APA MAKNA HAJI SEBENAR?

Assalammualaikum
Musim haji tiba lagi. Talbiah akan terus bergema setiap kali umat Islam dari seluruh dunia mengunjungi Makkah untuk menunaikan fardu haji, rukun Islam kelima.
Makkah sebenarnya adalah nadi masyarakat dunia Islam kerana di sana berdiri megah kiblat umat Islam, iaitu Kaabah.
Oleh itu tidaklah menghairankan apabila setiap tahun lebih 1.5 juta umat Islam dari seluruh dunia, termasuk kira-kira 19,000 umat Islam dari Malaysia, berkumpul di kota suci ini.


“HAMBA-MU datang menyahut panggilan-Mu, ya Allah Tuhan yang tidak ada sekutu bagi-Mu, sesungguhnya segala pujian, nikmat dan pemerintahan adalah kepunyaan-Mu,
tidak ada sekutu bagi-Mu.”



HAJI:
Apa makna haji dalam kamus hidup kalian?
Adakah hanya sebagai tuntutan dalam Rukun Islam ke-5?
Atau sekadar perhiasan di pangkal nama?
Atau sekadar menunjuk-nunjuk?
Atau sekadar populariti?   

Allah berfirman yang bermaksud:
“Allah mewajibkan manusia mengerjakan ibadat haji (dengan) mengunjungi Baitullah, iaitu sesiapa yang mampu dan berkuasa sampai kepadanya dan sesiapa yang kufur (ingkarkan kewajipan ibadat haji) maka sesungguhnya Allah Maha Kaya (tidak berhajat suatu pun) dari sekalian makhluk.” (Ali-Imran: 97)


MAKSUD HAJI:
Mengikut syarak, ibadat haji ialah mengunjungi Kaabah dalam bulan haji kerana mengerjakan tawaf, sa’i dan wukuf di Padang Arafah dengan mengikut syarat dan menunaikan segala rukun dan wajibnya.
 
Semua jemaah berharap untuk mendapatkan haji mabrur. Bagi mendapatkannya, pelbagai aspek perlu dihayati, terutama rukun dan wajib haji.
Kebanyakan ulama' berpendapat ketika melaksanakan ibadat haji, sebenarnya kita meninggalkan pekerjaan, keluarga dan jiran tetangga, menuju rumah Allah, iaitu Kaabah..

Adakah kalian terfikir makna sebenar Haji yang benar-benar di sisi Allah?

Baru-baru ini Princess terdengar satu berita tentang pemergiannya Perdana Menteri Malaysia bersama isterinya....ke tanah suci Kota Makkah bersama sebilangan besar askar-askar.....ketika membuat ibadah haji.....

Pertama kali mendengar, rasa kecewa yang amat. Kenapa? Princess terfikir betapa bodoh dan jahilnya pemikiran umat sekarang. Percayakah sebenarnya mereka kepada Allah atau sekadar ikut-ikutan nak ke Kota Makkah?

Apa motif utama menunaikan haji? Itulah yang perlu dikaji. Ya, memang benar hati manusia sukar dibaca, tapi mata yang memandang? Fikir-fikirkan....

Bukanlah nak mengutuk perbuatan yang baik itu, niat sudah baik sudah ada perubahan ke arah itu, tapi....
Bayangkanlah....alangkah mak cik2 pak cik2 atuk2 nenek2 yang sudah uzur belaka tu, larat, cergas sahaja nak menunaikan ibadah tak ada pun askar segala nak jaga....kerana mereka percayakan Allah 100% akan menjaga mereka ketika di sana kerana mereka pergi BAITULLAH! RUMAH ALLAH! Lainlah kalau pergi berjuang kan? Ini bukan berjuanglah ini nak menghadap yang Maha Esa! Ingatlah sikit! Tak berpada-pada langsung! Astagfirullah.....

One more thing! Ingat Haji adalah satu latihan perjalanan sebelum kita bertemu dengan Allah dalam keadaan yang sebenar-benarnya ketika di padang Mahsyar nanti! Cuba fikirkan bila tiba masa di padang Mahsyar, adakah para askar yang menjaga kalian di Kota Makkah ketika haji akan melindungi kalian lagi? Fikirkanlah ye.....

Aku dengar Rasulullah SAW bersabda, "Siapa yang mengusahakan keredhaan Allah sampai manusia kesal kepadanya, ia akan dibantu Allah dalam menghadapi manusia. Dan siapa yang tidak menghiraukan Allah agar disenangi manusia nasibnya akan diserahkan Allah pada manusia."
Oleh itu tetaplah hati tuan dalam takut pada Allah karena bila tuan takut pada Allah, Dia akan membantumu terhadap manusia. Tetapi kalau tuan takut pada manusia mereka tidak akan dapat menolongmu terhadap Allah sedikit pun." surat dari ibu Aisyah r.a kepada Khalifah Muawiyah


"Tidak ada kebaikan ibadah yang tidak ada ilmunya dan tidak ada kebaikan ilmu yang tidak difahami dan tidak ada kebaikan bacaan kalau tidak ada perhatian untuknya." Kata-kata dipetik dari Saidina Ali

HIKMAT IBADAT HAJI:
Haji adalah latihan untuk kembali kepada Allah. Ia juga adalah latihan kematian kerana kita meninggalkan tanah air, pekerjaan dan keluarga semata-mata dengan niat ingin menemui Allah.
Ibnu Arabi dalam karyanya Al-Futuhat al-Makkiyah (Keterbukaan di Makkah) ada menyebut:
“Kita akan kembali kepada Allah dengan cara berbeza. Ada yang kembali dengan cara terpaksa, tetapi setuju atau tidak, kita semua akan kembali kepada Allah yang kita sebut sebagai mati. Ada pula cara yang lain, iaitu kita disuruh kembali kepada Allah dengan cara yang tidak terpaksa iaitu dengan sukarela. Kembali seperti inilah yang dilakukan oleh jemaah haji. Dengan kata lain, melaksanakan ibadat haji bermakna kita kembali dengan sukarela untuk memenuhi panggilan Allah.”
Ringkasnya, haji adalah cara berangkat menuju Tuhan dengan sukarela. Ibadat haji juga berkait rapat dengan ibadat korban yang dilambangkan oleh peristiwa Nabi Ibrahim dan puteranya, Nabi Ismail.
Peristiwa itu memberi pelbagai pengajaran dan antaranya ialah kesanggupan kita untuk membunuh sifat kebinatangan yang ada pada diri iaitu tamak, rakus, mementingkan diri dan tidak mengenal hukum. Sifat-sifat itu harus dibunuh dan dijadikan korban demi mencapai korban (kedekatan) diri kepada Allah

Sumber:

Sekian wassalam...

3 Comments:

faridah nazurah said...

apa yg awak sharekan mmg betul.. tapi kita sbg manusia takleh nak judge ibadah seseorang tu kan?

Profesor Princess Nabilah said...

@faridah nazurah

ermm mm btul pun....
kite xblh judge kn ibadah seseorg...
cuma terkilan shj....
pertama kali mndgr...
ad sebegitu rupa cara nak menunaikan haji.....terkilan.....

Anonymous said...

Salam. . .haji sbenar nya adalah rukun islam yg wajib. .tpi klau faham maksud haji yg sbenar benar nya. .x prlu prgi ke makkah pn x mgapa. .krana haji ada 2. .haji zahir dn haji batin. .

 

Copyright by © 2013 Studio Puteri Nabilah