MERINDUI KAMPUNG HALAMAN

Assalammualaikum...

Kampung? Kenapa dengan kampung?
Kali ini Princess nak cerita seronoknya ada kampung. Sebab di situlah pertemuan sesama kerabat keluarga yang jauh juga yang dekat. Bak kata pepatah Melayu: Jauh di mata dekat di hati. Erk...ada kena mengena ke? Ah, lantaklah....


Bila cerita tentang kampung halaman, teringat zaman kecil muda dulukala, inilah tempat Princess bersama adik-beradik, sepupu sepapat bermain pondok-pondoklah, kawenkawen lah, biasalah kan permainan budak-budak dulukala, budak-budak mana aci main semua tu dah tak merasa lagilah. Sebab sekarangkan zaman IT, apa barang main benda kotor ye dak? hahaha....

Gambar ini abang sepupu punya. Kita mana ada kamera digital dulukala nak ambilnya kan, sebab rumah ni dah diubahsuai pun banyak dah ubahsuainya, dulu nak naik tangga punya tinggi. Kalau main lari-lari dalam rumah gerenti kena bising dengan Ucu hahaha.....budak kecik mana reti duduk diam seronok buat derk je laa kena bising pun lalala~ Sekarang dah tak rumah kayu ini pun. Lagipun arwah atuk dah tak ada sejak tahun 2006, so memang sah-sah tak jumpa dah rumah kayu lagi.

By the way cantik kan rumah kayu ini warna biru beb! hahaha....Kampung Princess di daerah Segamat Johor, iaitu di Kampung Sepinang. Ada ke yang pernah pergi tempat tuh, kalau pernah mungkin kita bersaudara hahaha...bak kata ayah Princess semua kat kampung bukan orang lain sedara mara kite gak kui3x....biasalah orang dulukala moyang-moyang kitekite gak kan...okey done laa cerita pasal kampung. Ini kampung belah ayah. Kalau belah ibu memang done done laa tak jumpa pun sebab rumah bandar, tapi just dapat letak gambar family belah ibu sahajalah, ada gambar arwah nenek~


Gambar ini diambil ketika sepupu kahwin. Ada juga gambar arwah nenek. Hujung sekali jangan salah teka yerk! hehehe

Okey lah penat menaip adios! Sekian wassalam.

0 Comments:

 

Copyright by © 2013 Studio Puteri Nabilah