DUNIA AKHIR ZAMAN: ISLAM ATAU MURTAD?

Assalammualaikum...
Apa khabar iman kalian? Adakah masih kukuh, atau masih terumbang-ambing atau semakin menipis? Astaghfirullah hal azim....taubatlah sebelum terlambat.

Subhanallah, Maha Suci Allah, yang menciptakan langit dan bumi, yang mencipta air dan udara, yang mencipta sekalian makhluk yang pelbagai rupa, ragam, bangsa dan warna kulit. Ingatlah saudara saudari sekalian, dunia kita penuh pancaroba, dunia penuh fitnah manusia, atau  fitnah dajjal? Nauzubillah minzalik...

Wahai rakan-rakanku sekalian, hari ini mari kita bersama bermujahadah dan bermuhasabah dalam memperbaiki iman dan taqwa kita. Cuba kalian lihatlah dunia, lihatlah manusia, ada yang sudah terjebak ke kancah permodenan, ke kancah kemaksiatan ke kancah kekeliruan dalam mempertahankan agama dan akidah Islam dalam diri. Syukur Alhamdulillah, hari ini aku masih ada Iman dalam diri, aku masih ada status Islam dalam jiwa, semoga pintu rahmat dan hidayah itu sentiasa terbuka meluas dan ke arah siratul mustaqim.

*************************************

Hari ini PN ingin mengajak sahabat-sahabat memperjuangkan akidah dan agama Islam kalian dengan penuh tawaduk dengan secara istiqamah,supaya hati, jiwa dan iman kita dalam keadaan terpelihara hendakNya. Tadi, PN baru sahaja mencuri-curi baca dalam Facebook bos (heehehe), lepas itu, PN ternampak satu laman group di Facebook tentang page untuk orang2 yang murtad. Beristighfar sebentar, apabila PN membaca segala yang terkandung di dalamnya, Ya Allah sungguh takut diri ini melihat keadaan sahabat2 itu. Namanya sama seperti kita2 ini, nama2 anak2 Islam dan Melayu. Jangan terpedaya, bukan Melayu itu semuanya Islam, tapi Islam itu pelbagai bangsa. Dulu, PN kecik2 actually, memang ingatkan orang Melayu itu mesti Islam, owh bila dah besar dah semakin banyak menuntut ilmu agama Islam, baru PN sedar ya, Islam itu pelbagai bangsa, pelbagai rupa dan pelbagai warna kulit. 

Hari ini PN melihat situasi satu golongan manusia di mana identitinya masih lagi kabur dengan status pegangan dalam dirinya. Hari2 kita akan memerhati apa manusia itu lakukan, apa pula kegiatan mereka lakukan. Ya manusia pelbagai ragam. Sekarang isu POLITIK semakin berleluasa, apakah pula selepas ini? Adakah isu AGAMA? Ya Allah hati ini, diri ini begitu takut menempuh zaman akhir ini yang sangat2 mencabar Iman di hati ini. Adakah kalian masih membisu mahupun membuta ataupun memekakkan telinga sahaja? Ya, kita manusia paling kerdil, kerdil yang amat sangat sehinggakan tak mampu untuk kita mencegah segala kemungkaran melainkan mencegah dengan hati. Itulah selemah-lemah iman manusia. 

Okey kembali cerita tentang page group yang satu ni di facebook. Macam-macam komen macam-macam  status depa dok tulis kat situ. PN baca je laa malas nak komen sangat. Bukan tak nak komen, tapi kena ask to join 1st, okey so tak mahu dipanjangkan sangat cerita makanya hanya mampu beristighfar dan memohon hidayah Allah semoga depa semua kembali ke jalan yang benar. Ada macam-macam ayat yang PN baca, ada yang memutar belitkan maksud ayat-ayat Al Quran, ada yang mempersendakan nama Allah S.W.T dan Nabi Muhammad S.A.W. Terkejut dan terkedu sebentar melihat mereka semakin jauh tersasar.

Firman Allah dalam Surah Al-Imran: ayat 176;
"Sesungguhnya orang-orang yang menukar iman dengan kekafiran, sekali-kali mereka tidak akan memberi mudharat kepada Allah sedikitpun, dan bagi mereka azab yang pedih" -ayat176-

Selain itu, bukan sahaja kata-kata kesat terkandung dalam status dan komen di group tersebut, bahkan agenda lucah dan kata-kata lucah juga ditaip sini sana, Astaghfirullah.....semoga mereka diberi hidayah seluas-luasnya. PN tak tahu nak cakap apa lagi, sebelum-sebelum ini pun banyak dah orang giat perkatakan tentang isu ini. Mempersendakan agama Islam! Bukan sahaja di laman Facebook bahkan di laman blogger or wordpress pun ada jugak. Nak tahu tentang laman blog tersebut, maaflah sudah di delete, tapi kalau nak tahu cerita meh terjah SINI. Kalau di laman Facebook, rasa-rasanya senang kowt nak cari, klik sahaja. Tapi tadi cari-cari juga tak dapat last-last google jer....dapat pula link SINI.nak tengok terang2 sila klik untuk tumbesara yang jelas...





Dalam tengok-tengok sekeliling, tak habis2 orang dok mengutuk sana sini, tak kiralah nk kutuk politik nya lain, nak kutuk agama nya lain, nak kutuk keturunan nya lain, ishk3...dunia akhir zaman semakin menghuru harakan keadaan sekarang. Ya, sekarang kita...kita hanya menunggu masa itu tiba. Masa apa? Ya, masa bila? Apa? Bagaimana? Dajjal datang....PN berharap dan berdoa agar bila tiba waktu itu, PN dah tak hidup lagi di dunia ini, serius, hidup zaman fitnah Dajjal adalah satu kehidupan yang sangat2 tragis giler....tak dapat nak dibayangkan dengan imaginasi or minda bagaimana, tapi kalau dah dikatakan bila si Dajjal menghulurkan bantuan, kita mudah terpesong dengan akidah dan agama Islam. Ya, itulah paling ditakuti! Semoga Allah ambillah nyawa ini sebelum tibanya saat dan masa itu. Bukan PN takut menakuti Dajjal itu daripada Allah! Jangan salah tafsir ayat PN okey, semua muslim maklum keadaan itu, bila tiba saat itu orang yang bijak pandai semuanya dikembalikan kepada Allah. Ya, PN berharap PN tergolong dalam golongan itu. Semoga makbulkan doa ku ini....Amiinn...Ya Rabb...

Macam-macam sudah dunia kini. Semakin lama semakin kecil, semakin lama semakin panas, semakin lama semakin dicacatkan, semakin lama semakin musnah....

Oh dunia...
terlalu tuakah dikau?
YA....
semua maklum itu....

Okey PN ingin kongsikan bersama kalian satu tayangan video yang membaza kita ke mana? Ke arah di mana kita tak nak langsung menuju...marilah bersama hayati tayangan video ini semoga ianya dapat memberi pelbagai maklumat berguna, memberi hidayah kepada semua....DUNIA AKHIR ZAMAN


Ini pula video mengenai populasi peningkatan orang-orang Islam di dunia. Telah tercatat dalam Al Quran Islam tidak akan semakin berkurangan, bahkan semakin bertambah dan bertambah. Hal ini kerana apa? Pabila seorang murtad makanya, Allah akan bukakan 10 lagi orang lain memeluk Islam! Subhannallah....Allah Maha Mengetahui segalanya....sila ikuti tayangan di bawah ini: KETAKUTAN BARAT ATAS JUMLAH KAUM MUSLIM.


Rasanya, sampai di sini sahaja coretan tentang manusia masa kini. Yang ada kelam kabut, yang menghuru hara....Inalillah....semoga Allah membuka hati2 para pembaca di blog ini. Dengan secara rasminya PN menyahut cabaran dan menyeru kempen jadikan BLOG MEDAN DAKWAH!


Hurmm, banner ni PN ambil dari Blog Atika Aula, so mari menyemarakkannya. Walaupun banner ni untuk dikhas kepada nak join tapi PN nak ambil banner ni sebagai moto dalam merealisasikannya..hehehe....

Actually, blog ini hanyalah blog personal. Ada macam-macam agenda dalam blog ini. Kisah artis ada, kisah peribadi ada, kisah cinta pun ada. So, nak dijadikan cerita blog PN hanyalah 'rojak' sahaja.bukanlah suatu medan blog yang memaparkan satu maklumat sahaja. Jangan pertikai okey...Dan sebagai tambahan....PN nak promote blog yang lebih berunsurkan keIslaman....yang ditaja sendiri oleh PN dan partner PN sendiri. Jom singgah blog kami: http://wasilahkasihpecintaislam.blogspot.com atau pun klik banner di bawah ini:

walaupun jarang di update kan Insyaallah PN akan berusaha untuk sentiasa update blog tersebut..semoga tidaklah jemu untuk membaca....semoga memberi manfaat yang terbaik buat kalian semua...

sekian sahaja coretan pada hari ini, wassalam
pen~off

2 Comments:

Anonymous said...

FUCK TARD!!!! dont REspect People Opinion!!!!you Focking religious Paranoia!!!!!if you cant respect Dont Use This Computer!!Facebook!!! HANdPHone!!!!!all sort of things Made by jew!!!!muslim !!!if you felt you live at the end of the world please Stay In the Cave !!!!

Anonymous said...

If you think your religion is rite, don't condemn other religious. just be cool. Islam was not came from arabic. It is came from Allah. It comes to you if you want to believe or not. So, enough condemn other religous. thanks.

 

Copyright by © 2013 Studio Puteri Nabilah