CAMPING AT UiTM KELANTAN

Assalammualaikum...
Perkhemahan badan beruniform Kesatria Negara di UiTM Machang, Kelantan yang diadakan pada bulan 12 kalau tak silap. Dah berkurun ceritanya, tapi baru nak update. Sepertimana catatan dalam entry lepas :http://bella0107.blogspot.com/2011/12/camping-at-uitm.html ada beberapa catatan tentang perjalanan sepanjang camping Kesatria tersebut.

PERASAAN:
Kurang memuaskan dan kurang menyerokokan (buat-buat seronok aje), sebab tak merasa perkhemahan sebenar. Ini adalah perkhemahan pertama kalinya Princess rasa nak bagi 3/10 berbanding perkhemahan semasa Princess form 6 dulu di SMKA Segamat. Kami siap minta sumbangan untuk berkhemah di Hutan Simpan Endau-Rompin (Selai), perkhemahan terbaik, tidak stress, macam-macam belajar makan cukup (sebab masak sendiri), memang enjoy sebab cikgu-cikgu buat kami macam kawan, serius memang pengalaman paling best. Jungle tracking tak payah cakaplah memang terbaik! Kedua terbaik semasa perkhemahan badan beruniform di SMK Munshi Ibrahim Labis, masa tu form 2. Kami buat di Jasin, Melaka. Kawasan tasik, macam-macam belajar, cara buat rakit, imbang badan, permainan dengan lumpur dan tidak ketinggalan jungle tracking. Dalam banyak-banyak perkhemahan yang Princess sertai inilah pertama kali berkhemah tanpa khemah, makan kena paksa dan cepat, lepas tu permainan betul-betul macam permainan budak-budak sekolah rendah! hahahaha..terbaik! Bak kata abang Princess: " Kenapa kau tak cakap depan-depan?" Princess jawab: "Malas nak bertekak dengan orang yang suka cakap nak tengking-tengking!" hahaha..memang terbaik Princess nak mengkritik kih3x...

PANDANGAN:
Bila balik cuti sem ni sangat-sangat jealous dengan kawan-kawan dari universiti lain dapat sertai kem-kem yang best! Ingatkan dapat universiti dapat sertai perkhemahan best macam dulu-dulu, rupa-rupanya jauh panggang dari api....adess memang kecewa dan rasa bosan pula. Tapi, redha ajelah, nak buat macam mana dah tak ada rezeki nak join aktiviti yang best macam dulu-dulu. Setahu Princess kebiasaan berkhemah ni ada climbing fox and others, maybe budak part 1 Ijazah  memang tak ada ruang nak sertai pun, alangkah nak join silat gayong kat sana pun tak dapat sebabnya, bila budak Ijazah tengah berjuang untuk final exam, barulah persatuan nak announcement tentang kemasukan baru, kecewa dan terkilan, nak join lain-lain persatuan macam susah. Tengok kawan-kawan yang join kelab, Princess tengok pun diorang tak pula buat latihan ke apa. Ermm, mungkin Princess tak faham lagi sistem di universiti sana atau tak pandai ambil peluang? Sila komen.....

Bosan sebenarnya kalau dalam setahun tak dapat join apa-apa aktiviti di institusi sendiri. Dah sah-sah time sekolah aktif berkhemah, nak masuk sukan sah-sah tak berapa sangat, harap nak berkawad, berkhemah dan main permainan (bowling, badminton, bola jaring, bola baling) tu bolehlah....sebab pernah wakil juga (wakil sekolah pun pernah juga kan3x..hahaha). Harapkan petang-petang jalan-jalan dan jogging je laa satu universiti tu.

Okeylah just nak tunjuk jer gambar-gambar sepanjang perjalanan perkhemahan Kesatria tersebut:










PENGAKUAN BERANI MATI + JUJUR:
Apa-apa pun mereka-mereka yang menganjurkan aktiviti ni dah bertungkus-lumus pun nak handle aktiviti ni, terima kasih. Jangan nak kutuk-kutuk pula yer apa yang Princess cakapkan hahaha sebab memang betul pun lalalala...

One more thing, first time join camping yang ada kes caci maki hahaha....before this I never seen the activities from camping have the bad word to give their peserta okey. That's the first time I heard! Actually, kalau ye pun nak mendidik tak perlulah saling marah memarahi, kutuk mengutuk kan, tak sopan namanya.Al maklumlah kan budak degree....bukan nak besar kepala, tapi agak-agaklah kalau ye pun. Teringat pasal diary yang Princess tulis khas buat RSM, hahaha.....bila dapat tulis baru puas hati, lantaklah dia nak cakap apa, yang penting dah nasihat, tak nak terima ikut dialah...tak tahu nak cakap camping masa tu rasanya macam bukan camping tapi sotox! hahaha....macam orentasi pun ada, orentasi masa Princess pernah handle dulu-dulu. Haish, terbalik pula camping dengan orentasi hahaha...kelakar...kelakar....Orang camping ajarlah cara-cara ikatan ke, cara-cara ber camping ke, ini tak main nyanyi2, lepas tu buat lakonan macam kanak-kanak (kami ler tu terpaksa sebab kena ikut tema) haish.....memang tak betul...tak betul....setahu Princess lah camping yang pernah kami buat aktiviti adalah berkayak perghh memang terbaik! lepas tu berakit, imbang badan dalam air, main permainan bekerjasama...fuhh terbaik lah fikiran kami dari fikiran depa semua yer.....bosan! Manalah budak-budak masa tu tak hangin, main benda tak apa-apa....hahaha...Princess pun nak tergelak....Cikgu-cikgu yang dulu-dulu handle camping pun tak pernah caci maki kami, ini budak umur bawah kami kalau atas kami pun setakat 2-3 tahun je jaraknya alahai~budak-budak zaman sekarang...

Okey malas nak cakap panjang buat sakit hati, hempedu dan jantung aje bila ingat balik, huh! Sekian wassalam...

p/s: akhirnya terluah juga ketidakpuas hati aku!

2 Comments:

shiema sufian said...

syioknyaaa pergi kem, dah lama shiema tak pergi kem -.-'

Profesor Princess Nabilah said...

@shiema sufian


hehe bolehlah...

 

Copyright by © 2013 Studio Puteri Nabilah