HATI AKU BUKAN HATI KAU


Assalammualaikum

Meniti hari-hari yang memang banyak dan penuh dugaan. Haish, kenapa asyik nak cerita benda-benda bermasalah ni! Benci betul keadaan hati dan perasaan ku ketika ini. Macam-macam benda membuatkan diri ku serabut rasanya.

Kadang-kadang kita tak sedar apa yang kita ucapkan atau kita lakukan. Ya banyak perkara yang aku khilaf. Aku bukanlah seseorang yang boleh mendiamkan diri 100% boleh gila rasanya dipendam-pendamkan. Tapi, apa gunanya kalau aku cerita kepada kawan-kawan yang masing-masing bukan boleh buat hati aku makin reda, makin serabut adalah. Ibarat aku tunggul macam tak ada perasaan mahupun hati, sekarang ini hati mampu bersabar hanya kerana Allah. Ya, Allah yang buat hati aku jadi sekuat ini, ikutkan rasanya mahu sahaja dibentak balik! Tapi, aku masih bersabar. Ya, tatkala umurku setahun jagung dulu mampu bertahan selama 3 tahun memendam rasa, Nauzubillah rasa nak bunuh sahaja mereka semua! Ya, tapi aku masih mampu bertahan jiwa syaitan menghasut itu.

Orang memandang aku ibarat aku 100% terbaik, oh tidak itu bukanlah diri aku sebenar. Aku manusia biasa yang tak punya apa-apa, harta apatah lagi rupa apatah lagi kebijaksanaan. Ya, orang memanggil namaku Nurnabilah, bukanlah jelik maksudnya apatah lagi keji, tapi nama itulah nama sebaik-baik maknanya yang tidak ada pada diri ini. “Cahaya kelembutan dan kecerdikan” SUBHANALLAH baiknya ibu memberi  nama itu sebenar-benarnya. Tapi, aku sendiri tidak mampu menjadi sebaik nama itu. Ya, bak permulaan kata-kataku, aku bukan insan sempurna. 
Hari ini hati terduga lagi ibarat mencucuk rasanya. Tapi, aku bersabar. Ya, memang aku sangat-sangat bersabar. Ibarat berjumpa kawan talam dua muka! Belum pernah lagi jumpa kawan-kawan kaki mengumpat 24 hours! Serius aku terpempam! Ya, saat aku buat tak tahu, aku tahu mereka-mereka mengumpat, ya ibarat makan daging kawan sendiri! Aku cuba menahan amarah kerana syaitan itu ada di mana-mana untuk manusia saling bermusuhan dan berdendam. Tak mengapalah andai mereka mengumpat tentang aku bagaimana itu dan ini. Yang penting aku bersuara yang hak sebab aku tak tahu nak bersuara yang bagaimana. Jadi aku mencari inisiatif bersuara menggunakan penulisan. Ya aku tak tahu nak berkata secara berdepan, tapi aku hanya mampu secara penulisan. Itulah aku, bukan suka jenis bersuara berdepan dengan orang yang aku tak puas hati, andai kata aku tak puas hati akan ku luahkan dalam diari alam maya, aku tak kisah aku nak cerita apa sebab aku tak menyebut siapa empunya gerangan, adakah ianya mengaibkan? 

Alangkah aku ingin meluahkan rasa dengan lecturer yang ibarat kakak aku sendiri pun mereka memerli, adakah aku tak berhak untuk meluahkan apa yang terpendam? Aku tak nak menjadi diri aku yang lama, memendam lama-lama ibarat gunung berapi, Ya aku jenis tak berani nak marah kawan sendiri, sebab kalau aku marah berdepan dengan kawan aku sendiri, kawan aku akan tetap kata aku macam-macam yang lebih buruk dan teruk! Makanya lebih baik aku cari inisiatif lain untuk meluahkan apa yang aku rasa. Salah ke?
Aku tak faham nak cakap yang macam mana lagi. Cukup terasa hati. Memang sangat terasa hati. Ya,bak kata ibu bersabarlah kawan memang sukar nak cari yang baik-baik, kalau yang baik dengan kita pun ada bersebab. Bila susah cari kita, bila senang hentam kita. Aku sekarang sedang bingung nak ikut yang mana. Keliru sebentar. Apa yang mampu meredakan hati aku sekarang adalah mengadu dengan Allah, dan aku sekarang tengah bingung ini pun sedang menangis bersendiri mendengar ayat-ayat Allah. Semoga aku tabah hadapi semua ini. Ya,ujian ini sekecil  Cuma, mungkin aku yang tak mampu hadapi dengan matang. Ya pertama kali dalam hidup mungkin.  Aku cuba tidak mengadu pada ibu, sebab andai aku mengadu pada ibu pasti aku akan menangis dan menangis, ya ibarat kanak-kanak kecil lagaknya. Aku tak nak jadi seperti itu, aku mahu jadi kuat seperti serikandi terdahulu. Aku juga tak mahu nak mengadu apa-apa dengan sesiapa sebab fikiran mereka pasti tidak sama apa yang aku fikirkan. Maka, aku akan berdiam dan berdiam sendiri sehingga ianya boleh merosakkan mental dan hati aku. Ya, dunia ini takkan lekang dengan pancaroba.

Aku teringat kata-kata Abe Nie: “Hidup ini jangan nak bersedih, kita kena gembira walau apa jua ujian mendatang, kita cuba hadapi sebaik mungkin”. Ya aku tak menafikannya. Aku cuba gembira walau hati diresah kesedihan. Ya, aku akan cuba!
Ya Rabb, mungkin tak selayaknya aku berada di sisiMu kerana aku banyak berbuat dosa dan maksiat tanpa aku sedar dan tatkala aku sedar jua. Tapi kau tetap berada dekat dengan aku, kerana tatkala aku susah, aku merasakan kehadiranMu di sisi hambaMu yang hina ini. Hambamu ini sangat khilaf, aku memohon keampunan darimu. Mungkin ujian ini dating kepadaku kerana sejarah silamku yang banyak membuatMu murka denganku. Ya, aku akan cuba bersabar.

Surah Asy-Syura: 40
“Dan balasan suatu kejahatan adalah kejahatan yang setimpal. Tetapi sesiapa yang memaafkan dan berbuat baik kepada mereka yang membuat jahat maka pahalanya dari Allah. Sungguh, dia tidak menyukai orang yang zalim”

Surah Asy-Syura: 30
“Dan musibah apa pun yang menimpa kamu adalah kerana perbuatan tanganmu sendiri dan Allah memaafkan banyak dari kesalahan-kesalahan mu”

Andai kata diari ini membuat seseorang itu terasa, harap maaf, tapi ini segala luahan hati daripada aku. Bak kata orang kalau asyik fikirkan perasaan orang lain tapi tak pernah fikirkan perasaan sendiri ibarat membunuh diri sendiri. Aku adalah aku. Kau adalah diri kau sendiri. Aku dengan cara aku, kau adalah dengan cara kau. Aku bukan jenis cakap berdepan dan memerli, tapi aku jenis cakap terus terang dengan cara aku sendiri. Kalau terasa maaflah kan sebab kau pun lagi berganda buat aku rasa terasa hati sangat-sangat. Maaf entry kali ini agak kasar bunyinya. Tapi aku dah tak tahu nak meluahkan pada sesiapa kerana setiap kali aku bersuara kepada kononnya orang yang aku percayai, pasti dia akan memenangkan yang seorang lagi, so it’s better aku buat cara aku sendiri! That’s enough for me! Itulah apa yang aku nak luahkan, maka jangan nak salahkan aku kenapa aku nak luahkan dalam alam maya juga. Sebab fikiran korang tak sama apa yang aku fikirkan! Dari aku kena macam-macam depan korang better aku tulis sini, korang pandai cakap depan-depan baru puas hati kan? So, aku pun boleh buat dengan cara aku sendiri kalau aku nak puaskan hati aku. Faham?? 

So, jangan nak samakan aku dengan korang. Aku lain korang lain! Yang penting ku tak sebut langsung siapa gerangan yang membuat hati aku terganggu. Siapa termakan cili terasa pedasnya okey….So, jangan nak salahkan aku kalau aku nak cakap apa pun kat wall facebook ke kat blog aku ke, itu adalah akaun aku dan aku tak pernah sebut siapa kawan-kawan aku yang cakap macam-macam kat aku. So, jangan nak terasa sangatlah, lainlah memang kena betul-betul kat diri sendiri. Aku tengok orang lain selamba je nak cerita apa-apa kat wall facebook or blog, kenapa aku tak boleh itu hak aku, yang penting and oe more again aku tak sebut siapa gerangan perosak hati aku faham??

Okey sekian wassalam

2 Comments:

sweety gurlz said...

nak cara buat shoutbox .

ZiELa said...

biasalah 2..lumrah berkawan..ape yang ko rase skrg ni..aku pon rase n aku fhm situasi ko..ko kire beruntung bru kawan ko da kne..xdela nak terasa hati sgt..tp aku da kwn lm tp tbe skrg buat mcm2 kt aku..sakit hati ni hanya ALLAH je y tau..cite kt kwn lain pon tak bole selesaikan ape2..so ikut cara sndiri n truskan hdp ngn care sndiri..2 care aku..aku xkan fikir hati org lain lg lps ni..dulu bole la nk fikir ati org..sikit2 ati org nk kne jg..skg da tbe mse tok fikir dri sndri..its up 2 u la..tp aku suggest ko buat care hdp ko sndri.. btw, moga success slalu ye..ingat..ALLAH sentiasa ada utk org2 teraniaya..ada hikmah sume y berlaku..sbr ye kawan..=)

 

Copyright by © 2013 Studio Puteri Nabilah