KENALI DIRI ANDA MELALUI HARI TARIKH LAHIR

Assalammualaikum wbt...
Hari ini Princess nak berkongsi maklumat mengenai tarikh lahir. Kalau tak silap benda nie Princess ambil dari Dato' Fadhilah Kamsah, tak ingat dah lama sangat ada dalam diary sebenarnya dari tahun 2009 lagi. So, jom baca sama-sama tentang diri kita. Artikel ini ditaip pukul 5.19 pagi tadi, hehe
KENALI DIRI ANDA DAN PASANGAN ANDA MELALUI TARIKH HARI LAHIR ANDA:

  1. Kalau anda dilahirkan pada 1,10,19,28 dalam mana-mana bulan, anda adalah NO.1
  2. Kalau anda dilahirkan pada 2,11,20,29 dalam mana-mana bulan, anda adalah NO.2
  3. Kalau anda dilahirkan pada 3,12,21,30 dalam mana-mana bulan, anda adalah NO.3
  4. Kalau anda dilahirkan pada 4,13,22,31 dalam mana-mana bulan, anda adalah NO.4
  5. Kalau anda dilahirkan pada 5,14,23 dalam mana-mana bulan, anda adalah NO.5
  6. Kalau anda dilahirkan pada 6,15,24 dalam mana-mana bulan, anda adalah NO.6
  7. Kalau anda dilahirkan pada 7,16,25 dalam mana-mana bulan, anda adalah NO.7
  8. Kalau anda dilahirkan pada 8,17,26 dalam mana-mana bulan, anda adalah NO.8
  9. Kalau anda dilahirkan pada 9,18,27 dalam mana-mana bulan, anda adalah NO.9

NO.1:
Anda sangat cerdik, jujur, lucu, degil, rajin, terus-terang, cemburu dalam asas pertandingan, baik hati, peramah dan autoriti. Anda ingin mendahului dalam apa jua keadaan. Anda seorang yang berdikari, berkeyakinan, dan tidak pernah berada di bawah pimpinan orang lain. Anda akan bercinta dalam usia yang muda tapi akan berkahwin dalam usia yang matang. Anda tidak suka akan orang yang bertentangan pendapat dengan anda. Malah anda juga menyimpan dendam dengan orang yang bersalah dengan anda. Anda seorang yang kuat berbelanja. Pada masa hadapan anda adalah Profesional dalam kerjaya yang anda ceburi. Namun terdapat juga orang yang kecil hati dengan pencapaian anda. Anda mempunyai keluarga yang bahagia. Pasangan ideal anda adalah NO. 4, 6, 8...

NO.2:
Tak kira apa pun anda akan disukai oleh semua orang kerana anda berperanankan bulan dan semua orang sukakan bulan. Ermm...bagus! Anda suka bermimpi di siang hari. Anda kurang berkeyakinan terhadap diri sendiri. Jadi anda perlu membuat perubahan ke atas hidup anda. Anda adalah seorang yang sukar diramal kerana anda membuat perubahan berdasarkan masa dan keadaan. Anda juga seorang yang mementingkan diri sendiri tetapi anda mempunyai bakat dalam muzikal, seni dan komunikasi lisan. Sikap anda seperti bulan yang datang keredupan dan pudar, jadi semua orang boleh mengetahui perubahan anda. Anda boleh menjadi Mahatma Gandhi yang ke-2 kerana cintakan keamanan. Anda juga seorang yang bertanggungjawab dalam keluarga. Pasangan ideal anda adalah NO. 2, 5, 9...

NO. 3:
Anda adalah seorang yang berhati keras, pentingkan diri sendiri, kuat agama, dan suka untuk mempertingkatkan kehidupan sendiri. Anda mempunyai masalah keluarga dan anda dapat mengharungi dengan kesabaran anda. Anda sangat bijak bercakap, wajah yang cantik, jadi ke mana sahaja anda pergi anda akan dapat apa yang anda inginkan. Daripada lahir, anda perlu bekerja keras untuk berjaya. Anda juga seorang yang menghormati orang yang lebih tua daripada anda. Bukannya senang nak menjalinkan hubungan sama ada dari segi percintaan, kekeluargaan dan persahabatan. Sekiranya anda suka akan sikap seseorang itu, maka hubungan itu akan berpanjangan. Anda suka akan kebebasan, pencipta di mana ada anda akan membawa harapan, kegembiraan dan keceriaan ke dunia ini. Pasangan ideal anda adalah NO. 6, 9...

NO. 4:
Anda adalah seorang yang amat degil dan rajin. Mungkin anda akan menjauhkan orang lain daripada diri anda kerana kata-kata anda. Anda seorang yang bertimbang rasa akan masalah orang lain. Anda berbakat dalam penyelidikan dan seni. Anda akan membantu ahli keluarga dan kawan-kawan yang menghadapi masalah tanpa berfikir panjang. Anda perlu berhati-hati dengan orang sekeliling anda kerana mereka mungkin akan mempergunakan anda. Kawan-kawan anda akan menghabiskan masa dan wang ringgit anda dan selepas itu menjauhkan diri daripada anda apabila anda sudah tiada nilai buat mereka lagi. Walau bagaimanapun anda tetap seorang yang sabar dan tegas. Pasangan ideal anda adalah NO. 1, 8...

NO. 5:
Anda sangat popular dalam komuniti. Anda boleh menyelesaikan sesuatu perkara hanya secara lisan. Anda mempunyai akal fikiran dalam menjalankan perniagaan. Namun, anda terlalu terburu-buru. Anda adalah seorang yang humor dikalangan kawan-kawan dan ahli keluarga anda juga akan meminta bantuan daripada anda apabila mereka memerlukannya. Anda bukan seorang yang setia dalam hubungan percintaan. Anda suka perubahan dan kebebasan. Anda mempunyai cita-cita seorang pengembara dan ahli silap mata. Anda mempelajari hidup melalui pengalaman. Pasangan ideal anda adalah NO. 1, 2, 9...

NO. 6:
Anda dilahirkan untuk menikmati hidup ini. Anda tidak pedulikan apa-apa perkara dan hanya ingin berseronok dalam hidup anda sahaja. Anda sangat pandai dalam pelajaran dan pengurusan perniagaan. Anda seorang genius, baik hati (tetapi hanya orang yang beranggapan anda orang baik), mempunyai paras rupa yang cantik atau kacak. Semua sebab yang baik akan datang kepada anda. Anda mengambil berat ke atas ahli keluarga dan kawan-kawan anda. Pada pandangan mereka, anda adalah seorang yang murah hati, peramah, adil dan saksama dan mempunyai penilaian yang tajam. Pasangan ideal anda adalah NO. 1, 3, 9...

NO. 7:
Anda mempunyai daya tarikan kepada sesiapa sahaja. Anda adalah seorang yang realistik, yakin, gembira dan merupakan seorang yang genius dalam bidang pendidikan, muzik, seni dan nyanyian. Anda mempunyai masalah sikap panas baran. Namun demikian, anda banyak melakukan pengorbanan untuk keluarga. Anda meletakkan keluarga di tempat yang amat tinggi sekali sehingga kadang-kadang mengabaikan kebahagiaan sendiri. Anda telah dilahirkan untuk memberi sumbangan kepada dunia ini. Jadi anda seorang yang bagus dan seorang yang amat gembira. Pasangan ideal anda adalah NO. 2...

NO. 8:
Anda mempunyai personaliti yang sangat kuat, jadi tiada orang yang memahami anda. Kepakaran anda hanyalah menunding jari pada sesuatu benda. Anda juga mengalami pelbagai dugaan dalam hidup. Semua masalah ini telah menjadikan anda seorang yang lebih kuat dan tabah. Anda memperjuangkan keadilan. Kebanyakan masa anda telah dihabiskan bersama-sama dengan kawan-kawan. Anda seorang yang disiplin dalam hidup, tidak berputus asa dan berani. Faktor-faktor ini telah membawa anda ke puncak kejayaan. Anda juga adalah seorang ahli pasukan, keluarga dan pejuang yang sangat bagus. Pasangan ideal anda adalah NO. 1, 4...

NO. 9:
Anda adalah seorang yang sangat tabah dari segi fizikal dan mental. Anda mempunyai penilaian yang sangat tajam. Anda juga adalah seorang yang sangat dihormati dalam komuniti. Anda adalah seorang yang boleh menerima cabaran dan berjaya dalam apa jua yang anda lakukan. Pada usia yang muda, anda selalu bertentangan pendapat dengan ibu bapa anda. Tetapi apabila usia anda telah semakin meningkat, anda adalah seorang anak yang taat dan hormati mereka. Anda sesuai menceburi bidang kejuruteraan atau perbankan kerana orang lain percaya dan yakin akan anda. Anda merupakan model teladan kepada orang lain. Pasang ideal anda adalah NO. 3, 5, 6...

Bagaimana pula anda? Anda No. berapa? Siapa pula pasangan ideal anda?

sarang hae

Author By:
Princess Nabilah (29 February 2012=5.16 a.m)
Sekian wassalam
 

Copyright by © 2013 Studio Puteri Nabilah