BINATANG YANG SUKA TIDURKAN TUANNYA

Assalammualaikum...

Cerita pengalaman paling best tatkala menaiki train travelling dari Kelantan hingga ke Johor. Cerita ini sepatutnya di post sekian lama terdahulu hehehe, tapi baru selongkar gambar-gambar dalam folder barulah nampak idea dari gambar-gambar semua itu. Nak tahu ceritanya jom ikuti...


Abaikan gambar tiket yang sudah lapuk itu sebab tarikhnya menunjukkan tarikh cuti setengah sem bukan cuti sem hehehe....

Masa hari nak balik tu, Princess dok fikirfikir nak bawak ke tak menatang POOH KUNING yang besar gedabak macam lebih kurang tuannya jugalah. Kawan-kawan yang ikut sama balik semua pakat tak nak duduk sekerusi dengan Princess sebab malu tengok kawan bawak patung besar...hahaha....Princess peduli apa yang penting 'anak Princess' dapat jejalan jauh hehehe...kalau tak merajuk nanti..[acah jerk]

Binatang nie banyak main peranan dalam hidup Princess. Menjadi peneman tatkala penat, suka, duka dan segalanya diluahkan kepada binatang ini [jangan cakap Princess orang gila cakap dengan patung hahaha] tak adalah Princess tak mengadu pun pada patung nie, tapi sebagai pemeluk sahaja, ye laa kalau tak ada binatang ini tak ketiduranlah gamaknya. Patung ini juga berfungsi bila tengok wayang free seram kat bilik hahaha... [penakut sebenarnya]...

Masa sampai stesen keretapi tu, pak cik yang hantar, nasib baiklah pak cik Princess tak cakap apa-apa..hahaha...rilek jer muka tengok anak sedara dah boleh kahwin bawak patung besar gedabak haha...sampai-sampai aje ramai orang tengok tapi Princess buat-buat tak nampak, buat-buat tak tahu cover jugaklah tapi tak rasa malu mana pun, adatlah orang perempuan. Mesti pak cik mak cik fikir: "Haish anak dara zaman sekarang pantang ada pakwe bagi anak patung ke hulu ke hilir nak bawak yer..." Haip! ini bukan dari teman lakilaki ke apa, ini dibeli dari duit ptptn yang bagi hahaha...dari dulu nak patung besar, tak mau patung kecik cinonet tuh susah nak peluk! hehe....akhirnya impian menjadi kenyataan dapat patung besar dengan harga RM30 almaklumlah beli kat Kelantan meme murahmurah belako ye dak...

Okey lepas menunggu sehingga berejam-jam laa juga sehingga dua orang kawan lagi sampai, barulah beg dan teddy tu Princess bawak dekat dengan Princess. Nak tahu apa jadi selepas itu, haduh3x...punyalah ada seorang budak lelaki kecik main-main patung Princess, bukan setakat POOH,  DOMO kepunyaan kawan pun kena usik hahaha..tu laa sakat aku lagi kan dah kena....bukan seorang yang berminat ada lagi seorang budak perempuan tu siap cakap nak patung tu. Haish nasib baik atuk dia pandai mengayat kalau tak jenuh Princess nak menjawabnya tak balik Johorlah patung tu nanti hahaha....




Then, masa nak naik train Ya Allah memang susah nak bawak naik kowt sebab beg sah-sah beg tarik besar+berat pulak tu. Lepas tu patung kenalah pegang sebelah tangan, hampir-hampir nak terpelosok masa nak naik train tu. Mana taknya pakai kasut wedges tinngi 3 inci padanlah muka, terbaiklah! hahaha...siap melatah lagi tau...adess..malu sudah~ abang kerja kat train tuh dah geleng-geleng kepala, yang Princess senyum kerang busuk ajelah hahaha...masuk-masuk ingat dapat sit boleh letak barang-barang, lagi sekali nasib tak berapa nak baik, orang yang berniaga bawak berkotak-kotak barang letak barang kat sit kami sudahnya berhimpitlah mula-mula tu. Tapi ada seorang pak cik kerja KTM tu lah menyelamatkan keadaan kami yang tidak selesa tu dengan menyuruh mok cik tu ambil barang letak tempat sendiri hehehe..barulah Princess dengan kawan dapat tidur lena sambil peluk teddy POOH hahaha...tak boleh tinggal~



Inilah suasana time nak study final exam aritu teddy POOH sentiasa bersama Princess hehehe...seronok belajar bersama-sama sebab boleh pelokpelok eraterat kuatkuat...By the way POOH ini adalah peneman setia Princess.

Dan di bawah ini adalah segala collection POOH yang Princess ada sekarang, dari yang kecik sampai yang besor semua ada hehehe...yang bantal warna hitam tuh adalah bantal masa Princess dilahirkan sampai sekarang ada lagi yerk, bukan setakat bantal peluk, bantal kepala ada dan juga tilam baby masih ada dan wujud selepas 21 tahun lamanya hehehe....



Sekian wassalam
p/s: habislah siapa bakal laki Princess nasiblah dapat bini macam ini..hahaha adios~

0 Comments:

 

Copyright by © 2013 Studio Puteri Nabilah