A MOMENT TO REMEMBER

Assalammualaikum...
Sekian lama tidak menulis dan berkongsi cerita dengan blogger, reader yang mengikuti perkembangan Princess dalam alam maya. Akan ada yang mengikuti hidup Princess, ye ke? Opps, jangan perasan sangatlah...hahaha....
Okey straight to the point, hari ini Princess baru sahaja menjejakkan kaki ke Negeri Johor, negeri kelahiran penat juga naik train selama 11jam lebih, pinggang sakit, tengkuk lenguh, otot-otot lengan sakit sebab beg sangat berat...

Macam-macam moment di universiti selama satu sem di UiTM Machang, Kelantan, jom tengok kisah kami melalui gambar...Perjalanan permulaan menyinggah di perpustakaan paling terbaik dan popular buat masa kini iaitu Perpustakaan Raja Tun Uda. Memang best laa....jom tengok pengalaman kami mengelilingi perpustakaan ini!


SITUASI 1: LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE PERPUSTAKAAN DI KUALA LUMPUR & SHAH ALAM






Gambar-gambar di sekitar tempat penginapan kami di UiTM Puncak Alam. Pemandangan di sini membuatkan kami begitu cemburu sebabnya ada lif. Salah satu kemudahan terbaik untuk sesebuah universiti. Tapi, setiap sesuatu institusi itu ada kelebihannya dan ada juga kekurangannya. Antaranya, jarak fakulti dan kolej agak jauh, dan universiti ini juga terletak jauh dari bandar. Makanya, bersyukurlah kami kerana memiliki kemudahan yang okey walaupun tak ada lif, hehehe....nak bayar duit kemudahan awam dalam universiti pun hanya RM0.50 sahaja.

Okey Princess dah jenuh nak menaip walaupun hanya gambar banyak ditepek dalam post kali ini dan ini adalah post kedua dalam tahun 2012! SELAMAT TAHUN BARU CINA [memekak jerk malam-malam macam nie, nasib baik tak tidur lagi, kalau dah tidur serius bangun balik jenguk facebook hahaha]

Sekian wassalam

0 Comments:

 

Copyright by © 2013 Studio Puteri Nabilah