RESULT FOR PART 1 IN DEGREE LIFE

Assalammualaikum...
Hari ini Princess baru sahaja dapat keputusan bagi sem 1 Ijazah. Keputusan yang bagi Princess agak menakjubkan, walaupun bagi orang lain ianya sangat biasa sahaja sebab tak sampai poiter 3 pun, By the way Princess puas hati dengan apa yang Princess usahakan selama 5 bulan belajar untuk sem 1 Ijazah ini. Ya, tak semua yang kita impikan akan menjadi kenyataan tapi ini adalah satu anugerah yang kita perlu bersyukur. Walaupun kena repeat 1 paper, bagi Princess ini adalah cabaran untuk buat yang lagi baik dari yang sebelumnya. Mungkin perbezaan amat ketara ambil bidang yang bukan dalam minat atau bidang yang tak pernah pun dengar dalam family pernah ambil, then kita kena berusaha juga untuk mendapat balik apa yang terlepas.

"Aku meminta kepada Allah setangkai bunga segar, Dia beri kaktus berduri. Aku minta kupu-kupu diberiNya ulat berbulu. Aku sedih dan kecewa.Namun kemudian, kaktus itu berbunga indah sekali dan ulat itu pun menjadi kupu-kupu yang sangat cantik. Itulah jalan Allah, indah pada masaNya! Allah tidak memberi apa yang kita harapkan tapi Dia memberi apa yang kita perlukan. Kadang kala kita sedih, kecewa dan terluka....tapi jauh di atas sana, Dia sedang mengatur yang terbaik dalam kehidupan kita.."

Apa-apa pun semua ini adalah urusan Allah yang ingin menetukan tahap kesabaran dan usaha hamba-hambanya dalam mencapai apa yang perlu dalam hidup. Target hidup buka nak menjadi terlalu cemerlang sehinggakan ilmu akhirat tertinggal. Dalam hidup ini banyak benda yang Princess nak, tapi tak semua mampu didapati. Alhamdulillah seharusnya bersyukur kerana dalam banyak-banyak manusia kita masih menjadi pilihan Allah dalam melanjutkan pelajaran di peringkat Ijazah. Walaupun agak lambat dalam menempuhinya namun inilah setakat yang Princess mampu.

Kalau di sekolah rasanya keputusan yang didapati mungkin okey tapi mungkin tak okey juga. Dengar gred memang best tapi kalau sebut pointer memang agak segan jugalah. Ye laa setakat mampu dapat 4A 2B 1C dan 1E hahaha pointer 2.85 sahaja. so rasanya berbaloikah? Bagi Princess walaupun keputusan tak sehebat kawan-kawan lain tapi bagi Princess itu dah kira hebat ye laa bayangkan dari STPM dapat 2.67 naik sikit ke 2.85 okey what? Usaha nak mendadak tu boleh gila tau tak! Bagi Princess biar sedikit demi sedikit walaupun sukar tapi kehidupan dapat mematangkan fikiran Insyaallah tidak akan lagi berputus asa. Bak kata kawan sekolah dulu: Janganlah mudah berputus asa, kerana syaitan amat suka manusia bersifat begitu kerana itu tandanya tidak bersyukur apa yang Allah bagi.

"Kadang-kadang Allah sembunyikan matahari, DIA datangkan petir dan kilat. Kita menangis dan tertanya-tanya ke mana hilangnya matahari, rupa-rupanya Allah hendak memberi kita pelangi"

Terima kasih kawan kerana kau beri aku inspirasi yang terbaik! Tak semua orang yang pandai itu sentiasa cemerlang, kadang kala akan jatuh di kemudian hari hanya kerana melupakan Allah. Jadi, walaupun tak pernah menjadi cemerlang di mata manusia, jangan jadikan alasan untuk tidak cemerlang di mata Allah. Bagi Princess seimbangkan kedua-duanya itu lagi terbaik. Insyaallah kata-kata ini bukan sekadar omongan kosong, apa yang baik datangnya dari Allah dan yang kurang itu dari diri sendiri yang sememangnya serba kekurangan.


Apa yang penting memang tak boleh nak bangga sangatlah kan hahaha...result cukup makan sahaja~
Okey itu sahaja untuk hari ini dan paling penting don't ever give up what you get because you can exchange by yourself for the next stage hehehe
Sekian wassalam

0 Comments:

 

Copyright by © 2013 Studio Puteri Nabilah