BUKAN KU TAK SUDI

Assalammualaikum

Salam sekali lagi buat pembaca setia Princess!! Happy sungguh dapat share cerita kat korang semua. Opss...terlebih sudah tajuk kali ini.....'bukan ku tak sudi' apakah yang tidak disudikan oleh Princess? aha...bukanlah cinta, bukanlah pinangan masuk, bukanlah apa-apa pun hehehe rahsia? oh tidaklah rahsia sangat..sebabnya bakal diceritakan sebentar lagi buat korang semua yang sudi menatap coretan pena tangan Princess....Okey, tatapan sajak ini buat kalian, mungkin sukar dimengerti oleh seseorang yang belum pernah terjadi dalam hidupnya, kerana itu mahuku sedarkan tidak semua insan itu beruntung ada rezeki yang melimpah ruah.
Bukan ku tak sudi
Bukan ku tak sudi nak menulis lagi,
tapi masa sukar mengizinkan ku pergi membazirkan,
kerana satu yang ku impikan,
segulung ijazah buat ayah dan ibu.
Bukan ku tak sudi nak memiliki pewarkahan itu,
tapi sukar untukku memahami apakah itu,
kerana itu bukanlah bidang ku inginkan,
kerana ianya hanya pilihan terakhir buatku,
demi mencapai cita-cita buat bonda tersayang.
Bukan ku tak sudi terima hantaran itu,
lantaran diriku masih belum terurus,
bukanlah maksudku hantaran seorang suami buat sang isteri,
tapi hantaran ilmu buat anak bangsa,
maka jejakilah kakiku ini di bumi UiTM.
Bukan ku tak sudi menuntut ilmu,
tapi pelbagai alasan mula mekar di mindaku,
mengapa jiwa dan mindaku tidak seiring,
sedangkan ku jua berkobar menuntut sesuatu yang dituntut.

Sayangnya pasti korang tak memahami bukan?
Di sini bukanlah niat Princess nak mengeluh mahupun tidak mensyukuri. Tapi, keyakinan dalam diri terlalu kurang untuk percayakan diri in mampu atau tidak ambil bidang yang bukanlah sebati dalam diri, kerana bidang ini pun di suggest baik oleh semua pihak, terutama ibu dan abang. 

Duniaku bermula pabila sesuatu minat mula mekar iaitu melukis dan berseni itulah kelebihan yang Princess ada. Tibanya mekar diri ini, mulalah dididik ilmu keagamaan sehinggakan ramai menggelarkan diriku ini sebagai 'ustazah'. Tapi bagiku gelaran itu sungguh membuatku malu kembali, sebab itu bukanlah diriku. Boleh dilihat secara berpakaian tapi bukanlah fizikalku. Kerana aku hanya insan biasa, punya kekurangan, dari segi ilmu juga iman. Bukan senang mahu menjadi insan sempurna tapi ku cuba dan terus mencuba kerana seseorang insan itu berubah disebabkan cuba dan mencuba dengan memaksa diri ini menjadi seperti itu, tapi bukanlah drastik! Perlulah berperingkat sepertimana Al-Quran itu sendiri diturunkan jua secara berperingkat.....

SUBHANALLAH, ALHAMDULILLAH....
Sukar dijangka, apa yang kita mahu itu sukar untuk kita capai, tapi apa yang kita tidak mahu mudahnya untuk kita capai. Dalam AlQurang sudah pun tertulis:

"Boleh jadi kamu bencikan sesuatu padahal ianya baik buat kamu,
dan boleh jadi kamu sukakan sesuatu padahal ianya buruk buat kamu.
Dan ingatlah Allah jua Maha Mengetahui semua itu sedangkan kamu tidak mengetahuinya"
Surah Al-Baqarah:216

Ya, ikutkan semasa sepanjang process menuntut ilmu baru bagi Princess yang tak ada langsung basic ekonomi ke pengajian perniagaan ke...so, cuba korang imagine kan laa subjek Princess ambil dari form 1 sampai form 3 (PENILAIAN MENENGAH RENDAH-PMR):

"Bahasa Melayu, 
Bahasa Inggeris, 
Bahasa Arab Komunikasi,
Matematik,
Sains,
Sejarah,
Geografi,
Kemahiran Hidup Bersepadu( EKONOMI RUMAH TANGGA),
Pendidikan Islam."

Lepas itu sambung lagi di sekolah SMKA dari form 4 and form 5(SPM):

"Bahasa Melayu,
Bahasa Inggeris,
Bahasa Arab Tinggi,
Pendidikan Syariah Islammiah,
Pendidikan Al Quran dan Sunnah,
Biology,
Chemistry,
Physics,
Add Math,
Matematik,
Sejarah."

Sambung pula form 6 (STPM):

"Pengajian Am,
Sejarah,
Bahasa Arab,
Syariah"

Then, tetiba ambil bahagian ala-ala ICT....terus memula rasa tak yakin boleh ke nak bawa subjek ni? Even tak ada kira-kira sekalipun, semuanya membaca sahaja, menghafal, memahami...heheh macam sejarah laa juga kan, tak pun syariah laa juga...kena hafal hadis sahih ke tak sahih ke nak kena faham bahasa arabnya, macam itulah cara mula-mula menuntut ilmu baru tu. Rasa seperti kanak-kanak kecil nak bertatih-tatih. Then, ada dapat lecturer pula jenis nak speed macam kilat, adeh...lagi haru dibuatnya nak mengejar......tu laa time form 6 makan suap muntah balik hahaha.....senang hidup....inikan degree...kenalah hard sendiri cari bahan sana sini......memang pengalaman baru betul.....haru juga naik biru nak buat macam-macam, kalau kat sekolah bolehlah skip-skip tak buat kerja, now kena hardworking lebih dari dulu kalau nak success.

Semua itu disuntik oleh ibu, walaupun tahu Princess bukanlah boleh study bagai nak 'rak' hancur jadinya nanti...amacam? Naik cuti ni macam-macam perkara nak kena settle adeh...rumah sewa pun tak tercari-cari lagi, assignment of course memang melambak usah cakaplah...presentation En. Farouk ni pun Princess dah 'fenin' nak study macam mana rupa.....speaking~ Alhamdulillah setakat termampu subjek Miss Huda (IMC401), En. Rashid (IMC402), Ust. Bakar (CTU) dan Madam Marhaini (BEL) still boleh lagi tangkap muat dalam minda ni, faham laa juga lecturer ni ajar memang cara cikgu kat sekolah laa juga.....so not bad laa......

Lagi 4 subjek dari 8 subjek sem1 ni, memang paling low laa juga nak tangkap muat hahaha.....En. Farouk(IMC407) memang agak melantun juga dalam class tu, rasa nak melompat-lompat sebabnya dah sindrom down sekejap hahaha.....kalau kelas En. Azmi(IMC406)subjek nya lebih kurang macam EN. Rashid tapi haiyaa....memang terbaik woo cakap politik memanjang kalau kedua-dua kelas lecturer lelaki ni hehe that's means En. Farouk and En. Azmi, tapi Princess ibarat dengar tak dengarkan aje laa....Nak kata bosan itu tidaklah, tapi bosanlah juga.....hahahaha 'mengong+merong' memanglah penting politik.....tapi....sila jawab sendiri.....??? Depends on yourselves....

Lagi dua subjek Madam Norasekin(MGT) dan koko 'crunchies' punya hal subjek hahaha.....MGT, my bro said senang aje subjek tu petik daun aje..kuang3x.....itulah abang Princess semua senang.....bagus3x! Memang terbaik! Kelas tu paling Princess nak jadi Merong Mahawangsa versi perempuan hehehe.....perghh laju ibarat siput jalan tak sempat sampai, eh3x..bukan2x.....hehehe...ibarat kilat suka memetir....laju sungguh! Tahulah Princess ni dok tahu apa-apa pun pasal pengajian perniagaan ke apa! Adoiyai....sabar ajelah ajarnya ibarat semua intelligent belaka. Seriously, malam sebelum test orang patutnya study 'FAHAMKAN' ini tak, kami-kami 'MENGHAFAL' ye ibarat soalan tanya A, kitaorang jawab jawapan Z kuang3x....hahaha alamat kuiz masa tu macam mencurah-curah ke daun keladi laa gitu....

Tu belum lagi pasal nak menghafal teori kawad segala tuh. Adeh....sebelum-sebelum nie pernah laa berkawad polis, tapi tak ada laa pula nak exam segala macam kena jawab esei..huaaa!!!! Sebelum balik raya haji kami-kami pratice kat bilik petang-petang ganti riadah yang tak berapa nak riadah laa kan sebab keadaan cuaca tak mengizinkan, musim tengkujuh ye sekarang ni di area pantai timur..faham-faham aje laa....tak tahulah macam mana exam kawad kaki nanti hahaha...bukan di padang kawad..tapi di padang kertas kuang3x....aiseyman......

Okey done ce citer pasal lecturer, kengkawan dan life as a student's university....wait for another story from me ya....okey I'm so sleepy....good night my dear readers...bloggers....and friends....

See u all later, wassalam

0 Comments:

 

Copyright by © 2013 Studio Puteri Nabilah