POLITIK OH POLITIK: PATRIOT...BERSIH2.0

Assalammualaikum...
Kali ini Princess bukan nak berjiwa politik sangat. Kalau berjiwa sangat tak pasal2 kena serang hendap...so, my opinion pun tak tahu nak pilih yang mana. Actually, as a muslimah, we must know who are the best leader for our country right?

BERSIH 2.0: Artikel ini Princess share copy and paste dari Blog Solihin Zubir




Apa itu BERSIH 2.0?

BERSIH adalah singkatan daripada Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil. BERSIH bukannya sebuah parti politik yang akan bertanding dalam pilihanraya. BERSIH hanya ingin menuntut proses pilihanraya yang adil. BERSIH merupakan badan bebas dan tidak mewakili mana-mana parti politik. BERSIH tidak peduli siapa yang menang dalam pilihanraya, asalkan ia dijalankan secara adil, saksama, telus dan menurut lunas perlembagaan. Secara logiknya, orang yang berprinsip sepatutnya menyokong 8 tuntutan tersebut, samada dari pihak parti pemerintah mahupun di pihak parti pembangkang.

Kenapa Ambiga?

Ramai yang mempersoalkan kenapa Datuk Ambiga dipilih sebagai pengerusi Bersih sedangkan dia pernah terlibat dengan isu murtad Lina Joy. Sehingga ada yang mendesak Ambiga dilucutkan kerakyatan.

Nak tanya.. Adakah jika kita menyokong BERSIH, bermakna kita menyokong akidah Ambiga? Iran menentang US. Adakah menyokong Iran bermakna kita menyokong dasar syiah mereka yang sesat? Adakah kita menyokong kelab bola sepak Manchester United bermaksud kita menyokong akidah player MU yang kafir itu?

Kita hanya menyokong Ambiga menuntut pilihanraya adil. Jika orang bukan Islam pun mahukan keadilan, adakah kita sebagai umat Islam hanya mahu jadi tunggul dan rela dipijak serta ditindas pemerintah zalim? Malu la sikit.

Kenapa perlu adakan perhimpunan untuk serah memorandum?

Memang boleh jika mahu terus menyerahkan memorandum kepada Sultan secara individu. Tetapi, pasti akan ada pihak yang mengatakan itu adalah tuntutan bermotifkan peribadi. Jika mengumpulkan rakyat dalam satu perhimpunan dan perarakan menyerah memorandum tersebut, impaknya lebih besar. Kebangkitan rakyat juga dapat dilihat sekaligus memberi tekanan kepada pemerintah untuk melaksanakan tuntutan tersebut. Selain itu dapat memberi amaran kepada orang ramai jika tidak mahu situasi tersebut berulang, haruslah turut sama menyokong tuntutan BERSIH itu agar dilaksanakan segera. Bukannya memaki hamun.

Perhimpunan aman menjadi huru-hara

Pada mulanya, perhimpunan BERSIH berjaya dijalankan dengan aman. Rakyat berarak dengan penuh disiplin tinggi. Tidak ada kerosakan, keganasan dan rusuhan yang berlaku seperti digembar-gembur media. Tidak ada yang membaling objek atau batu, dan tidak ada siapa pun yang mencetuskan provokasi. Akan tetapi, pencetus ketegangan dan huru-hara yang sebenar adalah pihak polis dan FRU, bukannya rakyat. Ramai yang ditangkap walaupun mereka belum berhimpun.

Apabila rakyat berjaya berhimpun secara aman dan hanya melaungkan slogan, mereka ditembak dengan gas pemedih mata dan dimandikan dengan water canon. Sekaligus membuatkan perhimpunan menjadi kucar kacir. Semestinya mereka terpaksa lari mencari perlindungan. Kemudian, mereka dikejar, ditangkap dan dipukul tanpa belas kasihan. Dan paling menyedihkan, ada yang meninggal dunia akibat sesak nafas kerana bom asap. Inilah punca sebenar keadaan menjadi tegang. Sedangkan kalau dibiarkan, rusuhan tidak akan berlaku.

Walaupun Yang di-Pertuan Agong perkenan menerima memorandum tersebut, tapi usaha itu dihalang oleh pihak berkuasa. Siapa yang derhaka pada Sultan sebenarnya? Kasihan polis dan FRU yang terpaksa bertindak mengikut arahan pemerintah zalim. Terima kasih kepada sebahagian polis yang masih berhati perut.

Jalan Sesak / Peniaga Rugi Besar

Semua nak salahkan jalan sesak sebab BERSIH. Yang sebenarnya, jalan sesak sebab polis buat roadblock, tutup jalan-jalan utama. Perjalanan LRT juga dihalang. Sama juga dengan rungutan peniaga yang mengadu mengalami kerugian. Kalau gerai tak ditutup, mesti hasil jualan melambung dek puluhan ribu penyokong BERSIH yang lapar dan dahaga. Adakah semua peserta demonstrasi membawa bekal nasi goreng? Sangat tidak logik mahu mengatakan peniaga rugi besar disebabkan lautan manusia memenuhi ibu kota. Pintu-pintu masjid pula dikunci sebab apa? Hingga orang ramai terpaksa solat di merata-rata. Mujur bumi Allah itu luas. Kewajipan tetap dilaksanakan.

Media Propaganda Putar Belit

Jika dilihat di berita TV3 suku dan akhbar pro-kerajaan, jumlah yang dilaporkan menyertai perhimpunan tersebut hanya sekitar 5 ribu orang sahaja. Tujuannya mahu membuktikan usaha kerajaan menghalang rakyat menyertai perhimpunan tersebut membuahkan hasil. Pujian melambung diberikan kepada pihak polis dan FRU yang kononnya dapat mengawal keadaan dengan penuh etika.

Hakikatnya? Perhimpunan tersebut berjaya mengumpul lebih 50,000 rakyat walaupun pelbagai sekatan, rancangan dan fitnah menggagalkannya dilakukan. Sakitnya hati bila melihat liputan media propaganda dan komen-komen pencacai yang sentiasa memutarbelit dan meracun fikiran rakyat yang tidak mahu ambil tahu hal sebenar dan hanya menyokong membabi buta. Sangat kasihan.

Semangat Juang Rakyat

BERSIH 2.0 berjaya dilaksanakan walaupun dihimpit dengan pelbagai halangan termasuk rampasan baju-baju kuning, ugutan daripada pihak polis dan dolak dalik pemerintah yang sekejap mahu beri permit, sekejap tidak. Provokasi daripada Perkasa, Patriot dan Pertubuhan Silat Lincah juga tidak melunturkan semangat. Sedangkan mereka-mereka itu yang lantang bersuara kononnya mahu duduk di barisan hadapan untuk menentang BERSIH, tapi langsung tidak kelihatan ketika hari perhimpunan. Manakala Patriot pula hanya mampu mengumpul sekitar 300 orang sahaja. Itupun terpaksa berlindung di belakang FRU?

Dengan melihat gambar-gambar serta video perhimpunan tersebut, kita mendapat gambaran bahawa rakyat Malaysia yang mempunyai kesedaran benar-benar inginkan keadilan dan menyuarakan hak mereka di negara demokrasi yang dinafikan rejim pemerintah.


Segala ulasan tentang BERSIH 2.0 sudah ada ulasan tersendiri, jadi sekarang kita ambil pula ulasan dari seseorang dari sudut lain pula, apakah pandangannya? Ikutkan link pengkomen adalah ini: ADAKAMUKISAH








Salam semua,

Saya cuma ingin berkongsi pandangan... Panjang sikit, harap sudi luangkan masa sedikit untuk membaca dan memahaminya demi masa depan kita. Saya akan cuba memberi jawapan dan merumuskan setiap satu persoalan yang ditimbulkan oleh penulis a.k.a tuan rumah.

Apa itu Bersih?

Tuntutan 8 perkara dalam membersihkan sistem pilihanraya. Ada yg aku bersetuju dan ada yg tidak, sudahpun dijelaskan oleh pengerusi SPR. Mungkin lepas ni boleh buat perhimpunan utk mendaftarkan 3.9 juta rakyat Malaysia atas 21 tahun yg belum mendaftar sebagai pengundi.

Kenapa Ambiga?

Penulis mengaitkan dengan Iran dan MU... Anda tau tak Iran menentang US tu hanya satu propaganda semata2 nak mengaburi masyarakat Islam walhal sebenarnya mereka bersetongkol di belakang? Pasal MU pulak, itu hanya kelab bola sepak. Ada ke dasar kelab itu menentang Islam? Ambiga memang dah terang2 menentang Islam. Geert Wilders menentang Islam, kita bukan main lagi tentang. Tetiba dia bercakap pasal keadilan, kita nak sokong juga? Korang tau ke motif dan niat sebenar Ambiga? Sekarang mungkin untuk keadilan pilihanraya, lepas dah berkuasa dia akan buat keadilan utk agama di Malaysia agar sama tarafnya. Sape yg menyokong dan menolak dia ke atas? Orang Islam juga.

Kenapa perlu adakan perhimpunan untuk serah memorandum?

Berkumpul beramai2 lagi bermotifkan peribadi pemimpin2 seperti Anwar dan Ambiga yang berjaya memperkotak-katikkan orang Melayu yang suka mengikut2 cakap orang. Tak puas hati? Ada cara yang lebih baik, efektif dan bertamadun. Buat petition, kumpul tandatangan, nama dan IC, cukup sejuta, biar wakil pemimpin dalam 10 orang ke mohon menghadap YDP Agong. Sebab tu kita ada pemimpin dan wakil rakyat... wakil kepada rakyat. Kalau kerja pemimpin kita nak heret sekali semua rakyat, tak guna jadi pemimpin, tak guna ada parlimen. Kalau tak puas ahti jugak sangat tak perlu pun adakan perhimpunan, setel jelah masa pilihanraya, takde sape pun nak halang korang nak undi sape2. Tapi make sure semua yg pergi perhimpunan tu mendaftar SPR dan pergi mengundi, jangan cakap saja.

Perhimpunan aman menjadi huru-hara

Kalau polis tak kawal, biar sahaja, 500,000 ribu orang datang... boleh ke Ambiga dan Anwar bagi jaminan semua peserta berjalan dgn aman? Dalam tu jangan kata penjenayah, perompak, penculik, warga asing segala jenis kemungkinan boleh wujud. Kalau dekat stadium yg dikawal oleh polis pun orang masih boleh merusuh, baling mercun, bakar kerusi, pecah cermin kereta, bergaduh pun polis susah kawal, inikan pula ribuan manusia kat atas jalanraya, bayangkan kalau dibiarkan sahaja? Pasal bola orang boleh gaduh, pasal politik lagilah... Kalau polis tak kawal, kemudian semua orang berjalan2 tak tentu arah kat atas jalanraya sampai menghalang trafik, itu boleh kira aman ke? Kalau demonstrasi jalanan ni dibolehkan dan jadi budaya atas sebab hak asasi manusia, lepas ni semua golongan akan membuat demonstrasi jalanan. Persatuan gay tak puas hati, demo... persatuan paderi tak puas hati, demo... Perkasa tak puas hati, demo... semua atas dasar hak asasi manusia... ekonomi negara boleh lumpuh! Demonstrasi jalanan itu budaya barat, kenapa perlu kita ikut?

Pasal warga tua, orang perempuan, kanak2 yang kena pukul, tangkap, sampai ada seorang pakcik meninggal, aku sangat sedih dan hanya ucapan takziah dan doa yang aku mampu berikan. Ya anda cakap polis adalah zalim, namun bagi aku Ambiga dan Anwar lagi zalim. Dia tahu walau macammana aman pun perhimpunan ini akan bertukar menjadi medan perang, punya risiko dan bahaya, dia sepatutnya menasihati dan melarang kaum wanita, warga tua, kanak2 dan orang yang tidak sihat untuk join demonstrasi ini. Rasulullah s.a.w pun tidak membenarkan kaum wanita, warga tua, kanak2 dan orang yang tidak sihat untuk turun berperang, malah lelaki yang mempunyai keutamaan menjaga keluarga juga. Hanya orang lelaki yang sihat tubuh badan dan berkemampuan sahaja yang dibenarkan. So mana2 yang tak sepatutnya pergi tapi pergi jugak, kalau kena belasah jangan salahkan polis. Korang dah berani turun medan perang, patut dah berani nak tanggung risikonya, jangan ingat sbb anda orang perempuan, polis nak layan korang baik2, belai baik2? Fikir secara logiklah. Tapi walau mcm manapun, korang ingat polis tu pun suka sangat ke pukul2 tangkap kaum diorang sendiri? Diorang hanya menjalankan tugas mereka, kerja makan gaji, ada anak bini nak tanggung. Kerja lain tak dapat, polis jela yg diorang layak dan mampu. Ingat tak menangis ke dalam hati diorang buat kerja ni? Kalau korang rasa polis tu zalim, jahat, kalau korang bagus, baik, berhati mulia sangat apa kata korang masuk jadik polis.

Jalan Sesak / Peniaga Rugi Besar

Fikir guna logik sikit. Kalau polis tak tutup jalan pun, jalan akan sesak sebab jalanraya dah dibanjiri manusia. Masa tu undang2 lalu lintas dah tak terpakai langsung. Yakin ke 100,000 orang boleh berjalan secara baik2 dan aman2 di bahu jalan berarak ke Istana Negara? Pasal peniaga bukan peniaga sahaja, malah semua syarikat tempatan dan multinasional yang beroperasi di KL rugi kerana kedai dan pejabat terpaksa ditutup. Impak dia mana2 kompeni multinasional yg mempunyai client dan cawangan luar negara semua akan terjejas sbb kakitangan tidak dapat hadir bekerja dan memberi support. Korang pernah terfikir tak semua tu? OKlah peniaga yang untung hanya peniaga makanan dan minuman bagi siapa yg tak bawak bekal nasi goreng. Ada ke diorang berhimpun nak singgah2 kedai kain beli kain buat baju raya? Kalau kata kedai diorang kena rompak, samun, siapa nak bayar pampasan? Ambiga?

Media Propaganda Putar Belit

Ya, media perdana propaganda. Memang mostly pro-BN, tak dinafikan. But at least kita tahu apa yg dia tipu dan untuk memihak kepada BN. But media internet? Majoriti semua berpihak kepada pembangkang. Tapi betul ke berita tu? Lagilah ia ditulis tanpa sebarang tapisan. Sesiapa boleh tulis, sape2 leh jadik wartawan. Cerita betul cerita fitnah semua dicampur aduk. Yang kita ni pulak asal berita kat internet, berita kat blog wartawan tak bertauliah ni, yg pro-PR, semua betul, semua kita percaya. Yang pro-BN semua salah, tipu. Dan satu lagi, dah la kutuk media perdana tempatan, media barat pulak kita agung2kan, kemudian buruk2kan pulak negara kita kat negara luar. Bagus, tahniah... anda langsung tiada semangat patriotik. Nak kritik boleh, tapi tak perlu kecoh dan memburukkan kan media luar. Samalah kes bila hackers luar negara nak hack website kerajaan Malaysia sbb SKMM block file sharing, ramai pulak rakyat2 Malaysia terutama budak2 kaki download movie haram dan cerita blue ni marah dan sokong hackers luar tu, bukannya nak mempertahankan negara. Tunggulah sampai org2 Yahudi, barat masuk campur jangan menyesal time tu. Kalau negara kena serang konfirm ramai yang takut nak angkat senapang melawan balik tapi sebaliknya mengikut kata2 orang luar. Aku berani cakap orang2 muda negara kita sekarang semangat patriotiknya adalah ZERO.

Semangat Juang Rakyat

Berhimpun atas jalanraya ni ke yang dikatakan semangat juang rakyat? OK korang dah berdemo memperjuangkan sistem pilihanraya yang Bersih. Selepas ni apa? Demo utk memperjuangkan Pakatan Rakyat pulak? Demo sbb harga petrol naik? Demo sbb korang tak dapat subsidi? Demo sbb korang tak dapat masuk universiti? Demo sbb cikgu dekat sekolah tak pandai mengajar budak? Semua benda nak demo? Selain daripada menyalahkan kerajaan, menyalahkan orang lain, apa kata salahkan diri sendiri dulu, cermin diri, muhasabah diri kita ni betul ke tak. Surau, masjid tu rajin ke tak pergi, solat tu cukup tak, zakat bayar ke tak, haji dah register ke belum? Lepas ni Ambiga berjuang untuk IFC, kesamarataan agama di Malaysia atas nama hak asasi manusia, rasa2 korang berdemo tak?

Akhir kata, sebelum mengundur diri, ingatlah kita diberi akal fikiran oleh Allah s.w.t. Apa2 pun kita berfikir secara logik, rasional dan berlandaskan agama. Hak asasi manusia? Sejak kita dilahirkan di muka bumi, kita sebenarnya tiada sebarang hak pun, kerana kita semua adalah milik Allah, kita semua adalah hamba-Nya sahaja. Bila hak asasi manusia menjangkaui agama, kita tak nak solat ke, tak nak pakai tudung ke, nak minum arak ke, nak berzina ke, semuanya dibolehkan atas alasan hak asasi manusia, seperti di barat.

Dan satu lagi, korang boleh cakap yg korang support Bersih pasal tuntutan pilihanraya, tapi jangan cakap korang support Bersih sbb sokong Islam, demi kerana agama, nak memperjuangkan negara Islam. Ini aku bercakap dengan fakta bukan andaian sahaja. Korang sedar tak hanya PAS sahaja yang beria2 memperjuangkan Islam? Ada ke DAP dan PKR memperjuangkan Islam? DAP memperjuangkan hak samarata antara kaum dan agama, PKR pulak memperjuangkan keadilan negara dan juga keadilan untuk Anwar. PAS, DAP dan PKR, matlamat pun dah berbeza. Kalau Pakatan Rakyat menang majoriti 2/3 kat parlimen dan membentuk kerajaan, korang dapat ke negara Islam? Ingat DAP dan PKR nak bagi ke PAS buat negara Islam, laksanakan undang2 hudud? Ditambah pulak majoriti kerusi mereka lebih banyak daripada PAS di parlimen? Last2 semua hak kaum kita, agama kita disama ratakan. Tapi disbbkan nakkan juga negara Islam, PAS pun bergeraklah secara sendiri

dan bertanding 60 kerusi SAHAJA, so kalau menang semua kerusi kat parlimen pun, takkan dapat majoriti 2/3, takkan dapat membentuk kerajaan pun. Nakkan negara Islam, jauh lagi perjalanan tu. Takpayah keluarkan hadis Nabi, ayat Al-Quran, kalau ikut situasi sekarang yang terpaksa diikuti, dalam sistem demokrasi berpelembagaan negara kita, kepada PAS, aku merayu, tolonglah keluar daripada Pakatan Rakyat, dan bertandinglah di semua kerusi parlimen... kalah takpe, at least anda menunjukkan kesungguhan dalam melaksanakan negara Islam, dan aku yakin Allah menilai atas segala usaha dan keikhlasan anda dalam membentuk negara Islam. DAP dan PKR kalau berkuasa, semua kaum sama, tiada lagi keistimewaan Melayu dan Islam. Masa tu kuota universiti, penjawat awam, biasiswa, pembelian rumah dan lain2 semua tiada untuk orang Melayu dan Bumiputra. Dulu kita dah memberi kewarganegaraan kepada kaum Cina dan India sewaktu merdeka, sekarang kita nak beri diorang kuasa pula. Mungkin korang boleh cakap apa salahnya kita berkongsi kuasa dengan mereka, tapi adakah mereka juga akan berkongsi juga kekayaan ekonomi mereka kepada kita? Secara majoriti mereka dah control sektor ekonomi, pendidikan, perubatan, industri di negara kita even hartanah2 yang bernilai tinggi di bandar2 besar semuanya dah dipegang dan dimiliki oleh mereka, sekarang kita dengan baik hatinya nak bagi mereka hanya satu benda yang majoriti masih lagi orang Melayu Islam dan Bumiputra tinggal iaitu kuasa... So kalau kuasa pun diorang dah control nanti, apa yg kita tinggal? Nothin... sbb tu aku bertanya kat korang korang korang dan korang, adakah bila kita dah berkongsi kuasa dengan mereka, mereka sanggup berkongsi kekayaan mereka dengan kita. Aku berani katakan tidak.

Aku benci demonstrasi jalanan, BN, PKR dan DAP tapi aku sayangkan PAS yang dapat membentuk negara Islam tetapi hanya boleh dicapai dengan kemenangan majoriti 2/3 di parlimen. Adakah cita2 aku ini akan dapat tercapai sebelum aku mati nanti? Hanya Allah sahaja yang tahu. Oleh itu bangunlah wahai semua orang Islam, bangkitlah semua orang Melayu, sedarlah yang selama ni kita dah byk kali diperalat dan dipergunakan... tolonglah... aku merayu...






Jadi dalam entry kali ini Princess tak mahulah nak ulas panjang mana pun kan...fikir sendiri yer...pendapat masing2.

Setiap apa yang berlaku itu, Allah yang tentukan, tapi Allah berfirman: "Allah tidak akan mengubah sesuatu kaum itu selagi kaum itu sendiri tidak mengubahnya"

Maka, sebagai manusia yang dikurniakan AKAL untuk berfikir, OTAK terletak di atas dan bukan di bawah, IMAN sentiasa ada andai kita mencari dan terus mencari, oleh itu, hanya mampu untuk mengatakan fikir-fikirkan, sesungguhnya apa yang berlaku itu adalah atas perilaku manusia itu sendiri.

Apa yang baik, datangnya dari Allah, apa yang buruk atau kurang itu datangnya dari diri sendiri, walaupun apa-apapun yang berlaku adalah atas kehendak Allah, tapi janganlah lupa ucapkan Alhamdulillah andainya baik, dan beristighfarlah andai itu buruk atau kurang diri kita sendiri.

Semua segala pro dan kontra yang Princess pamerkan jangan pula disalahtafsirkan, AGAMA adalah AGAMA! POLITIK adalah POLITIK! jangan nak mencampur adukkan pula. NIAT itu yang penting, Allah dan turunkan ALQURAN kepada Nabi Muhammad, Nabi Muhammad pula meninggalkan 2 permata yang tidak akan pupus sampai hari akhirat iaitu ALQURAN & HADIS. Maka kaji selidik, Insyaallah kalian semua tidak akan terpesong! Fikir-fikirkan mana yang baik dan mana yang buruk. Tapi, ingatlah DUNIA ini hanya sementara, pinjaman semata-mata, lebih baik kalian menambah IMAN di dada untuk kehidupan akhirat kalian dengan memperjuangkan AGAMA! Mati kalian adalah syahid, syurga buat kalian. Bukan Princess nak cakap dunia ini tidak penting, tapi dunia ini hanya pentas lakonan semata, NIAT Nawaitu kalianlah menentukan POLITIK itu ke arah mati kalian dalam memperjuangkan apa yang sebenar? Lihatlah DUNIA! Apa yang berlaku? ISLAM di mana? Ya, ISLAM ada di mana-mana.....tapi....jawab sendiri....


Biarlah mati kalian kerana AGAMA, bukan kerana POLITIK!
Tak adanya malaikat Munkar dan Nakir tanya:

Siapa pemimpin politik anta?
Anta penyokong politik mana?
Anta buat apa dalam politik anta?

Jangan bergelak jangan nak memperlekehkan dialog di atas, tapi renung-renungkan apa yang akan kalian jawab nanti?

Siapa tuhanmu?
Apa AGAMAmu?
Siapa pemimpinmu?
Apa yang kamu sumbang dalam AGAMAmu?

Okey itu sahaja mahu diulas...semoga ambil yang baik, yang buruk itu kita cuba perbaiki, manusia mudah alpa, manusia mudah lupa, manusia tidak sempurna, maka kita sesama perbaiki menyempurnakan diri kita...Insyaallah
sekian wassalam
pen~off

4 Comments:

hawa said...

setuju sangat. media banyak tipu.
then bangga sgt dgn politik sampai Islam ditolak tepi. biarlah hilang melayu asal Islam dikendong sepanjang zaman. :)

Psychic Zero said...

Salam cik Nabilah,
Wow u're the first one perasan my comments dekat blog Solihin Zubir... n thanks sbb summarize sekali pendapat beliau dan pendapat saya. Next year cik dah boleh mengundi, so jgn lupa register dan vote lah mana2 calon pemimpin yg cik suka. It's true, politik mmg kotor, and one fine day cik akan tahu, nak tak nak walau mcm mana pun kita tak mahu masuk campur pasal politik, at the end kita terpaksa juga kerana bila mana ia bukan lagi pasal diri kita, tapi pasal negara dan generasi akan datang. And I really agree with u, main priority adalah agama kita, agama Islam. Tapi kita juga bertanggungjawab utk memastikan Islam itu sentiasa dapat dipraktik, diamal dan dikembangkan dalam keadaan yang selesa dan aman. Cik bayangkan jika satu hari negara kita huru hara seperti Palestin (mohon dijauhkan), adakah cik, ahli keluarga kita, anak2 kita boleh beribadat dengan sempurna? I'm not asking u to choose mana2 parti politik, kerana bagi saya tiada yg bersih dalam politik, yg ada cuma kurang kotor. Kalau ada sebarang pendapat or komen or benda yg tak puas hati u can always talk to me, i'm very open.

❤‌Princess Nabilah ❤‌ said...

@hawa

semoga mereka mendpt hidayat dan rahmat Nya...
semoga Allah tdk murka krn seolah2 mrk sgt2 suka berdusta....
dusta itu blh m'bw fitnah dunia fitnah manusia fitnah dajjal...
semoga hati mrk t'buja hndknya amiinn...doakn mrk sedar semula...

❤‌Princess Nabilah ❤‌ said...

@Psychic Zero

wassalam...
tq sudi singgah dtg dn komen...
sy tdk mhu menegak mne2 pihak...
pemimpin yg adil, amanah, tanggungjawab, berkta bnr itulah sy pilih nnt....
tp sgt sukar utk temui pemimpin itu lg...ya satu2nya pemimpin adalah nabi muhammad...
bg sy yg m'perjuangkan agama itu yg sbnr2 pemimpin, krn apabila pegangan AGAMA nya sgt kukuh, insyaallah politik dan sahsiahnya juga kukuh, tp ya manusia tdk sempurna maka harus perbaiki utk sempurna, sepatutnya pemimpin kita jg harus sedar ttg semua itu, rakyatnya mahukan ISLAM itu di mata negara, MELAYU itu ditegakkan, bkn nk jtuhkan kaum sndiri, tp lihat lah apa yg berlaku melayu sering jtuhkn melayu, see dlm masyrakat pun dh nmpk...org bahagia sikit buat dajjal, org heppy sikit, mulalah cemburu jumpa bomoh jampi sana jampi sini dah xde keje lain agaknya....now, bkn stkt masyaraat aje, pemimpin pn sme....sme2 nk jtuhkn antara 1 sma lain cuba2 lah discuss.....naikkan agama, naikkan bangsa...barulah aman MALAYSIA....okey blh sje nk bincang dgn awk...thanks bg pendpt..yup sy akn mengundi thn dpn....tp plihan itu blm lg dibuat...hummm....xtau nk pilih yg mne terbaik...rse2 nye...sy perlukan pertlgn dr Allah shj, krn DIA lg tahu dr apa yg parti2 yg lain tahu ms dpn msg2...huhu

 

Copyright by © 2013 Studio Puteri Nabilah