GOYAHNYA IMANKU

Assalammualaikum...
Alhamdulillah bertemu kembali di alam maya Princess bersama pembaca setia blog ini. Hari ini Princess merasakan iman Princess tersangat jatuh dan lemah mengenangkan musibah pada hari ini berlaku kepada Princess.

7.00 pagi:
Bersiap-siap untuk ujian kecergasan Kesatria. Bermula pagi itu Princess sudah mula merasakan sesuatu yang membuatkan hati ini resah gelisah dan duduk tak senang. Tapi tak tahu kenapa hati rasa sebegitu rupa. Ya Allah hari ini jugalah iman Princess mula goyah. Rasa seperti tak kuat. Bukan nak salahkan takdir menimpa musibah ini inilah salah satu hikmah yang Princess dapat. Subhanallah, ya Princess dapat bertahan walaupun mulut ini terasa nak terkeluar anak tekak nak menangkan diri sendiri.

Musibah yang tak secara langsung tiba-tiba menimpa diri  ini Alhamdulillah Allah bagi ujian ya Princess bersyukur. Kerana ujian yang diberi tanda Allah sangat sayangkan Princess, sangat rindukan Princess, dan sangat  mencintai Princess sebagai hambanya.

Malu mula menerjah tatkala aurat yang dijaga terpaksa dibuka, bukanlah nak demand sangat, tapi terasa lain bila kaki nampak di mata-mata Sang Adam. Princess bukanlah seorang wanita yang alim sealimnya. Tapi diri  ini terus mencuba yang terbaik untuk menjaga diri ini.

Terima kasih tak terhingga kepada komander-komander yang sedia membantu Princess tatkala dalam kesakitan. Walaupun bagi orang lain ibarat Princess mengada-ngada sakit. Actually, memang Princess nak turun padang even thought sakit-sakit macam tu sekali sebabnya tak nak korbankan latihan yang tinggal satu tadi untuk ujian kawad. Princess kesiankan kawan-kawan yang mungkin ada tak puas hati, makin nak dekat ujian ada-ada sahaja nak sakit. Serius bukan Princess nak mengada-ngada sakit, tapi memang kesaktan sukar diungkap dengan kata-kata dan cuba untuk bangun tapi kaki tetap bengkok, Kalau Princess memang kat Johor masa itu juga Princess pergi berurut, memang Princess terlalu banyak kali terseliuh. Tapi kali ini nak kata terseliuh sebab kaki terpeleot or terjatuh tak ada pun tapi secara tiba-tiba kaki kejang, then Princess kuatkan semangat nak sampai ke Medan Ilmu dengan sendiri! Bukan ego tapi tak nak orang lain pandang lemah pada Princess!! Ya Princess tak lemah!! Ibu tak pernah ajar Princess jadi lemah.

Cuma Princess rasa sangat-sangat terkilan dengan kawan-kawan Princess. Sedih rasanya. Mungkin Princess buat mereka sakit hati sampai mereka menyakitkan hati Princess kembali, Ya Princess bukanlah malaikat yang tak ada kejahatan langsung, Princess manusia syumul tak sempurna dari segi apa-apa pun. Princess tak minta jawapan dari mereka untuk menolong Princess apa-apa pun just doakan Princess baik-baik sahaja. Itu sahaja Princess minta, kalaupun tak mahu doakan kesejahteraan Princess it's ok terpulang. Princess cuba menahan rasa sakit hati tapi tak berjaya sehinggakan mulut Princess meluahkan apa yang tidak puas hati sampai kawankawan cakap tak payahlah nak membebel. ok fine....Alhamdulillah apa yang antunna cakapkan, Princess ucapkan terima kasih sangat-sangat dengan kata-kata itu. Maaflah kalau mereka-mereka membaca diari Princess hari ini, tapi inilah salah satu cara Princess nak meluahakan segalanya, Princess tak mahu mengadu pada ibu, sebab Princess dah besar Princess kena pandai jaga diri di tempat jauh dari keluarga. Princess pun mengadu pada Allah, semoga Allah bahagiakan hati ini. Princess sangat merindui Lina dan Shasha dan Yana mereka sangat suka memberi sokongan moral dan dorongan buat Princess saat ditindas orang lain.

Princess bukanlah siapa-siapa....
Princess bukan student the best...
setakat melukis Princess bolehlah...
tapi kalau bab-bab membaca, mengira memang bukan skill Princess...
Tapi takdir menetukan Princess ambil subjek ni....
Princess terima kerana Princess tahu Allah tidak akan menzalimi hambanya...
kerana Dia tahu Princess mampu untuk melakukannya....

Ucapan terima kasih buat Kak Ika, kalau tak salah Princess kerana sudi memberi bantuan dengan membawa Princess berubat...kepada komander yang memapah Princess, maaf kalau Princess sangat berat. Kesian kalian, Princess rasa serba salah....maaf dan terima kasih atas segalanya...hanya Allah dapat membalas jasa kalian semua.....

Sekian wassalam
catatan hari ini buat Princess rasa tertinggal, tapi Allah sentiasa ada bersama Princess...ya Princess yakin itu!
bersabarlah hati duhai iman tetapkan di jiwa hambamu ini....amin Ya Rabb....


0 Comments:

 

Copyright by © 2013 Studio Puteri Nabilah