CERPEN CINTA: ANUGERAH CINTA ILAHI

Assalammualaikum
Kali ini Princess ada satu cerpen best nak kongsi bersama korang semua. Jom kita baca dan selami setiap adegan dalam cerita dengan perasaan.

ANUGERAH CINTA ILAHI

Naim pelajar tingkatan 5 di sebuah Sekolah Agama Persekutuan.Dia seorang yang tinggi ilmu agama dan mempunyai politik yang agak stabil di sekolah dan Siqahnya(Kepercayaan orang terhadapnya) tinggi.Apabila Ustaz tiada di antara Magrib dan Isyak,dia akan ke hadapan.Sama ada memberi tazkirah atau mengepalai bacaan Mathurat.Pergaulan dengan perempuan dijaga dengan begitu sempurna,jika mesyuarat terpaksa bercampur lelaki dan perempuan,sama sekali dia tidak akan mengangkat pandangannya.Semua orang menghormatinya,baik yang junior mahupun senior,baik yang laki-laki mahupun perempuan.Jika ada senior yang tengah membuli junior,jika Naim ada di tempat kejadian,proses buli itu akan bertukar menjadi majlis maaf-bermaafan.Inilah ‘kuasa’ Naim di sekolahnya.

Dia menjadi contoh teladan bagi setiap pelajar sekolahnya. Setiap mata-mata yang wujud di sekolah itu selalu memerhatikan pergerakannya dan mengambilnya sebagai contoh kehidupan yang paling sempurna.Dek kerana mengetahui banyak mata memerhatikannya,dia betul-betul menjaga akhlaknya.Bukan kerana manusia tetapi kerana Allah.Niatnya hanya satu,supaya Islam itu terpancar dari dirinya.Hebatnya dia dalam menjaga akhlaknya, tidak ada seorang pun di dalam sekolahnya melainkan teman sebiliknyanya yang pernah melihat kulit badannya walaupun dia seringkali bermandi-manda di kolah berhampiran dengan surau. Sudah pasti,ramai perempuan yang menggilainya walaupun dia tidak mengetahui hal itu. Di hadapannya semua baik,tunduk dengan penuh tawadukknya tapi berlalunya Naim dari tempat itu,mula lah mulut mereka bergerak memuji dan mengumpat tentang Naim.

Bukan sahaja pelajar biasa yang meminati Naim tapi ada juga pelajar-pelajar perempuan yang memegang tampuk kepimpinan sekolah yang meminatinya cuma tidak disuarakan, bimbang ditegur dan yang paling mereka takuti,takut cinta mereka ditolak. Tambahan pula Naim banyak kali mengingatkan pelajar-pelajar supaya menjauhi zina hati,zina yang tidak dapat dilihat dan tidak dapat dirasa tatkala dia memberi tazkirah.

Namun,hatta nabi Sulaiman yang menjadi raja dunia itupun diuji Allah,inikan pula seorang pelajar sekolah agama yang ilmu agamanya masih bertatih, bahasa arabnya masih merangkak-rangkak.Dia diuji dengan kehadiran seorang pelajar perempuan yang baru pindah ke sekolahnya.Namanya Nisa, Khairun Nisa.Orangnya putih,bertahi lalat di pipi sebelah kanan sedangkan Naim di sebelah kiri.

“Ana Khairun Nisa,sila beri tunjuk ajar.”Nisa memperkenalkan dirinya.

Dalam mahu yang bercampur dengan iman di dalam hatinya,Naim melihat Nisa dengan sipi-sipi matanya sahaja. Ingin dia merenung Nisa dengan lebih tajam tapi iman di dadanya masih kukuh bak tembok besar cina.

“Cantiknya,”hati Naim bermonolog.

Tidak sampai sekelip matapun,imannya menampar hatinya.Dia terus sedar dari diulik oleh syaitan dan lantas dia beristighfar,memohon ampun daripada Tuhan dek kerana melakukan zina,zina hati.Ingin sahaja matanya mengeluarkan bintik-bintik mutiara tanda sesalnya dia akan dosanya namun selaput kaca di matanya masih tebal.Mungkin penyesalannya masih belum kuat untuk memecahkan selaput kaca itu. Saat berganti saat,hari berganti hari,Nisa pun terpilih untuk menjadi salah seorang AJK surau sekolah dek kerana dia asyik ke surau berbanding dengan pelajar-pelajar yang lain.Subuhnya di surau,Dhuhanya di surau,Zohornya di surau,Asar,Magrib dan Isyaknya di surau. Seringkali Naim terdengar suara wanita sedang membaca Al-Quran di balik tabir biru yang memisahkan lelaki dan perempuan,ingin dia mengintai siapakah gerangan hamba Allah itu tapi iman masih tebal menyelaput hati nafsunya.

Ditakdirkan Allah,suatu hari dia ternampak Nisa masuk ke surau perempuan,maka tahulah dia bahawa suara perempuan yang didengar selama ini ialah suara Nisa. Sedang dia sedang bersendirian berdoa selepas solat sunat Dhuha,dia terdengar satu suara perempuan meminta tolong dari balik tabir.Suara perempuan itu sayup-sayup.

“Ish..Nak tolong ke tak..Kalo aku masok belah pompuan,bukanke khalwat..ye la,mane ade orang…aku dan die je..takley,aku mesti bagitau ustaz hal ni,biar ustaz tolong..”Imannya bersuara. Tapi 1 tetap kalah kepada 2.Imannya kalah dengan nafsu dan syaitan yang menggodanya.

“Kalo aku tak tolong,maybe…em…aku intai dulu la,kalo serius aku tolong segera kalo tak,aku lapor kat ustaz,”akal mula campur tangan.

Tabir biru itupun diselaknya dan dia mendapati jari Nisa terkepit di almari Quran.Walaupun sakit Nisa tetap menahannya,bimbang maruahnya jatuh di hadapan seorang ketua badan Agama sekolahnya.Dan ketika itulah makhluk durjana yang bernama syaitan mula mengambil peranan.Disuntiknya bius-bius dosa ke dalam hati Naim supaya Naim tidak terasa melakukan dosa.

“Em..Aku kene lapor kat ustat ke?Patot ke aku tolong?Bley ke aku pegang tangan die?Dose..”Imannya bersuara.

“Ah,darurat,darurat.Even babi pun boleh makan kalo darurat.”Akal yang dibalut dengan nafsunya membuat pertimbangan.

“Betul juga,ok,aku tolong.”Hatinya membuat keputusan sambil disahkan oleh Syaitan.

“Er,Nisa tahan ek,kejap saya tarik pintu almari ni.”Dia memberi arahan kepada Nisa.

“…ok…”Suara Nisa bagaikan bunyi ikan bersuara,entah dengar,entah tidak.

Pintu almari berjaya dibuka,jari Nisa terlepas dari kepitan almari.Merah bak biji saga jarinya,hampir-hampir saja berdarah tapi kulitnya masih kuat menahan segala isi cecair daripada keluar. Tiba-tiba,Naim tanpa berfikir panjang memegang jari Nisa.Niatnya hanya satu,ingin melihat keadaan jari Nisa.Tapi dengan pantas Nisa menariknya dan berlari turun daripada surau dan menuju ke kelas.

“Ya Allah,apa aku telah buat ni…Aku bukan sengaja melakukannya Ya Allah..Ampunilah aku..”Dia berdoa,menangis menyesal dosa yang baru sahaja dibuatnya sebentar tadi.

Habis sahaja air matanya kering,hatinya diketuk dengan pelbagai soalan.Bukan soalan agama tetapi soal maruah dan Siqahnya.Bagaimana jika Nisa menceritakan hal tadi kepada kawan-kawannya?Bagaimana kalau cerita itu bocor kepada junior-juniornya? Kalau ustaz dapat tahu,pasti dia akan dilucutkan dari segala jawatan yang disandangnya sekarang.Dia akan dicemuh dan dihina.Dia tidak akan dapat peluang ke depan lagi sewaktu ketiadaan ustaz.Dia bimbang bercampur keliru. Lamunannya tersentak apabila satu suara memberi salam untuk masuk ke surau.Peluh-peluh resah dan gelisah mengalir di pipi kanannya,dia masih di dalam bahagian surau wanita.Apa yang harus dijawab jika ditanya. Ya,menipu.Menipu adalah jalan penyelesaian yang terbaik buatnya sekarang.Lagipun dia cam suara itu,itu suara Khairul,teman sebiliknya.Baginya tidaklah berdosa menipu teman sebilik yang akrab dengannya.

“Eh,Im.Ape ko wat lam surau perempuan tu?”Soal Khairul,kelihatan di mukanya perasaan ingin tahu.

“Eh,takde ape-ape la.Aku just check samada quran cukup tak belah pompuan.”Jawab Naim.

“Owh,baguslah wat kerja baik atas rumah Allah ni.Insya Allah ko dapat pahala,taknak share ngan aku?”gurau Khairul.

Gurauan yang pada dasarnya kelihatan seperti satu lawak bodoh tetapi ada perkataan-perkataan yang menghantui fikiran Naim iaitu ‘RUMAH ALLAH’. Ya,di atas rumah Allah inilah Naim melakukan maksiat. Di atas rumah Allah inilah Naim menipu. Semuanya di atas rumah ini,rumah kepunyaan Tuan segala tuan. Tiba-tiba dia menangis tetapi bukanlah menangis seperti anak kecil menangis.Hanya air mata sahaja mengalir di atas pipinya yang sedikit cengkung.Khairul terkejut melihat Naim menangis dan bertanya sebab Naim menangis tetapi Naim hanya berdiam.Khairul membuat andaian sendiri,pada pendapatnya mungkin Naim menangis kerana bertaubat.Lantas perasaan cemburu mula menguasai dirinya.Inilah dia tanda orang beriman,pantang melihat orang lebih dekat dengan Kecintaan nya,pasti dia cemburu.

“Eh Im,kelas da nak start.Jom!”Ajak Khairul.

“Ok,”balas Naim.

Pelajarannya selepas waktu rehat tadi tiada makna. Sepatah kata yang keluar dari mulut cikgu-cikgunya tidak satupun diingati atau diberi perhatian.Matanya tajam memandang ke arah papan hijau di hadapan kelas tetapi fikiran jauh ke laut mencari ketenangan.Jasadnya wujud tapi ruh akalnya tiada.Bukan sibuk memikirkan penyelesaian tetapi sibuk mencari masalah-masalah yang akan timbul jika cerita tadi diketahui umum. Rupa-rupanya,bukan Naim sahaja yang berjasad tanpa akal,begitu juga dengan Nisa.Cuma ada kelainannya. Nisa sama sekali tidak bimbang tentang nasibnya jika cerita itu bocor atau ada mata yang terpandang peristiwa tadi tetapi kepalanya sibuk memikirkan tentang Naim.Kedudukannya di dalam kelas menyebabkan matanya tidak berkelip memandang Naim dari belakang. Baginya,alangkah bertuah sesiapa yang dapat menawan hati Naim. Kesopanan dan kebaikan yang ditunjukkan oleh Naim sebentar tadi,betul-betul memikat hati suci si gadis ini.Begitulah nasib si Abid tanpa Ilmu.Pantang ditiup angin,pasti dia rebah.

Tangan mula mengambil peranan,diambilnya pen merah jambu kesukaannya dan diambil sehelai kertas memo yang berada di dalam laci mejanya.Sepucuk surat ditulis sebagai tanda terima kasih buat si jejaka budiman. Surat sahaja tidak cukup,dibelinya sekotak air laici yang berharga 80sen dengan duit seringgit.Bakinya dibeli sebatang choki-choki,juga sebagai hadiah. Seperti kebiasaannya,Naim datang ke kelas seawal mungkin.Selesai sahaja solat Zohor berjemaah dan makan di dewan makan,tanpa menyalin pakaian,dia terus ke kelas.Baginya masa itu emas dan tidak boleh dibazirkan walaupun sesaat. Masih banyak pelajaran tingkatan 4 dan tingkatan 5 yang belum dikuasainya.Tabiatnya ini menjadi ikutan sesetangah pelajar yang lain.Pabila dia melangkah kaki ke dalam kelas,alangkah terkejutnya dia apabila dia melihat sepucuk kertas yang dilipat 2 dan ditindih dengan sekotak air laici dan sebatang choki-choki. Isi suratnya:

Salam.. Terima kasih kerana tolong ana.. Kalau anta takde tadi,tatau la macamana ana nak buat.. Jangan bimbang,ana tidak akan membocorkan hal tadi kepada orang lain.. Ukhwah Fillah, Nisa’ 

Sambil menghirup air laici dalam kotak itu,dia tersenyum.Dengan mengoyak plastik depan choki-choki,dia membetulkan kerusinya,mempersiapkan dirinya untuk menulis surat balas kepada Nisa.Sebaik sahaja pen nya ingin menyentuh dada kertas putih berbelang biru itu,dia terfikir alangkah bagusnya kalau dia mempunyai pen berwarna-warni supaya Nisa tidak jemu membacanya.Mata hitamnya terpandang bekas pensil kawan di hadapannya.Tidak pernah dia menyentuh barang orang lain tanpa izin tapi kali ini tidak lagi.Entah kawannya bagi atau tidak,dia terus menggunanya atas alasan yang sangat biasa, “standardla,kawan..” Maka bermulalah kisah cinta Naim,Si Budak Agama.Balas dia:

Salam, Terima kasih atas minuman dan makanan yang saudari bagi, Ana tidak buat apa-apa melainkan untuk menolong insan dalam kesusahan, Bukankah Islam menyuruh kita menolong orang dalam kesusahan? Moga Allah meredhaai kita, Dan,salam perkenalan. Ana Naim. 

Naim Diselitnya surat ini ke dalam buku latihan Nisa’ dengan harapan yang membulat.Maka,Naim dan Nisa mula berbalasan surat.Walaupun pada awalnya,kedua-dua merasa kekok dek kerana dua-dua mempunyai tapak agama yang boleh dikatakan kukuh. Ada juga Nisa bertanya di dalam suratnya, “Kita berbalas surat ni,tak salah ke di sisi Islam?”

Pening juga Naim dibuatnya namun disejukkan hatinya dan hati Nisa dengan jawapan, “Takpe,kita dating tak pernah.Bertentangan mata jarang sekali. Kita Ukhwah Fillah.Kita berhubungan inipun semata-mata kerana Allah.Kita niat untuk berkahwin,bukan untuk buat maksiat.”

Nisa membalas, “bagaimana pula dengan zina hati?”

Lalu Naim membalas, “mana ada zina hati.Zina hati tu ulamak yang buat dengan tujuan umat Islam tidak mendekati zina.Rasulullah tak kata pun.Lagipun cinta ini fitrah,masakan Allah zalim mengharamkan apa-apa fitrah manusia?” Hilang sudah prinsip yang dipegangnya selama ini. Walaupun Nisa tidak berpuas hati dengan jawapan Naim,namun dek kerana cintanya dia kepada Naim,di’iya’kan sahaja ‘fatwa’ kekasihnya itu. Naim dapat mengesan rasa sangsi kekasih hatinya melalui gaya bahasa dan cara penulisan yang agak sedikit berbeda,lalu dia membalas,

“Nisa’,bukankah Allah berfirman bahawa perempuan baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik?Ana yakin anti baik dan ana pun yakin yang anti rasa ana baik.Tidak sekali Allah kata isteri yang baik untuk suami yang baik tetapi Allah kata perempuan dan lelaki bermakna belum berkahwin pun takpa.Anti meragui Quran?” Terdiam Nisa’ membaca ‘fatwa’ baru buah hatinya itu.

Ingin dia membantah tetapi bimbang dianggap meragui Quran. Mindsetnya yang mengatakan buah hatinya mempunyai ilmu setinggi langit itu menyebabkan dia semakin yakin dengan ‘fatwa-fatwa’ itu. Siqah bukanlah kerja manusia.Pengaruh bukanlah kawalan manusia.Hati manusia tidak boleh dibeli dengan mata wang, kesetian tidak boleh diperdangkan dengan kemewahan.Semuanya hak mutlak Allah,Tuhan yang membolak balikkan hati manusia.Jika Dia menghendaki seseorang itu mulia,maka mulialah orang itu walaupun pada awalnya dia hanya seorang anak yatim piatu.Jika Dia menghendaki seseorang itu hina,maka hinalah orang itu di atas tahtanya sendiri.Semuanya bukan dengan tiba-tiba tetapi ada syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh Nya yang diberi nama Sunnatullah. Kepercayaan manusia terhadap seseorang itu akan datang bila dia mendekatkan diri dengan Tuhannya. Kesetiaan seseorang terhadapnya menjadi lebih solid pabila dia menyempurnakan apa yang dilafaznya.Inilah hukum yang ditetapkan Ilahi.

Makin hari,pengaruh Naim semakin jatuh.Kawan-kawan dan junior-juniornya semakin bosan dengannya.Sebab?Tiada. Jelas sekali soal hati,Dia yang punya.Hidup Naim juga menjadi tidak tentu hala.Dulu dia berbaju ketika mandi di kolah,kini tidak lagi.Pertimbangan akal menjadi semakin kurang,mungkin terlampau tebal kabus dosa yang menutupi hatinya.Siqahnya kian jatuh.Terkadang dia dimarahi oleh cikgu-cikgu kerana prestasinya yang kian merosot. Dia merasakan tekanan semakin bertambah.Tiada lagi sakinah yang dianugerahkan kepadanya dulu.Tiada lagi senyuman tatkala kesusahan.Tiada lagi nasihat-nasihat penenang yang mampu diberi pabila adik-adik datang meminta nasihat.

Jika dulu dia mampu mengambil tugasan luar walaupun ketika peperiksaan bulanan dijalankan,kini tidak lagi.Bukan peperiksaan pun dia tidak dapat mengatur masa dengan baik.24 jam baginya tidak cukup.Masa untuk dia belajar,masa untuk dia berpersatuan dan masa untuk Nisa.Pernah dia berdoa meminta diberi 1 jam lebih tapi dia tidak sedar bahawa jika dia diberi 100 jam lebih pun,pasti tidak mencukupi. Khairul merasa hairan dengan perubahan sikap kawan sebiliknya itu.Kadang-kadang tersenyum seorang diri,kadang-kadang masam dan kadang-kadang seperti bercakap seorang diri.Naim seakan-akan gila.Betul Naim gila,gila bayang.Panahan syaitan benar-benar telah menusuk ke dalam hatinya,membuat satu lohong iman di dalam hatinya.

Khairul cuba bertanya mengapa dia seakan-akan berubah tapi dimarahnya Khairul, “kubur lain-lain,syurga lain-lain,neraka pun lain-lain!”

“Betul,sebab lain-lain la aku nak tanya ko.Mane la taw ko ade masalah,bimbang takut di sana pun ko ade masalah. ”Ujar Khairul.

“Ko taw kan firman Allah, kuu anfusakum wa ahli kum naara?”Soal Naim.

“jagalah diri kamu dan ahli keluarga mu daripada api neraka..jadi?”Jawab Khairul.

“Jadi?!Aku ahli keluarga kau ke?!”Marah Naim lagi. Khairul terdiam sedar bahawa ilmunya tidaklah setanding dengan Naim.

Perasaan kesal timbul dalam hatinya atas tindakan sahabatnya sebentar tadi.Namun,atas dasar silatur rahmi kerana Allah,dia nekad untuk mengetahui punca Naim berubah. Baginya pokok tidak akan bergoyang jika beruk tiada di dalamnya.Walaubagaimanapun,Khairul tidaklah selicik Naim, dia buntu apabila memikirkan adakah tindakannya selari dengan Islam atau berserenjang dengan Islam.Lalu disampaikan isi hatinya kepada Ustaz Faidi, Mentornya.

“Er Ustaz,saya ada masalah nak bincang dengan ustaz.”Bagitahu Khairul.

“Ma?”Soal Ustaz balik.

“Ustaz,saya bimbang dengan Naim,teman sebilik saya.Perangainya seperti sudah berubah.Dia macam bukan dia..Er, tataw nak terang macamana..”Terang Khairul.

“Na’am,ana pun perasan perubahan pada Naim.Dia dah bukan macam dia yang dulu.Banyak perubahannya.”Tambah Ustaz.

“Saya rasa,ada yang disembunyikan olehnya Ustaz dan saya rasa,ada baiknya saya menyiasat..Bolehkah ustaz?”Soal Khairul.

“Dalam Islam,mengintai mencari kesalahan orang ini diistilahkan sebagai Al-Tajassus.Hukumnya asalnya haram tapi boleh berubah menjadi harus pabila diperlukan.Dan dalam keadaan ni,hukumnya harus.”Terang ustaz.

Penyiasatan bermula dan penyiasatan Khairul bertemu dengan jalan buntu.Tiada sebarang benda buruk yang dilakukan Naim.Namun,pabila Allah menghendaki yang gelap menjadi terang,dihilangkan bintang dan diganti dengan matahari. Sepandai-pandai tupai melompat,akhirnya jatuh juga ke tanah.Akhirnya surat yang disimpan selama ini dijumpai oleh Khairul ketika dia sedang membersihkan surau. Rupa-rupanya,surat-surat yang dihantar oleh Nisa’,selama ini disimpan di balik almari al-quran di hadapan tempat imam solat.Terkesima Khairul dibuatnya apatah lagi ketika membaca perkataan-perkataan yang telah berlaku evolusi,daripada ‘ana’, ‘anti’, kini ‘sayang’, ‘ayang’.Daripada ‘ukhwah Fillah’ kini ‘I luv U’. Khairul tidak salah lagi,surat itu kepunyaan Naim.Tertera nama Naim di atas belah kiri surat, ‘Buat Naim ku sayang’. Dalam tidak sedar,Khairul menangis.Dia betul-betul sedih membaca surat-surat itu,bukan kerana Nisa yang dalam pemerhatiannya juga dirampas orang tetapi sedih bagi pihak Naim.Terngia-ngia di telinganya bacaan ayat 2 dan 3 surah As-Saf yang selalu dibaca oleh Naim ketika menjadi Imam Magrib.
 Mengenangkan maksud ayat-ayat tersebut yang secara ringkasnya membari maksud melarang orang beriman daripada memberi nasihat tentang apa yang mereka perbuatkan, Khairul terus menangis. Dari luar surau,kelihatan Naim yang baru sahaja sampai di surau.

Tanpa berfikir tentang benda lain,Naim terus memandang ke arah tempat penyimpanan ‘harta karun’nya itu .Terperanjat dia apabila mendapati Khairul sedang memegang ‘harta-harta karung’nya itu dan tanpa berfikir panjang,dia berlari ke arah Khairul.Sekali lagi dia melanggar prinsip yang diajar kepada orang-orang lain supaya menghormati rumah Allah,jangan berlari-lari di atasnya.Dia lupa bahawa dia pernah melarang kawan-kawannya yang bergurau di dalam rumah Allah,katanya bahawa berlari di atas rumah Allah seperti berlari di atas perut ibu sendiri yang sedang sarat mengandung.Entah benar,entah tidak. Ditolaknya Khairul ketepi dan dirampasnya semua surat-surat yang dipegang oleh Khairul.

“Woi,ape ko buat ni?!!!”Marah Naim.

“Woi?Mana pergi bahasa mu wahai kawan?Mana pergi sopan santun mu wahai kawan?Mana pergi dirimu yang dulu wahai Naim?”Soal Khairul sambil mengesat air mata yang sedang mengalir.Naim terdiam.

“Rupanya,inilah masalah mu wahai kawan.Tiada ku sangka dirimu sedemikian,wahai kawan.Bagiku engkau lah model, engkaulah insan sempurna yang memancarkan sinar Islam ke sekolah ini.Kini kau sirna wahai kawan,kau mutiara yang kian sirna!”Marah Khairul.

“Ah,kau peduli ape!”Naim bersuara walaupun hatinya terkesan dengan kata-kata Khairul.

“Jujur aku tanya,kau couple Im?”Soal Khairul.

“Aku couple ke,aku tak couple ke,tu soal aku la.Dosa biar aku tanggung sendiri!Jangan risau la,aku takkan heret kau masuk neraka sama dengan aku!”Lantang sungguh Naim berbicara.

Dia lupa di atas lantai rumah siapakah yang dia pijak sekarang. Khairul berlalu dari tempat itu dengan penuh penyesalan.Ingin dia salahkan takdir kerana menemukan dia dengan seorang kawan yang hipokrit seperti Naim namun dia akur dengan qada’ dan qadar Ilahi. Semasa mereka bekelahi sebentar tadi,mereka bukan berdua. Di balik tabir biru itu ada 3 pasang telinga yang mendengarnya secara tidak sengaja.3 orang pelajar junior perempuan baru sahaja selesai mendirikan solat sunat Dhuha mendengar setiap butir perkataan yang keluar daripada mulut mereka berdua. Malang si Naim.3 orang pelajar itu bukanlah pelajar yang diam sifatnya.Dihebahkan berita Naim berpacaran ke setiap juzuk sekolah sehingga para cikgu pun tahu mengenainya.Ke mana sahaja Naim pergi,pasti ada mata-mata yang memandangnya dengan hujung-hujung mata dan sebaik sahaja Naim pergi,mulalah syaitan berpesta dengan dosa mengumpat.Bertambah malang bagi Naim,dia tidak tahu bahawa semua orang telah tahu dia berpacaran.Tazkirah yang seringkali ditunggu oleh semua pelajar kini dicemuh,dihina dan dikutuk oleh semua yang mendengarnya kecuali kekasih hatinya,Nisa. Khairul,si sahabat setia ini tidak senang mendengar orang mengumpat sahabat sejatinya. Akhirnya dia berkeputusan untuk menyampaikan sendiri kepada Naim bahawa semua orang sedang mencelanya.

“Im,sebenarnya..Semua orang da tahu ko couple..”Bicara Khairul secara perlahan.

“Hah?!”Terkejut Naim.Apa yang ditakutinya kini menjadi realiti.

“Ko bagitaw orang?!!!!”Soal Naim.

“Eh,tak..Aku pun tak taw macamana bley..”

“Ah!! Inilah kawan! Kawan makan kawan! Aku tau dari dulu lagi ko dengki ngan aku, ko dengki ngan jawatan aku dapat!Aku taw kau sengaja nak jatuhkan aku!”Naim memotong dengan lajunya,melebihi had laju yang sepatutnya.

“Demi Allah..” “Jangan main dengan sumpah!Berani sebut nama Allah dalam wat dosa,dasar…”Sekali lagi Naim memotong,laju benar susun katanya.
“Aku menyesal bagitahu kau,aku ingat kau la kawan aku yang sejati rupa-rupa..”

“Rupa-rupa apa?!Musuh?!”Naim marah lagi.

“Na’am!Musuh Allah,musuh agama Allah!Ko nasihat orang jangan bercouple,jangan zina hati, jangan itu,jangan ini tapi dalam masa sama kau buat!Ko lupa ayat-ayat surah As-Saf yang ko selalu baca tyme jadi Imam?Ko lupa?!Meh aku ingatkan ko! Wahai orang beriman jangan kau melarang apa yang engkau kerjakan,sungguh besar kemurkaan Allah pada engkau! Ya,pada engkau Naim!Allah memurkai mu dan layaknya aku membenci mu!” Balas Khairul dengan penuh perasaan kecewa.Lalu dia meninggalkan bilik dengan menarik tombol pintu dengan sekuat-kuatnya.

Keheningan dan kesunyian malam itu dipecahkan dengan dentuman pintu bilik khas,bilik Naim dan Khairul. Di sekolah itu mereka sahaja yang diberi keistimewaan untuk tinggal di bilik dan orang lain di dorm,memandangkan mereka ialah ketua dan penolong ketua pelajar di sekolah itu.Pelajar-pelajar senior yang mendengarnya keluar dengan berlari,hati mereka ingin benar mengetahui apa yang berlaku namun kelihatan hanya Khairul sedang berjalan menuju ke tandas.Berbeza pula dengan pelajar junior,mereka dengan lajunya menutup lampu dan berpura-pura tidur,bimbang nama mereka dipanggil untuk dijadikan ‘lauk’ para senior malam itu.

Kata-kata Khairul benar-benar menikam qalbu terus ke akal.Tersentak Naim buat seketika. Mimpi ngeri dalam hidupnya baru bermula.Tidak,dia baru sedar yang dia dalam mimpi ngeri. Tindakan segera wajib diambilnya jika tidak Siqahnya akan terus merudum jatuh menyembah bumi.Jika dia terus begini,tiada lagi ‘Abg Naim Si Budak Surau’ atau gelaran ‘Wali Naim’.Tiada lagi kesetiaan,tiada lagi kepatuhan dan tiada lagi insan yang akan menghormatinya menggunakan hati mereka.Apa yang ada hanya lakonan.Buah di luar, duri di dalam. Dikuatkan hati,diringankan tangan untuk menulis surat terakhir buat kekasih hatinya. Tapi ternyata dia gagal.Semalaman dia tidak lena,pening memikirkan jalan penyelesaian yang pasti tiada jawapannya.Akibatnya,dia tertidur di dalam kelas.

“Naim,bangun!”Arah Cikgu Marlina,cikgu matematik tambahan yang terkenal dengan garang dan keceluparan mulutnya. Naim terjaga dari lenanya dan terus berdiri.

“Apa dah jadi dengan awak ni?Dalam kelas tidur,luar kelas bercinta!”Marah Cikgu Marlina.

Awan hitam kini melitupi Naim,dia merasa tersangat malu.Bukan arang yang diconteng ke mukanya sekarang tetapi najis,najis manusia,manusia yang bernama Naim,najisnya sendiri. Tiada kata dapat dibalas,dia hanya tunduk terdiam. Naim bijak dalam beragama tapi dia gagal dalam berpolitik.Dia tidak sedar akan tindakan untuk tunduk dan diam itu bukanlah satu tindakan yang betul dalam berpolitik.Tindakannya itu sepeti dia mengakui kesalahannya dan dalam erti kata lain,dia mengakui bahawa dia sedang bercinta. Marah Cikgu Marlina tadi bukan sahaja menampar Naim tapi terbias juga kepada pasangannya, Nisa.Nisa tunduk,akur dengan kesilapannya.

Kini,dia sedar bahawa dia telah menarik Naim ke lembah kebinasaan.Surat pertamanya,surat tanda terima kasih itu merupakan surat jemputan ke neraka.Dia sudah sedar segala-galanya.Surat,hadiah dan fatwa-fatwa Naim itu merupakan alatan-alatan yang dibuat oleh syaitan.Nampak seperti sesuai dengan syarak tapi penuh dengan unsur kemaksiatan,tidak dapat dilihat oleh mata kasar,hanya mata hati dapat mengesannya. Cara yang terbaik untuk Nisa sekarang,menulis surat terakhir,surat tanda perpisahan, surat yang akan meniupkan kembali segala kebaikan dan menutup segala keburukan.Dengan nekad yang kuat di dalam hati,keyakinan yang tinggi terhadap Islam,Nisa memegang pen merah jambu kesayangannya dan mula menulis.

Salam sayang, Sudah hampir 5 bulan kita bercouple, Ayang percaya yang sayang sudah tahu isi hati ayang, Ayang benar-benar menyintai sayang.. Sepenuh jiwa dan raga ayang.. Namun,ayang sedar satu benda,benda yang mungkin buat kita menangis, Dalam kita asyik mengejar cinta Ilahi bersama-sama,kita telah balutinya dengan cinta yang penuh dengan kepalsuan.Cinta manusia yang tidak mempunyai dasar yang kukuh.Kita selesakan diri kita dengan menyatakan cinta kita berdasarkan iman tapi dengan iman itu kita melakukan maksiat.Benar kita tidak pernah berjumpa,berdating seperti remaja lain tapi maksiat bukan itu sahaja. Ayang yakin dengan kata-kata sayang bahawa tiada hadis yang menyatakan zina hati tapi ayang baru perasan bahwa ayat la taqrabu zina itu menggunakan fail qaraba yakni perbuatan mendekatkan dengan hati.Maknanya,dengan hati pun tidak boleh dekati zina. Ayang bukanlah membuat fatwa atau apa-apa ajaran tetapi itulah yang ayang percaya.Tindakan kita ini tidak lain tidak bukan,membersihkan najis dengan air kencing sendiri.Najis tidak bersih tetapi bertambah kotor,mengalir dan terus mengalir mengotori semua tempat. Sayang..Ayang percaya pada jodoh.Jika kita dijodohkan bersama,Insya Allah,kita akan bersama.Tidak perlu bercouple atau berkenalan,jika Allah nak kita bersama,insya Allah kita bersama. Percayalah,itu hak Allah.Dia boleh buat apa yang dia suka.Dia yang menghidupkan Isa tanpa bapa,menyejukkan api yang membakar nabi Ibrahim,memutuskan air penghalang nabi Musa dan menghidupkan Sam bin Nuh buat nabi Isa.Jika semua perkara ganjil itu Allah yang buat,apatah lagi soal jodoh yang merupakan soal kebiasaan. Semoga apa yang kita bina selama ini diampuni Allah. Ukhwah Fillah. Nisa 

Tertitis setitik dua air matanya di atas surat itu tapi cepat-cepat dilapkan supaya tulisan tidak hilang.Sengaja dia tidak mengambil kertas baru dan menulisnya kembali supaya Naim faham isyarat yang cuba diberinya.Hati Nisa tidak mahu tapi disebabkan imannya, agama didahulukan.Kemahuan ditolak ketepi walaupun perit menolaknya. Surat keramat diletakkan di atas meja Naim,kali ini tiada lagi air laici dan tiada lagi choki-choki,surat semata-mata.Naim membacanya dan dia telah bersedia dengan keadaan ini.Tiada lagi air mata,tiada lagi tangisan tiada lagi kedukaan. Kisah cintanya jelas bukanlah cinta yang menghasilkan CINTA tapi cinta yang berpaksikan maksiat semata-mata. Tangannya pantas mencari kertas dan pen untuk membalas surat terakhir ini.Tengah dia berfikir ayat-ayat cinta terakhir,hidayah Tuhan sampai.Cahaya yang akan menghilangkan segala titik hitam yang bertapak di permukaan hatinya.Cahaya yang akan membaca cinta ini kepada CINTA.

Dengan penuh yakin,dia mengoyak kertas yang ditulisnya tadi. Dia yakin,jika dia menulis surat balas,syaitan akan mencelah dan mengambil peluang lagi ke atasnya. Biarlah surat ini bergantung sebegini supaya dapat disambung di akhirat nanti.

♫•*¨*•.¸¸ﷲ♥.♥ﷲ¸¸.•*¨*•♫♫•*¨*•.¸¸ﷲ♥.♥ﷲ¸¸.•*¨*•♫♫•*¨*•.¸¸♫
Catatan: Sumber I luv Islam
Semoga terhibur, sekian wassalam

MY NEW LAYOUT! TWO IN ONE DAY

Assalammualaikum
Hari ini Princess tak ada bendalah nak kongsi cerita dengan korang semua. Tapi, Princess semalam update blog lagi satu: Artwork Blog. Banyak freebies Princess letak kat sana. Kalau nak ambil ajelah. Free katakan haha...Okey hari ini, Princess nak show kat korang apa yang Princess buat semalaman depan laptop dari pagi sampai pagi.LOL.Hahaha. Let's check it out!!

Firstly, Princess siapkan design blog customer: Blog Princess Nur
Then update lah di blog baru Princess so, tak adalah berserabut kan tengok blog official Princess macam-macam ada hahaha. Sila terjah sini, kalau nak tengok blog customer Princess: Design 20.

Then Princess terasa jelous okey tengok blog customer sangat cantik! So, apalagi tangan ni dok gatal-gatal nak edit bagai blog sendiri rasa macam budak-budaklah pula kan, so, Princess nak kasi matured sikit hahaha so let's check it out!!

Official Blog!

Kali ini Princess nak terapkan unsur ala-ala vintage laa..tetap warna yang sama yer, sebab warna fevret Princess. Font Princess guna yang ala-ala note/stamp gitu nama font tu Singer Mears. Tema kali ini tak ada lagi Pooh [kartun fevret] sebab letak aje gambar tuh ada yang nak juga kan, so apalagi tukar identiti lagilah kan. Kartun muslimah comel tu Princess tak ingat catch up kat laman mana, tapi kalau tak salah devianart laa harap halalkan yer...hehehe....lepas tu Princess nak buat blog ini macam sebuah diary laa gitu sebab tu bahagian post macam kertas ada garis-garis tu hehehe. Princess suka bee yang comel tu. Walau hobinya suka menyengat tapi madunya sedap!! haha...Then suka letak burung tu yang comel colour biru pula tu lagi tambah serilah kan....okey itu sahaja idea Princess kali ini hehehe.

Artwork Blog!


Okey tema kali ini pun agak matured+anak-anak, colour merah tetap sama. Kalau sebelum ini korang ada pernah jenguk blog Princess yang 2nd ni, tema kemerdekaan, tapi dah delete pun sebabnya dah lah loading lembab, lepas tu nampak berserabut laa sikit. Jadi, penat dan jenuh gak nak tunggu information siapa pemenang kreatif blog sempena hari kemerdekaan hari tu, last-last Princess pun create template baru malas nak menunggu kuang3x...sebab ada yang lagi cantik dan kreatif so, macam tarik diri laa juga. It's okey, yang penting puas dapat create design baru warna merah. Ye la asyik-asyik lau dapat design nak colour Pink adess~ buhsan lorh...okeylah itu sahaja

Kalau cantik kedua-dua blog Princess meh ler FOLLOW! ramai-ramai klik lah LIKE sampai lebam! ahaks~

Sekian wassalam
pen~off

CERPEN CINTA: SAYA NAK JADI BIDADARI AWAK DI SYURGA

Assalammualaikum
Kali ini Princess nak berkongsi satu cerpen yang ditulis oleh saudari Ayyin Liyana. Cerpen saudari ini pun terjumpa di facebooknya. Maka, marilah sama-sama membaca artikel yang agak menyentuh hati bagi yang sedang bercouple terutamanya. Kepada yang single mahupun sudahpun berkahwin boleh juga isi masa membaca, kepada yang baru berpisah dalam perhubungan seperti Princess, jangan bersedih kerana Allah kurniakan yang terbaik untuk kita semua, mungkin Allah jauhkan diri kita dengannya supaya menyedarkan kita apa kesalahan dan khilaf kita secara menegur sebegitu, Insyaallah Allah mahu kita(wahai puteri-puteri ibu ayah sekalian)sebagai bidadari syurga FirdausiNya. Insyaallah Amiinn...Carilah cintaNya yang pasti tidak membebankan dan menyakitkan.

♫•*¨*•.¸¸ﷲ♥.♥ﷲ¸¸.•*¨*•♫♫•*¨*•.¸¸ﷲ♥.♥ﷲ¸¸.•*¨*•♫♫•*¨*•.¸¸♫


♫•*¨*•.¸¸ﷲ♥.♥ﷲ¸¸.•*¨*•♫♫•*¨*•.¸¸ﷲ♥.♥ﷲ¸¸.•*¨*•♫♫•*¨*•.¸¸♫

Saya sayang awak,tapi betul ke saya sayang awak?
Awak sayang saya ke? Kalau sayang, kenapa awak pegang tangan saya?
Kenapa awak nak tengok rambut saya,nak cium saya,nak saya pakai seksi-seksi?
Memanglah awak tak bagi lelaki lain tengok saya pakai seksi, tapikan awak masih tak halal lagi untuk saya bukan?
Saya sayang awak ke kalau saya bagi semua tu pada awak?

Saya sayang awak! Betul! Saya tak tipu, tapi sayang ke kalau bila dengan awak, saya lalai? Saya lupa pada Dia yang telah mencipta saya, yang memberi saya perasaan cinta pada awak, sehingga saya lupa solat, saya lupa dosa dan saya juga lupa Allah! Saya takutlah awak!

Betul awak, saya sayang awak, tapi saya takut. Saya takut sangat nak sayang awak! Awak baik, selalu solat awal, tapi kenapa bila dengan saya, awak lupa solat? Masa keluar, kita lalu je depan masjid, tapi tak pernah berhenti. Walhal bila tempat tak ada orang, kita berhenti. Sudah beratus duit awak habis untuk saya kan? Saya hargai sangat! Saya tahu awak sayang saya, tapi kenapa awak tak simpan duit tu dulu? Ye la mana tahu kita ada jodoh, boleh kita nikah. Awak,saya takut, takut sangat, takut bila teringat apa yang kita dah buat. Saya nak awak jadi halal untuk saya, tapi  bukanlah sekarang, sebabnya macam mana awak nak tanggung saya? Kita belajar lagi. Saya nak hidup dengan awak. Saya nak awak jadi imam saya, saya nak sangat berkongsi apa jua perkara dengan awak. Saya nak jadi kekasih halal awak, tapi betul ke cara kita awak? Saya rasa takutlah awak....

Awak,saya nak hidup dengan awak selamanya sehingga ke syurga, tapi layak ke kita ke syurga? Kalau kita macam ini? Macam mana kalau tiba-tiba Dia panggil kita pergi? Tak kisahlah saya pergi dulu atau awak pergi dulu atau dua-dua skali. Boleh ke kita ke syurga? Kalau Dia panggil kita sekarang? Kalaulah Dia tanya apa yang saya dah buat dengan awak, apa yang saya nak jawab nanti?

Awak, saya malulah dengan Dia!

Awak, sudah lama saya fikir. Saya fikir pasal kita.
Betul, saya sayang awak sangat-sangat, tapi, sampai bila kita nak macam ini?
Awak, saya dah  lama fikir. Lepas ini, kalau saya tak mesej awak, tak mahu jumpa awak, tak nak telefon awak, tak nak video call dengan awak, mms atau webcam dengan awak, awak janganlah salah faham tau. Saya buat macam itu sebab saya sayang awak sangat-sangat.
Awak, saya nak bersama dengan awak ke syurga nanti. Dulu, saya sedih sebab kita jauh, tapi sekarang, saya bersyukur sangat.
Allah masih sayangkan kita, kalau dekat, awak boleh agakkan, apa yang akan kita buat nanti?

Saya tak tahu macam mana saya nak bagitahu awak. Saya nak jaga hati awak, tapi, awak sedar tak, sebenarnya saya dah kotorkan hati awak?
Saya suka goda awak dengan manja saya, dengan body saya, saya suka buat awak cair dengan saya, Jahatnya saya! Awak, saya banyak dosa! Awak nak ke terima orang macam saya jadi bidadari awak nanti? Awak, saya nak bersihkan diri saya sebelum jadi yang halal buat awak. Saya nak jadi the best wife! Barulah awak tak pandang orang lain dah. Saya tak nak susahkan awak dengan saya yang macam ini. Awak, saya nak jadi bidadari awak! Bukan di dunia sahaja tapi di syurga pun saya tetap nak jadi bidadari awak! Saya nak jadi bidadari awak selamanya sampai syurga nanti.

Awak, saya tahu saya bukanlah seorang yang baik. Banyak sangat kekurangan, saya tahu saya tak layak nak menegur kesalahan awak.Tapi, saya sayang awak! Apa yang kita buat, bukan ada orang tahu pun, siapa lagi nak tegur awak kalau bukan saya? Saya pun nak awak jadi suami yang boleh memimpin saya ke syurga. awak tak nak ke? Takkanlah awak sayang saya untuk bergembira semata-mata sahaja di dunia ini? Awak tak nak ke pilih saya jadi bidadari awak di syurga nanti? Awak, tolonglah....saya tak nak dah jumpa awak. sebab mungkin saya akan lalai lagi nanti kerana syaitan ada di mana-mana sahaja. Syaitan selalu ada dengan saya. Mereka semua suka saja, kalau saya keluar berdua-duaan dengan awak dan menggoda awak. Awak, saya minta satu sahaja, tolonglah ingatkan saya juga bila saya terlupa. Saya lemah sangat-sangat. Saya nak jadi wanita yang kuat, kuat untuk awak dan hidup dengan awak suatu saat nanti.

Saya sayang awak! Macam mana kalau tiba-tiba Dia panggil kita sebelum kita sempat bertaubat? Takutnya saya! Awak tak takut ke? Macam mana kita nak ke syurga sama-sama? Macam mana saya nak jadi bidadari awak nanti? Saya nak sangat cinta ini kerana Dia. Tapi, dengan apa kita dah buat, layakkah kita letak nama Dia dalam cinta kita? Saya malu sangat pada Dia, awak. Saya nak berubah, untuk diri saya juga, untuk ibu bapa saya. Tapi, kalau saya berubah, awak masih mahu terima saya lagi ke? Saya berubah pun nak jadi terbaik buat awak, untuk bakal anak-anak kita nanti, saya nak jadi ibu yang terbaik! Tinggi betul cita-cita saya, tapi saya pun nak kita jadi pasangan yang 'educated'! Saya nak kita sama-sama berjaya dan cemerlang! Tapi, saya nak kita 'educated' dalam mengejar cintaNya dan taat kepadaNya. Mesti bahagia bukan? Kita ingat pada Dia, Dia juga ingat pada kita. Jadi bolehlah Dia menjaga kita nanti sampai ke syurga.
Awak, kalaulah saya pergi dulu, saya akan tunggu awak di syurga nanti. Awak doakanlah saya biar kita masuk syurga sama-sama. Saya nak jadi bidadari awak dan tunggu awak di syurga nanti. Tapi, kalau awak pergi dulu, saya sedih, tapi, saya pun akan doakan awak. Insyaallah. Nanti awak tunggulah saya di syurga ye? Mesti ada ramai bidadari akan tunggu awak di sana, tapi, simpankanlah tempat untuk saya satu ye? Saya juga ingin menjadi bidadari awak kelak.

Awak, maafkan saya kalau apa yang saya buat dan bagitahu ini akan mengguriskan hati awak. Saya buat macam ini sebab saya sayang awak sangat-sangat! Tapi saya tak tahu nak bagitahu pada awak macam mana. Sebab itu saya taip di sini. Maaf sebab saya 'post' di sini. Bukan nak buka aib sesiapa hatta aib sendiri. Tapi, sekurang-kurangnya sesiapa yang membaca cerita kisah antara kita bolah jadikan sebagai pengajaran dan panduan. Awak, ada ramai lagi kawan-kawan kita di luar sana ber'couple' dan melakukan perkara sama seperti kita atau lebih teruk lagi. Saya takut nak 'post' pada awak, tapi saya harap awak akan tergerak hati nak baca cerita kita ini. Awak, dah nak Subuhlah. Lepas ini, mesti Dia panggil saya. Awak, ingat tau. Saya sayang awak! Sampai bila-bila dan saya juga tunggu awak jemput saya sebagai yang halal untuk awak kelak.

♫•*¨*•.¸¸ﷲ♥.♥ﷲ¸¸.•*¨*•♫♫•*¨*•.¸¸ﷲ♥.♥ﷲ¸¸.•*¨*•♫♫•*¨*•.¸¸♫

Cerita ini saya sudah olah sedikit demi sedikit dari segi ayatnya. Maaf sekadar mahu menarikkan cerita saudari. Harap perkongsian ini bermakna, kerana jalan ceritanya amatlah berkait rapat dengan kisah cinta Princess dan baru-baru ini juga kami telah berpisah, Alhamdulillah semakin kuat hati ini Allah jagakan dan tiupkan kasih sayangnya terhadap mujahidah ini. Semoga terapkanlah angin-angin iman ke dalam insan yang sangat hina ini.

♫•*¨*•.¸¸ﷲ♥.♥ﷲ¸¸.•*¨*•♫♫•*¨*•.¸¸ﷲ♥.♥ﷲ¸¸.•*¨*•♫♫•*¨*•.¸¸♫

Ini adalah sambungan cerita di atas, ingin Princess selitkan sedikit lagi cerita semoga menjadi peringatan buat semua sahabat-sahabat.

♫•*¨*•.¸¸ﷲ♥.♥ﷲ¸¸.•*¨*•♫♫•*¨*•.¸¸ﷲ♥.♥ﷲ¸¸.•*¨*•♫♫•*¨*•.¸¸♫

Awak, saya tahu bukan mudah untuk kita kembali seperti dulu. Kerana Allah sangat sayang pada saya dan awak. Sebab itu, awak terpaksa melepaskan saya. Walaupun awak merasa terseksa. Tapi, awak harus ingat Allah tak mahu kita tersasar jauh dari pedoman Islam. Kita hidup di dunia ini hanyalah sementara waktu. Bila-bila masa sahaja Allah nak tarik, Dia akan tarik rahmat itu. Awak, saya kini sudah redha dan terima perpisahan kita, dan saya juga tidak lagi mengharap awak bakal menjadi pendamping saya suatu hari nanti, mungkin Allah sudah memberi jawapan antara awak dan saya tiada keserasian lagi. Awak ego, begitu juga saya. Mungkin inilah takdir terbaik buat kita.

Awak, andai suatu saat nanti kita tidak akan bersama sampai bila-bila, saya pinta satu perkara. Awak, jadilah seorang suami yang bertanggungjawab buat isteri awak, kerana di akhirat nanti awak yang tanggung semuanya. Saya nak lihat awak bahagia dan berada di samping bidadari awak. Walaupun bukanlah saya bidadari awak nanti. Awak, mungkin lepas ini saya tidak akan lagi berhubung dengan awak. Sebab saya takut perkara lalu menghantui saya. Saya ingin lupakan semuanya, sebab saya nak bertaubat. Awak, saat ini saya gembira tengok awak sudah ada pengganti, jangan lupa kirimkan jemputan andai ditakdirkan bersama. Awak, walaupun saya belum ada pengganti lagi, awak jangan risau, saya yakin dengan jodoh Allah tetapkan untuk saya. Jadi, tidak perlulah awak bersedih, andai diri saya masih belum berpunya. Saya bersyukur ada apanya diri saya. Awak, kalau boleh awak jauhkanlah rasa sayang awak itu. Semoga awak bahagia dengan bidadari awak tanpa ingat pada saya lagi.

Awak maafkan kesilapan, kelalaian, kealpaan, dan kekhilafan saya terdahulu. Mungkin benar, kita ini masih jahil dalam ilmu agama sebenar. Makanya, saya mohon maaf dengan awak. Saya tahu saya bukanlah yang terbaik. Harap awak maafkan saya. Semoga dengan segala taubatan saya ini diterima olehNya.

“Jika seseorang yang hadir dalam hidup kamu tapi atas sebab-sebab tertentu dia terpaksa pergi.. jangan terlalu sedih. Terimalah kenyataan, sekurang-kurangnya dia pernah membahagiakan kamu. Masa akan menentukan segala-galanya. Jika dia ditakdirkan bersama kamu, dia akan kembali. Kembali pada kamu.

♫•*¨*•.¸¸ﷲ♥.♥ﷲ¸¸.•*¨*•♫♫•*¨*•.¸¸ﷲ♥.♥ﷲ¸¸.•*¨*•♫♫•*¨*•.¸¸♫

Saya mahu menjadi seorang mujahidah! Tapi, janganlah gelarkan saya seorang ustazah! Rasa tidak layak memegang gelaran itu. Semoga menjadi iktibar buat semua. Inilah catatan akhir tinta tentang cinta seorang manusia penuh kejahilan dan kealpaan.

Sekian wassalam
pen~off

WAHAI UMAT ISLAM, DI MANAKAH KALIAN? APA FUNGSI JAKIM? GOYANG KAKI KAH?

Assalammualaikum

Nauzubillah min zalik. Kenapa Princess buat tajuk macam itu? Tadi berblogwalking jumpa satu artikel, yang memang tidak asing lagi dalam dunia maya ini. Rupanya bukan mudah nak membanteras sesuatu yang berkenaan Islam, okey apa maksudnya itu ye? Begini, di sini Princess nak tegaskan, dalam Malaysia, Islam adalah agama rasmi, kenapa dalam banyak-banyak perkara berkenaan tentang Islam selalu diperkotak katikkan sendiri oleh umatnya sendiri? Princess sendiri semakin tak faham, orang Islam mengadu agamanya dipijak-pijak, dipermain-mainkan, apakah semua ini satu lakonan atau drama yang kita hanya mampu memandang sahaja,tapi pihak yang sepatutnya tidak ambil tindakan boleh kata "Perkara itu bukan dibawah penguasaan kami? Bukankah perkara yang di keutarakan itu adalah serius? Di manakah umat Islam di Malaysia? Hidup lagi atau membuta tuli sahaja?

Okey tadi berblogging terbaca tentang isu kritik Islam oleh Hajjah Sitt Al-Wuzara di blog resepirahsiaku.


So, hasil perkongsian haruslah di sebar-sebarkan. Sekilas kata dari penulis blog tersebut:

Sebanyak 554 laporan polis telah dibuat terhadap Mat Sabu oleh berbagai pihak yang marah kepadanya. Tetapi tiada satu pun laporan polis terhadap Hajjah Sitt Wuzara yang menghina Islam, Allah SWT, Nabi SAW dan Agung oleh mana-mana pihak dari NGO Islam, PEKIDA, PEKIMA, Pertubuhan Islam Negeri, Belia Islam, ABIM, Biro Islam politik UMNO dan lain-lain lagi persatuan Islam yang konon mempertahankan Islam??? Mereka lebih berminat kes politik seperti kes Mat Sabu dan biarkan Islam dihina. Mereka semua sudah jadi NATO (No Action Talk Only)

Ini pula info dari blog dunia cacamarba:




MANUSIA biadap yang menggelarkan dirinya sebagai Makcik Hajjah Sitt Al-Wuzara, sehingga ke hari ini bebas menghina dan mencaci Islam di internet. Menyedari bahawa menjaga dan memelihara kesucian Agama Islam menjadi tanggung jawab setiap umat Islam secara keseluruhannya.

Jingga 13, sebuah badan NGO, yang terdiri daripada sukarelawan, facebooker dan blogger hari ini telah menghantar memorandum kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia, SKMM dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, JAKIM.

Memorandum itu diserahkan kepada salah seorang pegawai SKMM di pejabat rasmi suruhanjaya itu di Cyberjaya kira-kira pukul 12:30 tengah hari tadi.

Memorendum itu diterima dengan baik, malah pegawai tersebut meskipun mengakui tidak boleh membuat sebarang keputusan, difahamkan beliau akan membawa perkara ini kepada pihak pentadbiran atasan.

Jingga 13 bertujuan memberikan desakan yang kuat kepada pihak berkuasa ini agar melancarkan tindakan besar-besaran kepada manusia biadap yang menggelarkan dirinya sebagai Makcik Hajjah Sitt Al-Wuzara.

Manusia biadap ini masih bebas menghina, mencaci, mencarut serta menyiarkan gambar-gambar menghina Allah SWT dan Rasullulah SAW di internet. Malah semakin banyak laman blog, Twitter dan facebook diwujudkan untuk menghina dan mencaci Islam.

Di bawah ini salinan memorendum yang telah dihantar kepada SKMM.




Sambungan bacaan seterusnya sila klik blog ini: Dunia Cacamarba


Apa fungsi Jakim sebenar?
Sumber Info: Jakim

Fungsi Jakim


Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Jabatan Perdana Menteri akan berperanan sebagai agensi pusat dalam perancangan pengurusan Hal Ehwal Islam dan pembangunan ummah dengan fungsi-fungsi seperti berikut: 
1. Bertanggungjawab seperti perancang yang menentukan pembangunan dan kemajuan Hal Ehwal Islam di negara ini;
2.Merangka dasar bagi pembangunan Hal Ehwal Islam di negara ini dan menjaga kesucian akidah dan ajaran Islam 
3.Membantu menggubal dan menyeragam undang-undang dan peraturan yang diperlukan serta menilai dan menyelaras pelaksanaan undang-undang dan pentadbiran yang sedia ada dari masa ke semasa dalam usaha untuk menyelesaikan masalah-masalah umat Islam;
4.Melaksanakan program-program pembangunan ummah dan penghayatan Islam dalam pengurusan negara;
5.Menyelaras mekanisma penguatkuasaan undang-undang serta peraturan-peraturan pentadbiran Hal Ehwal Islam di seluruh negara;
6.Membuat penilaian program-program Hal Ehwal Islam yang dilaksanakan di negara ini;
7.Bertindak sebagai pengumpul, penyebar dan pusat rujukan maklumat mengenai hal ehwal Islam; dan
8.Melaksanakan usaha-usaha pembangunan ummah melalui kerjasama di peringkat serantau dan antarabangsa.

Apa-apa pun demi agama Islam, cubalah jangan nak bermain-main sangat kan. Hidup ini bukan selamanya mewah-mewah di dunia pun. Kutuk-mengutuk pun tak ada faedahnya. Lain-lainnya amal sendiri dihintung. Tapi, sebagai Umat Islam wajiblah ambil berat tentang isu ini yang semakin berleluasa. Bila umat Islam dah bersuara makanya cepat-cepatlah kita ambil tindakan. Bukannya membuta, mentuli, memekakkan segala pancaindera yang Allah bagi tu. Ini tidak, senang-senang aje jawapan bagi. "Bukan kami yang berkuasa" Amboi habis kerja sebagai khalifah Allah inikan meluas, sebaik-baiknya melarang apa yang sepatutnya, andai tak jalan juga, apalagi halal kan bunuh orang yang sebegitu rupa. Inilah akibat belajar agama tinggi-tinggi tapi apa pun tak boleh jalanlah. Dah lah mentaliti manusia sekarang ini semakin merundum!

Nama aje negara Islam, tapi? Fikir-fikirlah sendiri! Sepatutnya dipertahankanlah agama Islam, alangkah betapa besarnya andai terbunuh terus free free aje masuk syurga[mati syahid]. Itulah Allah bagi kemudahan yang simple, kalau tak ada sesiapa nak jalankan pun alahai.....alamat ibarat makan daging saudara sendirilah gamaknya yer. Ibarat kita ini pun tergolong sesama mereka, mengiakan tidak, membantah pun tidak habis siapakah kita? Inikah Islam sebenar? Tidak bukan? Jadi apa harus kita lakukan? Semoga Allah memberi hidayah dan rahmat untuk kita semuanya Amiin...

Princess nak kupas hal yang selalu sangat orang dok penting sangat-sangat pasal Mat Sabu. Amboi! Bukan main nak hentam belaka, tu baru pasal politik hadoii menjamin sangat ke hukum orang itu semata-mata, tapi pasal nenek tua ke muda ni tak sedar diri ini, yang dok kutuk-kutuk agam Islam apa kejadahnya pula? Kenapa tak buat macam kes Mat Sabu, apa ingat ini kes mainan budak kecik ke apa? Mashaallah mengucap panjang tengok manusia zaman sekarang! Apa kejadah dapat depa semua ini? Kalau bahas pasal agam semua mati kutu, kutu pun still merayap, ini tidak pasal politik semua macam kera terkinjat-kinjat nak bela parti masing-masing, Adoiyai....umat ISLAM bangunlah!Bangkit! Kenapa semua macam penting sangat politik tu, even kat dunia memanglah penting, tapi apa hal ketepikan isu ini? Cuba jawab sikit meh!

Tetapi kes Mat Sabu mungkin besar dan teruk berbanding Hajjah Sitt Wuzara. Jadi tiada siapa pun berminat untuk bertindak termasuklah JAKIM yang enggan bertindak serta menolak memorandum yang telah dihantar oleh kumpulan Jingga 13. sumber: blog resepirahsiaku

Ini ke namanya Islam, tulis Islam di IC, tapi tugas sebagai Islam langsung buat tak tahu aje. Itulah mentaliti manusia sekarang! Princess agak baranlah juga bila orang dok pikiaq lagu politik, agama buat bodoh, solat tunggang langgang, puasa melebih, tapi solat 0-0....Okey bukan nak jatuhkan umat Islam yang sedia rapi, sedia terbentang dengan mentaliti yang semakin kurang, tapi semangatlah! bangkitlah! bangunlah! Ini agama ALLAH! Agama terakhir dalam Al Quran sudah termeterai sedari dulu lagi! Agama yang satu-satunya yang membawa kebenaran sebenar!

Okey malas nak bahas macam-macam, fikirlah kerja yang diambil itu adalah tugas anda menjaga agama Islam di Malaysia. Kalau bukan anda siapa lagi mahu membela? Adakah mahu menjadi umat Islam di Palestin diperkotak katikkan warga Yahudi Zionis Israel? Adakah mahu menjadi seperti umat Islam di Afganistan yang semakin tidak tentu arah? Walau apa jua perkara yang menghina Islam, kenapa perlu kita berdiam? Kenapa pula perlu kita beralasan kami tidak berkuasa? Padahal lagi terang lampu bersuluh pun dah tahu Malaysia negara Islam dah termaktub Islam adalah agama rasmi? So, what happened now? Fikir-fikirkan!

Sekian wassalam
pen~off

CUKAI OH CUKAI, MEMANG BERBALOI BALOI TERBALOI SANGAT

Assalammualaikum
Dunia cacarmarba ke dunia pancaroba, memang tak habis-habis nak bising pasal politik punya hal lah...bosan muak semua ada. Tadi berborak dengan seorang kawan pasal politik. Nasiblah kami berdua neutral, maksudnya masih di atas pagarlah, tak sokong mana-mana pun. Apa yang penting hidup tak adalah samapai moral runtuh.

Okey, semalam serta merta balik dari enjoy dengan kawan lama, online terus facebook dan blog, alih-alih tengok berita masing duk paparkan pasal cukai topup naik..waduh3x..gamat ni!! Apesal kedit phone naik?? Ni yang nak hangin ni..huaaa.....dahlah telefon kalau tak ada topup memang susahlah nak bercalling ini alasan mudah buat yang sedang bercinta, tapi bukan budak-budak bercinta aje yang berang, orang dewasa yang tengah busy dengan bisnes segala semua pun memerlukan semua ini betul tak? Lagi-lagi hal-hal kecemasa, amacam kalau tetiba nak masuk topup aje bayar lebih lorh....fuhh fed up3x...okey apa-apa korang fikirlah sendiri...

Tambah Nilai Pra Bayar & Pek SIM Kena Cukai Perkhidmatan Enam Peratus Mulai 15 Sept
KUALA LUMPUR, 8 Sept (Bernama) -- Pembelian tambah nilai prabayar dan permulaan prabayar/pek SIM bagi semua syarikat telekomunikasi akan dikenakan cukai perkhidmatan sebanyak enam peratus, berkuat kuasa 15 Sept.

Pelanggan prabayar akan dimaklumkan melalui SMS bermula tengah hari ini mengenai cukai perkhidmatan ITU, demikian menurut industri syarikat telekomunikasi Malaysia dalam kenyataan bersama di sini hari ini.

Para pelanggan juga boleh merujuk kepada laman web syarikat telekomunikasi masing-masing untuk maklumat atau menghubungi pusat perkhidmatan pelanggan sekiranya mereka mempunyai pertanyaan lanjut.

Syarikat telekomunikasi itu berkata cukai perkhidmatan merupakan cukai penggunaan dan boleh dikenakan kepada pelanggan sebagaimana yang disediakan dalam perundangan cukai perkhidmatan.

Akta Cukai Perkhidmatan 1975 memerlukan syarikat telekomunikasi mengenakan levi cukai perkhidmatan pada kadar tertentu terhadap perkhidmatan telekomunikasi, termasuk perkhidmatan prabayar mudah alih.

Ini sama seperti cukai perkhidmatan yang dilevi terhadap pembelian makanan dan minuman daripada restoran dan hotel.

Cukai perkhidmatan terhadap prabayar bukan baru kerana syarikat telekomunikasi telah menyerapnya bagi perkhidmatan prabayar mudah alih sejak pengenalan pada 1998.

Langkah yang diambil adalah bagi memastikan perkhidmatan prabayar mudah alih kekal kompetitif berbanding pasca bayar, memandangkan kadar prabayar tinggi bagi panggilan dan SMS pada permulaan.

Dengan kadar prabayar berkurangan sejak bertahun, ia kini ditawarkan pada kadar yang amat kompetitif.

"Dengan cukai perkhidmatan enam peratus terhadap perkhidmatan prabayar, seorang pelanggan yang membeli tambah nilai RM10 perlu membayar RM10.60, dengan 60 sen sebagai cukai perkhidmatan," kata kenyataan itu.

-- BERNAMA


Macam-macam hal lah depa semua ni kan3x...
okey sekian wassalam
pen~off

KOMIK: AKU DIA DAN KETIGA [SYAITAN]

Assalammualaikum
Kali ini perkongsian Princess dengan korang semua lain dari yang lain. Hari ini nak berkongsi pula tentang cerita cinta bermula yang bagaimana nak akhirnya pula yang bagaimana? Jom baca komik di bawah, untuk tumbesaran tekan gambar yer...




Cinta tidak pernah meminta, ia sentiasa memberi, cinta membawa penderitaan, tetapi tidak pernah berdendam, tak pernah membalas dendam. Di mana ada cinta di situ ada kehidupan; manakala kebencian membawa kepada kemusnahan.

Sekian wassalam

IKHTILAT JAGALAH RUSUK KIRIMU

Assalammualaikum
Alhamdulillah, sekarang hati ini berasa lega dan puas-sepuasnya. Setelah semalaman menangis sampai ke Subuh,em bila dah lepas semua tangisan itu barulah Princess dapat melelapkan mata selepas solat. Terpaksa tidur walaupun tahu rezeki datang waktu pagi-pagi.


Ya Allah, ampunkan dosa-dosa kami. Ampunkan segala keterlanjuran kami, ampunkan segala kekhilafan kami. Kami hamba yang lemah ya Allah. Sesungguhnya kami sering menzalimi diri kami sendiri. Ya Allah, kuatkanlah iman kami. Peliharalah iman kami. Jangan jadikan kami sentiasa merajai nafsu sendiri ya Allah. Ampunkan kami kerana kami tak mampu mencintai-Mu sepenuh jiwa kami, ampunkan kami kerana kami tak mampu merindui-Mu setulusnya. Jika cinta yang kami rasai ini hanya menjauhkan kami dari cintamu tolong ya Allah, selamatkanlah kami. Jangan biarkan kami semakin jauh dengan-Mu. Namun, jika cinta ini akan membawa kepada bertambahnya cinta kami kepada Engkau ya Allah, maka, redhailah niat murni kami. Sungguh, kami insan yang lemah yang tidak mengerti apa-apa tentang aturan takdir-Mu. 
Amin, amin ya rabbal alamin.

Dalam kelegaan itu, hati ini masih mencari sesuatu yang boleh mengisi segala kekosongan ilmu dan spirit untuk hidup tanpa belas ehsan sesiapa lagi. Kini, kuakui aku boleh tempuhi pabila adanya orang-orang sekelilingku yang sangat berprihatin dengan insan ini. Blog paling best nak muhasabah diri adalah :Blog Dr. Cinta

Lagi-lagi post entry Dr. Cinta tentang Ikhtilat:



Firman Allah maksudnya: "Boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jua Yang Maha Mengetahui (semua itu), sedang kamu tidak mengetahuinya. (al-Baqarah:216)





Antara tanda lelaki itu baik adalah dia TIDAK AKAN PERNAH MEMBICARAKAN SOAL SEKS ATAU YANG MENAIKKAN SYAHWAT denganmu sama ada melalui sms, telefon atau berdepan, SELAGIMANA DIA belum bernikah denganmu.Mana-mana lelaki yang membicarakannya atau meminta sebelum bernikah adalah lelaki jahat dan tidak layak dijadikan suami atau itulah bakal suami penzina, kecuali apabila mereka juga bertaubat. ~ Ustaz Zaharuddin


Muslim Sejati bukanlah Muslim yang tidak pernah bermaksiat kepada Allah. Akan tetapi, Muslim Sejati adalah Muslim yang apabila bermaksiat kepada Allah maka ia bersegera untuk kembali dan bertaubat kepada-Nya"

KECANTIKAN LELAKI

Kecantikan seorang lelaki bukan kepada rupa fizikal tetapi pada murni rohani. Lelaki yang cantik adalah :

1. Lelaki yang mampu mengalirkan airmata untuk ingatan
2. Lelaki yang sedia menerima segala teguran
3. Lelaki yang memberi madu setelah menerima racun
4. Lelaki yang tenang dan lapang dada
5. Lelaki yang baik sangka
6. Lelaki yang tidak pernah putus asa

Kecantikan lelaki berdiri di atas kemuliaan hati. Seluruh kecantikan yang ada pada Muhammad adalah kecantikan yang sempurna seorang lelaki.

Sekian wassalam
pen~off

BUDAK SEKARANG SUKA CAMPUR ADUK HAL AGAMA DAN POLITIK

Assalammualaikum
Hari ini Princess ada satu cerita best buat korang akan berfikir sendiri. Berdasarkan tajuk yang diberi mesti korang malas nak baca bukan? Princess buat masa ini belum berpihak lagi mana-mana parti, so what I want to story is about true story from my brother. Sebab ini adalah cerita dia dengan roomate dia yang merupakan seorang pemuda kuat kaki politik. 

Zaman sekarang inilah menjadi punca kebanyakan anak-anak remaja, belia mudah mencampur adukkan hal politik dengan isu agama Islam. Bagi korang ada ke patut? Bagi Princess adalah tidak patut mempermainkan isu agama dalam memperjudikan hal politik kalau nak jatuhkan pihak lawan sekalipun. Ini adalah pendapat Princess sendiri. Rasulullah S.A.W dahulu juga seorang pemimpin beragama Islam juga ada isu politik dalam pentadbiran baginda. Tapi, kenapa sekarang ramai budak-budak remaja yang amat kuat atau dikenali sebagai kaki politik lah senang cerita kan, suka memutar belitkan hal agama dengan politik? What happened now? 

Nama dah Islam, mulut cakap Islam tapi mudahnya Iman mereka goyah apabila politik dijadikan isu. Apa ke halnya perkara ini berlaku? Nak tunding jari kepada siapa? Mak Bapak kah? Pemimpin negara kah? Atau kebodohan diri sendiri? Princess pun tak tahu. Apa yang Princess tahu adalah lebih baik aku pertahankan agama dari mempertahankan atau memperjuangkan orang yang mengkhianati agama Islam itu sendiri betul atau tidak? Haiyaa.....itulah kalau hidup tak berlandaskan syariah Islam jahiliah lah jadinya! Nauzubillah....

Okey cerita antara dialog yang Princess dengar macam inilah jalan ceritanya yer:

Suatu hari, Budak A bersama dua orang roomate nya iaitu Budak B dan Budak C duduk semeja berborak-borak dalam bulan Ramadhan. Mereka berborak dan berborak sehingga termasuk isu politik.
Budak A: Weyh, aku nak tanya mak bapak ko solat ke?
Budak B: Eh, mestilah! Apsal ko tanya soalan macam tu?
Budak C: Entah, dah tentulah solat itukan wajib!
Budak A: Mest mak bapak ko orang P** kan? Huh! Aku dah agak dah!
Budak B: Apa kena mengena solat dengan orang P** ?
Budak C: Ntah apa-apa aje ko kan tanya soalan macam budak tadika seyh!
Budak B dan Budak C terasa pelik tengok sahabat mereka bertanya soalan yang tak asuk dek akal oleh seorang umat yang beragama Islam!
Budak A: Weyh, aku lapar laa, aku nak buka puasa boleh tak?
Budak B: Huh!
Budak C: Apesal ko tak pergi je tanya kat Allah? Apesal nak tanya kitaorang plak?
Budak A: hehehe.....
Budak B dan Budak C memandang sinis Budak A, Budak Abuat muka selamba pergi ke dapur goreng nugget dengan muka tak malu buka puasa kerana tak tahan lapar.....

Pengajaran cerita: Inilah budak remaja zaman sekarang, hal agama benda yang wajib SOLAT! Solat itu tiang agama, tapi sewenang-wenangnya memperlekahkan tuntutan wajib itu1 Ibarat solat itu parti politik! Inikah sewajarnya anak-anak muda sekarang memperlekehkan agama demi menegakkan politik yang tak ada apa-apa ganjaran pun di akhirat?

Ibarat gambar di bawah seperti cerita di ataslah kan...bukan nak rendahkan sesiapa gambar ini princess google yer....jangan nak attacted me plak laa..lu pikir laa sendiri apa yang patut dan apa yang tak patut! Kalau Islam katakan Islam! Jangan pula nak memperlekehkan agama Islam itu sendiri kalau dah diri sendiri tak betul asasnya, tak betul jugalah kan..so pikir-pikirlah sendiri, Allah dah bagi akal betul pada tempatnya, tapi manusia itu sendiri nak letak akal tu kat lutut gak princess tak tahulah nak cakap apa kan....



Cuba korang carilah mana-mana hadis ke, kitab-kitab sahih ke, ada tak kalau korang dah mati nanti, para malaikat, Munkar dan Nakir: [info] ada ke soalan mereka akan berbunyi sedemikian?

  • Apa parti politikmu?
  • Siapa pula pemimpin politik mu?
  • Apa pula pertolongan/bantuan/kebajikan yang kamu buat untuk politikmu?
Apa kejadahnya tanya soalan macam itu? Kanak-kanak 3/4 tahun pun dah tahu apakah soalan-soalan yang bakal ditanya saat kita di alam barzakh nanti. Inikan remaja yang dah akil baligh pun bertanya soalan tentang solat, adakah mereka tidak pernah terfikir langsung, bahawasanya perkara pertama yang bakal disoalkan di alam barzakh adalah SOLAT! Ya solat itu tiang agama, tiang iman seseorang.

Okey itu sahaja yang ingin Princess kongsikan bersama korang semua tentang cerita yang benar-benar berlaku dalam kalangan budak-budak universiti yang kaki politik, yang ilmu agamanya sangat cetek, tak pernah nak mengkaji asal usul agama sendiri, nak berpihak hanya semberono, tak fikir hukum hakam sebenar, man hentam aje nak perihalkan soal agama, sehinggalah terjadinya cerita ini. Semoga apa yang Princess ceritakan ini dijadikan satu pengajaran bagi sesiapa yang nak sangat berkaki....kaki..kaki sangat dengan politik fikir-fikirlah sebaik-baiknya sebeum bercakap jangan semberono aje yer...makan diri kaki tak lama lagi iaitu kaki sendiri!

Okey dahlah malas nak panjang lebar sangat berleter bab isu politik ini, makanya fikir-fikirlah sebelum melakukan sesuatu perkara. Bak kata pepatah: "Kerana mulut badan binasa"

Sekian wassalam
pen~off
 

Copyright by © 2013 Studio Puteri Nabilah