TAUTAN HATIKU KINI MENGUSIK DI KALBUKU

Assalammualaikum...
Sudah lama juga rasanya tidak menjenguk blog personal nie untuk mengulit serba sedikit kehidupan Princess yang terkini. Bukan mahu berhenti dari job untuk berblogging dan berblogwalking setiap blogger yang sudi hadir ke teratak homestay Princess nie yang serba serbi kekurangan ilmu-ilmu yang penting bagi mengisi ruang untuk mermuhasabah sebentar. 

Sekarang, Princess sedang mengisi waktu-waktu terluang dengan adanya kerja part time sementara nak menunggu tawaran ke universiti, apa salahnya menimba sedikit ilmu dari secebis pengalaman bekerja. Ikutkan dah 3 bulan barangkali Princess tak berkerja sejak kerja part time musim pilihanraya tu. Masakannya tidak, ramai sungguh pengunjung datang ke Dobi tempat Princess sedang kerja nie. Tetapi, sejak kawan sekerja Princess dah dapat tawaran ke unversiti lepasan SPM, makanya Princess mula menggantikan dia untuk menjadi pekerja sementara. Alang-alang sudah ada pekerja berpengalaman sebelum, maka lebih baik majikan Princess ambil Princess bekerja. Hal ini kerana, Alhamdulillah Princess masih dapat ingat sikit-sikit serba-serbi kerja-kerja di dobi tersebut kan.

Okey bukan itu sebenarnya nak Princess ceritakan, dalam suasana bekerja yang tidak terlalu sibuk sepertimana musim pilihanraya dahulu, makanya Princess sempat untuk mengulit sedikit ilmuan dari sebuah novel islamik yang tak asing lagi mungkinnya. Hasil penulisan ini tidak lain dan tidak bukan lagi yang bernama Saudari Fatimah Syarha Mohd. Noordin. Sebelum mengulit novel beliau setebal 788 muka surat, Princess pernah mengulit sebuah buku kecil dan nipis tapi ilmunya sangat-sangat bermanfaat untuk di teladani, Insyaallah....iaitu Pemilik Cintaku Setelah Allah dan Rasul


Novel ringkas ini mengisahkan Qaniah, seorang wanita yang sangat berhati-hati dalam menetapkan pasangan hidupnya. Keimanan yang tinggi dan kepercayaan yang menyeluruh terhadap Islam membuatkan beliau menggunakan segala pendekatan yang diajar Rasulullah SAW untuk hanya menerima pasangan hidup yang benar-benar dapat mendidik beliau dan keluarga ke jalan rahmat. Berkat kesabarannya itu, beliau akhirnya berjaya menemui PEMILIK CINTANYA, setelah Allah dan Rasul. 

Tajuk novel yang sedang Princess ulit sekarang ini adalah Novel Tautan Hati


Novel hasil karya novelis Sayembara Novel Remaja Jubli Emas DBP 2006, Fatimah Syarha Mohd ini mengisahkan kehidupan gadis istimewa, Asiah Yusra yang sentiasa meletakkan dakwah Islamiah sebagai nadi kehidupannya. Ramai di antara rakan-rakannya yang tertarik dengan keperibadiannya yang tinggi. Keistimewaan novel ini bukan sahaja terletak pada jalan ceritanya yang menarik, tetapi juga kebolehan penulis untuk menerangkan isu-isu yang sering dipandang remeh oleh masyarakat kita seperti isu bertudung labuh, kaedah pergaulan di antara muhrim yang dituntut Islam, soal psikologi dan sebagainya. Segala penerangan tersebut telah berjaya disampaikan dengan penuh hikmah dan anda yang membacanya pasti tersenyum puas setelah selesai membaca novel ini. 

Sungguh tertarik dengan gaya penulisannya, Ikutkan novel ini sudah lama dibeli dari pertengahan tahun 2010. Tapi tiada kesempatan untuk diulit novel ini, tatkala masa kurang spesifik untuk memkirkan membaca novel dan novel. Tidak dinafikan Princess dulu agak terkenal dengan 'kaki novel' satu hari tak baca habis satu novel memang tak sah. Tapi, kali ini baru terbuka hati nak baca nak ulit serba serbi apa yang tersurat dan tersirat dalam novel Tautan Hati ini. ila pertama kali membaca, mungkin agak membosankan kerana kurang faham siapa sebenar watak dalam novel tersebut, bila dah baca hampir sesuku barulah hati ini rasa tak sabar menanti apakah kesudahan yang indahnya Islam sebenar....

Okey nak ketahui lagi? Jom beli pakat ramai-ramai bacalah sungguh bermakna setiap tutur bicara novel ini diulas. Sukar untuk mencari novel sebaik ini. Inilah novel kedua yang paling indah islamiknya selain yang pertama iaitu Al Quran. Sungguh membayang diri ini dalam situasi di antara watak-watak di dalamnya...sungguh terkedu sebentar. Ada banyak kata-kata dalam novel ini pernah Princess dapat dari mesej sahabat baik Princess masa zaman sekolahlah. Sekarang, sudah menyepi pula, tak tahu kenapa. Mungkin kurang sesuai bila bersahabat baik antara lelaki dengan perempuan. Itu sebenarnya, tak mengapalah, sekarang Princess harap adalah 'Asiah Yusro' yang dapat membimbing Princess sepertimana watak Asiah Yusro dalam novel Tautan Hati ini membimbing dan berdakwah dengan cara kelembutannya. Sungguh, belum pernah jumpa sahabat ini dalam dunia realiti, yang nampak baik di luar tapi busuk di dalam, yang nampak buruk di luar tapi baik di dalam. Sukar jumpa seseorang yang sangat baik d luar dan dalamannya sepeti peribadi Asiah Yusro, walaupun tidaklah sesempurna mana sekalipun, tapi itulah manusia yang bijak mengendalikan masalah aqidah dan agama Islam. Mabruk Alaik!!

Insyaallah andai ada perkara pentingnya Princess dapat ulit dari kisah Tautan Hati ini, Princess akan share bersama korang semua. Ceritanya sangat menarik sekali untuk dikupas panjang lebar sebenanrnya, tapi cukup indah untuk memiliki dan membaca serta mengamalkannya. Penuh dengan hadis-hadis, ayat-ayat Al-Quran, kata-kata para sahabat, kata-kata perangsang minda untuk berfikir dan berhujah tentang agama Islam. 

Semoga apa yang sedang diulit dan di baca kini dapat memberi berjuta manfaat buat Princess,Insyaallah...Amiinn..
Semoga Allah sentiasa melindungi Princess dan sahabat sekalian,
Semoga Allah jalinkan ukhuwah mahabbah ini,
Semoga Allah sentisa bukakan pintu hidayat untuk hamba-hambanya yang bersungguh-sungguh untuk mencari keredhaannay.

Sekian wassalam

0 Comments:

 

Copyright by © 2013 Studio Puteri Nabilah