CERPEN CINTA: SAYA NAK JADI BIDADARI AWAK DI SYURGA

Assalammualaikum
Kali ini Princess nak berkongsi satu cerpen yang ditulis oleh saudari Ayyin Liyana. Cerpen saudari ini pun terjumpa di facebooknya. Maka, marilah sama-sama membaca artikel yang agak menyentuh hati bagi yang sedang bercouple terutamanya. Kepada yang single mahupun sudahpun berkahwin boleh juga isi masa membaca, kepada yang baru berpisah dalam perhubungan seperti Princess, jangan bersedih kerana Allah kurniakan yang terbaik untuk kita semua, mungkin Allah jauhkan diri kita dengannya supaya menyedarkan kita apa kesalahan dan khilaf kita secara menegur sebegitu, Insyaallah Allah mahu kita(wahai puteri-puteri ibu ayah sekalian)sebagai bidadari syurga FirdausiNya. Insyaallah Amiinn...Carilah cintaNya yang pasti tidak membebankan dan menyakitkan.

♫•*¨*•.¸¸ﷲ♥.♥ﷲ¸¸.•*¨*•♫♫•*¨*•.¸¸ﷲ♥.♥ﷲ¸¸.•*¨*•♫♫•*¨*•.¸¸♫


♫•*¨*•.¸¸ﷲ♥.♥ﷲ¸¸.•*¨*•♫♫•*¨*•.¸¸ﷲ♥.♥ﷲ¸¸.•*¨*•♫♫•*¨*•.¸¸♫

Saya sayang awak,tapi betul ke saya sayang awak?
Awak sayang saya ke? Kalau sayang, kenapa awak pegang tangan saya?
Kenapa awak nak tengok rambut saya,nak cium saya,nak saya pakai seksi-seksi?
Memanglah awak tak bagi lelaki lain tengok saya pakai seksi, tapikan awak masih tak halal lagi untuk saya bukan?
Saya sayang awak ke kalau saya bagi semua tu pada awak?

Saya sayang awak! Betul! Saya tak tipu, tapi sayang ke kalau bila dengan awak, saya lalai? Saya lupa pada Dia yang telah mencipta saya, yang memberi saya perasaan cinta pada awak, sehingga saya lupa solat, saya lupa dosa dan saya juga lupa Allah! Saya takutlah awak!

Betul awak, saya sayang awak, tapi saya takut. Saya takut sangat nak sayang awak! Awak baik, selalu solat awal, tapi kenapa bila dengan saya, awak lupa solat? Masa keluar, kita lalu je depan masjid, tapi tak pernah berhenti. Walhal bila tempat tak ada orang, kita berhenti. Sudah beratus duit awak habis untuk saya kan? Saya hargai sangat! Saya tahu awak sayang saya, tapi kenapa awak tak simpan duit tu dulu? Ye la mana tahu kita ada jodoh, boleh kita nikah. Awak,saya takut, takut sangat, takut bila teringat apa yang kita dah buat. Saya nak awak jadi halal untuk saya, tapi  bukanlah sekarang, sebabnya macam mana awak nak tanggung saya? Kita belajar lagi. Saya nak hidup dengan awak. Saya nak awak jadi imam saya, saya nak sangat berkongsi apa jua perkara dengan awak. Saya nak jadi kekasih halal awak, tapi betul ke cara kita awak? Saya rasa takutlah awak....

Awak,saya nak hidup dengan awak selamanya sehingga ke syurga, tapi layak ke kita ke syurga? Kalau kita macam ini? Macam mana kalau tiba-tiba Dia panggil kita pergi? Tak kisahlah saya pergi dulu atau awak pergi dulu atau dua-dua skali. Boleh ke kita ke syurga? Kalau Dia panggil kita sekarang? Kalaulah Dia tanya apa yang saya dah buat dengan awak, apa yang saya nak jawab nanti?

Awak, saya malulah dengan Dia!

Awak, sudah lama saya fikir. Saya fikir pasal kita.
Betul, saya sayang awak sangat-sangat, tapi, sampai bila kita nak macam ini?
Awak, saya dah  lama fikir. Lepas ini, kalau saya tak mesej awak, tak mahu jumpa awak, tak nak telefon awak, tak nak video call dengan awak, mms atau webcam dengan awak, awak janganlah salah faham tau. Saya buat macam itu sebab saya sayang awak sangat-sangat.
Awak, saya nak bersama dengan awak ke syurga nanti. Dulu, saya sedih sebab kita jauh, tapi sekarang, saya bersyukur sangat.
Allah masih sayangkan kita, kalau dekat, awak boleh agakkan, apa yang akan kita buat nanti?

Saya tak tahu macam mana saya nak bagitahu awak. Saya nak jaga hati awak, tapi, awak sedar tak, sebenarnya saya dah kotorkan hati awak?
Saya suka goda awak dengan manja saya, dengan body saya, saya suka buat awak cair dengan saya, Jahatnya saya! Awak, saya banyak dosa! Awak nak ke terima orang macam saya jadi bidadari awak nanti? Awak, saya nak bersihkan diri saya sebelum jadi yang halal buat awak. Saya nak jadi the best wife! Barulah awak tak pandang orang lain dah. Saya tak nak susahkan awak dengan saya yang macam ini. Awak, saya nak jadi bidadari awak! Bukan di dunia sahaja tapi di syurga pun saya tetap nak jadi bidadari awak! Saya nak jadi bidadari awak selamanya sampai syurga nanti.

Awak, saya tahu saya bukanlah seorang yang baik. Banyak sangat kekurangan, saya tahu saya tak layak nak menegur kesalahan awak.Tapi, saya sayang awak! Apa yang kita buat, bukan ada orang tahu pun, siapa lagi nak tegur awak kalau bukan saya? Saya pun nak awak jadi suami yang boleh memimpin saya ke syurga. awak tak nak ke? Takkanlah awak sayang saya untuk bergembira semata-mata sahaja di dunia ini? Awak tak nak ke pilih saya jadi bidadari awak di syurga nanti? Awak, tolonglah....saya tak nak dah jumpa awak. sebab mungkin saya akan lalai lagi nanti kerana syaitan ada di mana-mana sahaja. Syaitan selalu ada dengan saya. Mereka semua suka saja, kalau saya keluar berdua-duaan dengan awak dan menggoda awak. Awak, saya minta satu sahaja, tolonglah ingatkan saya juga bila saya terlupa. Saya lemah sangat-sangat. Saya nak jadi wanita yang kuat, kuat untuk awak dan hidup dengan awak suatu saat nanti.

Saya sayang awak! Macam mana kalau tiba-tiba Dia panggil kita sebelum kita sempat bertaubat? Takutnya saya! Awak tak takut ke? Macam mana kita nak ke syurga sama-sama? Macam mana saya nak jadi bidadari awak nanti? Saya nak sangat cinta ini kerana Dia. Tapi, dengan apa kita dah buat, layakkah kita letak nama Dia dalam cinta kita? Saya malu sangat pada Dia, awak. Saya nak berubah, untuk diri saya juga, untuk ibu bapa saya. Tapi, kalau saya berubah, awak masih mahu terima saya lagi ke? Saya berubah pun nak jadi terbaik buat awak, untuk bakal anak-anak kita nanti, saya nak jadi ibu yang terbaik! Tinggi betul cita-cita saya, tapi saya pun nak kita jadi pasangan yang 'educated'! Saya nak kita sama-sama berjaya dan cemerlang! Tapi, saya nak kita 'educated' dalam mengejar cintaNya dan taat kepadaNya. Mesti bahagia bukan? Kita ingat pada Dia, Dia juga ingat pada kita. Jadi bolehlah Dia menjaga kita nanti sampai ke syurga.
Awak, kalaulah saya pergi dulu, saya akan tunggu awak di syurga nanti. Awak doakanlah saya biar kita masuk syurga sama-sama. Saya nak jadi bidadari awak dan tunggu awak di syurga nanti. Tapi, kalau awak pergi dulu, saya sedih, tapi, saya pun akan doakan awak. Insyaallah. Nanti awak tunggulah saya di syurga ye? Mesti ada ramai bidadari akan tunggu awak di sana, tapi, simpankanlah tempat untuk saya satu ye? Saya juga ingin menjadi bidadari awak kelak.

Awak, maafkan saya kalau apa yang saya buat dan bagitahu ini akan mengguriskan hati awak. Saya buat macam ini sebab saya sayang awak sangat-sangat! Tapi saya tak tahu nak bagitahu pada awak macam mana. Sebab itu saya taip di sini. Maaf sebab saya 'post' di sini. Bukan nak buka aib sesiapa hatta aib sendiri. Tapi, sekurang-kurangnya sesiapa yang membaca cerita kisah antara kita bolah jadikan sebagai pengajaran dan panduan. Awak, ada ramai lagi kawan-kawan kita di luar sana ber'couple' dan melakukan perkara sama seperti kita atau lebih teruk lagi. Saya takut nak 'post' pada awak, tapi saya harap awak akan tergerak hati nak baca cerita kita ini. Awak, dah nak Subuhlah. Lepas ini, mesti Dia panggil saya. Awak, ingat tau. Saya sayang awak! Sampai bila-bila dan saya juga tunggu awak jemput saya sebagai yang halal untuk awak kelak.

♫•*¨*•.¸¸ﷲ♥.♥ﷲ¸¸.•*¨*•♫♫•*¨*•.¸¸ﷲ♥.♥ﷲ¸¸.•*¨*•♫♫•*¨*•.¸¸♫

Cerita ini saya sudah olah sedikit demi sedikit dari segi ayatnya. Maaf sekadar mahu menarikkan cerita saudari. Harap perkongsian ini bermakna, kerana jalan ceritanya amatlah berkait rapat dengan kisah cinta Princess dan baru-baru ini juga kami telah berpisah, Alhamdulillah semakin kuat hati ini Allah jagakan dan tiupkan kasih sayangnya terhadap mujahidah ini. Semoga terapkanlah angin-angin iman ke dalam insan yang sangat hina ini.

♫•*¨*•.¸¸ﷲ♥.♥ﷲ¸¸.•*¨*•♫♫•*¨*•.¸¸ﷲ♥.♥ﷲ¸¸.•*¨*•♫♫•*¨*•.¸¸♫

Ini adalah sambungan cerita di atas, ingin Princess selitkan sedikit lagi cerita semoga menjadi peringatan buat semua sahabat-sahabat.

♫•*¨*•.¸¸ﷲ♥.♥ﷲ¸¸.•*¨*•♫♫•*¨*•.¸¸ﷲ♥.♥ﷲ¸¸.•*¨*•♫♫•*¨*•.¸¸♫

Awak, saya tahu bukan mudah untuk kita kembali seperti dulu. Kerana Allah sangat sayang pada saya dan awak. Sebab itu, awak terpaksa melepaskan saya. Walaupun awak merasa terseksa. Tapi, awak harus ingat Allah tak mahu kita tersasar jauh dari pedoman Islam. Kita hidup di dunia ini hanyalah sementara waktu. Bila-bila masa sahaja Allah nak tarik, Dia akan tarik rahmat itu. Awak, saya kini sudah redha dan terima perpisahan kita, dan saya juga tidak lagi mengharap awak bakal menjadi pendamping saya suatu hari nanti, mungkin Allah sudah memberi jawapan antara awak dan saya tiada keserasian lagi. Awak ego, begitu juga saya. Mungkin inilah takdir terbaik buat kita.

Awak, andai suatu saat nanti kita tidak akan bersama sampai bila-bila, saya pinta satu perkara. Awak, jadilah seorang suami yang bertanggungjawab buat isteri awak, kerana di akhirat nanti awak yang tanggung semuanya. Saya nak lihat awak bahagia dan berada di samping bidadari awak. Walaupun bukanlah saya bidadari awak nanti. Awak, mungkin lepas ini saya tidak akan lagi berhubung dengan awak. Sebab saya takut perkara lalu menghantui saya. Saya ingin lupakan semuanya, sebab saya nak bertaubat. Awak, saat ini saya gembira tengok awak sudah ada pengganti, jangan lupa kirimkan jemputan andai ditakdirkan bersama. Awak, walaupun saya belum ada pengganti lagi, awak jangan risau, saya yakin dengan jodoh Allah tetapkan untuk saya. Jadi, tidak perlulah awak bersedih, andai diri saya masih belum berpunya. Saya bersyukur ada apanya diri saya. Awak, kalau boleh awak jauhkanlah rasa sayang awak itu. Semoga awak bahagia dengan bidadari awak tanpa ingat pada saya lagi.

Awak maafkan kesilapan, kelalaian, kealpaan, dan kekhilafan saya terdahulu. Mungkin benar, kita ini masih jahil dalam ilmu agama sebenar. Makanya, saya mohon maaf dengan awak. Saya tahu saya bukanlah yang terbaik. Harap awak maafkan saya. Semoga dengan segala taubatan saya ini diterima olehNya.

“Jika seseorang yang hadir dalam hidup kamu tapi atas sebab-sebab tertentu dia terpaksa pergi.. jangan terlalu sedih. Terimalah kenyataan, sekurang-kurangnya dia pernah membahagiakan kamu. Masa akan menentukan segala-galanya. Jika dia ditakdirkan bersama kamu, dia akan kembali. Kembali pada kamu.

♫•*¨*•.¸¸ﷲ♥.♥ﷲ¸¸.•*¨*•♫♫•*¨*•.¸¸ﷲ♥.♥ﷲ¸¸.•*¨*•♫♫•*¨*•.¸¸♫

Saya mahu menjadi seorang mujahidah! Tapi, janganlah gelarkan saya seorang ustazah! Rasa tidak layak memegang gelaran itu. Semoga menjadi iktibar buat semua. Inilah catatan akhir tinta tentang cinta seorang manusia penuh kejahilan dan kealpaan.

Sekian wassalam
pen~off
 

Copyright by © 2013 Studio Puteri Nabilah