TUTORIAL POPULAR POST WIDGET

Assalammualaikum....
Hari ini Princess nak share satu tutorial widget, iaitu related post selain Linkwithin. Seperti contoh di bawah ini okey: 




<script src="http://ajax.googleapis.com/ajax/libs/jquery/1.3.2/jquery.min.js" type="text/javascript"></script>
<style type="text/css" media="screen">
<!--
#spylist {
overflow:hidden;
margin-top:5px;
padding:0px 0px;
height:300px;
}
#spylist ul{
width:350px;
overflow:hidden;
list-style-type: none;
padding: 0px 0px;
margin:0px 0px 0px 0px;
}
#spylist li {
width:220px;
padding: 0px 0px;
margin:0px 0px 2px 0px;
list-style-type:none;
float:none;
height:70px;
overflow: hidden;
background:#3BB9FF repeat-x;
border:2px solid #306EFF;
}
#spylist li a {
text-decoration:none;
color:#4B545B;
font-size:11px;
height:18px;
overflow:hidden;
margin:0px 0px;
padding:0px 0px 2px 0px;
}
#spylist li img {
float:left;
margin-right:5px;
background:#EFEFEF;
border:0;
}
.spydate{
overflow:hidden;
font-size:10px;
color:#0284C2;
padding:2px 0px;
margin:1px 0px 0px 0px;
height:15px;
font-family:Tahoma,Arial,verdana, sans-serif;
}
.spycomment{
overflow:hidden;
font-family:Tahoma,Arial,verdana, sans-serif;
font-size:10px;
color:#262B2F;
padding:0px 0px;
margin:0px 0px;
}
-->
</style>
<script language='javascript'>
imgr = new Array();
imgr[0] = "http://2.bp.blogspot.com/_CEj8AwvwSNM/TPkQUkM0wnI /AAAAAAAAFD8/TxYWe-CMPr8/s320/no_image.gif";
imgr[1] = "http://2.bp.blogspot.com/_CEj8AwvwSNM/TPkQUkM0wnI /AAAAAAAAFD8/TxYWe-CMPr8/s320/no_image.gif";
imgr[2] = "http://2.bp.blogspot.com/_CEj8AwvwSNM/TPkQUkM0wnI /AAAAAAAAFD8/TxYWe-CMPr8/s320/no_image.gif";
imgr[3] = "http://2.bp.blogspot.com/_CEj8AwvwSNM/TPkQUkM0wnI /AAAAAAAAFD8/TxYWe-CMPr8/s320/no_image.gif";
imgr[4] = "http://2.bp.blogspot.com/_CEj8AwvwSNM/TPkQUkM0wnI /AAAAAAAAFD8/TxYWe-CMPr8/s320/no_image.gif";
showRandomImg = true;
boxwidth = 255;
cellspacing = 6;
borderColor = "#232c35";
bgTD = "#000000";
thumbwidth = 70;
thumbheight = 70;
fntsize = 12;
acolor = "#666";
aBold = true;
icon = " ";
text = "comments";
showPostDate = true;
summaryPost = 40;
summaryFontsize = 10;
summaryColor = "#666";
icon2 = " ";
numposts = 10;
home_page = "URL Blog Anda";
limitspy=4
intervalspy=4000
</script>
<div id="spylist">
<script src='https://sites.google.com/site/unwanted86 /javascript/animatedrecentpost.js' type='text/javascript'></script>
</div>



Okey step 1st: Korang buka design atau layout dan add a gadget yer.
Lepas itu step 2nd: Korang copy dan paste dalam gadget HTML/javascript (tekan ctrl+c untuk copy code di atas)
step 3rd: save
Pastikan korang tentukan colour yang korang tukar seperti di code atas yang berwarna MERAH, berwarna HIJAU adalah saiz untuk border korang dan berwarna PINK korang boleh tukar sama ada dashed/dotted/double/ridge/outset/inset
dan yang paling penting warna UNGU korang pastikan tulis url blog korang okey

Okey itu sahaja selamat mencuba, tak faham silalah tanya2 jangan malu2 saya tak makan orang hehe
Sekian wassalam
pen~off

SEGMEN REVIEW DESIGN BLOG 19: VITAMIN C SHOPPE

Assalammualaikum.
Alhamdulillah 2 hari yang lepas ada customer datang untuk suruh design blog, then baru hari ini siapkan, huhu sorry sangat tetiba rasa malas dan kekeringan idea nak lakar design untuk kali ini. Okey apa-apa pun Princess dah siapkan then bayaran sudah pun diterima pada hari diminta design sekaligus done!!

Okey gambar di bawah adalah gambar keseluruhan template nya serba oren!!!




NAMA TUAN BLOG:
  • Ayue Rosli

TEMA WARNA:
  • Orange/
  • White/
  • Yellow/
  • Black

TEMA GAMBAR:
  • Kawaii Girl 
  • Buah Oren

TEMA BLOG:
  • Business Vitamin C

ITEM TAMBAHAN:
  • None

ITEM DESIGN:
  • Header = RM3
  • Footer = RM3
  • Footer Note = RM1
  • Icon Comment = RM1
  • Icon Sidebar = RM1
  • Banner Simple = RM3
  • Banner Gerak2 = RM3
  • Upah design = RM5

PAKEJ:
  • Pakej 2 (Full Template)

HARGA KESELURUHAN: 
  • RM20.00 shj
  • Bayaran scr bank in
Gambar di atas ini merupakan header di blog vitamin c shoppe....kalau nak terjah tekan mana-mana gambar di sini, header ke banner simple ke banner gerak2 ke okey saje..

Okey kalau ada sesiapa nak exchange banner pun boleh ambil dalam kotak itu sahaja copy and paste tekan secara serentak ctrl+c okey ada 2 pilihlah di mana satu menjadi idaman kalbumu..hahaha



Okey done pun review....semoga jumpa lagi..
Sekian wassalam
pen~off

EPISOD 3: EPISOD CINTA NURIN NAJWA

Assalammualaikum

“To love someone is nothing, To be loved by someone is something, To be loved by someone you love is exciting, but to be loved by Allah is everything”



Saat pertama kali jatuh cinta, Nurin merasakan kekosongan di hatinya terisi juga. Dengan kehadiran Amir Akif dalam hidupnya mengubah segala-galanya. Dari segi masa, jadual harian turut berubah. Andai dahulu, Nurin rajin membina jati dirinya dengan memuhasabah dan mentarbiahkan hati dan minda demi agama. Tapi kini semuanya telah berubah. Tatkala, rindukan seseorang hatinya semakin tertutup untuk merapatkan diri bertemu kekasihnya yang setia, Allah S.W.T. Itulah hakikat manusia mudah melupakan tatkala bertandang kasih di hati yang belum pasti milik kita. Segala apa yang kawan-kawan Nurin perolehi, dia juga ingin perolehi antaranya seperti berkongsi cerita tentang insan bernama lelaki, pengalaman pertama kali bertaut kasih berlainan jantina dan merasai erti cinta kepada manusia.

         Setiap waktu, Nurin mula mengabaikan tanggungjawabnya sebagai anak untuk mencapai kejayaan dan harapan ibu dan ayah. Apabila ada waktu terluang ada sahaja mesej di skrin Nurin daripada Amir Akif. Tapi semua itu sementara sahaja bagi Nurin mengecapi erti dan rasa pertama kali ber‘couple’ dan merasai cinta dari insan bernama lelaki. Selama sebulan cukup bagi Nurin menghadapi sesuatu yang sangat tidak berbaloi dalam hidupnya. Walaupun hati Nurin bagai dihiris sembilu, hanya kesabaran mampu atasi segalanya. Ceritanya sukar untuk Nurin berkongsi kepada rakan sebilik sebabnya Nurin merasa ego dan takut dicop dia gadis yang tidak laku untuk dimiliki oleh mana-mana lelaki pun. Nurin Najwa sangat pendek akal dalam memikirkan perkara yang satu ini. Seseorang yang Nurin tahu untuk berkongsi cerita adalah Naqib Adam, kerana bagi Nurin hanya Naqib mampu meredakan hatinya yang disakiti.
                            

****************************************     
                                                   
          Hati Nurin semakin sakit bila Amir Akif mula kembali ke tabiat lamanya. Semuanya Nurin mendapat tahu selepas 3 bulan dia ber ‘couple’ dengan Amir Akif, apabila dia berkenalan dengan seseorang lagi insan bernama lelaki, Fakhrul Haziq. Nurin seperti biasa melayan ala kadar hanya menjadi peramah apabila ada yang ingin berkenalan. Nurin mula kenal dengan Fakhrul Haziq juga di sebuah laman sensawang iaitu Friendster. Pada mulanya, Nurin enggan untuk melayan tapi melihatkan dari segi luaran Nurin seperti ingin mengenalinya lebih rapat apabila melihat caranya berpakaian. Bila Nurin melihat info peribadi lelaki tersebut, Nurin pun memulakan siasatannya terhadap Amir Akif dengan menanyakan soalan demi soalan tentang Amir Akif kepada kenalan barunya, Fakhrul Haziq hal ini kerana mereka berdua belajar di kolej yang sama dalam bidang yang sama kecuali umur mereka berbeza. Fakhrul Haziq berumur 21 tahun manakala Amir Akif pula 19 tahun.

        Setiap apa yang ditulis oleh Fakhrul hanyalah kiasan semata yang membuatkan Nurin semakin mencurigai Amir Akif.  Perkara tersebut terhenti di situ, apabila Fahkrul tidak ingin memburuk-burukkan sahabatnya. Nurin mengeluh tapi dia tetap bersabar apabila maklumat yang diinginkan belum pasti adalah benar. Makanya, Nurin membiarkan sahaja perkara tersebut. Sampailah satu malam ketika Nurin cuti sekolah, Nurin cuba untuk bertanya soalan demi soalan kepada Amir Akif untuk ketahui kebenaran yang sebenar.

                                   *****************************************

        Malam itu, Nurin menembak berdas-das persoalan kepada Amir Akif untuk mengakui kesalahannya. Tapi jawapan Amir seperti meragui di hati Nurin. Nurin mula membanding-banding diri Amir dengan Naqib. Sangat berbeza dari segi layanan Amir terhadap Nurin berbanding cara Naqib mengambil berat terhadap Nurin. Ibarat Naqib Adam itulah kekasih Nurin, Amir Akif itu kawan biasa. Sukar bagi Nurin untuk mempercayai kata-kata janji dari Amir Akif. Sehinggakan Nurin terlepas cakap tentang Naqib Adam kepada Amir Akif. Habis macam-macam perkataan keluar dari mulut Amir Akif mengherdik Naqib Adam. Nurin Najwa tetap menyebelahi Naqib Adam tanpa rasa bersalah pun kepada Amir Akif. Nurin sudah lama bersabar malam itu juga Nurin minta dilepaskan. Tapi Amir Akif tetap berdegil untuk tidak melepaskan Nurin Najwa walau hakikat di sekelilingnya ramai gadis yang jauh lebih cantik dan pandai bergaya daripada Nurin Najwa.
“Cuba bagi tahu Amir, apa yang sebenarnya Nurin nak sampaikan?” Amir mula hilang sabar apabila Nurin lebih banyak memenangkan sahabat karibnya, Naqib Adam.
“Entah, Nurin rasa seperti diperbodohkan! Ingat Nurin boneka ke Amir? Sesuka hati Amir nak ambil tak nak Amir buang! Macam itu ke?” Nurin juga tak mengalah untuk menyimbah minyak kepada Amir yang sedia-sedia memang sudah berapi.
“Nurin, okey Amir salah, Amir selalu abaikan Nurin. Tapi Amir memang sibuk sangat-sangat. Nurin, please jangan tinggalkan Amir.” Amir cuba memujuk Nurin dengan nada yang lebih rendah berbanding tadi.
“ Amir, kalau betul Amir sayangkan Nurin, boleh janji dengan Nurin?” Nurin cuba menguji kejujuran Amir Akif.
“Apa yang perlu Amir janji Nurin?” Amir berdebar-debar menanti syarat dari Nurin.
“Boleh Amir berhenti merokok? Kalau tak boleh tak mengapa, tapi jujur Nurin tak suka dengan lelaki yang merokok. Boleh Amir?” Nurin menunggu jawapan Amir.
“Humm, Insyaallah Nurin, Amir akan cuba lakukan demi Nurin.” Amir mencari idea juga untuk membuatkan Nurin percaya cakapnya itu.
“Humm, okey. Amir, Nurin nak cakap yang Nurin rasa diabaikan, selalu yang mesej dengan Nurin pun kawan baik Nurin. Bukan Amir.” Nurin cuba untuk menaikkan lagi kemarahan di hati Amir.
“Nurin, kawan baik Nurin lelaki ke perempuan?” Amir bertanya dengan keadaan suaranya yang mulai dingin.
“Lelaki, tapi umurnya muda setahun dari Nurin. Kenapa Amir?” Nurin berterus-terang tapi tidak terlalu detail untuk memberitahu segalanya tentang sahabat baiknya itu.
“Nurin, bagitahu Amir siapa nama lelaki yang tak guna tu! Itu bukan kawan baik namanya tu! Itu perampas kekasih Amir tau tak Nurin!” Amir mula hilang sabar.
“Nurin tak nak bagitahu apa-apa tentang kawan baik Nurin kepada Amir.” Nurin gerun mendengar suara Amir yang semakin menggertak. Nurin terus menutup pangglan Amir itu dan menangis sepuas-puasnya.
Lagu Mahkota Band berkumandang lagi menandakan panggilan dari Amir. Tapi Nurin tutup panggilan tersebut. Amir tetap tidak putus asa dia menelefon lagi Nurin sehingga Nurin menjawab panggilannya itu.
“Nurin, please jangan tutup dulu, Amir belum habis cakap apa-apa lagi okey. Nurin dengar sini, Amir janji Amir takkan abaikan Nurin lagi okey, sayang. Humm, bagitahu Amir siapa nama kawan Nurin itu?” Amir cuba memujuk Nurin.
“Amir nak buat apa tahu pasal kawan Nurin tu?” Nurin mula rasa terpujuk dan cuba berlembut.
“Amir tak nak dia kacau kekasih Amir lagi okey sayang, cakap denga dia, kalau dia berani kacau kekasih Amir, tengoklah apa yang Amir nak buat nanti” Amir cuba mengugut.
“Apa yang Amir nak buat pada dia nanti?” Nurin mulai bimbang dengan ugutan Amir.
“Tengoklah nanti kaki Amir hinggap kat kepala dia!” Nurin gerun mendengarnya. Mentang-mentanglah Amir merupakan jurulatih silat di tempatnya, sewenang-wenang sahaja nak terajang anak orang. Nurin terkedu lalu Nurin mula menghantar mesej kepada Naqib tentang ugutan Amir tersebut.
‘Naqib, tadi Amir nak ugut awak’ Nurin mula risau dan bimbang hal itu.
‘Hummm, beranilah jom lah berdepan dengan aku! Nurin, cakap dengan Amir aku berani nak berdepanlah dengan dia, alah setakat jurulatih saja! Suka-suka nak nak letak kaki kat keala aku! Mej sini aku terajang dia!’ Nurin membaca terkedu pula dengan mesej yang dihantar Naqib.
‘Dahlah Naqib, aku tak nak kau gaduh dengan dia, dah okey….aku pun okey saja ni.’ Nurin menenangkan Naqib.
‘Humm, Nurin kau jangan bersedih okey, aku ada untuk kau. Jangan menangis lagi okey. Senyumlah untuk aku..hehehe’ Naqib cuba menceriakan hati Nurin yang penuh dengan rasa kegeraman dan terkilannya terhadap Amir Akif.
                              
 ******************************************

           Tibanya bulan Ramadhan, Nurin masih lagi mampu bersabar walaupun hatinya sering disakiti dan terluka. Tapi Nurin masih membawa dirinya ke alam maya dengan meng’update’ blog dan mencari rakan-rakan baru. Itulah hobi Nurin dikala lapangnya waktu diisi penuh keseronokan mencari persahabatan. Pelbagai ragam dan watak dapat dilihat dengan jelas. Dengan keseronokan itu juga Nurin membuka lagi cawangan akaun laman sensawangnya iaitu Facebook. Pada mulanya memang agak membosankan bila tiada kawan-kawan yang dikenalinya. Tapi Nurin tetap membuka akaun tersebut untuk menambah lagi kenalan-kenalan yang baru bagi menutup rasa ait di hati itu.

         Setelah usai sebulan berpuasa tibalah hari yang ingin diraikan oleh semua umat Islam dalam merayakan kemenangan sebulan berpuasa. Seperti biasa hari pertama Nurin dan keluarga akan pergi menziarahi sanak- saudaranya di Johor Bahru dan Segamat. Hari raya pertama dan kedua itulah rutin setiap tahun Nurin dan keluarga akan menghabiskan hari mereka dengan menjelajah satu Johor melawat saudara-mara. Apabila raya ketiga Nurin dan keluarga akan beristirahat di rumah sahaja kerana kepenatan seharian berjalan.
           Pada hari raya ketiga itulah menjadi satu memori indah bagi Nurin, kerana pada hari itu Amir Akif akan dating beraya ke rumah Nurin buat pertama kalinya. Pertama kali jugalah mereka akan bertemu dan Amir Akif berkenalan dengan ibu dan ayah Nurin. Pada mulanya, Nurin berasa sangat gembira kerana Amir Akif berani untuk berjumpa ayah dan ibunya. Itulah seorang gadis yang baru mengenal erti cinta, yang sanggup menganggakan Amir Akif itulah bakal suaminya satu hari nanti.

            Pada pertemun pertama kalinya itu, Nurin merasakan jiwanya begitu sesak, berdebar-debar bagai lamaran datang bertandang pada hari itu. Amir Akif memberitahu dia akan datang bersama kawan-kawannya. Seorang lelaki dan seorang lagi perempuan. Nurin tak kisah pun Amir ingin datang ke rumahnya bersama kawan-kawan kerana hari yang dia datang itu pun memang hari menziarahi rakan taulan sedunia. Masa yang dinanti tiba untuk Amir Akif sampai di rumah, Nurin telah diberitahu awal-awal kawan perempuan yang dia bawa itu tidak bertudung. Nurin maklum hal itu tidaklah begitu terkejut bila melihatkan kawan-kawannya itu agak begitu social seperti buat-buat tak tahu batas pergaulan antara lelaki dan perempuan. Tapi Nurin buat tidk kisah melihat adegan di depan matanya. Rasa di hati memang malu sangat tapi Nurin hanya mampu menegur dengan hatinya sahaja, kerana Nurin sedar dia juga tidak layak untuk menegur mereka. Itulah yang dihadapi Nurin bila hati sudah terpaut dengan cinta palsu manusia. Semua yang berlaku seperti ambil mudah sahaja.

          Apa yang terjadi pada hari itu rasanya sungguh menebal muka Nurin ingin memandang wajah ayah. Sebab selepas mereka pulang, ayah seraya bertanya: “ Kawan-kawan Amir itu adik-beradikkah? Kalau bukan kenapa bertepuk tampar?”. Rasa malu dan tertampar pipi saat soalan itu yang ditanya oleh ayah. Nurin hanya berdiam diri sahaja tanpa menjawab soalan dari ayah.

          Pada keesokan harinya, hari raya keempat Nurin ada pertemuan bersama kawan-kawan lamanya untuk konvoi beraya bersama. Dala pada masa itu, Amir memujuk supaya datang  beraya ke rumahnya. Nurin berbelah bagi antara ingin meminta izin dari ibu dan ayah atau pergi sahaja ke rumahnya. Akhirnya, Nurin membuat keputusan untuk ke rumah Amir Akif kerana dalam fikiran Nurin: “Alang-alang beraya sampai ke barat, baik aku ke selatan terus.” Itulah yang ada di benak fikiran Nurin. Tanpa diketahui perancangan Nurin, abangnya Ikmal Hafiz mengikut sahaja ke mana yang Nurin ingin beraya bersama kawan-kawannya tanpa rasa curiga yang Nurin merangkap dirinya untuk ke rumah Amir Akif.


******************************************

      Seusai seharian berjalan, Nurin dan abangnya Ikmal Hafiz pulang ke rumah. Dalam hati Nurin rasa begitu serba salah menipu ayah dan ibunya. Lalu, Nurin nekad untuk berterus-terang. Sampai sahaja di rumah, Nurin membuka ceritanya.
“Ibu, tadi Nurin pergi ke rumah Amir” Nurin menutuskan bicara sambil menunduk muka takut dimarahi.
“Apa? Abang kau bawa Nurin pergi rumah Amir?” Ibu mula berasa ingin memarahi.
“Haah ibu, abang ingat Nurin dah bagi tahu ibu tadi. Manalah abang tahu.” Abang memandang Nurin tanda tidak puas hati kerana dia terkena dengan perangkap adiknya sendiri.
“Ala, tadi alang-alang jalan ke rumah budk-budak ni, lagipun bukan Nurin dengan abang aje yang dating ke rumah Amir, tadi ada Fatin, Ieqa, Syikin dan  Siti Qaisara” Nurin cuba memancing ibunya untuk meredupkan api marah itu.
“Bukanlah apa, ibu tak marah tapi nanti ada sesiapa nampak bukankah tak manis, emm lain kali jangan buat lagi ok?” ibu tersenyum.
“Baiklah ibu, Nurin janji Takkan buat lagi, nurin minta maaf ya ibu.” Nurin berasa lega bila perkara itu sudah dibincangkan sebaiknya.
Itulah hikmah dalam hidup, apa-apa jua perkara yang disorokkan oleh Nurin pasti membuatnya duduka tak senang. Nurin begitu sukar untuk menyembunyikan segala rahsianya dengan ibu, lagi-lagi perkara yang melibatkan lelaki dalam hidup anak gadis seperti Nurin. Nurin adalah seorang gadis yang lebih suka berterus terang berbanding menjadi seorang pendiam. Itu Nurin dahulu, Nurin yang kini bukalah seorang pendiam dan perahsia.



*bersambung*

SEGMEN REVIEW DESIGN BLOG 18: JUALAN MAKE UP

Assalammualaikum...
Hari ini Princess baru berkesempatan nak menaip entry tentang review blog yang telah Princess design itu. Iaitu salah satu lagi design untuk blog bisnes.





NAMA TUAN BLOG:
  • Nik Teh Nik Ibrahim

TEMA WARNA:
  • Pink/
  • Purple/
  • Yellow/
  • Colourfull

TEMA KARTUN:
  • Kawaii Girl Shopping/
  • Make Up

TEMA BLOG:
  • Business Make Up Sales

ITEM TAMBAHAN:
  • Box (coming soon)

ITEM DESIGN:
  • Header = RM3
  • Footer = RM3
  • Footer Note = RM1
  • Shoutbox = RM1
  • Icon Comment = RM1
  • Icon Sidebar = RM1
  • Banner Simple = RM2
  • Banner Gerak2 = RM3

PAKEJ:
  • Pakej 2 (Full Template)

HARGA KESELURUHAN: 
  • RM20.00 shj
  • Bayaran scr topup

p/s: sesiapa customer yang dapat membayar secara bank-in, saya harap resit tersebut haruslah ditunjukkan bukti yer, peringatan sebelum membuat tempahan. saya rasa lepas ini saya akan buat secara bank-in tapi insyaallah andai kata ada kesukaran nak membayar secara bank-in saya boleh pertimbangkan untuk membuat pembayaran secara topup.

Okey itu sahaja pesanan ringkas buat bakal customer, semoga jumpa lagi
sekian wassalam
pen~off

BLOG ARTWORK PRINCESS

Assalammualaikum..
Alhamdulillah, akhirnya siap juga blog kempat Princess iaitu blog yang memang khas untuk meletakkan segala hasil kerja tangan dari segi melukis, mewarna, meng edit, men design, segala idea tentang seni Princess akan asingkan dalam dunia blog personal ini, takmahu mencampur adukkan memang sangat serabut dan menyemakkan fikiran nak baca, kuang3x....

Baru-baru ni Princess tersesat ke sebuah villa seorang blogger yang memang tak asing lagi dalam dunia design blog. Bila Princess sampai je ke villa Blogger ni, wah teruja sebab ada satu contest lumayan sungguh hadiahnya!! So, dengan bertungkus-lumusnya Princess tak tidur semalaman disebabkan sakit perut yang amat sangat!! Bagi perempuan of course tahulah kan kalau tiap-tiap bulan kena....huaagghh memang tak boleh tidur apalagi memerah idea lagilah nak edit dan design blog baru macam mana. Ya Princess sekarang tengah meroyan nak mengedit dan design blog wakakaka....seyes okey!! sebab terlalu boring+bosan tak tahu nak berchentan chentun dengan siapa daa....hahaha..okey kalau nak terjah silakan, nak follow pun boleh juga!! hehe



Villa blogger yang Princess maksudkan adalah Alieff.com memang jeles jugaklah tengok blog dia sangatlah smart.  Korang tak percaya terjahlah okey...tak pun tengoklah gambar rajah di bawah:



Okey, thanks to alieff sebab buat post ni dan membuatkan Princess mengikut jejak langkah alieff nak buka blog baru kih3x....walaupun baru 4 je follower termasuk Princess sendiri, okeylah tu permulaan je hahaha...
Okey kalau ada sesiapa nak join Kempen Hias Blog Anjuran Utusan Malaysia jom terjah dan klik sahaja di sini.

Korang-korang semua jangan malu-malu jangan segan-segan, peluang tak datang banyak kali join aje hehehe.....best tau hadiah sangat-sangat lumayan tuh!!


Korang edit ajelah blog tu asalkan jangan sampai punah ranah sudah....Ikutkan tiap-tiap tahun kalau di sekolah Princess akan join sahaja setiap kali ada pertandingan melukis banner ke, ada melukis potret ke whatever Princess akan join then of course dapat 1st prize hahaha berlagak sangat!! Padahal tak adalah cantik sangat macam pelukis terkenal kah3x.....Rezeki masuk je Alhamdulillah....

Okey Princess alang-alang dah menaip ni promote pages kawan Princess ada buka Business Online Facebook: Ada macam-macam, Tshirt labuh, aksesori wanita, shawl, selendang dll...sila terjah Like kalau nak tahu semua!! Korang tekan sini: okey!! Keyra Muslims Shop

Nak contoh jualan: 

Kain Ela:



Korang sebelum nak beli apa-apa Like lah page dulu okey hehehe DI SINI
Lepas dah Like page korang terjah lah apa-apa pun hehehe..
okey done!!!
Sekian wassalam
pen~off

SEGMEN REVIEW DESIGN BLOG 17: SOLEHA JALIL

Assalammualaikum
Okey hari ni baru dapat siapkan full template design blog untuk 2nd customer in August. Actually customer ni adik my exschoolmate. Tanpa nak buang masa jom kita review blog adik Soleha ini.




TUAN BLOG:

TEMA WARNA:
Colourful
  • Major = Pink,
  • Minor =White, Yellow &amp;amp; Purple

 TEMA BLOG:
Hobby or Favourite Things

ITEM TAMBAHAN:
Tiada = RM0.00

PAKEJ DIAMBIL:
RM20.00 (PAKEJ 2)

BAHAN YANG DI DESIGN:
  • Header (RM3)
  • Footer (RM3)
  • Shoutbox Icon (RM1)
  • Footer Note Icon (RM1)
  • Comments Icon (RM1)
  • Banner Comel Icon (RM3)
  • Sidebar Box Icon (RM1)
  • Social Network Icon (RM2)
  • Upah Idea+Design (RM5)
Total Amount = RM20.00/Blog

Nak Exchange Blog? Jom tukar!!!



Okey done!!! psstt..nak sambung edit blog for my 3rd customer pula!!
sekian wassalam
pen~off

TUTORIAL DATE BOX LUAR POST ENTRY

Assalammualaikum

Hari ini terasa rajin nak buat tutorial setelah menjadi buat tutorial ini bila design/edit blog blogger lain okey. Hehehe....

 Kalau tak tahu macam mana date box tu ada di luar post entry, contohnya seperti gambar blog di bawah ini, atau pun korang boleh terjah ke blog Dg Norfazilah Samsol.

Tutorial ni nak credit kepada adik: Anis Nutella.

Washed denim

 1.Dashbord &gt; Design &gt; Edit HTML
 2.Ctrl F and search code .date-header {

 Korang akan jumpa macam ni kan?
 .date-header {
  margin: 1.5em 0 0;
  font-weight: normal;
  color: $dateHeaderColor;
  font-size: 100%;
}
 Okey,delete code tu semua dan gantikan dengan yang bawah ni :-
 h2.date-header {
height:40px;
margin:-15px -20px -500px -115px;
padding: 30px 300px 105px 10px;
background: url(Url Gambar Anda) no-repeat;
position:absolute !important; position:relative; float:right;
text-align: center;
font-family: calibri; color: #FFFFFF;
}
 Preview dan save template

 Kalau tak jumpa code .date-header { , ikut tuto yang bawah ni pulak.Saya tak pasti tutorial ni untuk template apa sebab saya belajar dari Putryy :)

 1.Dashbord &gt; Design &gt; Edit HTML
 2. Ctrl F dan search code h2.date-header {

 Copy dan paste code ni di bawah  h2.date-header {
 height:40px;
margin:-15px -20px -500px -115px;
padding: 30px 300px 105px 10px;
background: url(Url Gambar Anda) no-repeat;
position:absolute !important; position:relative; float:right;
text-align: center;
 Code full dia macam ni,

 h2.date-header {
height:40px;
margin:-15px -20px -500px -115px;
padding: 30px 300px 105px 10px;
background: url(Url Gambar Anda) no-repeat;
position:absolute !important; position:relative; float:right;
text-align: center;
font-family: calibri; color: #FFFFFF;
}


 3.Preview dan save template .

Nota
Gantikan Url Gambar Anda tu dengan gambar korang okey ^^
Jenis font dan warna font tu boleh tukar ikut citarasa korang

Kalau nak date box yang comel2 adik anis ada buatkan korang boleh je terjah SINI.
Kalau nak lagi comel meh ler tempah by Princess nanti boleh jadi macam Dg Norfazilah Samsol nye date box memang comel:

Okey done selamat mencuba yer...
sekian wassalam
pen~off

SEGMEN REVIEW DESIGN BLOG 16: DG NORFAZILAH SAMSOL

Assalammualaikum

Hari ini baru je siap satu blog yang ditempah oleh Dg Norfazilah Samsol. Blogger ni dah 2 kali menempah dengan Princess okey hehe inilah kali ke 2.



NAMA TUAN BLOG:
Dg Norfazilah Samsol

TEMA BLOG:
Pinky Girl

PAKEJ DIAMBIL:
Pakej 1 (RM10.00 shj) 
tambahan item +RM2.00

BAHAN YANG DIDESIGN:
Header (Big Size)
Icon Shoutbox
Icon Network (small size minimum 3 only)

ITEM TAMBAHAN:
Date Box
Sidebar Box





Inginkan blog seperti mereka? Jom tempah di sini dengan menghantar segala maklumat yang dikehendaki. Rujuk di sini untuk tahu apa maklumat yang perlu Princess tahu.
Sekian wassalam
pen~off

TUTORIAL SHOUTBOX DI HEADER BLOG


Assalammualaikum
 Kali ini Princess telah merajinkan diri nak ajar korang letak shoutbox tu di header macam Princess.


STEP 1:
  • Sila design header anda dan yang amat diperlukan adalah tempat untuk meletakkan shoutbox anda okey. Sebagaimana contoh rujuk gambar di atas.


STEP 2:
  • Pastikan kotak shoutbox yang korang nak letak tu area mana.
  • Then kalau nak tukarkan position shoutbox untuk masuk ke dalam kotak yang telah korang design kat header tu, korang just adjust nombor di code
margin-left: 0px;  margin-top: 0px;
  • Lepas tu, korang save and tengok sama ada shoutbox tu dah masuk kat kotak yang korang design tadi tu ke belum, kalau belum korang adjust lagi nombor2 tersebut wokeyh
STEP 3:
  • Selepas itu pastikan pula ketinggian dan kelebaran shoutbox anda perlu di sama ratakan okey antara code:
<div style="border: 4px ridge #1569C7; height: 200px; width: 320px;">
  • Code di atas yang perlu korang adjust adalah yang berwarna MERAH okey.
  • Border korang boleh choose nak tukar 'ridge' kepada (dashed/dotted/outset/inset/double/solid)
  • Saiz height dan width tu korang kena pastikan yang shoutbox korang juga bersaiz sama dengan code di atas okey. Sila tengok shoutbox punye saiz masing-masing. Senang jer, kalau tak faham sila tanya lagi.
  • Akhir, korang just paste code ini dengan  melalui beberapa pages dalam blog antaranya:
  • Dashboard-Post List-Layout-Add A Gadget-HTML/Javascript
Hopefully, korang fahamlah apa yang Princess cuba terangkan okey. Maaf sangat-sangat sejak netbook problem, Princess tak dapat nak cari laman yang menyediakan tempat encode untuk code diletakkan dalam blog. So, terpaksa Princess buat tutor macam ni harap korang fahamlah okey. Kalau tak faham silalah tanya di Facebook Princess okey. Insyaallah Princess akan terangkan semula (decide on time if I'm not busy). Thanks to all for support me and my blog.

Akhir kata, semoga berjaya korang untuk meletakkan shoutbox di header....
Sekian wassalam
pen~off

HIDUP INI TERLALU BANYAK DUGAANNYA

Assalammualaikum..


“Sungguh benar bahwa kita tidak tahu apa yang kita miliki sampai kita kehilangannya, tetapi sungguh benar pula bahawa kita tidak tahu apa yang belum pernah kita miliki sampai kita mendapatkannya.”

Hari ini baru saja lepas berjalan-jalan bersama kengkawan form6 di sekolah. Al maklum masing-masing tengah busy nak prepair macam-macam sebelum masuk ke universiti. Actually, Princess just menumpang je kegembiraan mereka semua. Syukur, mereka berpeluang mencipta bahagia yang telah lama diimpikan iaitu bahagia menempuhi medan ilmu di menara gading. Cuma Princess sahaja belum lagi berpeluang nak ke sana bersama mereka semua. Hati jangan tipulah kalau cakap tak sedih. Sangat bengang, segan dan hiba juga bila dapat tahu tak dapat tawaran mana-mana. Ikutkan dari hari keputusan tawaran keluar hati ini sangat-sangat putus asa. Ya Allah, sepanjang 20 tahun inilah yang ku tunggu-tunggu nak ke menara gading. Tapi, rezeki itu belum tiba lagi. Princess redha. Mungkin ada hikmah yang lain, Allah ingin menguji kesabaran umatnya seperti Princess. Ikutkan sudah lama bersabar. Dua kali kecewa membuatkan diri ini terasa begitu terlalu kerdil sekali. Hanya mampu tersenyum dan bergembira untuk orang lain, tapi terlalu juga kerap bersedih dan berduka kerana diri sendiri.

“Janganlah berputus asa. Tetapi kalau anda sampai berada dalam keadaan putus asa, berjuanglah terus meskipun dalam keadaan putus asa.”


Itu baru dugaan dari segi kejayaan yang menempah kegagalan. Bukan itu sahaja yang melanda dalam hidup Princess. Dugaan datang dalam pelbagai rupa dan bentuk.Sukar nak dijangka bila masanya yang perlu untuk kita hadapi. Sudah hampir 2 bulan Princess memegang title 'single', ya baru sahaja bercinta bukan lagi bertunang atau berkahwin. Kadang-kadang, Princess terfikir, apakah lagi yang mahu diuji dalam hidup ini. Tidak cukupkah Kau menarik tuntutan untuk aku bahagia dengan kejayaan akademik ku? Apa lagi yang Kau ambil pula rasa hati ini? Pada mulanya, sukar nak diterima, tapi saat hadirnya seseorang dalam hidup memberi kata-kata yang sukar nak dapat dari kawan sebaya sendiri pun. Selalulah juga kena tazkirah dan ceramah seseorang itu, telinga ini makin jemu dan lali juga kalau dah kena bebel panjang-panjang. Tapi, kata-kata itu bukan Princess masuk telinga kiri keluar telinga kanan, Princess ambil sebagai pendorong untuk menjadi lebih tabah dan kuat menempuhi segalanya. Alhamdulillah, hati ini semakin pulih dari kesedihan dan berduka. Dan kali ini Princess lebih banyak mendiamkan diri dan bercinta dengan Ilahi. Semoga ianya sentiasa berkekalan. Serius hati ini bagai sudah tertutup rasanya nak jatuh cinta lagi, Dua kali kekecewaan memberi impak paling besar dalam hidup ini. Terasa begitu serik walau hakikat sebenar Princess hanyalah seorang wanita yang biasa-biasa terlalu mudahnya nak jatuh cinta, tapi Princess cuba kuatkan hati ini supaya bersabar sehingga tibalah masa itu nanti. 

“Anda tidak boleh mencipta pengalaman. Anda mesti menghadapinya.” ~ Albert Camus

Hidup ini sukar diramal sama ada bila masa kita akan kecapi bahagia itu, dan bila masa pula kedukaan itu akan datang untuk kita bersedia.Rasa malu dan segan menebal bila tadi pergi sekolah. Ikutkan nak ambil sijil STPM tu tahun depan ke apa ke kan, tapi bila fikir-fikir kalau pergi berseorangan lagi segan so, Princess ambil keputusan ikutkan mereka semua pergi sekali, alang-alang ada juga tukang cover kan, setiap kali kalau berjumpa guru-guru bukan form6 memang nak tegur rasa segan of course soalan pertama yang akan terjah:

"Dapat mana? Kos apa?"....

Haish serius soalan ini sangat-sangat membuatkan nak nangis pun ada. Lagi-lagi kalau balik beraya tahun ini lagilah. Ya Allah, memang Princess tak tahu nak sorok muka ini kat mana. Bila teringat benda ini je pasti akan buka lagu menyedihkan dan berfikir......."Bilalah masa aku nanti?"

“Hidup memerlukan pengorbanan. pengorbanan memerlukan perjuangan. perjuangan memerlukan ketabahan. ketabahan memerlukan keyakinan. keyakinan pula menentukan kejayaan. kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan.”

Kadang-kadang nak buat orang fahan situasi kita ni sangat sukar, lagi-lagi orang yang memang rezeki sentiasa melimpah-limpah.Sampai ada yang lupa diri, rezeki itu siapa bagi. Sampai sanggup ada memperkecilkan rezeki orang lain tidak semegah dia. Hati jangan cakaplah, tipulah kalau orang cakap tak sedih. Memang sedih, tapi hanya mampu tersenyum semoga dia sedar apa yang diperkatakan itu. Ya, orang pasti akan cakap: "Tu la dulu tak nak belajar betul-betul, duk main-main." Ya, dulu Princess agak main-main juga time exam tu, tapi kira ambil serius. Cubalah bayangkan alangkah belajar bagai nak rak sekalipun markah tetap sama kalau belajar main-main. Pernah beberapa kali membuat percubaan, sentiasa juga berusaha, hari-hari bangun malam semata-mata nak study, nak solat malam, dan macam-macam lagi, tapi bila dah exam benda yang sama juga dapat. Tak tahulah rezeki masing-masing. Bukan nak cakap Allah itu tidak adil, dia terlalu adil. Dalam family pun Princess yang terlalu nampak kurang dari mana-mana segi pun. Serius lain dari yang lain walaupun dalam acuan yang sama sekalipun. Kalau diceritakan balik terlalu panjang dan terlalu perit nak diingatkan. Princess tak nak semua itu dijadikan alasan semata-mata. Semampu mana pun Princess akan mencuba.

“Rezeki.. ada di mana2, datang tanpa diduga, tepat pada masa, yg penting, usaha & tawakkal.”

Kali ini post entry tentang personal. Selalu bagi input tentang agama kan so, kekadang isi hati perlu jiga diluahkan supaya tidal terlalu terpendam. Ya, hati ini sudah terlalu banyak memendam rasa. Tapi, Alhamdulillah tidaklah sampai nak berdendam dengan sesiapa pun. Dulu, sebelum mengaktifkan blog ini, tempat yang selalu Princess luahkan adalah di belakang asrama. Kalau ikutkan kalau budak permpuan duk sensorang dah lama kowt histeria. Serius masa itu budak-budak lagi, so langsung tak terfikir soal takut sesiapa pun. Tak kiralah nampak hantu jembalang mana ke, toyol mana ke, pocong mana ke, yang penting isi hati ini mesti diluahkan dengan menangis dan bercakap sensorang. Kadang-kadang kalau budak putera lalu dari main badminton, gerenti terkejut...hahaha..sebab ye la dah la nampak perempuan sensorang lak tu dalam gelap, siapa tak terkejut. Tapi, kalau Princess nampak mereka semua perasan, apa lagi cabut laa naik dorm kah3x...Seboleh-bolehnya tak nak sesiapa pun tahu Princess sedang menangis.Kalau boleh masa itu memang tak nak langsung bercerita. Tu zaman budak-budak time form1 until form3. 

“Jika kejahatan di balas kejahatan, maka itu adalah dendam. Jika kebaikan dibalas kebaikan itu adalah perkara biasa. Jika kebaikan dibalas kejahatan, itu adalah zalim. Tapi jika kejahatan dibalas kebaikan, itu adalah mulia dan terpuji.” ~ La Roche
Bila dah naik form 4 dan form5 berpindah pula kat sekolah lain, Alhamdulillah tak jadilah macam itu sekali. Kalau nak melayangkan hati bersedih ini selalunya bila balik rumah je laa..Kalau kat sekolah SMKAS ini tak tempat yang boleh nak feeling2 nangis ni, nak tahu sebab apa? Sebab ke mana je pergi gerenti ada je orang dok dating adoiyai..hahaha.....fed up betul time tu, tak ada can betullah.Apatah lagi nak menceritakan kat kawan-kawan, masa tu di title kan "budak baru" takkan tetibe je nak bercerita kat orang lain ye dak, wat malu jerk kene cop cengeng bhahaha....okey stop time tuh.

Time form 6, usia dah ke era kematangan, so fikiran kenalah matang jugakan. So, time inilah kalau ada benda tak puas hati ke sakit hati ke lebur terus hahaha...boleh tahan lah ke laseran mulut ni, sekali lebur hasihh dapatlah penangan jelingan tajam dan kata-kata perli balik, last2 Princess jugaklah mengalah menangis kat bilik form 6 tu kalau tak ada sesiapa pun kat situ, kalau ada ambillah buku tutup muka nangis je laa hahaha....Tapi sejak hati ini terpaut dengan cinta palsu manusia, yang jadi tempat luahan hati adalah mereka2lah yang pernah hadir dalam hidup Princess. Kesian jadi mangsa pula, tak pasal2 kena jadi kauselor tak bertauliah. kih3x...

Now, dah ada blog ini, makanya secara rasmi sebagai diary Princess seterusnya. Dulu2 kalau tak ada tempat mengadu diary bertulis menjadi teman setia. Tapi sekarang dunia dah maju, apalagi blogging je laa...selain dapat saling menyampaikan, sekurang-kurang apa yang terjadi dalam hidup ini dapat dikongsi bersama, lain orang lain pendapat betul tak? Apa salahnya ambil pendapat orang lain sebagai sumber positif, itupun kalau ada datang menyinggah, membaca dan mengkomen hehehe..tahulah apa pendapat positif mereka semua. 

“Masa depan yang cerah berdasarkan pada masa lalu yang telah dilupakan. Kamu tidak dapat melangkah dengan baik dalam kehidupan kamu sampai kamu melupakan kegagalan kamu dan rasa sakit hati.”


Semoga apa yang diipikan ini menjadi satu tunggak untuk Princess menjadi wanita yang betul-betul menegakkan kesabaran dan ketabahan dalam diri. Berfikir positif, bukan aku yang susah kerana ada yang lagi susah dari aku. Ya putus asa itulah tunggak kepada kegagalan masa akan datang. Dunia ini mudah, kalau kita bijak mengendalikan hati, maka bijaklah kita menguasai dunia dengan adanya tahap pemikirang yang rasional dan positif.

“Harta yang paling menguntungkan ialah SABAR. 
Teman yang paling akrab adalah AMAL. 
Pengawal peribadi yang paling waspada DIAM. 
Bahasa yang paling manis SENYUM. 
Dan ibadah yang paling indah tentunya KHUSYUK.”

Perjalanan hidup ini masih begitu jauh lagi, terlalu banyak perlu diperbaiki untuk menjadi lebih baik. semoga kesabaran itu berbaloi dengan kejayaan yang bakal Princess kecapi Insyaallah biarlah aku merangkak walaupun semua orang sudah berlari jauh meninggalkan aku, aku tetap bersabar, kerana aku tahu Allah tidak akan sesekali menganiaya hambanya, kerana setiap apa yang ditentukan itu ada hikmah tersendiri, kenapa sekarang aku belum lagi menerima apa-apa lagi kejayaan yang mampu membuatkan keluargaku bangga denganku. Semoga lepas ini adalah yang terbaik buatku. Insyaallah. “Biarpun jalan itu panjang, kita akan merintisnya perlahan-lahan.”

“Kegagalan dalam kemuliaan lebih baik daripada kejayaan dalam kehinaan.Memberi sedikit dengan ikhlas pula lebih mulia dari memberi dengan banyak tapi diiringi dengan riak.”

Dalam hidup tak selalu kita boleh bahagia, adakalanya kita akan ke bawah untuk diuji tahap kesabaran dan ketaqwaan. Ku akui banyak perkara yang membuatkan aku terleka sebentar arah tuju hidupku yang diimpikan dari dulu. Manusia tidak akan dapat lari dari kelalaian dunia yang semakin dimamah usia era kemodenan. Maka. “Berfikir sejenak, merenung masa lalu adalah permulaan yang baik untuk bertindak.” 

“Ambillah waktu untuk berfikir, itu adalah sumber kekuatan. Ambillah waktu untuk bermain, itu adalah rahsia dari masa muda yang abadi. Ambillah waktu untuk berdoa, itu adalah sumber ketenangan. Ambillah waktu untuk belajar, itu adalah sumber kebijaksanaan. Ambillah waktu untuk mencintai dan dicintai, itu adalah hak istimewa yang diberikan Tuhan. Ambillah waktu untuk bersahabat, itu adalah jalan menuju kebahagiaan. Ambillah waktu untuk tertawa, itu adalah musik yang menggetarkan hati. Ambillah waktu untuk memberi, itu adalah membuat hidup terasa bererti. Ambillah waktu untuk bekerja, itu adalah nilai keberhasilan. Ambillah waktu untuk beramal, itu adalah kunci menuju syurga.”

 Princess sudahi coretan hati ini, dengan senyuman. Sekian wassalam.
 

Copyright by © 2013 Studio Puteri Nabilah