MACAM-MACAM RAGAM MANUSIA SEKARANG

Assalammualaikum...

Hari ini Princess jalan-jalan dengan ayah dan ibu, saja je sebab dah lama tak berjalan di sekitar Segamat. Princess asyik terdengar pasaraya baru di Segamat iaitu Kip Mart Segamat. Ingatkan best laa lebih kurang macam Maydin Melaka ajelah...Tak adalah menarik mana pun. Before pergi Kip Mart tu Princess temankan ibu pergi cari baju untuk majlis kahwin anak pak utih 3 March 2012 nanti, dari satu kedai ke satu kedai tak jumpa-jumpa baju yang diinginkan. Dari kedai di area Bandar Utama, dah round semua kedai baju cari jubah berwarna biru, perghh memang jenuh kalau teman orang shopping keluar masuk kedai tapi tak beli apa-apa hahaha...tapi disebabkan ibu Princess, makanya teman sahajalah, ye laa bila lagi nak berbakti kan..hehehe...walaupun kaki dah semakin kematu wakakaka...sebab pakai tumit tinggi punya pasal dengan perut kosong tak makan tengahari hehehe memang terbaik!

Lepas di kedai-kedai area Bandar Utama tak jumpa Princess pergi dengan ibu di are Jalan Aji. Adalah dalam 4-5 buah kedai jalan sampai kaki ni tak bertahan nak jalan lagi akhirnya jumpa juga kedai baju jubah biru yang ibu Princess nak selepas Princess cakap: "Dah3 laa tu ibu, Ila penatlah ambil je laa yang nie sesuai jerk dengan tudung mak utih bagi tu." Akhirnya Ibu pun terima kih3x...selepas berjaya memujuk suruh beli je baju tu...Pilihan Princess juga ishk3x....

Lepas itu, ayah bawa pergi Kip Mart sebab Princess nak sangat tengok apa yang sangat menarik di sana, sampaikan ramai cakap best lah, murah lah apalah kan...okey je laa ikut driver bawa hehehe...jalan punya jalan belek-belek tengok harga fuhh boleh tahanlah...Princess belum mampu nak beli barang-barang kat situ melainkan kalau ptptn dah masuk hahaha....Mula-mula happy laa juga dapat jalan-jalan dengan parents happy go lucky jer, lepas habis round-round satu Kip Mart, ayah ajak minum-minum kat gerai-gerai yang banyak-banyak tu, belilah 3 cawan ice choco, satu mangkuk soto dan satu mangkuk sup ekor. Semua sekali RM8.40+RM3.00+RM8.00 = RM 19.40. Okey agak mahal setakat makan itu sahaja bagi Princess laa...

Then, tengah-tengah syok nak habiskan makanan tu tiba-tiba Princess ternampak satu family ni, biasalah mata kalau tak hidup tak memandang kiri kanan, buta laa kan, nampaklah si ayahnya pakai kasut sekolah yang nampak masih baru, putih dan bersih. Tergelak sekejap sensorang ye laa mesti fikirkan: "hai aku ingat budak sekolah aje teruja nak pakai kasut sekolah, bapak budak pun suka pakai kasut sekolah?" That's why Princess tergelak sensorang. Lepas tu ibu tanya kenapa dengan Princess, mula-mula tak nak cakap dululah mestilah cover line kan, then just bagi isyarat matalah konon nak jaga hati orang, lepas tu ibu pun tergelak juga, lepas tu dua-dua tergelak hahahahaha....yang ayah tak tahu apa-apa asyik tanya-tanya...kenapa...kenapa...

Princess malas nak cerita dulu pasal pak cik tu ada kat belakang ayah, so cakaplah tak ada apa-apa, yang ibu dah gelak-gelak adoiyai kantoi laaa...kesian pula kat ayah asyik tanya-tanya lastly tercakap juga. Mungkin masa tu bini pak cik tu dengar dia pun mengadulah pada laki dia, tak masal ajelah....tetiba pak cik tu tegur ayah, Princess dah cuak ingat kenalan ayah ke apa. Tapi masa tu ayah just cakap mungkin dia pakai kasut anak dia sebab anak dia pakai kasut dia ke kan, think positif beb! Okeylah, lepas tu pak cik sengal tu panggil ayah Princess: "Aji..aji..." Ayah Princess pun tolehlah ingatkan apa tak masal kena sound. Perghh memang siot kan...bapak aku tak bersalah laa weyh pak cik sengal paling sengal2!!!

Princess dah cuak takut pak cik tu apa-apakan ayah ke apa, dalam fikiran kalau ada abang kan bagus mulut dia laser sikit hahaha.....tapi dalam hati kalau pak cik tu apa-apa kat bapak aku memang kaki aku kat kepala pak cik sengal tu nanti...jangan ingat aku perempuan lemah gemalai okey aku ada seni persilatan wakaka....siaplah...pakkal aku tahu MALU dalam kamus hidup aku kalau tak aku dah sembur pak cik tu dengan racun tikus dari mulut aku yang agak laser juga nie....Disebabkan aku perempuan, dan masa kejadian itu di kawasan sendiri so tak menjadi nak jadi super woman hahaha.....kalau tak pelbagai perisa beracun aku dah sembur kat pak cik yang lagi tak tahu bahasa tuh!

Yang tak boleh bla nya laa kan, sound sekali cukuplah orang tahulah ko tu terasa, by the way apesal nak sound sampai 3-4 kali ingat kami ni tak waras ke? Nasib bapak aku jenis seorang penyabar orang cakap apa pun masuk telinga kanan keluar telinga kiri, of course my parents kan cikgu so macam-macam perangai mak bapak budak dah jumpa pun....mak bapak budak zaman sekarang ni memang dah tak betul! Tahu buat anak aje tapi jaga anak tak pandai! Princess pun dah penat dengar hari-hari ibu asyik bising pasal mak bapak budak zaman sekarang adoiyai....itulah salah satu contohnya orang panas baran bapak budak! Haiya pakkal ko pak cik...aku hormatlah. Nasib laa Princess bersama dengan ayah ibu kalau dengan kawan-kawan Princess dah lama dah cakap macam ni: "weyh jom laa belah dari layan orang gila nie, grrr" hahahaha......

Itulah peristiwa sengalnya hari ini di Kip Mart Segamat, dahlah mahal aku pun tak beli apa-apa window shopping aje pun, tak masal jumpa pak cik yang mengaku MISKIN, what the hell! Miskin bendanya kasut sekolah BATA kowt aku dulu pun tak adanya nak beli kasut mahal macam tuh okey! Setakat kasut all america ajelah itu kira murahlah kan tak tahulah sekarang berapa. ceit! dah tahu miskin buat apa shopping kat Kip Mart yang hanya untuk anak-anak orang jutawan ajerk! sengal punya pak cik..!!! ishk3..aku nak ambil jerk gambar pak cik tuh! Perasan bagus sangatlah!

Orang miskin kalau miskin tak kata pun dia miskinlah pak cik! Pak cik tu bukan miskin harta tapi miskin budi bahasa! Ibu Ayah Princess pun selamba jerk pakai baju kadang-kadang bukan kadang-kadang pakai selekeh aje, padahal cikgu tuh, orang pandang jelik aje, bak kata ibu: "lantaklah apa orang nak cakap kita tak hutang sape-sape pun" yeahhh that's my mother laa! Terbaik! Pak cik tuh bapak siapa tolong ajar dia supaya belajar bahasa yerk jangan nak sound-sound orang kalau tak tahu apa yang dikatakan! Huh.....yang penting kami tak mengejek pun cuma geli hati, sekurang-kurangnya pak cik tu bagi hiburan, Princess tak adalah gelak sampai orang lain tengok pun tergelak sekali adesss..ni bapak-bapak budak zaman sekarang suka panas baran seperti perangai syaitan ni rojimmm.....inalillah~

Okey penat nak cerita tapi sampai situ sahajalah kalau jumpa balik aku buat mukalah itu pun kalau cam muka bapak budak tuh lagi wakaakaka...sekian wassalam

0 Comments:

 

Copyright by © 2013 Studio Puteri Nabilah