HUKUM HUDUD APA MAKNANYA?

Assalammualaikum wbt...
Hukum hudud, apakah yang dimaksudkan dengan hukum hudud dalam Islam? Di kala ini ramai sedang berbicara tentang hukum hudud. Kenapa? Kerana tahap kadar jenayah di dunia masa kini semakin meruncing di kalangan masyarakat kita. Ada juga orang menganggap hukum hudud ini kejam dan keji. Tidakkah anda merasakan hukum hudud ini dapat menjami masa depan masayakat Islam yang berjaya menepis diri menjadi seorang kejam dan keji? Tidakkah anda terfikir kadar jenayah akan berkurangan sekiranya hukum hudud ini dilaksanakan mengikut Al Quran dan As Sunnah? Kalau dalam buku Pendidikan syariah Islammiah Tingkatan 4 & 5 serta Syariah Tingkatan 6 terdapat definisi mengenai hukum hudud.

Nauzubillah minzalik!

DEFINISI HUDUD:
  • Dan segi bahasa hudud bererti menahan atau mencegàh.
  • Dan segi segi istilah hudud ditakrifkan sebagai keseksaan yang telah ditetapkan oleh nas-nas Al-Quran dan AsSunnah yang wajib dilaksanakan sebagai hak Allah S.W.T. Kadar hukumannya tidak boleh dipinda sama ada dikurang atau ditambah. 
Maksudnya;
“Itulah hukum-hukum yang telah ditentukan. Oleh itu janganlah kamu mencabulnya, dan sesiapa yang mencabuli hukum-hukum Allah, maka mereka itulah orang-orang yang zalim”

JENIS-JENIS JENAYAH HUDUD:
  • Zina : Persetubuhan haram tanpa nikah yang sah antara lelaki dengan perempuan.
Hukuman : Bagi penzina yang belum berkahwin hukumannya ialah sebat 100 kali. Bagi penzina yang telah berkahwin hendaklah direjam sehingga mati.
  • Qazaf (menuduh zina) : Melemparkan tuduhan zina tanpa bukti terhadap orang yang baik.
Hukuman : sebat 80 kali
  • Minum Arak :  Meminum minuman yang memabukkan dan boleh menghilangkan kewarasan akal.
Hukuman : sebat 40 kali
  • Mencuri/ Merompak :  Mengambil harta orang lain secara senyap atau sembunyi.
Hukuman : potong tangan
  • Riddah (Murtad) :  Keluar seseorang Islam itu dan agama Islam sama ada dengan perbuatan dan perkataan.
Hukuman : Bunuh ( setelah diberi tempoh bertaubat selama 3 hari/ 3 kali )

Sumber: http://tayibah.com/eIslam/jenayah_Islam.htm

Mengapa Islam memperkenalkan undang-undang yang cukup zalim seperti membunuh orang murtad, memotong tangan pencuri, rejam lelaki atau perempuan berzina yang sudah berkahwin sampai mati, dan sebatan 100 bagi lelaki dan perempuan yang berzina dan belum berkahwin.

Katanya : Islam adalah agama yang membawa rahmat dan kedamaian kepada seluruh alam. Kalau membawa rahmat, kenapa Islam benarkan semua hukuman tersebut? Bukankah hukuman tersebut akan mendatang kezaliman dan kesengsaraan.

Dan tidaklah Kami mengutus kamu, melainkan untuk menjadi rahmat bagi seluruh alam (Al-Anbiyaa’ 21;107).

Dalam ayat di atas jelas menerangkan bahawa kedatangan Muhammad yang membawa Islam adalah rahmat atau berita gembira kepada seluruh alam. Maksud alam di sini bukan hanya manusia sahaja bahkan kebaikan kepada seluruh makhluk yang ada di dunia ini. Ayat ini membuktikan Islam adalah agama rahmat dan kedamaian. Memang benar Qur’an membenarkan pelaksanaan undang-undang tersebut dengan tujuan untuk mencegah dan sekaligus menjaga manusia serta harta benda mereka daripada dicerobohi.

Sumber:  http://wanwma.com/soal-jawab/kenapa-hudud-dalam-islam-sangat-kejam/

Hukuman Hudud ini adalah hak Allah, yang tidak boleh ditukar ganti hukumannya dan tidak boleh diubah-suai dan dipinda. Hukuman hudud tidak boleh dimaafkan oleh sesiapa pun. Mereka yang melanggar aturan hukum Allah, yang ditentu dan ditetapkan oleh Allah melalui Rasul-Nya yang disebutkan di dalam al-Quran atau hadith adalah termasuk dalam golongan orang yang zalim sebagaimana firman Allah dalam surah al-Baqarah ayat 229 yang bermaksud: “Dan sesiapa yang melanggar aturan hukum Allah, maka mereka itulah orang yang zalim.”
Sumber: http://epondok.wordpress.com/2010/04/07/hukum-hudud-ditetap-dalam-al-quran-tak-boleh-dipinda/

Perintah hukum hudud sudah jelas dinyatakan di dlm al quran dan disokong di dalam hadis Rasulullah saw. Oleh itu mari kita renung2kan petikan ayat2 al quran mengenai hukum hudud. Sedarlah wahai umat Islam semua, hukum hudud ini adalah hukum yg ditetapkan oleh Allah utk menjaga hak dan kehormatan manusia sejagat.
Sumber: http://ilmudanamalan.blogspot.com/2008/12/perintah-hukum-hudud-di-dlm-al-quran.html


Ini adalah komik khas isu video terlampau ini: http://www.youtube.com/watch?v=3Dh8lfPm4RQ ( sila download ketika link masih ada, beberapa link sebelum ni telah didelete) okey dah download~
Firman Allah:

"Dan sesiapa yang derhaka kepada Allah dan RasulNya dan melampaui batas-batas SyariatNya, akan dimasukkan oleh Allah ke dalam api Neraka, kekallah dia di dalamnya dan baginya azab seksa yang amat menghina."

terjemahan, Surah al-Nisa ayat 14 yang mempunyai words "Hudud" wlpn tak berkait hudud secara khusus.

Facts, pahit tapi kena telan:
Akibat berkata2 Hudud Tidak Ada Dalam al-Quran: http://goo.gl/0VHE5
Eh! Ada someone pujilah before this, but I'm sure he will regret this later lps tgk video "fighter"nya: http://goo.gl/C8VsW
Yang mana dah kufur sebab taksub, sila mengucap balik: "أشهد أن لا إله إلا الله وأشهد أن محمد رسول الله"

Sumber: https://www.facebook.com/photo.php?fbid=2746462346874&set=a.1580250352303.2072025.1417004278&type=1&ref=nf


APA PENDAPAT PRINCESS?
Kalamku sedang berbicara, seandai diri itu secetek setitis air ilmu di dada, usah bercakap berlebih-lebihan, kelak diri mengundang manusia ke arah kesesatan, seandai ingin juga berkata-kata rujuklah terlebih dahulu dalam Al Quran dan As Sunnah, seandai tidak mahir berbahasa arab sekalipun rujuklah kepada para ulama' yang sahih. Usah membuta tuli dalam berkata-kata hanya menggunakan ideologi akal manusia. Seharusnya dan sewajibnya tahu akal dan ilmu manusia yang ada hanya setitis air daripada selautan lautan dunia! Walhal ilmu dunia diperolehi bukan bermakna akal fikiran semua boleh pakai, sebab akal manusia hanyalah satu anugerah yang Allah tidak beri kepada makhluk yang lain. Oleh itu gunakanlah pada masa, keadaan yang sebenar-benarnya. Orang lain dok mengutuk mantan PM kita ini, sedangkan Allah dan Rasulullah tidak mengajar umatnya mengutuk, seharusnya berilah nasihat, sememangnya tidak semua manusia bijak agama, tapi masih lagi mahu bertanggungjawab sebagai khalifah Islam. Oleh itu, usahlah kutuk sana sini, bukan bermakna menyokong pun, memang tak suka perjalanan dan cara hidup orang-orang yang berasa diri itu besar sangat di mata manusia, tapi sebagai umat Islam, Islam mengajar untuk menegur secara berhemah, macam kita juga selalu melakukan kesilapan, maknanya pabila ada sudi menegur itu bukankah lebih baik? Terima sahaja dan ubahlah~ Maka akhir kata, manusia itu bukan seperti para malaikat iman sentiasa meningkat, iman manusia ada turun dan naik nya maka, bijaklah berkata-kata, terimalah teguran walaupun sepahit kopi mana pun hehe



Sekian dari pendapat Princess Nabilah, wassalam.

KENALI DIRI ANDA MELALUI HARI TARIKH LAHIR

Assalammualaikum wbt...
Hari ini Princess nak berkongsi maklumat mengenai tarikh lahir. Kalau tak silap benda nie Princess ambil dari Dato' Fadhilah Kamsah, tak ingat dah lama sangat ada dalam diary sebenarnya dari tahun 2009 lagi. So, jom baca sama-sama tentang diri kita. Artikel ini ditaip pukul 5.19 pagi tadi, hehe
KENALI DIRI ANDA DAN PASANGAN ANDA MELALUI TARIKH HARI LAHIR ANDA:

  1. Kalau anda dilahirkan pada 1,10,19,28 dalam mana-mana bulan, anda adalah NO.1
  2. Kalau anda dilahirkan pada 2,11,20,29 dalam mana-mana bulan, anda adalah NO.2
  3. Kalau anda dilahirkan pada 3,12,21,30 dalam mana-mana bulan, anda adalah NO.3
  4. Kalau anda dilahirkan pada 4,13,22,31 dalam mana-mana bulan, anda adalah NO.4
  5. Kalau anda dilahirkan pada 5,14,23 dalam mana-mana bulan, anda adalah NO.5
  6. Kalau anda dilahirkan pada 6,15,24 dalam mana-mana bulan, anda adalah NO.6
  7. Kalau anda dilahirkan pada 7,16,25 dalam mana-mana bulan, anda adalah NO.7
  8. Kalau anda dilahirkan pada 8,17,26 dalam mana-mana bulan, anda adalah NO.8
  9. Kalau anda dilahirkan pada 9,18,27 dalam mana-mana bulan, anda adalah NO.9

NO.1:
Anda sangat cerdik, jujur, lucu, degil, rajin, terus-terang, cemburu dalam asas pertandingan, baik hati, peramah dan autoriti. Anda ingin mendahului dalam apa jua keadaan. Anda seorang yang berdikari, berkeyakinan, dan tidak pernah berada di bawah pimpinan orang lain. Anda akan bercinta dalam usia yang muda tapi akan berkahwin dalam usia yang matang. Anda tidak suka akan orang yang bertentangan pendapat dengan anda. Malah anda juga menyimpan dendam dengan orang yang bersalah dengan anda. Anda seorang yang kuat berbelanja. Pada masa hadapan anda adalah Profesional dalam kerjaya yang anda ceburi. Namun terdapat juga orang yang kecil hati dengan pencapaian anda. Anda mempunyai keluarga yang bahagia. Pasangan ideal anda adalah NO. 4, 6, 8...

NO.2:
Tak kira apa pun anda akan disukai oleh semua orang kerana anda berperanankan bulan dan semua orang sukakan bulan. Ermm...bagus! Anda suka bermimpi di siang hari. Anda kurang berkeyakinan terhadap diri sendiri. Jadi anda perlu membuat perubahan ke atas hidup anda. Anda adalah seorang yang sukar diramal kerana anda membuat perubahan berdasarkan masa dan keadaan. Anda juga seorang yang mementingkan diri sendiri tetapi anda mempunyai bakat dalam muzikal, seni dan komunikasi lisan. Sikap anda seperti bulan yang datang keredupan dan pudar, jadi semua orang boleh mengetahui perubahan anda. Anda boleh menjadi Mahatma Gandhi yang ke-2 kerana cintakan keamanan. Anda juga seorang yang bertanggungjawab dalam keluarga. Pasangan ideal anda adalah NO. 2, 5, 9...

NO. 3:
Anda adalah seorang yang berhati keras, pentingkan diri sendiri, kuat agama, dan suka untuk mempertingkatkan kehidupan sendiri. Anda mempunyai masalah keluarga dan anda dapat mengharungi dengan kesabaran anda. Anda sangat bijak bercakap, wajah yang cantik, jadi ke mana sahaja anda pergi anda akan dapat apa yang anda inginkan. Daripada lahir, anda perlu bekerja keras untuk berjaya. Anda juga seorang yang menghormati orang yang lebih tua daripada anda. Bukannya senang nak menjalinkan hubungan sama ada dari segi percintaan, kekeluargaan dan persahabatan. Sekiranya anda suka akan sikap seseorang itu, maka hubungan itu akan berpanjangan. Anda suka akan kebebasan, pencipta di mana ada anda akan membawa harapan, kegembiraan dan keceriaan ke dunia ini. Pasangan ideal anda adalah NO. 6, 9...

NO. 4:
Anda adalah seorang yang amat degil dan rajin. Mungkin anda akan menjauhkan orang lain daripada diri anda kerana kata-kata anda. Anda seorang yang bertimbang rasa akan masalah orang lain. Anda berbakat dalam penyelidikan dan seni. Anda akan membantu ahli keluarga dan kawan-kawan yang menghadapi masalah tanpa berfikir panjang. Anda perlu berhati-hati dengan orang sekeliling anda kerana mereka mungkin akan mempergunakan anda. Kawan-kawan anda akan menghabiskan masa dan wang ringgit anda dan selepas itu menjauhkan diri daripada anda apabila anda sudah tiada nilai buat mereka lagi. Walau bagaimanapun anda tetap seorang yang sabar dan tegas. Pasangan ideal anda adalah NO. 1, 8...

NO. 5:
Anda sangat popular dalam komuniti. Anda boleh menyelesaikan sesuatu perkara hanya secara lisan. Anda mempunyai akal fikiran dalam menjalankan perniagaan. Namun, anda terlalu terburu-buru. Anda adalah seorang yang humor dikalangan kawan-kawan dan ahli keluarga anda juga akan meminta bantuan daripada anda apabila mereka memerlukannya. Anda bukan seorang yang setia dalam hubungan percintaan. Anda suka perubahan dan kebebasan. Anda mempunyai cita-cita seorang pengembara dan ahli silap mata. Anda mempelajari hidup melalui pengalaman. Pasangan ideal anda adalah NO. 1, 2, 9...

NO. 6:
Anda dilahirkan untuk menikmati hidup ini. Anda tidak pedulikan apa-apa perkara dan hanya ingin berseronok dalam hidup anda sahaja. Anda sangat pandai dalam pelajaran dan pengurusan perniagaan. Anda seorang genius, baik hati (tetapi hanya orang yang beranggapan anda orang baik), mempunyai paras rupa yang cantik atau kacak. Semua sebab yang baik akan datang kepada anda. Anda mengambil berat ke atas ahli keluarga dan kawan-kawan anda. Pada pandangan mereka, anda adalah seorang yang murah hati, peramah, adil dan saksama dan mempunyai penilaian yang tajam. Pasangan ideal anda adalah NO. 1, 3, 9...

NO. 7:
Anda mempunyai daya tarikan kepada sesiapa sahaja. Anda adalah seorang yang realistik, yakin, gembira dan merupakan seorang yang genius dalam bidang pendidikan, muzik, seni dan nyanyian. Anda mempunyai masalah sikap panas baran. Namun demikian, anda banyak melakukan pengorbanan untuk keluarga. Anda meletakkan keluarga di tempat yang amat tinggi sekali sehingga kadang-kadang mengabaikan kebahagiaan sendiri. Anda telah dilahirkan untuk memberi sumbangan kepada dunia ini. Jadi anda seorang yang bagus dan seorang yang amat gembira. Pasangan ideal anda adalah NO. 2...

NO. 8:
Anda mempunyai personaliti yang sangat kuat, jadi tiada orang yang memahami anda. Kepakaran anda hanyalah menunding jari pada sesuatu benda. Anda juga mengalami pelbagai dugaan dalam hidup. Semua masalah ini telah menjadikan anda seorang yang lebih kuat dan tabah. Anda memperjuangkan keadilan. Kebanyakan masa anda telah dihabiskan bersama-sama dengan kawan-kawan. Anda seorang yang disiplin dalam hidup, tidak berputus asa dan berani. Faktor-faktor ini telah membawa anda ke puncak kejayaan. Anda juga adalah seorang ahli pasukan, keluarga dan pejuang yang sangat bagus. Pasangan ideal anda adalah NO. 1, 4...

NO. 9:
Anda adalah seorang yang sangat tabah dari segi fizikal dan mental. Anda mempunyai penilaian yang sangat tajam. Anda juga adalah seorang yang sangat dihormati dalam komuniti. Anda adalah seorang yang boleh menerima cabaran dan berjaya dalam apa jua yang anda lakukan. Pada usia yang muda, anda selalu bertentangan pendapat dengan ibu bapa anda. Tetapi apabila usia anda telah semakin meningkat, anda adalah seorang anak yang taat dan hormati mereka. Anda sesuai menceburi bidang kejuruteraan atau perbankan kerana orang lain percaya dan yakin akan anda. Anda merupakan model teladan kepada orang lain. Pasang ideal anda adalah NO. 3, 5, 6...

Bagaimana pula anda? Anda No. berapa? Siapa pula pasangan ideal anda?

sarang hae

Author By:
Princess Nabilah (29 February 2012=5.16 a.m)
Sekian wassalam

WHO IS KURT WESTERGAARD?

Assalammualaikum wbt...
Alhamdulillah bertemu kembali dalam artikel terbaru hari ini. Artikel kali ini mengenai seseorang yang telah menghina agama kita dan juga kekasih hati kita sebagai umat Islam. Siapakah empunya tuan yang mencemar duli kekasih kita? Siapa lagi Kurt Westergaard lah. Siapa pula Kust Wetergaard ini? Hurmm, actually Princess baru tahu about him when most of Muslim share and post at their Facebook wall about the died man who draw our prophet's face.


Siapa Kurt Westergaard?
Kurt Westergaard (born 13 July 1935 as Kurt Vestergaard) is a Danish cartoonist who created the controversial cartoon of the Islamic prophet Muhammadwearing a bomb in his turban. This cartoon was the most contentious of the 12 Jyllands-Posten Muhammad cartoons, which met with strong and sometimes violent reactions from Muslims worldwide. Since the drawing of the cartoon, Westergaard has received several death threats and murder attempts. As a result, he is under constant police protection.

Sumber:  http://en.wikipedia.org/wiki/Kurt_Westergaard

Hukum melukis|menggambarkan wajah Rasulullah s.a.w:
Islam bukan sahaja melarang melukis malah mematungkan juga diharamkan kerana jika kita melukis gambar atau mematungkan Rasulullah s.a.w, maka kita akan terdedah kepada penyembahan gambar dan patung padahal gambar dan patung tu tak boleh berbuat apa . Itulah yang terjadi kepada umat terdahulu. Sesungguhnya orang-orang yang menyakiti Allah dan Rosul-Nya. Allah akan melaknatinya di dunia dan di akhirat, dan menyediakan baginya siksa yang menghinakan. (QS.Al Ahzab, 33 : 57)

Sumber:


Sepertimana yang kita tahu, sebagai umat Islam, kita HARAM membayangkan wajah nabi hatta melukis sekalipun, makanya kesalahan itu kesalahan paling tinggi kerana kita tak pernah berjumpa dengan nabi, sedangkan orang yang pernah berjumpa dalam mimpi pun tak berani untuk membayangkan wajah nabi apatah kita yang sememangnya tak pernah, walhal menatap wajah nabi kita pun kita tak pernah inikan pula melukis wajah baginda. Oleh itu, sewajib-wajibnya kita menentang kepada kafir laknatullah ini yang sudah melampaui batasnya menghina nabi kita dan juga agama kita.

Mengenai berita yang tersebut,sebenarnya adalah dusta semata-mata. Hal ini kerana,


(Sila baca selanjutnya)
Sumber: http://www.szlihin.com/2012/02/berita-pelukis-kartun-nabi-muhammad.html

Inilah rupa sebenar pelukis tersebut:


Sebagai umat Islam, kita dididik supaya tidak mencemuh atau memaki hamun sekalipun. Kerana kita juga insan biasa, manusia yang juga punya kekurangan tak kurang juga banyak melakukan salah dan silap. Makanya, kita harus bijak menggunakan kata-kata dan juga bahasa kita dalam menegur sesiapa pun hatta orang kafir. Dengan hanya berita ini sahaja kita mudah diperbodohkan oleh mereka. Sesudahnya kita tak dapat apa-apa pun iktibar mahupun ganjaran pahala hanya kerana mulut kita tak terjaga. Oleh itu, bahasakanlah diri kita sebaiknya, jagalah pertuturan kita demi menjaga martabat dan maruah Islam di mata dunia, Islam bukan teroris tapi agama yang tidak menyusahkan dan tidak pula memaksa umatnya. "Islam itu indah, manusia yang mencorakkan kecantikannya dalam hidup dan dirinya".
“Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti, agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu”. [Al Hujurat : 6]

Artikel ini idea dan ilham hasil perkongsian maklumat bersama: http://www.szlihin.com Sekian wassalam.

CONGRATULATION FOR MY COUSIN WEDDING

Assalammualaikum...
Selama dua pergi balik dari Labis ke Kluang untuk menghadiri majlis akad nikah dan repsesi abang sepupu.
Akad nikah: 25 Feb 2012
Repsesi Majlis: 26 Feb 2012
Repsesi sebelah lelaki: 2 Mac 2012

Princess malas nak ulas panjang-panjang sangat just wanna to show a few pictures about their wedding.
menanti debaran menjadi seorang suami buat bidadarinya
hantaran diberi bukanlah emas permata, tetapi kasih sayang terpaut di hati
usai sudah ijab dan qabul, semoga cinta menjadi milik Ilahi sampai ke syurga, Insyaallah
debaran bertemu sang bidadari menanti di taman syurga nan ungu indah
terpatri sebuah ikatan sah suami dan isteri di syurga Ilahi
kerabat keluarga datang bertandang membawa rezeki buat kedua mempelai
ayah dan ibu usah dilupakan semoga cinta itu sehingga ke syurga nanti
itulah cinta terpatri sudah di luh mahfuz suratan kasih Ilahi buat kekasih ini
semoga indahnya ikatan ini berbahagia sampai ke syurga
santapan indah di taman syurga kasih dan kekasih
inilah keluarga tercinta~
Selesai sudah ungkapan buat mereka suami isteri semoga jodoh kalian sampai ke syurga amin ya rabb~

❤•*¨¨*•.¸¸❤.•*¨¨*•.¸¸❤`.¸.¸¸.❤•*¨¨*•.¸¸❤.•*¨¨*•.¸¸❤`.¸.¸¸.❤
Bukan senang mencipta PERTEMUAN..
Bukan senang untuk melahirkan rasa SAYANG..
Bukan senang untuk menghadirkan rasa CHENTA..
Bukan senang untuk mencari sebuah PERSAHABATAN yang bermakna..
Tetapi,jika semua itu telah kita miliki..
Jagalah ia supaya tiada ungkapan PERPISAHAN..InsyaAllah
❤•*¨¨*•.¸¸❤.•*¨¨*•.¸¸❤`.¸.¸¸.❤•*¨¨*•.¸¸❤.•*¨¨*•.¸¸❤`.¸.¸¸.❤
Sekian wassalam

RESULT FOR PART 1 IN DEGREE LIFE

Assalammualaikum...
Hari ini Princess baru sahaja dapat keputusan bagi sem 1 Ijazah. Keputusan yang bagi Princess agak menakjubkan, walaupun bagi orang lain ianya sangat biasa sahaja sebab tak sampai poiter 3 pun, By the way Princess puas hati dengan apa yang Princess usahakan selama 5 bulan belajar untuk sem 1 Ijazah ini. Ya, tak semua yang kita impikan akan menjadi kenyataan tapi ini adalah satu anugerah yang kita perlu bersyukur. Walaupun kena repeat 1 paper, bagi Princess ini adalah cabaran untuk buat yang lagi baik dari yang sebelumnya. Mungkin perbezaan amat ketara ambil bidang yang bukan dalam minat atau bidang yang tak pernah pun dengar dalam family pernah ambil, then kita kena berusaha juga untuk mendapat balik apa yang terlepas.

"Aku meminta kepada Allah setangkai bunga segar, Dia beri kaktus berduri. Aku minta kupu-kupu diberiNya ulat berbulu. Aku sedih dan kecewa.Namun kemudian, kaktus itu berbunga indah sekali dan ulat itu pun menjadi kupu-kupu yang sangat cantik. Itulah jalan Allah, indah pada masaNya! Allah tidak memberi apa yang kita harapkan tapi Dia memberi apa yang kita perlukan. Kadang kala kita sedih, kecewa dan terluka....tapi jauh di atas sana, Dia sedang mengatur yang terbaik dalam kehidupan kita.."

Apa-apa pun semua ini adalah urusan Allah yang ingin menetukan tahap kesabaran dan usaha hamba-hambanya dalam mencapai apa yang perlu dalam hidup. Target hidup buka nak menjadi terlalu cemerlang sehinggakan ilmu akhirat tertinggal. Dalam hidup ini banyak benda yang Princess nak, tapi tak semua mampu didapati. Alhamdulillah seharusnya bersyukur kerana dalam banyak-banyak manusia kita masih menjadi pilihan Allah dalam melanjutkan pelajaran di peringkat Ijazah. Walaupun agak lambat dalam menempuhinya namun inilah setakat yang Princess mampu.

Kalau di sekolah rasanya keputusan yang didapati mungkin okey tapi mungkin tak okey juga. Dengar gred memang best tapi kalau sebut pointer memang agak segan jugalah. Ye laa setakat mampu dapat 4A 2B 1C dan 1E hahaha pointer 2.85 sahaja. so rasanya berbaloikah? Bagi Princess walaupun keputusan tak sehebat kawan-kawan lain tapi bagi Princess itu dah kira hebat ye laa bayangkan dari STPM dapat 2.67 naik sikit ke 2.85 okey what? Usaha nak mendadak tu boleh gila tau tak! Bagi Princess biar sedikit demi sedikit walaupun sukar tapi kehidupan dapat mematangkan fikiran Insyaallah tidak akan lagi berputus asa. Bak kata kawan sekolah dulu: Janganlah mudah berputus asa, kerana syaitan amat suka manusia bersifat begitu kerana itu tandanya tidak bersyukur apa yang Allah bagi.

"Kadang-kadang Allah sembunyikan matahari, DIA datangkan petir dan kilat. Kita menangis dan tertanya-tanya ke mana hilangnya matahari, rupa-rupanya Allah hendak memberi kita pelangi"

Terima kasih kawan kerana kau beri aku inspirasi yang terbaik! Tak semua orang yang pandai itu sentiasa cemerlang, kadang kala akan jatuh di kemudian hari hanya kerana melupakan Allah. Jadi, walaupun tak pernah menjadi cemerlang di mata manusia, jangan jadikan alasan untuk tidak cemerlang di mata Allah. Bagi Princess seimbangkan kedua-duanya itu lagi terbaik. Insyaallah kata-kata ini bukan sekadar omongan kosong, apa yang baik datangnya dari Allah dan yang kurang itu dari diri sendiri yang sememangnya serba kekurangan.


Apa yang penting memang tak boleh nak bangga sangatlah kan hahaha...result cukup makan sahaja~
Okey itu sahaja untuk hari ini dan paling penting don't ever give up what you get because you can exchange by yourself for the next stage hehehe
Sekian wassalam

RAHSIA DI SYRIA TIDAK DIKETAHUI RAMAI

Assalammualaikum w.b.t


Sebagai umat Islam, Princess rasa terpanggil untuk menulis dan berkongsi berita apa yang sekian berlakunya di Syria. Inalillah buat saudara-saudara seIslamku di sana, semoga kalian di bawah lindungan Allah. Kita di sini seenak-enaknya makan-makanan yang lazat, walhal saudara kita di sana diseksa dari segi batin dan zahir. Princess nak kongsi dengan korang apa yang Princess sudah bacakan dalam sebuah artikel. Sebelum ini pin Princess tak tahu sangat apa yang berlaku, bukan tak nak tahu tapi kadang-kadang banyak cerita palsu yang di bawa oleh puak Syiah ini. Bukan boleh percaya sangat kalau mereka dah buat cerita macam-macam hal jadinya terpesong akidah pula. Nauzubilaminzalik! So, sila baca sampai habis, hayati peristiwa di mana keadaan umat Islam di Syria sangat genting saat ini. Doakan mereka agar dilindungi para malaikat yang diutuskan Allah buat hamba-hamba yang memepertahankan Islam.

Ingatlah Saudaraku, Nabi SAW bersabda yang bermaksud:
"Barangsiapa yang tidak mengambil tahu hal orang Islam yang lain, maka bukan dari kalangan KAMI"
Nota ini adalah hasil perkongsian tokoh ulama' syria,Syeik Hassan di UPM yang datang ke malaysia akhir tahun lepas dan menceritakan peristiwa sebenarnya yang berlaku di Syria:)Ana turut berkesempatan berada disana.
  • PERISTIWA SYRIA
Syria merdeka dari penjajahan Perancis pada 1945, dan telah diperintah oleh anak bangsa Syria sendiri sehingga zaman Hafez Al-Assad yang telah memerintah selama 32 tahun dan diikuti oleh anaknya Basyar Al-Assad yang telah memerintah selama 11 tahun. Syria telah menjadi negara yang diperintah oleh diktator.

Hafez Al-Assad berpegang pada Syiah Nusairiyah, yang menyimpan perasaan dengki terhadap rakyatnya daripada MUSLIM SUNNI, yang mencaci dan menghina Saidina Aishah dan Ummahatul Mukminin radhiyallahu anhum, diharamkan sembelihan mereka, mereka melakukan kejahatan yang pelbagai, mereka tidak solat di masjid kita (ASWJ).

Kerajaan Syria didokong oleh Iran yang terkenal dengan Syiahnya, bahkan Hafez sendiri merupakan pelampau Syiah.

Syeikh Hassan seterusnya menceritakan tentang Syria yang mana 6 peratus darinya merupakan Syiah Alawie, 10% darinya beragama Kristian dan 84% daripada rakyatnya beragama Muslim Sunni. Iran mempertahankan tindakan ganas regim Hafez yang membunuh rakyatnya sendiri, begitu juga Hizbullah di Lubnan juga menyokong tindakan Hafez Al-Assad.

  • BERMULA ZAMAN AYAHNYA
Hafez Al-Assad- konflik berdarah di Hama pada tahun 1982 yang berlaku selama 27 hari mengorbankan hampir 46000 ribu penduduk Hama. Peristiwa ini menyebabkan rakyat Syria mendiamkan diri dari politik sekian lama.Rakyat mula kembali bangkit terhadap kezaliman yang berlaku semenjak 8 bulan yang lalu.
Permulaan revolusi berlaku di Hama, kemudian merebak ke bandar-bandar lain seperti Dar'aa, Hauran, Halab bahkan sehingga ia berlaku di 157 tempat di Syria.
  • PUNCA KEBANGKITAN ADALAH : 
Ada sekumpulan kanak-kanak seramai lingkungan 28 orang bermain-main dan telah menulis sesuatu di dinding sekolah mereka. Apa yang ditulis oleh kanak-kanak ini ialah RAKYAT MAHU JATUHKAN KERAJAAN. Slogan ini telah dilaungkan di negara2 yang berlaku kebangkitan rakyat. Pasukan keselamatan Syria telah menangkap kanak-kanak ini. Mereka telah diseksa dengan cara mencabut kuku-kuku kaki dan tangan mereka. Salah seorang kanak2 itu telah meninggal dunia dan keluarganya meminta mayat kanak2 itu serta kanak2 lain dilepaskan. Kerajaan telah meletakkan syarat dimana bila mahu lepaskan kanak2 itu, mereka perlu memberi wanita2 dikalangan mereka untuk dinikahi oleh puak2 kerajaan Syria ini ( satu bentuk penghinaan), maka berlakulah kebangkitan di Syria.

BENTUK KEZALIMAN YANG BERLAKU SEPANJANG TEMPOH SAURAH.
  1. Dalam masa 42 hari telah terbunuh Syahid seramai 4000 orang rakyat Syria.
  2. Sebanyak 39000 orang telah cedera, mereka tak dirawat dan dibiarkan sahaja.
  3. Satu peristiwa di mana seramai 19 orang doktor di hospital dan 40 orang pesakit di hospital tersebut dibunuh tentera Assad di wilayah Doma.
  4. Sebanyak 9000 tahanan ditahan.
  5.  Sebanyak 413 orang telah syahid di dalam penjara.
  6. Wanita2 diculik dan dibawa ke tempat yang tak diketahui. Wanita ini telah dirogol di hadapan abang2, ayah, anak2, dan ahli keluarga mereka. Sebelum dirogol, mereka digari terlebih dahulu.
  7. Seorang ukhti bernama Zainab Al-Husni dari Hims, di Madinah Khalid bin Al-Walid. Beliau telah ditangkap dan mahu diperkosa oleh tentera yang menangkapnya. Tetapi beliau melawan. Lantas beliau dibunuh dan telah dipotong 4 KERAT.. Anggota badan yang dikerat itu dimasukkan ke dalam plastik, lalu dicampakkan ke hadapan keluarga beliau.
  8. Mengucapkan takbir merupakan sesuatu yang tidak disukai.
  9. Menyuruh tukar Laa Ilaha Illah Basyar Asad.
  10. Basyar Assad juga daripada kelompok Syiah yang terkeluar daripada Islam dan mengharuskan untuk membunuh Muslimin Sunni..84% daripada posisi kepimpinan Rejim Basyar Assad dipegang oleh kaum keluarga mereka yang terdiri daripada 3 keluarga besar, 6% daripada posisi tersebut pula daripada kaum Ajam dan 10% lagi daripada golongan Kuffar.. Tiada posisi bagi Ahlus Sunnah wal Jamaah..Kezalimannya terhadap wanita dan kanak2 juga terlalu dahsyat melebihi Israel..rakyat2 Sunni dibunuh sesuka hati tetapi walau seorang Israel pun tidak ditumpahkan darah..hasbunallahu wa neemal wakeel..
#RAKYAT YANG KELUAR BERDEMONSTRASI AKAN MANDI DAN BERWUDHUK KERANA MEREKA YAKIN TIDAK AKAN KEMBALI LAGI...

FATWA ULAMA TENTANG SAURAH DI SYRIA
Rabitah Ulama Syria yang diasaskan oleh Dr Ali As-Sobuni dan Rabithah Ulama Sedunia telah berfatwa kepada rakyat Syria agar mempertahankan rumah mereka daripada keganasan tentera walaupun dengan menggunakan pisau dengan berdalilkan hadis berikut;

#"Barangsiapa terbunuh mempertahankan hartanya, maka dia syahid ; barangsiapa terbunuh mempertahankan ahli keluarganya, maka dia syahid; atau mempertahankan agamanya, maka dia syahid" -hadith ini dikeluarkan oleh Abu Daud dalam Sunannya (2/275) An-Nasaie dan Tirmidzi dan disahihkan oleh Imam Al-Albaniy dan Ahmad (1652 dan 1653) dari jalan Said Bin Zaid dan sanadnya Shahih.

PERKARA TERBARU
  1. Masa depan kebangkitan ini begitu baik. ia berterusan dan semakin kukuh. Lebih 30000 tentera yang terdiri dari pegawai telah bersama rakyat. Mereka ini telah melindungi orang2 yang turun berdemo kerana tidak tahan melihat kekejaman rejim Basyar Assad ini yang sesuka hati membunuh rakyatnya sendiri.
  2. Pertubuhan2 Arab (Liga Arab) telah mengambil pendirian tentang apa yang telah Syria lakukan terhadap rakyatnya. Mereka tidak membenarkan pegawai2 Syria memasuki tanah mereka. tetapi ada dua negara yang tidak berpendirian sedemikian iaitu Iraq dan Lubnan. Iraq tidak berpendirian sedemikian kerana pemimpin Syria merupakan orang Syiah dan mereka selalu meminta pertolongan dari Iraq kerana Iraq merupakan negara Syiah.
  3. Syeikh Yussuf Al-Qaradhawi telah mengeluarkan fatwa bahawa mereka yang terbunuh dalam keadaan yang sebegini adalah seorang yang SYAHID....
  4. 95% ulama Syria telah bersama dalam kebangkitan rakyat ini.
  5. 19% negara-negara Arab telah mewajibkan sekatan politik dan ekonomi ke atas Syria.
KENAPAKAH KITA KURANG MENGETAHUI DENGAN JELAS ISU SYRIA?
  1. Gambaran tentang Syria agak tidak jelas bila dijelaskan oleh media2, kerana itu Syeikh Hassan dihantar bagi menjelaskan apakah sebenarnya yang berlaku di SYRIA..
  2. Media2 barat sebenarnya tidak mahu manusia dunia tahu akan apakah sebenarnya yang berlaku di Syria. Lalu mereka telah memutarbelitkan fakta.
  3. Syeikh Khalid Hasan bercerita, ketika beliau di Indonesia dan bertemu dengan seorang teman, teman itu berkata dia lihat di akhbar bahawa ramai orang menyokong Kerajaan Syria. TV Indonesia juga menyiarkan bahawa ramai yang menyokong Kerajaan Syria yang dipimpin oleh Basyar Al-Assad. Apa yang berlaku sebenarnya ialah, kerajaan telah mengumpulkan pegawai2nya supaya berkumpul dalam erti kata lain mahu menunjukkan kepada dunia bahawa Basyar Al-Assad ini mempunyai ramai yang menyokong beliau.
  4. Jangan terpedaya dengan kenyataan2 yang kita dengar dari ahli intelektual Syria dan ahli politik Syria bahawa yang Syria menentang Israel. Tetapi, sejak zaman ayah Basyar Al-Assad lagi (Hafez Al-Assad) tidak satu peluru pun yang singgah ke tanah Israel. Bahkan Tanah Tinggi Golan yang terletak di Tanah Syria telah dikuasai oleh Israel.
  5. Kita banyak tidak tahu tentang Isu Syria selama ini sebab media telah dikawal oleh pihak rejim Basyar Assad. Manakala sumber media lain tidak dibenarkan memasuki Syria untuk membuat liputan. Segala gambar dan video yang menjadi bahan bukti adalah hasil rakaman daripada para pendemonstrasi yang bertekad untuk merakam sendiri kezaliman tersebut dan kebanyakan daripada mereka telah menemui syahid. Sebahagian rakaman lain telah dijual oleh tentera rejim Basyar Assad dengan harga 100 dolar. Syeikh Dr Khalid Hassan Al-Hindawi merupakan delegasi khas Syeikh Dr Yussuf Al-Qaradhawi ke Asia Tenggara untuk menyampaikan dan menyebarkan berita sebenar.
PERANAN KITA SELAKU SEORANG MUSLIM & SELAKU SEORANG MANUSIA
  • Mendoakan saudara kita di Syria
  • Menghulurkan bantuan untuk mereka dari segi kewangan
  • Menyebarkan berita sebenar tentang apa yang berlaku di SYRIA.
Ingatlah Saudaraku, Nabi SAW bersabda yang bermaksud:

"Barangsiapa yang tidak mengambil tahu hal orang Islam yang lain, maka bukan dari kalangan KAMI"

Dan ingatlah selalu akan tempat kembali bagi mereka yang zalim:

Kalam Saidina Ali KWJ; "Sesungguhnya negeri yang batil itu sejkejap sahaj sedangkan negeri yang benar itu tetap sehingga datangnya kiamat".
Firman Allah Taala dalam Surah Al-Isra' ayat 81;

"Dan katakanlah :Telah datang kebenaran (Islam), dan hilang lenyaplah perkara yang salah (kufurdan syirik) ; sesungguhnya yang salah itu sememangnya satu perkara yang tetap lenyap".
Firman Allah dalam Surah Ar-Ra'd ayat 17 ; adapun buih itu maka akan hilang lenyaplah ia hanyut terbuang, manakala benda-benda yang berfaedah kepada manusia maka ia tetap tinggal di bumi. Demikianlah Allah menerangkan misal-misal perbandingan.

(Jzkk AKH Abu Abdullah)
(Disampaikan pada 6 Disember 2011 di Uni Putra Malaysia)

Kredit sumber:  https://www.facebook.com/notes/muhammad-nur-aufa/syriaapa-yang-berlaku-sebenarnya/351949711502546


p/s: tak berani menatap wajah pejuang Islam yang syahid dibunuh kejam orang Syiah!

Sekian wassalam. Sebar-sebarkan agar umat Islam bangkit menegakkan kebenaran di mata dunia! Takbir! Allah Akhbar!

BINATANG YANG SUKA TIDURKAN TUANNYA

Assalammualaikum...

Cerita pengalaman paling best tatkala menaiki train travelling dari Kelantan hingga ke Johor. Cerita ini sepatutnya di post sekian lama terdahulu hehehe, tapi baru selongkar gambar-gambar dalam folder barulah nampak idea dari gambar-gambar semua itu. Nak tahu ceritanya jom ikuti...


Abaikan gambar tiket yang sudah lapuk itu sebab tarikhnya menunjukkan tarikh cuti setengah sem bukan cuti sem hehehe....

Masa hari nak balik tu, Princess dok fikirfikir nak bawak ke tak menatang POOH KUNING yang besar gedabak macam lebih kurang tuannya jugalah. Kawan-kawan yang ikut sama balik semua pakat tak nak duduk sekerusi dengan Princess sebab malu tengok kawan bawak patung besar...hahaha....Princess peduli apa yang penting 'anak Princess' dapat jejalan jauh hehehe...kalau tak merajuk nanti..[acah jerk]

Binatang nie banyak main peranan dalam hidup Princess. Menjadi peneman tatkala penat, suka, duka dan segalanya diluahkan kepada binatang ini [jangan cakap Princess orang gila cakap dengan patung hahaha] tak adalah Princess tak mengadu pun pada patung nie, tapi sebagai pemeluk sahaja, ye laa kalau tak ada binatang ini tak ketiduranlah gamaknya. Patung ini juga berfungsi bila tengok wayang free seram kat bilik hahaha... [penakut sebenarnya]...

Masa sampai stesen keretapi tu, pak cik yang hantar, nasib baiklah pak cik Princess tak cakap apa-apa..hahaha...rilek jer muka tengok anak sedara dah boleh kahwin bawak patung besar gedabak haha...sampai-sampai aje ramai orang tengok tapi Princess buat-buat tak nampak, buat-buat tak tahu cover jugaklah tapi tak rasa malu mana pun, adatlah orang perempuan. Mesti pak cik mak cik fikir: "Haish anak dara zaman sekarang pantang ada pakwe bagi anak patung ke hulu ke hilir nak bawak yer..." Haip! ini bukan dari teman lakilaki ke apa, ini dibeli dari duit ptptn yang bagi hahaha...dari dulu nak patung besar, tak mau patung kecik cinonet tuh susah nak peluk! hehe....akhirnya impian menjadi kenyataan dapat patung besar dengan harga RM30 almaklumlah beli kat Kelantan meme murahmurah belako ye dak...

Okey lepas menunggu sehingga berejam-jam laa juga sehingga dua orang kawan lagi sampai, barulah beg dan teddy tu Princess bawak dekat dengan Princess. Nak tahu apa jadi selepas itu, haduh3x...punyalah ada seorang budak lelaki kecik main-main patung Princess, bukan setakat POOH,  DOMO kepunyaan kawan pun kena usik hahaha..tu laa sakat aku lagi kan dah kena....bukan seorang yang berminat ada lagi seorang budak perempuan tu siap cakap nak patung tu. Haish nasib baik atuk dia pandai mengayat kalau tak jenuh Princess nak menjawabnya tak balik Johorlah patung tu nanti hahaha....




Then, masa nak naik train Ya Allah memang susah nak bawak naik kowt sebab beg sah-sah beg tarik besar+berat pulak tu. Lepas tu patung kenalah pegang sebelah tangan, hampir-hampir nak terpelosok masa nak naik train tu. Mana taknya pakai kasut wedges tinngi 3 inci padanlah muka, terbaiklah! hahaha...siap melatah lagi tau...adess..malu sudah~ abang kerja kat train tuh dah geleng-geleng kepala, yang Princess senyum kerang busuk ajelah hahaha...masuk-masuk ingat dapat sit boleh letak barang-barang, lagi sekali nasib tak berapa nak baik, orang yang berniaga bawak berkotak-kotak barang letak barang kat sit kami sudahnya berhimpitlah mula-mula tu. Tapi ada seorang pak cik kerja KTM tu lah menyelamatkan keadaan kami yang tidak selesa tu dengan menyuruh mok cik tu ambil barang letak tempat sendiri hehehe..barulah Princess dengan kawan dapat tidur lena sambil peluk teddy POOH hahaha...tak boleh tinggal~



Inilah suasana time nak study final exam aritu teddy POOH sentiasa bersama Princess hehehe...seronok belajar bersama-sama sebab boleh pelokpelok eraterat kuatkuat...By the way POOH ini adalah peneman setia Princess.

Dan di bawah ini adalah segala collection POOH yang Princess ada sekarang, dari yang kecik sampai yang besor semua ada hehehe...yang bantal warna hitam tuh adalah bantal masa Princess dilahirkan sampai sekarang ada lagi yerk, bukan setakat bantal peluk, bantal kepala ada dan juga tilam baby masih ada dan wujud selepas 21 tahun lamanya hehehe....



Sekian wassalam
p/s: habislah siapa bakal laki Princess nasiblah dapat bini macam ini..hahaha adios~

GAMBAR: BERCINTA SAMPAI SYURGA

Assalammualaikum...
Perkongsian gambar sangat sweet. Berkasih sayang kerana Allah. Berkasih sayang sampai syurga. Indahnya berkasih sayang berlandaskan syariat Islam.





Sekian wassalam

MERINDUI KAMPUNG HALAMAN

Assalammualaikum...

Kampung? Kenapa dengan kampung?
Kali ini Princess nak cerita seronoknya ada kampung. Sebab di situlah pertemuan sesama kerabat keluarga yang jauh juga yang dekat. Bak kata pepatah Melayu: Jauh di mata dekat di hati. Erk...ada kena mengena ke? Ah, lantaklah....


Bila cerita tentang kampung halaman, teringat zaman kecil muda dulukala, inilah tempat Princess bersama adik-beradik, sepupu sepapat bermain pondok-pondoklah, kawenkawen lah, biasalah kan permainan budak-budak dulukala, budak-budak mana aci main semua tu dah tak merasa lagilah. Sebab sekarangkan zaman IT, apa barang main benda kotor ye dak? hahaha....

Gambar ini abang sepupu punya. Kita mana ada kamera digital dulukala nak ambilnya kan, sebab rumah ni dah diubahsuai pun banyak dah ubahsuainya, dulu nak naik tangga punya tinggi. Kalau main lari-lari dalam rumah gerenti kena bising dengan Ucu hahaha.....budak kecik mana reti duduk diam seronok buat derk je laa kena bising pun lalala~ Sekarang dah tak rumah kayu ini pun. Lagipun arwah atuk dah tak ada sejak tahun 2006, so memang sah-sah tak jumpa dah rumah kayu lagi.

By the way cantik kan rumah kayu ini warna biru beb! hahaha....Kampung Princess di daerah Segamat Johor, iaitu di Kampung Sepinang. Ada ke yang pernah pergi tempat tuh, kalau pernah mungkin kita bersaudara hahaha...bak kata ayah Princess semua kat kampung bukan orang lain sedara mara kite gak kui3x....biasalah orang dulukala moyang-moyang kitekite gak kan...okey done laa cerita pasal kampung. Ini kampung belah ayah. Kalau belah ibu memang done done laa tak jumpa pun sebab rumah bandar, tapi just dapat letak gambar family belah ibu sahajalah, ada gambar arwah nenek~


Gambar ini diambil ketika sepupu kahwin. Ada juga gambar arwah nenek. Hujung sekali jangan salah teka yerk! hehehe

Okey lah penat menaip adios! Sekian wassalam.

BAUCER BUKU 1 MALAYSIA

Assalammualaikum...

Berdasarkan tajuk cerita, memang dah lapuk diperkatakan pada waktu sekarang hahaha, tapi Princess nak ceritakan juga pasal baucer buku ini. Korang dah guna ke baucer nie? Okey Princess dah guna pun HABIS yerk! Bukan beli buku untuk sem 2 tapi beli buku yang tak ada kena mengana dengan subjek belajar hahaha, sebabnya menjadi supporter beli buku-buku untuk adik-adik Princess.

My mom said: "Ila nanti nak beli guna baucer buku abang, ni salah abang kau lah tak bawa baucer buku dia."

Kenapa my mom cakap macam tu sebabnya my brother sekarang masih praktikal. So, sah-sah dia nak guna pun tak tahu nak beli buku apa kan. Makanya Princess masih ada peluang lah nak perabiskan baucer buku tu sebab ada tarikh limited laa pulak kan...Susah betul!

pinjam gambar yer
Di bawah ini terdapat beberapa buah buku Princess beli guna baucer buku tersebut:




Yang di bawah ini pula beberapa buku ilmiah sewaktu di UiTM, sebagai peneman di kala kebosanan dan juga menginginkan ketenangan dengan membaca. Tapi setakat ini gambar-gambar buku dalam entry ini semuanya tak habis baca lagi hahaha, harap beli je banyak tapi satu pun belum mampu habis baca huhuhu....





Novel di bawah ini adalah hasil tangkapan adik Princess, fuhh pengaruh TV punya pasal nak juga memiliki novel Ombak Rindu, bila dia dapat tahu novel tu ada bersambung-sambung mula menyesal beli novel tuh hahaha..novel-novel ini pun Princess tak buka lagi hehehe....



Okey itu sahaja nak diceritakan banyak giler kan novel ini, bukannya habis baca, perabis wang ringit semata-mata ishk3x...inilah pengumpul buku dan bahan bacaan, dah macam library pun ada tak percaya sila tengok gambar seterusnya.....



Okey siap! Sekian wassalam

KENANGAN LAMA PERKHEMAHAN WARGA SMKMIL 2005

Assalammualaikum....
Hari ini Princess tersangat rajin sehinggakan banyak CD-CD lama Princess jumpa, banyak pensel warna yang boleh digunapakai kembali Princess kumpulkan, dan juga pen, marker dan segala macam alat tulis Princess jumpa, kumpul+simpan dan nak bawa balik ke UiTM nanti so, jimat tak payah lagi sem 2 beli barangan alat tulis hehehe....

Dan juga hari ini sebenarnya, tak tahu nak cakap macam mana asyik mengantok aje kerja last-last minum kopi hahaha.....rasa segar bugar lagi, jadinya Princess edit beberapa gambar dari perkhemahan bersepadu unit beruniform tahun 2005, masa tu Princess Form 2 di SMK Munshi Ibrahim Labis. Banyak juga gambar-gambar dulukala hahaha....So let's check it out!

Sebelum bertolak ke KEM LAMBAIAN DANAU, Jasin Melaka

Perjalanan ke Melaka me and my bff

Malam ice breaking

Kumpulan Princess, jangan tanya kenapa aku 'gemuk' time tuh hahaha

The others group membentangkan hasil logo kumpulan mereka

Kumpulan Princess tengah bertungkus lumus menyiapkan rakit kumpulan sendiri, fuhh terbaik pengalaman ini

Pertandingan menaiki rakit buatan sendiri, pengalaman menyakitkan tangan aku untuk berkayuh hahaha

Aktiviti jungle tracking dengan menyapu lumpur tanah liat di muka jamu terbaik!

Group kami habis muka, baju dan segalanya ishk3x..tapi menyeronokan!

Barisan para fasi abang-abang dari universiti seluruh Malaysia, tak pernah contact selepas habis kem sebab tak ada FB lagi

Gambar akhir sebelum bertolak pulang, group Princess

Kenangan di Kem Lambaian Danau, Jasin, Melaka..sayonara~

Candid! taraaa~

Inilah pengalaman 1st time di sekolah menengah menyertai perkhemahan yang the best dan super duper best! Pelbagai aktiviti dan pengalaman bersama kaum-kaum lain, permainan yang mencabar dan segalanya bermula di sini. By the way memang lost contact dengan abang-abang fasi laa sebab masa tu bukan zaman IT macam sekarang senang aje cari di facebook, dulu ada pun friendster tapi tak ramai aktif sebab bosan mungkin. So, inilah kenangan bersama seronok, seronok!

Sekian wassalam
 

Copyright by © 2013 Studio Puteri Nabilah