CABARAN HIDUP SEMAKIN MEMUNCAK

Assalammualaikum...

 "Ya tuhanku berilah aku ilham untuk tetap mensyukuri nikmatmu yang engkau anugerahkan kepadaku dan kepada ibu bapaku dan untuk mengerjakan amal soleh yang engkau redhai dan masukkanlah aku dengan rahmatmu ke dalam golongan hambamu yang soleh" -Surah An-Naml: 19-
Sebelum baca seterusnya mainkan lagu ni sambil baca boleh? haha kalau tak suka tak apa...tak kisah saja nak suruh cari feel kejap hehehe..hope korang happy okey jangan menangis!! hahaha

Wah, sejak dua menjak ini, semakin bergiat juga Princess nak menaip. Arghh!! agaknya terlalu banyak idea kowt sampai nak jugak menulis macam-macam. Padahal tak adalah hari-hari update entry apa-apa pun. Ermm, tengok tajuk, macam tengah gelisah + tension + stress dan macam-macam perasaan rasanya terbuku di lubuk hati paling dalam ni. Princess nak guna singkatan nama jugaklah Princess Nabilah @ PN. okey done!

Akhir-akhir ni, Firstly. Seriously, PN mengalami macam-macam mimpi. Tapi yang serious sangat-sangat adalah menakutkan!! whoaaaa.....bila bangun tidur je PN terfikir-fikir apa yang PN mimpi semalam? Sure memang langsung tak ingat jalan ceritanya. Korang pernah rasa tak ada satu situasi ni, bila korang dalam sesuatu situasi realiti tiba-tiba korang terfikir dan terasa: "Eh, perkara ini seperti pernah berlaku? Tetapi bila masa ya?" Ya, actually everyone have feel like that...I'm not lie okey. This situation also happened in my life. 

"Ya tuhan kami, kami sudah beriman, maka ampunilah kami dan berilah kami rahmat dan engkau adalah pemberi rahmat yang terbaik" -Surah Al-Mukminun: 109-

Okey, secondly, PN pelajar lepasan STPM 2010. Actually, semua orang dah tahu kowt pasal result UPU dah pun keluar, dan E-RAYUAN pun baru je tamat semalam. So, majoriti mesti nak tanya PN dapat mana kan, sambung Ijazah kat mana, U mana?  Seriously, I'm so shy to announce everyone about this! Arghh..ini cabaran buat PN kali ke berapa entah. Mungkin ada yang lebih kurang baik dari PN, tapi seriously la PN rasa tercabar, segan, tak tahu nak letak muka kat mana pun ada kalau terserempak dengan mana-mana kawan-kawan lama. Memang hakikat ramai akan cakap: "Tak apa, sabar ok, adalah rezeki ko kat mana-mana, yang penting jangan putus asa ok". Ya, ya, ya....memang betul cakap korang semua. I'm be patient now....sabar, sabar, sabar.....1st thing bila PN dapat tahu PN tak dapat tawaran mana-mana IPTA pun, PN masih redha aje laa, tapi balik rumah aje, serius menangis lebih dari clash dari couple. Why? Cause setiap kali solat, memang air mata ni serius tak berhenti menangis dan menangis, merintih merayu memohon, rasa seperti tak kuat nak hadapi hidup yang orang pandang serong pada PN. Arghh! apa yang PN rasa masa tu, setiap kali orang tanya, PN akan menunduk dan menunduk. Malu segan sedih semua bercampur-campur, ya maybe I make more mistake, and this is a punishment for me! Ya, I'm accept it all..

Before know about the result at 15 July 2010, PN kecewa, sedih, dan ingin membawa diri ke mana sahaja, seperti frust sukar nak ditanggung, Sebab apa? sebab jatuhnya talak dalam percintaan, lawak betul ayat PN. Serious baru sebulan bersedih, tapi PN masih kuat lagi nak hadapi, sebab mungkin bukan Dia jodoh untuk PN, jadi PN dapat meredhai perpisahan itu walau pahit untuk dilupakan. So, lepas sahaja perpisahan itu, PN dah nekad after this memang tak nak lagi couple! STOP IT! So, PN berserah yang pasti Allah tahu segala yang terbaik buat PN. Jodoh, pertemuan, ajal dan perpisahan semuanya ditentukan olehNya. Maka, sebagai hamba redha dan terima sahaja Qada' dan Qadar. 

Tapi, bila mengisahkan tentang masa depan, PN sangat sukar nak terima keputusan itu. Menyesal tak sudah. Disebabkan kelalaian PN sendiri, memilih course yang memang tak setaraf langsung dengan kelayakan PN sendiri, maka itulah akibat sengsaranya. Haish......korang tahu tak apa yang PN fikir masa tu? Ya, perkara bodoh kowt rasanya iaitu, lantaklah dengan erayuan tu! PN malas nak isi, serius memang masa tu kacau bilau otak ni dok pikiaq lagu tu. err.....last2 my mum yang isi, dengan tak tahu password apa, main masuk je password alih2 dengan kehendak Ilahi laman tersebut terbuka dengan lengkapnya isi maklumat di erayuan tu dengan sekali klik sahaja. Itulah Ibu! hummm, masa itu, PN marah sangat2 dengan Ibu, sebab kenapa? Ya samapi berhari-hari giler merajuk, sampai nak tengok muka parents pun tak nak! Haish....teruk betul kan? Serious masa tu otak PN memang dah mereng giler, bukan nak derhaka tapi dengan kata-kata ibu, segala hati dan seluruh jiwa PN mati seluruhnya!!!! Apa yang PN fikir adalah kata-kata ibu adalah doa!! waaa.....kenapa suruh PN cepat mengalah sebeluh tahu keputusan erayuan tu?? serius, kawan-kawan lain semua dah bagi support, suruh jangan putus asa segala. Alih-alih my mum boleh pulak cakap macam tu, apa lagi masa tu rasa nak lari dari rumah pun ada! Rasa seperti my parents menyisihkan PN, because I'm never do something to be proud for them! masa tu iman mencair giler2, memang hati panas je....habis dari bersabar terus memberontak! habis pintu bilik PN hempaskan, arghh!!! stress kowt orang yang sepatutnya support alih-alih cakap macam tu. Masa tu memang merajuk habis laa......sorry, cerita ni hampir basi hehehe....

My mum pun lagi berang laa tengok anak dara yang sorang ni tak habis-habis nak meragam giler....meroyan!! hahaha....PN berang+bengang, my mum lagi baran+panas hati! ayah PN pun baran gak tengok perangai paling sosial tak habis2 nie nak memberontak aje! ya, kalau korang baca mesti dah pikiaq I'm not a good ladies! Yup, I'm not perfect walaupun my fizikal u all see me is perfect! Hati dan jiwa mana boleh nak perfect adeh! itu manusia tak normal laa kalau tak ada perasaan! kuang3x...seterusnya apa yang terjadi antara ibu dan anak ini? Ya, as usually, my mum laa selalunya mengalah...ye laa bila tanya dah isi borang ke belum, PN jawab: " belum" paswu jawapan seterusnya adalah, "lantaklah dah ibu cakap suruh kerja kan, ok fine tak payah susah2 isi borang tu! biar je...lagipun ibu juga cakap kan kalau tak dapat kan so, tak payah isi senang!" hurmmm....itulah jawapannya....serius memang masa tu hati semakin sakit...arghhh!!Ibu sabar je laa....itulah peranan ibu, sabar mengenang anak dara dia ni yang memang suka marah2....tak tahulah siapa punya sifat laa turun kat PN nie asyik nak baran je...

 "Ya tuhanku, sesungguhnya aku sudah menganiaya diriku sendiri kerana itu ampunilah aku" 
-Surah Al Qasas:16-
Tiba-tiba satu hari ni, hati nak tahu juga apa benda lah course yang my mum isi tu. Humm....lagi sekali kecewa, PN ingat my mum isi letak course seni ke itu memang lah my favourite dari kecik lagi....memang susah nak dipisahkan. Tapi, my mum said, seni lukis ada interview, dia tak nak PN ambil risiko tu, takut tak tercalon, sah memang tiada siapa pun dapat mensahihkan bakat terendam PN ni. hummm sedih kowt, Tapi, tak apalah  terima jugalah course tu, pengajian pengurusan sistem maklumat, benda alah punya course PN pun tak tahu. Tanya2 juga nanti keluar dapat job apa kan? Hummm, macam tak best pula course tu, I'm so takut okey sebab, I don't like kira-kira, (kalau ada) sebab bukan otak Math....otak PN suka melakar, membayangkan sesuatu yang berseni dan menarik! serius, sangat sukakannya, especially time belajar, memang selalu tak fokus, sebab idea tiba-tiba datang, tangan ni asyik kerja nak melukis aje! Tapi, bila time nak melukis aje, time tu laa my mind strok tetibe je...sabo je la...kalau tak percaya. see laa my art ni...

PN buat lukisan ni time orang tengah sibuk study nak exam, tapi PN buat benda lain heheehe, inilah hobi okey! Kalau korang nak tengok my art see this link: BELLA ARTHOME  kadang-kadang idea datang tiba-tiba je kan, bila otak dah penat membaca ke mengira ke, apa lagi melukis laa jawab nya....

Okey berbalik cerita tadi, hummm itulah ibu, main ambil je apa yang dia rasa okey. PN terima pun sebab PN percaya, ibu ada firasat tersendiri. Tapi, kalau ditakdirkan tak dapat juga, I'm lost and loser!!! whoaa..after this memang habis frust giler kowt...tak tahu nak buat apa. Nak cari kerja of course orang nak cari full time work kan. Susah jugak. Nak kerja jauh2 haiyaa transport tak ada, my parents pun tak bagi anak dara dia ni kerja jauh2...risau okey! Mak bapak sape laa tak risau kalau anak dara berseorangan pergi kerja jauh2...ye dak? Kalau ada gak humm memang ada lah...hahaha...PN je kowt suka duk berhabis beras duit mak bapak...orang cakap kalau duk asrama pandai berdikari, PN ni macam tak pandai2 je nak berdikari! Rasa takut menebal pulak nak keluar sensorang pergi jalan jauh2...maybe disebabkan tiada skill beramah dengan orang, dan paling utama skill suka percaya orang bulat2...adeh! sebab tu my parents memang takkan bagi PN kerja jauh2 plus sampai lewat malam, kalau dah lewat malam, depa mesti risau and one more thing PN suka merungut kah3x...of course diorang malas nak dengar!!! Apa nak jadilah!!!

Okey, PN nak bagitahu, pasal novel PN tu tak dapat nak disiarkan lagi episod ke3 dan seterusnya sebab semua artikel tu dalam netbook PN, so, nak buat sambungan tak boleh sebab my netbook punya charger terbako!! huaa....tunggu sampai charger ada baru boleh sambung hopely, korang jangan marah okey, now, PN just dapat update dan online pun use my mum or my papa or my brother punya laptop. Kesian tak? Depa semua dapat laptop, PN sorang tak dapat, pasal apa ada netbook free by goverment okey! ya bersyukur....jangan korang kata my parents kejam+tak adil ea...hahaha, tapi ganjaran my mum said tak payah laptop ganti handset baru hahaha, okey laa tu apa yang penting I want blackberry or iphone boleh tak? mengalahkan my parent punye handphone daa...rasa2 dapat ke? macam dapat handset cikai je...huk3x...whatever...

Ya, PN tengah runsing dok pikiaq about my coming soon..amacam? Tadi my mum cakap, kalau tak dapat, jadi bibik jer, kemas umah, masak2, sidai basuh baju akhir bulan dapat RM50 gaji sebulan kuang3x...aiseyh man..sambil2 tu mohon lah mana2...ikutkna hati nak je mohon kuis ke kist ke kuin ke apa ker asalkan PN nak teruskan dapat belajar, mak aih rugi tu....!!! Kalau tak belajar, after kahwin kalau tak dapatkan ijazah mati woo....nak kerja apa? Okey, kita bisnes....amacam kalau dapat laki tak bagi kerja? Okey je jadi suri rumah sepenuh masa...hahaha...tapi, akhirnya nanti impianku musnah seperti debu2 bertebangan aje laa....

No art gallery...
No own shop...
No status DR or PROF....
No own money...
No whatever....

sadis betul hidup macam tu...arghhh!! ada tak sesiapa kesian dengan lady ni....huaa....sedey kowt...PN hope sangat2 rayuan ni PN dapat, rasa macam nampak jugak laa ada impian tu bakal terlaksana kan...huhu...
❤ Damaikan hari dengan senyum
❤ Sucikan amal dengan taubat
❤ Hapus dosa dengan amal baik
❤ Awali hari dengan Basmallah
❤ Bersihkan hati dengan zikir
❤ Dekatkan ukhuwah dengan salam
❤ Ringankan cobaan dengan pasrah
❤ Khusyukkan solat dengan Thoma'ninah
❤ Sempurnakan amal dengan ikhlas
❤ Indahkan hidup dengan mengabdi
"Ya tuhanku, lapangkanlah untukku dadaku dan mudahkanlah untukku urusanku"
-Surah Thaha:25-26-

Subhanallah, semuanya pasti ada hikmah disebalik peristiwa itu. Semoga PN mensyukuri nikmat diberi. entry ini sekadar nukilan hati, jiwa dan hidup PN seperti terumbang ambing bak ombak bergelora...perlu diluahkan...kala hati sedang resah, perlu dikongsikan kala iman bergoyah...semoga apa yang ditulis tidaklah dipandang enteng mahupun negatif dengan sikap atau peribadi PN ini. sekadar ingin berkongsi rasa apa yang dilalui....harapan kini mahukan sokongan moral dan mental.....doakan terbaik untuk PN. Amiinn....
sekian di sini coretan hati....wassalam

2 Comments:

♥ Nur Hazlina Binti Mohd Fisol ♥ said...

Salam ziarah PN,

bear in mind, "everything happen 4 a good reason" may Allah bless u :)

❤‌Princess Nabilah ❤‌ said...

@♥ Nur Hazlina Binti Mohd Fisol ♥

yup thanks sis
insyaallah i will be strong it to do it

 

Copyright by © 2013 Studio Puteri Nabilah