EPISOD 3: EPISOD CINTA NURIN NAJWA

Assalammualaikum

“To love someone is nothing, To be loved by someone is something, To be loved by someone you love is exciting, but to be loved by Allah is everything”



Saat pertama kali jatuh cinta, Nurin merasakan kekosongan di hatinya terisi juga. Dengan kehadiran Amir Akif dalam hidupnya mengubah segala-galanya. Dari segi masa, jadual harian turut berubah. Andai dahulu, Nurin rajin membina jati dirinya dengan memuhasabah dan mentarbiahkan hati dan minda demi agama. Tapi kini semuanya telah berubah. Tatkala, rindukan seseorang hatinya semakin tertutup untuk merapatkan diri bertemu kekasihnya yang setia, Allah S.W.T. Itulah hakikat manusia mudah melupakan tatkala bertandang kasih di hati yang belum pasti milik kita. Segala apa yang kawan-kawan Nurin perolehi, dia juga ingin perolehi antaranya seperti berkongsi cerita tentang insan bernama lelaki, pengalaman pertama kali bertaut kasih berlainan jantina dan merasai erti cinta kepada manusia.

         Setiap waktu, Nurin mula mengabaikan tanggungjawabnya sebagai anak untuk mencapai kejayaan dan harapan ibu dan ayah. Apabila ada waktu terluang ada sahaja mesej di skrin Nurin daripada Amir Akif. Tapi semua itu sementara sahaja bagi Nurin mengecapi erti dan rasa pertama kali ber‘couple’ dan merasai cinta dari insan bernama lelaki. Selama sebulan cukup bagi Nurin menghadapi sesuatu yang sangat tidak berbaloi dalam hidupnya. Walaupun hati Nurin bagai dihiris sembilu, hanya kesabaran mampu atasi segalanya. Ceritanya sukar untuk Nurin berkongsi kepada rakan sebilik sebabnya Nurin merasa ego dan takut dicop dia gadis yang tidak laku untuk dimiliki oleh mana-mana lelaki pun. Nurin Najwa sangat pendek akal dalam memikirkan perkara yang satu ini. Seseorang yang Nurin tahu untuk berkongsi cerita adalah Naqib Adam, kerana bagi Nurin hanya Naqib mampu meredakan hatinya yang disakiti.
                            

****************************************     
                                                   
          Hati Nurin semakin sakit bila Amir Akif mula kembali ke tabiat lamanya. Semuanya Nurin mendapat tahu selepas 3 bulan dia ber ‘couple’ dengan Amir Akif, apabila dia berkenalan dengan seseorang lagi insan bernama lelaki, Fakhrul Haziq. Nurin seperti biasa melayan ala kadar hanya menjadi peramah apabila ada yang ingin berkenalan. Nurin mula kenal dengan Fakhrul Haziq juga di sebuah laman sensawang iaitu Friendster. Pada mulanya, Nurin enggan untuk melayan tapi melihatkan dari segi luaran Nurin seperti ingin mengenalinya lebih rapat apabila melihat caranya berpakaian. Bila Nurin melihat info peribadi lelaki tersebut, Nurin pun memulakan siasatannya terhadap Amir Akif dengan menanyakan soalan demi soalan tentang Amir Akif kepada kenalan barunya, Fakhrul Haziq hal ini kerana mereka berdua belajar di kolej yang sama dalam bidang yang sama kecuali umur mereka berbeza. Fakhrul Haziq berumur 21 tahun manakala Amir Akif pula 19 tahun.

        Setiap apa yang ditulis oleh Fakhrul hanyalah kiasan semata yang membuatkan Nurin semakin mencurigai Amir Akif.  Perkara tersebut terhenti di situ, apabila Fahkrul tidak ingin memburuk-burukkan sahabatnya. Nurin mengeluh tapi dia tetap bersabar apabila maklumat yang diinginkan belum pasti adalah benar. Makanya, Nurin membiarkan sahaja perkara tersebut. Sampailah satu malam ketika Nurin cuti sekolah, Nurin cuba untuk bertanya soalan demi soalan kepada Amir Akif untuk ketahui kebenaran yang sebenar.

                                   *****************************************

        Malam itu, Nurin menembak berdas-das persoalan kepada Amir Akif untuk mengakui kesalahannya. Tapi jawapan Amir seperti meragui di hati Nurin. Nurin mula membanding-banding diri Amir dengan Naqib. Sangat berbeza dari segi layanan Amir terhadap Nurin berbanding cara Naqib mengambil berat terhadap Nurin. Ibarat Naqib Adam itulah kekasih Nurin, Amir Akif itu kawan biasa. Sukar bagi Nurin untuk mempercayai kata-kata janji dari Amir Akif. Sehinggakan Nurin terlepas cakap tentang Naqib Adam kepada Amir Akif. Habis macam-macam perkataan keluar dari mulut Amir Akif mengherdik Naqib Adam. Nurin Najwa tetap menyebelahi Naqib Adam tanpa rasa bersalah pun kepada Amir Akif. Nurin sudah lama bersabar malam itu juga Nurin minta dilepaskan. Tapi Amir Akif tetap berdegil untuk tidak melepaskan Nurin Najwa walau hakikat di sekelilingnya ramai gadis yang jauh lebih cantik dan pandai bergaya daripada Nurin Najwa.
“Cuba bagi tahu Amir, apa yang sebenarnya Nurin nak sampaikan?” Amir mula hilang sabar apabila Nurin lebih banyak memenangkan sahabat karibnya, Naqib Adam.
“Entah, Nurin rasa seperti diperbodohkan! Ingat Nurin boneka ke Amir? Sesuka hati Amir nak ambil tak nak Amir buang! Macam itu ke?” Nurin juga tak mengalah untuk menyimbah minyak kepada Amir yang sedia-sedia memang sudah berapi.
“Nurin, okey Amir salah, Amir selalu abaikan Nurin. Tapi Amir memang sibuk sangat-sangat. Nurin, please jangan tinggalkan Amir.” Amir cuba memujuk Nurin dengan nada yang lebih rendah berbanding tadi.
“ Amir, kalau betul Amir sayangkan Nurin, boleh janji dengan Nurin?” Nurin cuba menguji kejujuran Amir Akif.
“Apa yang perlu Amir janji Nurin?” Amir berdebar-debar menanti syarat dari Nurin.
“Boleh Amir berhenti merokok? Kalau tak boleh tak mengapa, tapi jujur Nurin tak suka dengan lelaki yang merokok. Boleh Amir?” Nurin menunggu jawapan Amir.
“Humm, Insyaallah Nurin, Amir akan cuba lakukan demi Nurin.” Amir mencari idea juga untuk membuatkan Nurin percaya cakapnya itu.
“Humm, okey. Amir, Nurin nak cakap yang Nurin rasa diabaikan, selalu yang mesej dengan Nurin pun kawan baik Nurin. Bukan Amir.” Nurin cuba untuk menaikkan lagi kemarahan di hati Amir.
“Nurin, kawan baik Nurin lelaki ke perempuan?” Amir bertanya dengan keadaan suaranya yang mulai dingin.
“Lelaki, tapi umurnya muda setahun dari Nurin. Kenapa Amir?” Nurin berterus-terang tapi tidak terlalu detail untuk memberitahu segalanya tentang sahabat baiknya itu.
“Nurin, bagitahu Amir siapa nama lelaki yang tak guna tu! Itu bukan kawan baik namanya tu! Itu perampas kekasih Amir tau tak Nurin!” Amir mula hilang sabar.
“Nurin tak nak bagitahu apa-apa tentang kawan baik Nurin kepada Amir.” Nurin gerun mendengar suara Amir yang semakin menggertak. Nurin terus menutup pangglan Amir itu dan menangis sepuas-puasnya.
Lagu Mahkota Band berkumandang lagi menandakan panggilan dari Amir. Tapi Nurin tutup panggilan tersebut. Amir tetap tidak putus asa dia menelefon lagi Nurin sehingga Nurin menjawab panggilannya itu.
“Nurin, please jangan tutup dulu, Amir belum habis cakap apa-apa lagi okey. Nurin dengar sini, Amir janji Amir takkan abaikan Nurin lagi okey, sayang. Humm, bagitahu Amir siapa nama kawan Nurin itu?” Amir cuba memujuk Nurin.
“Amir nak buat apa tahu pasal kawan Nurin tu?” Nurin mula rasa terpujuk dan cuba berlembut.
“Amir tak nak dia kacau kekasih Amir lagi okey sayang, cakap denga dia, kalau dia berani kacau kekasih Amir, tengoklah apa yang Amir nak buat nanti” Amir cuba mengugut.
“Apa yang Amir nak buat pada dia nanti?” Nurin mulai bimbang dengan ugutan Amir.
“Tengoklah nanti kaki Amir hinggap kat kepala dia!” Nurin gerun mendengarnya. Mentang-mentanglah Amir merupakan jurulatih silat di tempatnya, sewenang-wenang sahaja nak terajang anak orang. Nurin terkedu lalu Nurin mula menghantar mesej kepada Naqib tentang ugutan Amir tersebut.
‘Naqib, tadi Amir nak ugut awak’ Nurin mula risau dan bimbang hal itu.
‘Hummm, beranilah jom lah berdepan dengan aku! Nurin, cakap dengan Amir aku berani nak berdepanlah dengan dia, alah setakat jurulatih saja! Suka-suka nak nak letak kaki kat keala aku! Mej sini aku terajang dia!’ Nurin membaca terkedu pula dengan mesej yang dihantar Naqib.
‘Dahlah Naqib, aku tak nak kau gaduh dengan dia, dah okey….aku pun okey saja ni.’ Nurin menenangkan Naqib.
‘Humm, Nurin kau jangan bersedih okey, aku ada untuk kau. Jangan menangis lagi okey. Senyumlah untuk aku..hehehe’ Naqib cuba menceriakan hati Nurin yang penuh dengan rasa kegeraman dan terkilannya terhadap Amir Akif.
                              
 ******************************************

           Tibanya bulan Ramadhan, Nurin masih lagi mampu bersabar walaupun hatinya sering disakiti dan terluka. Tapi Nurin masih membawa dirinya ke alam maya dengan meng’update’ blog dan mencari rakan-rakan baru. Itulah hobi Nurin dikala lapangnya waktu diisi penuh keseronokan mencari persahabatan. Pelbagai ragam dan watak dapat dilihat dengan jelas. Dengan keseronokan itu juga Nurin membuka lagi cawangan akaun laman sensawangnya iaitu Facebook. Pada mulanya memang agak membosankan bila tiada kawan-kawan yang dikenalinya. Tapi Nurin tetap membuka akaun tersebut untuk menambah lagi kenalan-kenalan yang baru bagi menutup rasa ait di hati itu.

         Setelah usai sebulan berpuasa tibalah hari yang ingin diraikan oleh semua umat Islam dalam merayakan kemenangan sebulan berpuasa. Seperti biasa hari pertama Nurin dan keluarga akan pergi menziarahi sanak- saudaranya di Johor Bahru dan Segamat. Hari raya pertama dan kedua itulah rutin setiap tahun Nurin dan keluarga akan menghabiskan hari mereka dengan menjelajah satu Johor melawat saudara-mara. Apabila raya ketiga Nurin dan keluarga akan beristirahat di rumah sahaja kerana kepenatan seharian berjalan.
           Pada hari raya ketiga itulah menjadi satu memori indah bagi Nurin, kerana pada hari itu Amir Akif akan dating beraya ke rumah Nurin buat pertama kalinya. Pertama kali jugalah mereka akan bertemu dan Amir Akif berkenalan dengan ibu dan ayah Nurin. Pada mulanya, Nurin berasa sangat gembira kerana Amir Akif berani untuk berjumpa ayah dan ibunya. Itulah seorang gadis yang baru mengenal erti cinta, yang sanggup menganggakan Amir Akif itulah bakal suaminya satu hari nanti.

            Pada pertemun pertama kalinya itu, Nurin merasakan jiwanya begitu sesak, berdebar-debar bagai lamaran datang bertandang pada hari itu. Amir Akif memberitahu dia akan datang bersama kawan-kawannya. Seorang lelaki dan seorang lagi perempuan. Nurin tak kisah pun Amir ingin datang ke rumahnya bersama kawan-kawan kerana hari yang dia datang itu pun memang hari menziarahi rakan taulan sedunia. Masa yang dinanti tiba untuk Amir Akif sampai di rumah, Nurin telah diberitahu awal-awal kawan perempuan yang dia bawa itu tidak bertudung. Nurin maklum hal itu tidaklah begitu terkejut bila melihatkan kawan-kawannya itu agak begitu social seperti buat-buat tak tahu batas pergaulan antara lelaki dan perempuan. Tapi Nurin buat tidk kisah melihat adegan di depan matanya. Rasa di hati memang malu sangat tapi Nurin hanya mampu menegur dengan hatinya sahaja, kerana Nurin sedar dia juga tidak layak untuk menegur mereka. Itulah yang dihadapi Nurin bila hati sudah terpaut dengan cinta palsu manusia. Semua yang berlaku seperti ambil mudah sahaja.

          Apa yang terjadi pada hari itu rasanya sungguh menebal muka Nurin ingin memandang wajah ayah. Sebab selepas mereka pulang, ayah seraya bertanya: “ Kawan-kawan Amir itu adik-beradikkah? Kalau bukan kenapa bertepuk tampar?”. Rasa malu dan tertampar pipi saat soalan itu yang ditanya oleh ayah. Nurin hanya berdiam diri sahaja tanpa menjawab soalan dari ayah.

          Pada keesokan harinya, hari raya keempat Nurin ada pertemuan bersama kawan-kawan lamanya untuk konvoi beraya bersama. Dala pada masa itu, Amir memujuk supaya datang  beraya ke rumahnya. Nurin berbelah bagi antara ingin meminta izin dari ibu dan ayah atau pergi sahaja ke rumahnya. Akhirnya, Nurin membuat keputusan untuk ke rumah Amir Akif kerana dalam fikiran Nurin: “Alang-alang beraya sampai ke barat, baik aku ke selatan terus.” Itulah yang ada di benak fikiran Nurin. Tanpa diketahui perancangan Nurin, abangnya Ikmal Hafiz mengikut sahaja ke mana yang Nurin ingin beraya bersama kawan-kawannya tanpa rasa curiga yang Nurin merangkap dirinya untuk ke rumah Amir Akif.


******************************************

      Seusai seharian berjalan, Nurin dan abangnya Ikmal Hafiz pulang ke rumah. Dalam hati Nurin rasa begitu serba salah menipu ayah dan ibunya. Lalu, Nurin nekad untuk berterus-terang. Sampai sahaja di rumah, Nurin membuka ceritanya.
“Ibu, tadi Nurin pergi ke rumah Amir” Nurin menutuskan bicara sambil menunduk muka takut dimarahi.
“Apa? Abang kau bawa Nurin pergi rumah Amir?” Ibu mula berasa ingin memarahi.
“Haah ibu, abang ingat Nurin dah bagi tahu ibu tadi. Manalah abang tahu.” Abang memandang Nurin tanda tidak puas hati kerana dia terkena dengan perangkap adiknya sendiri.
“Ala, tadi alang-alang jalan ke rumah budk-budak ni, lagipun bukan Nurin dengan abang aje yang dating ke rumah Amir, tadi ada Fatin, Ieqa, Syikin dan  Siti Qaisara” Nurin cuba memancing ibunya untuk meredupkan api marah itu.
“Bukanlah apa, ibu tak marah tapi nanti ada sesiapa nampak bukankah tak manis, emm lain kali jangan buat lagi ok?” ibu tersenyum.
“Baiklah ibu, Nurin janji Takkan buat lagi, nurin minta maaf ya ibu.” Nurin berasa lega bila perkara itu sudah dibincangkan sebaiknya.
Itulah hikmah dalam hidup, apa-apa jua perkara yang disorokkan oleh Nurin pasti membuatnya duduka tak senang. Nurin begitu sukar untuk menyembunyikan segala rahsianya dengan ibu, lagi-lagi perkara yang melibatkan lelaki dalam hidup anak gadis seperti Nurin. Nurin adalah seorang gadis yang lebih suka berterus terang berbanding menjadi seorang pendiam. Itu Nurin dahulu, Nurin yang kini bukalah seorang pendiam dan perahsia.



*bersambung*

0 Comments:

 

Copyright by © 2013 Studio Puteri Nabilah