SURAT BUAT DATIN SERI ROSMAH-DARI SEORANG ANAK MUDA

Assalammualaikum...
Fuhh, baru satu post buat Princess rasa amarah, tiba-tiba terbaca satu surat dari sebuah blog, sungguh meruntun hati, dan sungguh berani anak muda itu! Princess sangat tabik dengan beliau berani bersuara! Sebagai anak muda juga, Princess ingin bersama-sama beliau bersuara kepada siapa pemimpin kita sekarang!

Dalam hadis Riwayat Abu Daud dan Al-Tarmizi:

Daripada Thauban Khadam Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesungguhnya perkara yan aku takuti ke atas umatku ialah para pemimpin yang sesat."
(Abu Daud & al-Tarmizi)

Mari sama-sama membaca sebuah coretan ikhlas dari hati seorang anak muda:


Assalamualaikum Datin Seri.
Saya Muhammad Muizzudin bin Zaini
Julai 2011 lalu, genaplah usia saya 19 tahun.

Saya perkenalkan diri, sebagai remaja yang ingin tahu. Apa jua medium yang termampu saya pergunakan, saya usahakan sebaiknya agar saya dapat mengikuti perkembangan semasa, khususnya berkenaan negara Malaysia yang tercinta ini.

Iya, Datin Seri. Umur saya, sangat muda. Kedudukan saya, jauh benarlah kiranya dibandingkan dengan Datin Seri. Namun, saya yakin dan percaya, andai umurlah yang menjadi penentu kelayakan seseorang untuk bersuara, tidaklah layak sama sekali untuk suami Datin Seri memegang amanah pentadbiran negara sekarang, kerana di luar sana terdapat ramai yang lebih tua usianya!

Tegas saya, saya adalah remaja yang memerhati. Saya tidak mahu, sekadar menjadi manusia yang kerjanya memuaskan tembolok sendiri. Tidak juga hanya terpaku di bilik darjah, ‘menelan’ buku teks sekolah. Saya percaya, erti hidup pada memberi!

Datin Seri Rosmah Mansor yang saya hormati,

Saya pohon jutaan kemaafan, andai surat kecil ini menyinggung Datin Seri. Saya tidak berniat untuk menyakiti hati Datin Seri, jauh sekali memburuk-burukkan. Surat kecil ini, hanyalah usaha kerdil saya, menyampaikan isi hati. Ia hanyalah suara hati dan pandangan seorang anak muda.

KASIH SAYANG KEPADA RAKYAT

Datin Seri,

Pernah suatu pagi, saya dibawa ibu untuk menziarahi jenazah anak tunggal seorang jiran kami. Kanak-kanak kecil itu, baru berusia 6 tahun. Khairani namanya. Runtun rasa di hati, sebaik melihat keadaan rumah tempat tinggalnya kanak-kanak itu bersama ibunya. Saya cuba membayangkan, bagaimanalah andainya hujan lebat menimpa bumbung rumah itu. Atapnya berlubang-lubang, hinggakan saya fikir memadai dengan cahaya matahari yang ‘mencuri’ masuk melaluinya untuk menyinari ruang dalam rumah daif itu. Saya terpaksa melangkah berhati-hati, kerana lantainya berkeriut dan goyah sekali.

Hadir insaf dan syukur di dalam hati saya, bahawa betapa saya memiliki hidup yang jauh lebih baik dan selesa berbanding ramai lagi rakyat kebanyakan.

Di sekolah, saya punyai rakan-rakan yang sulit sekali melangsaikan yuran bulanan asrama. Bukan culas, bukan malas, tetapi kesempitan hidup menyukarkan mereka. Adik-beradik ramai yang masih bersekolah, ditambah taraf hidup dan kos keperluan yang kian meningkat dari sehari ke sehari, semuanya membebankan!

Datin Seri,

Sungguh saya tidak mampu mengelakkan rasa kecewa, apabila mengetahui yang Datin Seri bermalam di sebuah hotel di Dubai dengan kos melebihi RM100, 000 semalaman. Sehingga ke hari ini, saya masih teringatkan rumah daif adik Khairani, juga nasib ramai lagi yang saya temui sepanjang umur ini. Saya tahu, betapa besarnya urusan Datin Seri, juga kedudukan Datin Seri. Mungkin memang Datin Seri berhak, tetapi, apakah Datin Seri langsung tidak teringatkan kami, rakyat yang kesusahan? Apakah Datin Seri langsung tidak terfikirkan nasib ratusan, ribuan lagi rakyat yang tidak bernasib baik?


Apakah tiada langsung rasa bersalah di hati Datin Seri? Rasa bersalah kerana tinggal hanya untuk semalaman tetapi dengan kos yang boleh menyamai lebih kurang pendapatan selama 66 bulan bagi 40 peratus rakyat Malaysia! 40 peratus inilah rakyat yang pendapatan bulanan bagi setiap keluarga adalah lebih rendah daripada RM1500 sebulan. Bahkan setiap 3 daripada 4 keluarga ini, adalah sebangsa dengan Datin Seri, bangsa MELAYU!

Atau apakah Datin Seri tidur dengan lena malam itu?

Hingga hari ini, sudah bertahun saya tidak ke restoran Pizza Hut, McDonald dan seumpamanya. Kerana cukup dengan hanya melihat dari jauh, hadir rasa pilu mengenangkan saudara-saudara seagama, anak-anak muda seusia saya atau kanak-kanak, wanita dan orang tua yang dibunuh kejam di Palestin oleh rejim zalim Israel hasil sumbangan restoran-restoran ini.

Ia dipanggil, kasih sayang Datin Seri. Maafkan saya, tetapi saya terpaksa bertanya, apakah tiada langsung walau secebis pun rasa kasihan kepada rakyat Malaysia yang hidup serba kesusahan? Rakyat yang terpaksa melupakan impian dan keinginan kerana kesempitan hidup, namun terpaksa pula menanggung kos penginapan Datin Seri dan rombongan di luar negara untuk hanya semalaman!? Bayangkan pula kos penerbangan untuk keseluruhan rombongan selain daripada penginapan!

Peningkatan kos sara hidup waktu ini, sangatlah membebankan. Suami Datin Seri berterusan meminta seluruh rakyat berjimat, sedangkan isterinya? Hasil tindakan kerajaan pimpinan suami Datin Seri, mengurangkan subsidi untuk rakyat terbanyak sedangkan untuk para taukeh-taukeh besar dikekalkan, juga ‘penyelarasan-penyelarasan’ harga, teramatlah menyulitkan kami semua.

Sungguh Datin Seri, kami sangat terbeban meskipun harga petrol dinaikkan walau beberapa sen. Ia akan mempengaruhi seluruh kehidupan kami. Harga makanan, pakaian, kos pengangkutan dan semuanya akan semakin menyulitkan kami. Saban hari, saya melihat ibu mengeluh kerana gajinya sukar sekali untuk disimpan, ia sekadar mencukupi untuk setiap bulan.

Kami rakyat tidak meminta Datin Seri turut menaiki kereta biasa atau tinggal di rumah biasa seperti kami. Hanya yang kami rakyat pinta, supaya Datin Seri dan suami menyelami hakikat kesukaran yang terpaksa kami tempuhi.

Malangnya, tindakan Datin Seri berbelanja mewah begini adalah sama sekali tidak menggambarkan Datin Seri dan suami bersama-sama kami. Sungguh, ini amat mengecewakan saya. Sukar sekali untuk saya mewajarkannya. Maafkan saya Datin Seri, sungguh ia tidak dapat saya terima.

Datin Seri yang saya hormati,

Tiadalah yang lebih mengecewakan dan membangkitkan kemarahan, melainkan ketika melihat Datin Seri dan suami di Festival Fesyen Islam Monaco. Bagaimana tidak, pakaian yang diperagakan langsung tidak menggambarkan Islam! Langsung tidak menutup aurat, menampakkan bahagian-bahagian yang sepatutnya sulit dan yang paling dahsyatnya, nama RasuluLlah SAW yang mulia tertera pada pakaian yang tidak menutup aurat!


Tulisan nama nabi Muhammad SAW terbalik!

Apakah Datin Seri tidak menyedari, bagaimana kemarahan yang telah Datin Seri cetuskan? Nama RasuluLlah SAW yang mulia dihina sebegitu rupa! Namanya cukup mulia, hinggakan apabila disebut namanya, dikira manusia yang paling kikir sekiranya tidak dipanjangkan nama itu dengan selawat ke atasnya. Tiba-tiba, nama itu dihina sebegitu rupa! Bahkan, Datin Seri yang menghadapi teguran, kritikan, kecaman dan tunjuk rasa langsung tidak memohon maaf. Langsung tidak!

Sedangkan para Ulama’ masih berbahas, bagaimana cara paling baik untuk mengagungkan Manusia Mulia ini, tiba-tiba Datin Seri kelihatan meredhai perbuatan yang jelas MENGHINA Baginda Nabi SAW!

Sebenarnya, Datin Seri sudah dari awal menunjukkan kecekalan Datin Seri melanggar syariat Allah. Datin Seri tidak menutup aurat, bersentuhan, berlaga pipi dan berpelukan dengan lelaki bukan mahram yang disepakati sekalian Ulama’ sebagai perbuatan yang HARAM!

Menyentuh anjing atau khinzir, hukumnya juga Haram. Namun, hilang kotornya dengan perbuatan menyamak. Malangnya, tiada apa yang mampu ‘membersihkan’ haram dan kotornya nya menyentuh lelaki ajnabi kecuali

API NERAKA!

Lalu, dengan semua perlakuan Datin Seri, apakah mungkin Datin Seri fikir kami rakyat akan menerima dakwaan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri bahawa kerajaan pimpinannya berusaha keras berjuang demi Islam dan bangsa. Sedangkan isterinya sendiri, tidak memelihara Akhlak dan Syariat Islam, juga adab-adab kesantunan Melayu malahan!

RAKYAT MENGIKUTI PEMIMPIN MEREKA

Kata ahli hikmah, “Agama manusia itu, di atas Pemimpin mereka”. Tinggi sahsiahnya, baik akhlaknya, ikhlas hatinya, patuh dan taat kepada Allah, maka begitulah jua rakyatnya. Rakyat akan terpengaruh dengan ketua mereka.

Malaysia hari ini, dalam keadaan yang benar-benar dahsyat bagi saya. Setiap masa perlu di dalam keadaan berjaga-jaga, kerana penjenayah menunggu kita alpa. Gerun saya melihatkan kanak-kanak yang bermain sendirian di halaman rumah, bimbang kalau-kalau ada manusia busuk hati yang berniat jahat kerana jenayah hari ini langsung tidak mengenal beza usia!

Budaya Hedonisme melampau. Nafsu ‘disembah’ sebagai Tuhan. Remaja Melayu Muslim tidak segan silu memakai pakaian yang jauh menyimpang daripada Islam dan adab Melayu. Tidak kekok mengogok arak di pesta-pesta jamuan nafsu. Saban hari ada sahaja kes bunuh bayi lewat pergaulan tanpa batas! Hari ini, remaja mati dengan sia-sia. Samada mati dalam ketagihan najis dadah, atau kemalangan dalam perlumbaan haram!

Gadis Melayu meminum arak

Bahkan seribu satu lagi, penyakit-penyakit sosial yang sedang membarah, membusuk di dalam negara tercinta!

Bukanlah saya menuding jari kepada Datin Seri dan suami, saya akui malahan, bahawa Datin Seri kelihatan cuba berusaha sedikit sebanyak bagi menangani masalah-masalah ini. Namun, hakikatnya, keadaan rakyat sesuai dengan keadaan pemimpinnya!

Manusia yang jelas disabitkan kesalahan rasuah, diangkat menjadi pemimpin! Manakala pemimpin lain yang mengkritik tindakan ini, di arah supaya tutup mulut dan diambil tindakan! Apa sudah jadi pada negara!? Sedangkan Nabi SAW bersabda, “Apabila amanah diberikan kepada BUKAN ahlinya, maka tunggulah KEHANCURAN!”

Pemimpin negara tidak memelihara adab pergaulan Islam, tidak memelihara batas aurat, berbelanja boros tanpa timbang rasa kepada rakyat, justeru, bagaimana mungkin kita mengharapkan yang baik-baik daripada rakyat?

Saya gerun melihat perkembangan ini, Datin Seri. Hari ini, kita mengeluh kerana ramainya anak-anak luar nikah yang didaftarkan. Bayangkanlah, apa yang mungkin kita keluhkan 5 atau 10 tahun akan datang!

Antara sifat agama kita, INQILABIYYAH Datin Seri. Ertinya, adil dan zalim mustahil begerak seiring. Kebenaran dan kebatilan sama sekali tidak akan bercampur. Syariat Islam dan yang bercanggah dengannya, pasti tidak akan ditemui titik temu antara keduanya. Justeru, Datin Seri berusahalah sehebat manapun untuk memperbaiki masalah sosial, gejala buang bayi dan sebagainya, selagi suami dan kerajaan Datin Seri terus mengesampingkan hukum Allah, dasar Allah, syariat Allah, maka Datin Seri tidak akan BERJAYA! Berani saya kata!

Bagaimana tidak? Datin Seri berusaha mengelakkan masalah bunuh bayi yang kita semua maklum ia bermula daripada pergaulan bebas, sedangkan hub hiburan malam, lesen judi dan konsert-konsert mega sebenarnya adalah penyumbang besar kepada masalah ini! Kerajaan pimpinan suami Datin Seri, umpama membina dan meruntuhkannya semula. Bina dan runtuh, kemudian bina dan runtuhkan lagi. Itulah kitarannya.

KUASA Datin Seri ke luar negara untuk bertemu pemimpin negara luar, pernah juga Datin Seri menyambut kehadiran Perdana Menteri luar negara ke Malaysia, dana RM111 juta untuk PERMATA, pertemuan First Lady dan liputan-liputan meluas setiap aktiviti Datin Seri di media dalam dan luar negara, itu bagi saya menunjukkan yang Datin Seri seolah-olah punya kuasa di dalam pentadbiran negara.


Justeru, sebagai anak muda yang penuh persoalan di minda, saya bertanya dengan baik, bagaimana ini semua berlaku? Sedangkan, kami rakyat tidak pernah melantik Datin Seri sebagai pemimpin negara. Suami Datin Seri yang memimpin kerajaan yang telah dipilih rakyat melalui proses Pilihan Raya! Atau apakah dengan hanya menjadi isteri kepadanya, menjadikan Datin Seri turut berkuasa?

Datin Seri pasti tahu, berkenaan kebangkitan rakyat yang menyemarak di Timur Tengah. Kerajaan yang tidak bertimbang rasa diterjah dan dihalau rakyat! Antara isunya ialah bagaimana berkuasa dan kaya rayanya isteri kepada pemimpin-pemimpin yang telah tumbang itu.

Saya cintakan negara saya. Tidak sanggup saya melihat negara porak peranda, namun, kiranya Datin Seri berterusan mengikut jejak langkah isteri-isteri pemimpin yang tumbang itu, maka mungkin Datin Seri dan suami boleh menerima nasib yang sama. Kami rakyat semakin tidak tertanggung lagi dengan tekanan-tekanan kewangan dan keperluan hidup sekarang!

Datin Seri,

Surat ini bukanlah ancaman, bukan juga ugutan. Ia sekadar luahan rasa, nasihat dan pandangan yang cuba seorang anak muda sampaikan. Ingin benar saya ingatkan, kedudukan yang Datin Seri nikmati hari ini, adalah kerana rakyat memilih suami Datin Seri. Kuasa di tangan kami, untuk menentukan jatuh dan bangunnya Datin Seri dan suami. Dan sebenarnya, kami rakyat hanyalah ‘jalan’ bagi Allah untuk mengatur ketentuan ini, Allah jualah yang meletakkan kekuasaan kepada sesiapa yang dikehendakinya.

Justeru, berbaiklah dengan kami. Patuhilah suruhan Allah. Kami tidak pinta lebih, sekadar bertimbang-rasa untuk kami.

Datin Seri yang dihormati,

Surat ini mungkin sampai ke tangan Datin Seri. Mungkin sampai sendiri, atau terhenti di tangan pembantu-pembantu Datin Seri atau tidak mampu hampir sama sekali. Kiranya ia selamat sampai ke tangan Datin Seri, saya pohon maaf, kalaulah surat kecil saya ini mengguris rasa Datin Seri. Maafkan saya, kalau ia kerana kesilapan-kesilapan bahasa dan cara penulisan. Namun, andainya Datin Seri terasa hati kerana menerima teguran, tidak akan saya pohon maaf untuk itu! Teguran ini adalah benar, justeru tiada apa yang perlu saya risaukan dengan kebenaran. Ia pasti menang dan tertegak!

(edisi Weblog M@RHAEN)
Inilah PENCAK kami! PENCAK ANAK MUDA!
Oleh: Muhammad Muizzuddin - Suara Fata

Sekian wassalam. Apa yang baik datangnya dari Allah, apa yang buruk datangnya dari kekurangan diri walaupun kedua-dua datangnya dari Allah. 

BEING A TEACHER? I'M NOT SURE I LIKE OR NOT?

Assalammualaikum...

Today I want to tell you all about my opinion. About what? About to be a teacher! Before this I would like to be a teacher because when being a teacher, we can get more holidays! Because our calendar have more school holidays! hahaha.....But, nowadays, I don't like it! Why?




Even in Hadith said:

Hadis tentang ganjaran menyampaikan ilmu:

Daripada Abu Umamah al-Bahili, Rasulullah S.A.W bersabda: "Sesungguhnya Allah, malaikat dan ahli (penduduk) langit dan bumi, hinggakan semut di dalam lubang dan juga ikan paus (meliputi seluruh haiwan di darat dan di laut) mendoakan kebaikan ke atas orang yang mengajar perkara yang baik kepada manusia."
(Riwayat Al-Tarmizi)

Hari-hari Princess mendengar masalah dari someone yang berpengalaman lama walaupun cikgu sekolah rendah tapi masalah kecil jadi masalah besar macam jaga budak sekolah menengah! Masalah hati-hati manusia memang tak boleh nak dipisahkanlah, hatta di mana-mana or situasi pun ada masalah hati di antara manusia, tak kiralah dendam kesumat ke, dengki berdengkur ke, hahaha....Tapi masalah satu ini Princess memang tak boleh terima langsung. Tak tahu agama apa ke? Atau belajar agama tak cukup sangat ke? Atau perkara yang kecil molek pun tak tahu fikir ke? Aduhai......Princess pelik dengan sistem pendidikan sekarang, al maklumlah nak pilihan raya katakan, tak pasal budak-budak jadi mangsa, cikgu-cikgu jadi mangsa juga. Bukan setakat tukar bahasa, macam-macam bertukar...[dalam hati said nasib baik dah habis sekolah hahaha].....

Princess bukan cakap sebarangan tapi kejadian memang berlaku okey...Princess dengar sekarang kerajaan ambil cikgu dari foreigner, someone yang cerita pada Princess cakap budak muda area umur-umur belia laa macam tu, then the guru besar suruhlah someone yang cerita pada Princess tu jemput mamat mat saleh tu bawa datang sekolah mengajar, owh my Allah (OMA) gila ke apa? Suruh seorang wanita bergelar Hajah ambil budak foreigner lelaki orang kafir laknatullah pula tu, tak boleh bla......agak-agak tak ada cikgu lelaki ke yang nak di suruh tu? Ingat someone yang cerita pada Princess tu maid guru besar tu ke apa? Dah laa tak bagi duit minyak, ingat minyak free dan murah ke apa? ceit! Otak guru besar tu macam letak kat lutut agaknya? kuang3x....dah nama pun guru besar, kepala besar lah sesuka hati sesuki jiwa je nak suruh bini orang ambil budak lelaki foreigner yang tak tahu adab orang Melayu yang beragama Islam, haishhh....!!!!!

Princess memang jiwa sakit aje! Padahal benda basic je pun, dalam agama lelaki bukan muhrim mana boleh berdua-duaan dengan perempuan! Apahal jahil sangat?? Budak tadika pun tahu batasan tu? Ini otak dan kepala guru besar pun tak boleh fikir ke? Memang nak perli habis sebenarnya, sakit hati je mendengar someone yang cerita pada Princess tu tiba-tiba tertekan, OMO.....

When I hear her story, I said to her: "Kenapa tak cakap dengan guru besar tu, agak tak belajar agama ke? Islam ke kafir?" memang geram betul dengan orang tua yang tak ada adab [nak kata tua umur lebih kurang je pun]! suka suki je....then I plus...plus said: "Agak sekolah tu tak ada sekor pun ke cikgu laki-laki? Apa guna cikgu laki daaa" 

Okey to the straight point, now I don't like to be a teacher! Because the guru besar. Princess tak salahkan semua cikgu, tapi disebabkan satu situasi yang macam itu buat Princess semakin meluat! Bukan setakat itu sahaja! Meh sini Princess cerita apa guru besar tu buat, al maklumlah guru besar yang sangat FANATIK pada politik sampai agama ISLAM terbengkalai, itulah guru besar berpolitik UMNO! So, jangan nak salahkan sesiapa kalau ada yang meluat dengan orang FANATIK, OBSES, dan OBESITI dengan UMNO okey! 

Cerita seterusnya, ada satu ketika budak-budak darjah 1 sekolah itu, majoriti anak orang-orang berada, ada seorang anak seorang ahli politik UMNO, the teacher give a present just a note book called buku 3 lima (555)...ala buku yang gila murah tu! Then, the guru besar told to the anak ahli politik tersebut "Nanti, balik rumah minta pada ibu ya, beli yang lagi cantik" Perghhh!!! Budak darjah 1 tu pun mula-mula happy dapat hadiah dari cikgu dia, yang Sang Gajah Guru Besar ni pergi mengajar budak kecil jadi seorang yang demand! Apa ni? Ini ke etika seorang guru? Kesian dekat cikgu yang bagi tu, dia dengar apa yang guru besar tu cakap, kecil hati tau tapi SABAR je laa..sebab SABAR senjata orang BERIMAN!

Memang kalau Princess ada pada masa tu memang Princess tibai betul-betul, sebab dia ibarat mempermainkan sahaja. Princess sangat benci orang yang mempermainkan soal yang berkaitan agama! Kepada orang-orang yang tak setuju, Princess said sorry laa, ini bukan benda kecil okey! I know, I'm not a best or a good person, but I want and I must to be a best and a good Muslimah, sorry to said, why I'm so rough for my bahasa......That's my opinion kepada yang suka suki ambil endah tak endah bab-bab yang sekecil cuma, tu baru kecil belum lagi yang besar-besar.....The story I get from my angel...who? The person who want me to live in this world!

Sekian wassalam

A MOMENT TO REMEMBER

Assalammualaikum...
Sekian lama tidak menulis dan berkongsi cerita dengan blogger, reader yang mengikuti perkembangan Princess dalam alam maya. Akan ada yang mengikuti hidup Princess, ye ke? Opps, jangan perasan sangatlah...hahaha....
Okey straight to the point, hari ini Princess baru sahaja menjejakkan kaki ke Negeri Johor, negeri kelahiran penat juga naik train selama 11jam lebih, pinggang sakit, tengkuk lenguh, otot-otot lengan sakit sebab beg sangat berat...

Macam-macam moment di universiti selama satu sem di UiTM Machang, Kelantan, jom tengok kisah kami melalui gambar...Perjalanan permulaan menyinggah di perpustakaan paling terbaik dan popular buat masa kini iaitu Perpustakaan Raja Tun Uda. Memang best laa....jom tengok pengalaman kami mengelilingi perpustakaan ini!


SITUASI 1: LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE PERPUSTAKAAN DI KUALA LUMPUR & SHAH ALAM






Gambar-gambar di sekitar tempat penginapan kami di UiTM Puncak Alam. Pemandangan di sini membuatkan kami begitu cemburu sebabnya ada lif. Salah satu kemudahan terbaik untuk sesebuah universiti. Tapi, setiap sesuatu institusi itu ada kelebihannya dan ada juga kekurangannya. Antaranya, jarak fakulti dan kolej agak jauh, dan universiti ini juga terletak jauh dari bandar. Makanya, bersyukurlah kami kerana memiliki kemudahan yang okey walaupun tak ada lif, hehehe....nak bayar duit kemudahan awam dalam universiti pun hanya RM0.50 sahaja.

Okey Princess dah jenuh nak menaip walaupun hanya gambar banyak ditepek dalam post kali ini dan ini adalah post kedua dalam tahun 2012! SELAMAT TAHUN BARU CINA [memekak jerk malam-malam macam nie, nasib baik tak tidur lagi, kalau dah tidur serius bangun balik jenguk facebook hahaha]

Sekian wassalam

SELAMAT ULANG TAHUN SAYANG

Assalammualaikum w.b.t

Salam buat kekasih-kekasih hati Allah S.W.T....
Salam buat perindu-perindu baginda Rasulullah S.A.W...
Salam buat pecinta-pecinta agama Islam....
Salam buat sang penyaipenyair alunan ayat suci Al Quran...
Indahnya saat setahun bersama....
Tetapi satu hari kita berfikir...
Siapa kita sebenar?
Adakah kita kekasihNya?
Adakah kita selalu merindui Baginda?
Adakah kita masih menjadi pecinta agama Islam?
Adakah selalunya kita mendengar dan mendendangkan syair-syair indah itu alunan suci AlQuran...
Subhanallah.... Alhamdulillah nafas 2012 kita masih mampu menghirup....


Ahlanwasahlan... ^_^ fil sanahtul jadid!! hehehe



Rasulullah bersabda bermaksud:
“Berbahagialah hidup di dunia bagi orang yang mengumpul kebajikan untuk bekalan hari akhiratnya, sehingga dia memperoleh redha Tuhannya. Dan celakalah hidup di dunia bagi orang yang dipengaruhi oleh dunia, hingga dia terhalang daripada (mengerjakan) amalan untuk akhiratnya, dan lalai untuk memperoleh redha Tuhannya.”


Kenapa tajuk ucapan Princess beralainan? Ada maksud tersirat dalam tajuk itu biarkanlah ia berlalu sepi.....tinggalkan segala kenangan lama bangkit dengan memori baru bersama teman dan sahabat.....


Sekian wassalam
 

Copyright by © 2013 Studio Puteri Nabilah