HIDUP INI TERLALU BANYAK DUGAANNYA

Assalammualaikum..


“Sungguh benar bahwa kita tidak tahu apa yang kita miliki sampai kita kehilangannya, tetapi sungguh benar pula bahawa kita tidak tahu apa yang belum pernah kita miliki sampai kita mendapatkannya.”

Hari ini baru saja lepas berjalan-jalan bersama kengkawan form6 di sekolah. Al maklum masing-masing tengah busy nak prepair macam-macam sebelum masuk ke universiti. Actually, Princess just menumpang je kegembiraan mereka semua. Syukur, mereka berpeluang mencipta bahagia yang telah lama diimpikan iaitu bahagia menempuhi medan ilmu di menara gading. Cuma Princess sahaja belum lagi berpeluang nak ke sana bersama mereka semua. Hati jangan tipulah kalau cakap tak sedih. Sangat bengang, segan dan hiba juga bila dapat tahu tak dapat tawaran mana-mana. Ikutkan dari hari keputusan tawaran keluar hati ini sangat-sangat putus asa. Ya Allah, sepanjang 20 tahun inilah yang ku tunggu-tunggu nak ke menara gading. Tapi, rezeki itu belum tiba lagi. Princess redha. Mungkin ada hikmah yang lain, Allah ingin menguji kesabaran umatnya seperti Princess. Ikutkan sudah lama bersabar. Dua kali kecewa membuatkan diri ini terasa begitu terlalu kerdil sekali. Hanya mampu tersenyum dan bergembira untuk orang lain, tapi terlalu juga kerap bersedih dan berduka kerana diri sendiri.

“Janganlah berputus asa. Tetapi kalau anda sampai berada dalam keadaan putus asa, berjuanglah terus meskipun dalam keadaan putus asa.”


Itu baru dugaan dari segi kejayaan yang menempah kegagalan. Bukan itu sahaja yang melanda dalam hidup Princess. Dugaan datang dalam pelbagai rupa dan bentuk.Sukar nak dijangka bila masanya yang perlu untuk kita hadapi. Sudah hampir 2 bulan Princess memegang title 'single', ya baru sahaja bercinta bukan lagi bertunang atau berkahwin. Kadang-kadang, Princess terfikir, apakah lagi yang mahu diuji dalam hidup ini. Tidak cukupkah Kau menarik tuntutan untuk aku bahagia dengan kejayaan akademik ku? Apa lagi yang Kau ambil pula rasa hati ini? Pada mulanya, sukar nak diterima, tapi saat hadirnya seseorang dalam hidup memberi kata-kata yang sukar nak dapat dari kawan sebaya sendiri pun. Selalulah juga kena tazkirah dan ceramah seseorang itu, telinga ini makin jemu dan lali juga kalau dah kena bebel panjang-panjang. Tapi, kata-kata itu bukan Princess masuk telinga kiri keluar telinga kanan, Princess ambil sebagai pendorong untuk menjadi lebih tabah dan kuat menempuhi segalanya. Alhamdulillah, hati ini semakin pulih dari kesedihan dan berduka. Dan kali ini Princess lebih banyak mendiamkan diri dan bercinta dengan Ilahi. Semoga ianya sentiasa berkekalan. Serius hati ini bagai sudah tertutup rasanya nak jatuh cinta lagi, Dua kali kekecewaan memberi impak paling besar dalam hidup ini. Terasa begitu serik walau hakikat sebenar Princess hanyalah seorang wanita yang biasa-biasa terlalu mudahnya nak jatuh cinta, tapi Princess cuba kuatkan hati ini supaya bersabar sehingga tibalah masa itu nanti. 

“Anda tidak boleh mencipta pengalaman. Anda mesti menghadapinya.” ~ Albert Camus

Hidup ini sukar diramal sama ada bila masa kita akan kecapi bahagia itu, dan bila masa pula kedukaan itu akan datang untuk kita bersedia.Rasa malu dan segan menebal bila tadi pergi sekolah. Ikutkan nak ambil sijil STPM tu tahun depan ke apa ke kan, tapi bila fikir-fikir kalau pergi berseorangan lagi segan so, Princess ambil keputusan ikutkan mereka semua pergi sekali, alang-alang ada juga tukang cover kan, setiap kali kalau berjumpa guru-guru bukan form6 memang nak tegur rasa segan of course soalan pertama yang akan terjah:

"Dapat mana? Kos apa?"....

Haish serius soalan ini sangat-sangat membuatkan nak nangis pun ada. Lagi-lagi kalau balik beraya tahun ini lagilah. Ya Allah, memang Princess tak tahu nak sorok muka ini kat mana. Bila teringat benda ini je pasti akan buka lagu menyedihkan dan berfikir......."Bilalah masa aku nanti?"

“Hidup memerlukan pengorbanan. pengorbanan memerlukan perjuangan. perjuangan memerlukan ketabahan. ketabahan memerlukan keyakinan. keyakinan pula menentukan kejayaan. kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan.”

Kadang-kadang nak buat orang fahan situasi kita ni sangat sukar, lagi-lagi orang yang memang rezeki sentiasa melimpah-limpah.Sampai ada yang lupa diri, rezeki itu siapa bagi. Sampai sanggup ada memperkecilkan rezeki orang lain tidak semegah dia. Hati jangan cakaplah, tipulah kalau orang cakap tak sedih. Memang sedih, tapi hanya mampu tersenyum semoga dia sedar apa yang diperkatakan itu. Ya, orang pasti akan cakap: "Tu la dulu tak nak belajar betul-betul, duk main-main." Ya, dulu Princess agak main-main juga time exam tu, tapi kira ambil serius. Cubalah bayangkan alangkah belajar bagai nak rak sekalipun markah tetap sama kalau belajar main-main. Pernah beberapa kali membuat percubaan, sentiasa juga berusaha, hari-hari bangun malam semata-mata nak study, nak solat malam, dan macam-macam lagi, tapi bila dah exam benda yang sama juga dapat. Tak tahulah rezeki masing-masing. Bukan nak cakap Allah itu tidak adil, dia terlalu adil. Dalam family pun Princess yang terlalu nampak kurang dari mana-mana segi pun. Serius lain dari yang lain walaupun dalam acuan yang sama sekalipun. Kalau diceritakan balik terlalu panjang dan terlalu perit nak diingatkan. Princess tak nak semua itu dijadikan alasan semata-mata. Semampu mana pun Princess akan mencuba.

“Rezeki.. ada di mana2, datang tanpa diduga, tepat pada masa, yg penting, usaha & tawakkal.”

Kali ini post entry tentang personal. Selalu bagi input tentang agama kan so, kekadang isi hati perlu jiga diluahkan supaya tidal terlalu terpendam. Ya, hati ini sudah terlalu banyak memendam rasa. Tapi, Alhamdulillah tidaklah sampai nak berdendam dengan sesiapa pun. Dulu, sebelum mengaktifkan blog ini, tempat yang selalu Princess luahkan adalah di belakang asrama. Kalau ikutkan kalau budak permpuan duk sensorang dah lama kowt histeria. Serius masa itu budak-budak lagi, so langsung tak terfikir soal takut sesiapa pun. Tak kiralah nampak hantu jembalang mana ke, toyol mana ke, pocong mana ke, yang penting isi hati ini mesti diluahkan dengan menangis dan bercakap sensorang. Kadang-kadang kalau budak putera lalu dari main badminton, gerenti terkejut...hahaha..sebab ye la dah la nampak perempuan sensorang lak tu dalam gelap, siapa tak terkejut. Tapi, kalau Princess nampak mereka semua perasan, apa lagi cabut laa naik dorm kah3x...Seboleh-bolehnya tak nak sesiapa pun tahu Princess sedang menangis.Kalau boleh masa itu memang tak nak langsung bercerita. Tu zaman budak-budak time form1 until form3. 

“Jika kejahatan di balas kejahatan, maka itu adalah dendam. Jika kebaikan dibalas kebaikan itu adalah perkara biasa. Jika kebaikan dibalas kejahatan, itu adalah zalim. Tapi jika kejahatan dibalas kebaikan, itu adalah mulia dan terpuji.” ~ La Roche
Bila dah naik form 4 dan form5 berpindah pula kat sekolah lain, Alhamdulillah tak jadilah macam itu sekali. Kalau nak melayangkan hati bersedih ini selalunya bila balik rumah je laa..Kalau kat sekolah SMKAS ini tak tempat yang boleh nak feeling2 nangis ni, nak tahu sebab apa? Sebab ke mana je pergi gerenti ada je orang dok dating adoiyai..hahaha.....fed up betul time tu, tak ada can betullah.Apatah lagi nak menceritakan kat kawan-kawan, masa tu di title kan "budak baru" takkan tetibe je nak bercerita kat orang lain ye dak, wat malu jerk kene cop cengeng bhahaha....okey stop time tuh.

Time form 6, usia dah ke era kematangan, so fikiran kenalah matang jugakan. So, time inilah kalau ada benda tak puas hati ke sakit hati ke lebur terus hahaha...boleh tahan lah ke laseran mulut ni, sekali lebur hasihh dapatlah penangan jelingan tajam dan kata-kata perli balik, last2 Princess jugaklah mengalah menangis kat bilik form 6 tu kalau tak ada sesiapa pun kat situ, kalau ada ambillah buku tutup muka nangis je laa hahaha....Tapi sejak hati ini terpaut dengan cinta palsu manusia, yang jadi tempat luahan hati adalah mereka2lah yang pernah hadir dalam hidup Princess. Kesian jadi mangsa pula, tak pasal2 kena jadi kauselor tak bertauliah. kih3x...

Now, dah ada blog ini, makanya secara rasmi sebagai diary Princess seterusnya. Dulu2 kalau tak ada tempat mengadu diary bertulis menjadi teman setia. Tapi sekarang dunia dah maju, apalagi blogging je laa...selain dapat saling menyampaikan, sekurang-kurang apa yang terjadi dalam hidup ini dapat dikongsi bersama, lain orang lain pendapat betul tak? Apa salahnya ambil pendapat orang lain sebagai sumber positif, itupun kalau ada datang menyinggah, membaca dan mengkomen hehehe..tahulah apa pendapat positif mereka semua. 

“Masa depan yang cerah berdasarkan pada masa lalu yang telah dilupakan. Kamu tidak dapat melangkah dengan baik dalam kehidupan kamu sampai kamu melupakan kegagalan kamu dan rasa sakit hati.”


Semoga apa yang diipikan ini menjadi satu tunggak untuk Princess menjadi wanita yang betul-betul menegakkan kesabaran dan ketabahan dalam diri. Berfikir positif, bukan aku yang susah kerana ada yang lagi susah dari aku. Ya putus asa itulah tunggak kepada kegagalan masa akan datang. Dunia ini mudah, kalau kita bijak mengendalikan hati, maka bijaklah kita menguasai dunia dengan adanya tahap pemikirang yang rasional dan positif.

“Harta yang paling menguntungkan ialah SABAR. 
Teman yang paling akrab adalah AMAL. 
Pengawal peribadi yang paling waspada DIAM. 
Bahasa yang paling manis SENYUM. 
Dan ibadah yang paling indah tentunya KHUSYUK.”

Perjalanan hidup ini masih begitu jauh lagi, terlalu banyak perlu diperbaiki untuk menjadi lebih baik. semoga kesabaran itu berbaloi dengan kejayaan yang bakal Princess kecapi Insyaallah biarlah aku merangkak walaupun semua orang sudah berlari jauh meninggalkan aku, aku tetap bersabar, kerana aku tahu Allah tidak akan sesekali menganiaya hambanya, kerana setiap apa yang ditentukan itu ada hikmah tersendiri, kenapa sekarang aku belum lagi menerima apa-apa lagi kejayaan yang mampu membuatkan keluargaku bangga denganku. Semoga lepas ini adalah yang terbaik buatku. Insyaallah. “Biarpun jalan itu panjang, kita akan merintisnya perlahan-lahan.”

“Kegagalan dalam kemuliaan lebih baik daripada kejayaan dalam kehinaan.Memberi sedikit dengan ikhlas pula lebih mulia dari memberi dengan banyak tapi diiringi dengan riak.”

Dalam hidup tak selalu kita boleh bahagia, adakalanya kita akan ke bawah untuk diuji tahap kesabaran dan ketaqwaan. Ku akui banyak perkara yang membuatkan aku terleka sebentar arah tuju hidupku yang diimpikan dari dulu. Manusia tidak akan dapat lari dari kelalaian dunia yang semakin dimamah usia era kemodenan. Maka. “Berfikir sejenak, merenung masa lalu adalah permulaan yang baik untuk bertindak.” 

“Ambillah waktu untuk berfikir, itu adalah sumber kekuatan. Ambillah waktu untuk bermain, itu adalah rahsia dari masa muda yang abadi. Ambillah waktu untuk berdoa, itu adalah sumber ketenangan. Ambillah waktu untuk belajar, itu adalah sumber kebijaksanaan. Ambillah waktu untuk mencintai dan dicintai, itu adalah hak istimewa yang diberikan Tuhan. Ambillah waktu untuk bersahabat, itu adalah jalan menuju kebahagiaan. Ambillah waktu untuk tertawa, itu adalah musik yang menggetarkan hati. Ambillah waktu untuk memberi, itu adalah membuat hidup terasa bererti. Ambillah waktu untuk bekerja, itu adalah nilai keberhasilan. Ambillah waktu untuk beramal, itu adalah kunci menuju syurga.”

 Princess sudahi coretan hati ini, dengan senyuman. Sekian wassalam.

0 Comments:

 

Copyright by © 2013 Studio Puteri Nabilah