TITIPAN HATI DARI SEORANG PUTERI

Assalammualaikum
Alhamdulillah, Allah masih bagi nafas buatku hirup oksigen di muka bumi ini lagi dalam keadaan diriku masih sempurna fizikal. 

Seperti mana hari-hari sebelum ini Princess masih perlu melalui jalan-jalan kehidupan penuh liku-liku. Ya, setiap insan ada jalannya tersendiri, tersusun dan teratur perjalanan itu. Melalui jalan-jalan itu, barulah kita akan temui macam-macam perkara tanpa sedar.

Hari ini, perjalanan hidupku masih lagi teratur. Tidaklah terumbang ambing ibarat kapal tersesat di lautan. Princess masih punya orang-orang tersayang di sisi, seorang tinggalkan Princess berseorangan sepuluh datang memberi sokongan, makanya hidup ini tidaklah terlalu kosong ibarat tin kosong hahaha....

Bukannya mudah nak jadi wanita idaman para mujahid sejati. Tapi Princess tetap mencuba. Banyak pula ujian datang menimpa. Terlalu sukarkah menjadi seseorang dalam impian seorang mujahid. Ya, Princess maybe agak demand memilih....setiap orang mahukan terbaik di sisinya, supaya membimbing ke arah yang lebih baik, tapi tak semudah itu kita akan dapat. Sebabnya tak ramai para mujahid yang muncul dalam era ini. Kalau adapaun 1 dalam sepuluh, 10 dalam 100 mungkinlah....Insyaallah....

Liku-liku itu buatku berfikir sejenak....

Apakah yang penting dalam hidup ini?
Bukankah iman dan amal itu lebih penting?
Bila bercakap tentang agama, semua pakat cabut lari, sebab akan ada berkata:

"Ah, itu bukan urusanku!"
"Alamak, ustazah datang bagi tazkirah laa pulak adoiyai"
"Ah, kubur lain-lain, dosa lain-lain"

Itulah manusia.....apa boleh katakan bersabarlah....

Eh, apa sebenar motif nak cerita entry Princess kali ni? Actually tak tahu nak cerita apa, sebab sekarang ni fikirkan nak siapkan design blog customer....Alhamdulillah rezeki datang tak kira masa. Allah itu Maha Pemurah....Amiin...

Apalgi nak diungkap di sini, ya perasaanku ketika ini.....
Macam-mcam perasaan bercampur baur, ada gembira sedih dll.....
Kenapa?
Tak tahu nak jawab kenapa.....

Nak cerita tapi rasanya ibarat mengangkat bakul sendiri hahaha....
Tak apalah ada ke orang ambil tahu tentang hidup Princess sekarang ni?
Followers setakat ni semakin meningkat dari dulu beratus aje sekarang dah seribu lebih, thanks a lot bagi sesiapa yang sudi follow tanpa rasa terpaksa, Princess tak kisah siapa nak follow silakanlah....

Tak banyak nak di ceritakan, apa yang penting hati ini semakin merindui....
bukanlah merindui seseorang yang pernah memiliki hati ini...
tapi seseorang yang akan menjadi pemilik hati ini...
siapakah? belum ketahuan lagi siapakah pemilik hati ini selepas Allah dan Rasul....


Kecantikan yang abadi terletak pada keelokkan adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan terletak pada wajah dan pakaiannya. (Hamka).

"Aku bukanlah wanita tercantik, seperti Siti Aisha Humaira
Aku bukanlah wanita terkaya, seperti Siti Khadijah
Aku bukanlah wanita terkuat, dalam beribadah seperti Maryam
Aku bukanlah wanita terhebat, seperti Sumayyah
Aku bukanlah wanita terbaik, seperti Siti Fatimah
Tapi aku tahu akulah wanita yang dilindungi Allah sentiasa....
Kerana dialah pemilik hati wanita-wanita......
sebelum insan yang bergelar seorang suami buat wanita itu....."


Sekian wassalam coretanku di pagi hari Jumaat bersamaan tarikh 11.11.2011.

0 Comments:

 

Copyright by © 2013 Studio Puteri Nabilah