SUBHANALLAH INDAHNYA SERUANMU

Assalammualaikum...


Seruan azan...
memanggil umatmu supaya mengejarkan ibadah wajib....
5 waktu sehari semalam,
Seruan azan...
mendayu-dayu setiap waktu....
tidak kira kala pagi, petang dan malam.....
menyeru kepada manusia menuju kepadaMu....
SUBHANALLAH!


Azan bermula di Indonesia yang terletak di bahagian Timur dengan ratusan kepulauannya dan jumlah penduduknya seramai 180 juta orang.

Sebaik masuk waktu Subuh, azan berkumandang dari kawasan kepulauan Indonesia ini dengan ribuan bilal/para muazzin yang akan melaungkan  keagungan Allah S.W.T dan Rasulnya, Nabi Muhammad S.A.W.

Proses ini akan bergerak ke arah barat kepulauan Indonesia. Perbezaan masa antara timur dan barat Indonesia adalah 1- 1/2 jam.

Belum pun selesai azan Subuh berkumandang di serata Indonesia, laungan azan mula berkumandang pula di serata Malaysia. Berikutnya azan dilaungkan pula di Burma dan dalam jangka masa 1 jam di Jakarta. Selepas itu, tiba pula azan dilaungkan di Dacca, Bangladesh. Seterusnya azan berkumandang pula di Calcutta dan terus ke Srinagar, di barat India.

Perbezaan waktu-waktu di Kota Pakistan adalah 40 minit. Jadi dalam jangka masa ini, azan akan terus berkumandang di seluruh Pakistan. Belum berakhir azan berkumandang di Pakistan, azan akan mula dilaungkan di Afghanistan dan Muscat.

Perbezaan waktu antara Muscat dengandan Baghdad adalah 1 jam. Makanya, dalam jangka masa ini azan akan berterusan berkumandang sehingga ke UAE, Makkah, Madinah, Yaman, Kuwait dan Iraq.

Proses laungan azan berterusan lagi setiap detik, sehingga ke Pantai Timur Atlantik. Jarak masa azan dilaungkan di Indonesia sehingga ke Pantai Timur Atlantik adalah 9-1/2 jam.

Belum pun azan Subuh berkumandang di Pantai Timur Atlantik, azan Zuhur mula berkumandang di sekitar Indonesia. Hinggalah kejadian tersebut berulang-ulang setiap waktu solat dari Subuh, Zuhur,Asar, Maghrib dan Isyak. Tidak putus-putus azan berkumandang di setiap penjuru dunia.....

Untuk pengetahuan lebih difahami jom tonton video di bawah:



sekian wassalam
semoga bermanfaat buat semua..
✿~ Jika mereka sibuk mencari cinta, biarlah kita sibuk mencari iman.•.♥•
✿~ Jika mereka sibuk mencari pasangan, biarlah kita sibuk mencari keredhaan.•.♥•
✿~ Jika mereka menangis kerana kecewa, bercinta biarlah kita menangis mengenang dosa-dosa semalam.•.♥•
✿~ Jika mereka lebih cintakan manusia, biarlah kita cintakan Tuhan. •.♥•
✿~ Jika mereka dambakan dunia, biarlah kita dambakan akhirat... •.♥•
 

Copyright by © 2013 Studio Puteri Nabilah