke kedai runcit. Seperti biasa, wajarlah anak gadis suka membeli macam-macam sebelum pulang ke asrama lagi-lagi bab-bab makanan. Memang susah nak elak. Bak kata Pak Usu Nurin, Cikgu Muzaimi yang mengajar di sekolah bersebelahan dengan sekolah Nurin iaitu Sekolah Menengah Vokasional Islami, dia pernah bertanya kepada Nurin:
‘Nurin, memang kalau tengah belajar ke waktu prep ke, budak perempuan mesti letak makanan macam kerepek ke asam ke kat sebelah?’ Pak Usu menanti jawapan Nurin.
‘Hmm, biasalah tu Ucu, nak hilangkan ngantok time belajar, mestilah mengunyah sesuatu hehehehe…..biasalah tu.” Nurin menyengeh.
“Patutlah kalau tengok budak-budak perempuan sekarang badan makin besar aje!” Pak Usu Nurin menggelakkan dia. Nurin mula membuat muka mencebik tanda memprotes sebab Pak Usu telah  mengenakan dia.
Dalam masa yang sama itu jugalah Nurin mengadu kepada Naqib Adam tentang komen Pak Usu.
‘Naqib, tadi Nurin dikomen yang Nurin dah gemuk!” Nurin mengharap Naqib membelanya.
Tiiit..tiit, nada mesej masuk ‘Hmm, Nurin tak gemuklah tapi chubby dan comel, hahahaha’ Nurin terasa malu pula bila Naqib berkata sebegitu.
Itulah Naqib kalau dingadu sahaja kepada dia, akan ada saja gurauan ataupun usikan yang menyebabkan Nurin terasa diri disayangi dan termalu sendiri.
                            ***********************************************
              Tibanya di asrama, pelbagai juadah dibawa oleh kawan-kawan sebilik. Memang rutin pelajar perempuan kalau balik dari rumah,  mesti tidak akan ke dewan makan sebabnya makanan yang dibawa dari rumah lebih menyelerakan. Itulah realitinya kehidupan sebagai pelajar asrama.
             
               Seperti rutin harian biasa, selepas usai Maghrib dan Isyak berjemaah di surau sekolah, semua pelajar akan terus ke kelas masing-masing untuk ke kelas prep, sama ada menyiapkan kerja sekolah atau mengulang kaji pelajaran. Tapi seperti biasa pelajar Tingkatan 6 Rendah, dunia mereka hanya enjoy semata-mata. Bak kata orang tahun bulan madu. Awal kemasukan tidak banyak lagi tugasan yang perlu disiapkan, maka sebab itulah kami lebih banyak enjoy berbanding membuat kerja sekolah. Ada yang bawa laptop siap sudah memasang CD sama ada mahu cerita seram atau komedi. Kelas kami ibarat sebuah pawagam lagaknya. Lampu dipadam di bahagian depan dan belakang, dan kami berkumpul di satu sudut seperti nak menonton filem. Nurin seperti biasa malas nak layan cerita seram, lagi-lagi cerita yang suka berbunuh-bunuhan. Nurin duduk di tempatnya yang terletak di tengah-tengah kelas sambil mengulit novel bertemakan Islamik iaitu Tautan Hati. Nurin begitu teruja nak menghabiskan cerita tersebut kerana pelbagai ilmu yang Nurin boleh tahu. Antaranya tentang cara membidas bahas antara soalan-soalan yang sering dikeutarakan oleh pendakwah Kristian. Antara persoalannya,
‘Apa yang ada pada umat Islam? Lihat orang Kristian, kami merajai peradaban dunia ni. Orang Kristian gah dengan kemajuan teknologi. Saya yakin orang Islam yang sememangnya lemah takkan mampu menandingi kehebatan ini sampai bila-bila.’
Dengan persoalan yang dikeutarakan dalam novel tersebut membuat Nurin mula berfikir, bilakah dia mampu untuk menjadi seorang murobbi yang sejati. Itulah kelemahan Nurin yang juga lemah imannya. Apa yang Nurin tahu, iman manusia kadang-kadang meningkat dan adakalanya pula menurun. Itulah hakikat, Nurin cuba untuk menjadi yang terbaik untuk memiliki sifat seorang muslimah. Tetapi terlalu sukar untuk dia menepiskan segalanya. Iman manusia ibarat senipis kulit bawang. Nurin berfikir, macam mana sekiranya dia akan menuntut di universiti kelak untuk berhadapan dengan soalan-soalan yang kadang-kadang kita terfikir aka nada orang cuba memesongkan akidah kita.

       Dalam Nurin sedang mengulit novelnya, tiba-tiba Nurin terkejut dengan bunyi mesej masuk. Nurin membaca mesej tersebut dan terkejut apabila Amir Akif yang menghantar mesej tersebut. Terbantut kerjanya untuk membca novel tersebut melayan mesej-mesej dari Amir Akif. Itulah Nurin sangat mudah jatuh dengan rayuan. Pertama kali dalam hidupnya, lelaki sudi hadir untuk menghulur cinta itu. Nurin keliru dan dia terus menceritakan hal tersebut dengan Hanna. Sedang berbincang Nurin melihat Isha dengan Arif rancak berborak, al maklumlah baru sahaja declaire untuk bercouple. Nurin pula timbul rasa cemburu. Bila Arif selalu membelikan macam-macam untuk Isha. Sweet pula tengok, Nurin masa itu tidak sedar tentan tanggungjawab dia yang sebenar. Mudah benar syaitan menghasut anak-anak cucu Adam.

            Pada malam 5 Julai 2009, Amir Akif minta couple dengan Nurin. Nurin terkejut dengan permintaan itu. Nurin sangat lemah dengan ayat-ayat manis yang ditabur oleh Amir Akif. Akhirnya, Nurin terima tanpa berfikir panjang apabila Isha memprovok Nurin untuk menerima Amir Akif. Apa yang Nurin tahu tentang Amir Akif adalah dia merupakan pelajar di sebuah Kolej Islam di Johor dan mengambil jurusan Pendidikan Islam. Amir Akif mula menabur bermacam-macam janji. Antaranya apabila bercouple dengan Nurin, dia mengharap Nurin dapat mengubah dia untuk tidak suka berpeleseran lagi. Nurin mula termakan dengan janji-janji Amir Akif. Dengan tarikh itulah Nurin mula berjinak-jinak dalam dunia percintaan di alam remaja. Akhirnya pendirian seorang gadis yang bernama Nurin Najwa rapuh di tangan seorang lelaki yang bernama Amir Akif.


      *bersambung*

0 Comments:

 

Copyright by © 2013 Studio Puteri Nabilah