HUKUM HUDUD APA MAKNANYA?

Assalammualaikum wbt...
Hukum hudud, apakah yang dimaksudkan dengan hukum hudud dalam Islam? Di kala ini ramai sedang berbicara tentang hukum hudud. Kenapa? Kerana tahap kadar jenayah di dunia masa kini semakin meruncing di kalangan masyarakat kita. Ada juga orang menganggap hukum hudud ini kejam dan keji. Tidakkah anda merasakan hukum hudud ini dapat menjami masa depan masayakat Islam yang berjaya menepis diri menjadi seorang kejam dan keji? Tidakkah anda terfikir kadar jenayah akan berkurangan sekiranya hukum hudud ini dilaksanakan mengikut Al Quran dan As Sunnah? Kalau dalam buku Pendidikan syariah Islammiah Tingkatan 4 & 5 serta Syariah Tingkatan 6 terdapat definisi mengenai hukum hudud.

Nauzubillah minzalik!

DEFINISI HUDUD:
  • Dan segi bahasa hudud bererti menahan atau mencegàh.
  • Dan segi segi istilah hudud ditakrifkan sebagai keseksaan yang telah ditetapkan oleh nas-nas Al-Quran dan AsSunnah yang wajib dilaksanakan sebagai hak Allah S.W.T. Kadar hukumannya tidak boleh dipinda sama ada dikurang atau ditambah. 
Maksudnya;
“Itulah hukum-hukum yang telah ditentukan. Oleh itu janganlah kamu mencabulnya, dan sesiapa yang mencabuli hukum-hukum Allah, maka mereka itulah orang-orang yang zalim”

JENIS-JENIS JENAYAH HUDUD:
  • Zina : Persetubuhan haram tanpa nikah yang sah antara lelaki dengan perempuan.
Hukuman : Bagi penzina yang belum berkahwin hukumannya ialah sebat 100 kali. Bagi penzina yang telah berkahwin hendaklah direjam sehingga mati.
  • Qazaf (menuduh zina) : Melemparkan tuduhan zina tanpa bukti terhadap orang yang baik.
Hukuman : sebat 80 kali
  • Minum Arak :  Meminum minuman yang memabukkan dan boleh menghilangkan kewarasan akal.
Hukuman : sebat 40 kali
  • Mencuri/ Merompak :  Mengambil harta orang lain secara senyap atau sembunyi.
Hukuman : potong tangan
  • Riddah (Murtad) :  Keluar seseorang Islam itu dan agama Islam sama ada dengan perbuatan dan perkataan.
Hukuman : Bunuh ( setelah diberi tempoh bertaubat selama 3 hari/ 3 kali )

Sumber: http://tayibah.com/eIslam/jenayah_Islam.htm

Mengapa Islam memperkenalkan undang-undang yang cukup zalim seperti membunuh orang murtad, memotong tangan pencuri, rejam lelaki atau perempuan berzina yang sudah berkahwin sampai mati, dan sebatan 100 bagi lelaki dan perempuan yang berzina dan belum berkahwin.

Katanya : Islam adalah agama yang membawa rahmat dan kedamaian kepada seluruh alam. Kalau membawa rahmat, kenapa Islam benarkan semua hukuman tersebut? Bukankah hukuman tersebut akan mendatang kezaliman dan kesengsaraan.

Dan tidaklah Kami mengutus kamu, melainkan untuk menjadi rahmat bagi seluruh alam (Al-Anbiyaa’ 21;107).

Dalam ayat di atas jelas menerangkan bahawa kedatangan Muhammad yang membawa Islam adalah rahmat atau berita gembira kepada seluruh alam. Maksud alam di sini bukan hanya manusia sahaja bahkan kebaikan kepada seluruh makhluk yang ada di dunia ini. Ayat ini membuktikan Islam adalah agama rahmat dan kedamaian. Memang benar Qur’an membenarkan pelaksanaan undang-undang tersebut dengan tujuan untuk mencegah dan sekaligus menjaga manusia serta harta benda mereka daripada dicerobohi.

Sumber:  http://wanwma.com/soal-jawab/kenapa-hudud-dalam-islam-sangat-kejam/

Hukuman Hudud ini adalah hak Allah, yang tidak boleh ditukar ganti hukumannya dan tidak boleh diubah-suai dan dipinda. Hukuman hudud tidak boleh dimaafkan oleh sesiapa pun. Mereka yang melanggar aturan hukum Allah, yang ditentu dan ditetapkan oleh Allah melalui Rasul-Nya yang disebutkan di dalam al-Quran atau hadith adalah termasuk dalam golongan orang yang zalim sebagaimana firman Allah dalam surah al-Baqarah ayat 229 yang bermaksud: “Dan sesiapa yang melanggar aturan hukum Allah, maka mereka itulah orang yang zalim.”
Sumber: http://epondok.wordpress.com/2010/04/07/hukum-hudud-ditetap-dalam-al-quran-tak-boleh-dipinda/

Perintah hukum hudud sudah jelas dinyatakan di dlm al quran dan disokong di dalam hadis Rasulullah saw. Oleh itu mari kita renung2kan petikan ayat2 al quran mengenai hukum hudud. Sedarlah wahai umat Islam semua, hukum hudud ini adalah hukum yg ditetapkan oleh Allah utk menjaga hak dan kehormatan manusia sejagat.
Sumber: http://ilmudanamalan.blogspot.com/2008/12/perintah-hukum-hudud-di-dlm-al-quran.html


Ini adalah komik khas isu video terlampau ini: http://www.youtube.com/watch?v=3Dh8lfPm4RQ ( sila download ketika link masih ada, beberapa link sebelum ni telah didelete) okey dah download~
Firman Allah:

"Dan sesiapa yang derhaka kepada Allah dan RasulNya dan melampaui batas-batas SyariatNya, akan dimasukkan oleh Allah ke dalam api Neraka, kekallah dia di dalamnya dan baginya azab seksa yang amat menghina."

terjemahan, Surah al-Nisa ayat 14 yang mempunyai words "Hudud" wlpn tak berkait hudud secara khusus.

Facts, pahit tapi kena telan:
Akibat berkata2 Hudud Tidak Ada Dalam al-Quran: http://goo.gl/0VHE5
Eh! Ada someone pujilah before this, but I'm sure he will regret this later lps tgk video "fighter"nya: http://goo.gl/C8VsW
Yang mana dah kufur sebab taksub, sila mengucap balik: "أشهد أن لا إله إلا الله وأشهد أن محمد رسول الله"

Sumber: https://www.facebook.com/photo.php?fbid=2746462346874&set=a.1580250352303.2072025.1417004278&type=1&ref=nf


APA PENDAPAT PRINCESS?
Kalamku sedang berbicara, seandai diri itu secetek setitis air ilmu di dada, usah bercakap berlebih-lebihan, kelak diri mengundang manusia ke arah kesesatan, seandai ingin juga berkata-kata rujuklah terlebih dahulu dalam Al Quran dan As Sunnah, seandai tidak mahir berbahasa arab sekalipun rujuklah kepada para ulama' yang sahih. Usah membuta tuli dalam berkata-kata hanya menggunakan ideologi akal manusia. Seharusnya dan sewajibnya tahu akal dan ilmu manusia yang ada hanya setitis air daripada selautan lautan dunia! Walhal ilmu dunia diperolehi bukan bermakna akal fikiran semua boleh pakai, sebab akal manusia hanyalah satu anugerah yang Allah tidak beri kepada makhluk yang lain. Oleh itu gunakanlah pada masa, keadaan yang sebenar-benarnya. Orang lain dok mengutuk mantan PM kita ini, sedangkan Allah dan Rasulullah tidak mengajar umatnya mengutuk, seharusnya berilah nasihat, sememangnya tidak semua manusia bijak agama, tapi masih lagi mahu bertanggungjawab sebagai khalifah Islam. Oleh itu, usahlah kutuk sana sini, bukan bermakna menyokong pun, memang tak suka perjalanan dan cara hidup orang-orang yang berasa diri itu besar sangat di mata manusia, tapi sebagai umat Islam, Islam mengajar untuk menegur secara berhemah, macam kita juga selalu melakukan kesilapan, maknanya pabila ada sudi menegur itu bukankah lebih baik? Terima sahaja dan ubahlah~ Maka akhir kata, manusia itu bukan seperti para malaikat iman sentiasa meningkat, iman manusia ada turun dan naik nya maka, bijaklah berkata-kata, terimalah teguran walaupun sepahit kopi mana pun hehe



Sekian dari pendapat Princess Nabilah, wassalam.

8 Comments:

Fakhrul Haiyin said...

Mhathir ckp gtu eh? adeh. ntah la. skg ni mcm2 daa.

Profesor Princess Nabilah said...

@Fakhrul Haiyin

kalau dah tgk video tuh, mmg btl laa dy ckp cmtu..hehe

zahinrayyan said...

Mungkin dia kata dia cerdik tapi sebenarnya dia kurang bijak... Semoga Allah memberi petunjuk dan hidayah kepada dia dan mereka itu..

Anonymous said...

Boleh bagi tahu tak ayat2 dalam al quran menerangkan hukuman jenayah untuk jenayah tertentu. Contohnye membunuh dan ZiNa... ;-)

Anonymous said...

Boleh bagi ayat2 yg specific tak mengenai hukuman2 jenayah.. Saya nak try cari la. Sebab tgk pasal jenayah tak jumpa.. Tolong yek...

Anonymous said...

Boleh bagi ayat yg terperinci tak pasal2 hukuman untuk jenayah

zack@rtun!s said...

sy sgt sygkan setiap pemimpin yg ada di negara kita.
tapi, sy kesal dgn perbuatannya yg tidak mengubah rakyanya ke jalan ALLAH....

Anonymous said...

dalam ayat tu pun hukum hudud tu pasal kes cerai...baca dan tafsir balik tidak mengatakan hukum hudud tu hukum pasal mencuri potong tangan,zina dll...harap pembaca baca dapat tafsir ayat yang diberi..kita berpandukan al-quran...if kita tersesat balik kepada al-quran..

 

Copyright by © 2013 Studio Puteri Nabilah