HIDAYAH ALLAH BUAT LOO JO YEE

Assalammualaikum...
Alhamdulillah hari ini kita mendengar lagi satu berita yang sangat gembira buat umat Islam sedunia. Seorang lagi saudara baru kita telah memeluk Islam dalam usia yang muda iaitu 17 tahun. Princess sangat-sangat gembira mendengarkan berita tersebut kerana daripada dulu teringin nak berkawan dengan seorang muallaf sebabnya kebanyakan mereka selepas convert Islam, mereka sangat-sangat menjaga Islam dan lebih baik daripada kita yang Islamnya lahir daripada keluarga. Hal ini kerana mereka mencari dan terus mencari walhal Islam yang kebanyakan kita miliki adalah Islam dari keturunan. By the way, iman tidak mewarisi keturunannya even seseorang itu lahir dari kedua ibu bapanya adalah ustaz dan ustazah. Allah juga berfirman:

Berkata Abu Dzar r.a. bahawasanya Nabi SAW telah bersabda: Allah Taala telah berfirman:
“Wahai hambaku, kalian semua adalah sesat kecuali siapa yang Aku beri hidayah, maka mintalah hidayah kepada-Ku.”

Hidayah Allah datang dalam pelbagai rupa, bentuk dan keadaan. Bagaimanapun kebanyakan saudara-saudara baru kita memeluk Islam adalah hasil daripada mengkaji Al Quran dari hasil perbandingan kitab yang mereka pernah mengamalkan. Justeru tidak hairanlah kuasa Al Quran sebagai wasiat terakhir Nabi kesayangan kita yang terakhir, Nabi Muhammad s.a.w. Islam itu sebenarnya sangatlah indah tiada paksaan mahupun kesusahan untuk umatnya kerana Allah sangat sayang terhadap hamba-hambanya lagi-lagi umat akhir zaman ini banyak sudah Allah pertimbangkan untuk kita bersama ke syurga.


Loo Jo Yee, gadis berusia 18 tahun (2012).

Gadis ini merupakan saudara baru kita walaupun tidak mempunyai nama arabnya, kerana rang undang-undang bagi seorang muallaf tidak perlu menukar namanya walaupun sudah beragama Islam melainkan ber'binti' kan Abdullah. Ramai orang kata nama Islam walhal itu adalah nama dari bahasa arab, Islam tidak meletakkan seseorang itu perlu menggunakan nama dalam bahasa arab asalkan nama yang diberi itu mempunyai maksud yang baik dan tidaklah menghina sesiapa. 

Adapun begitu terdapat juga halangan serta cabaran yang ditempoh sepanjang ini.

Beliau tiada nama Islam kerana sekarang seseorang muallaf sudah tak perlukan tukar nama dengan nama Islam, dan hanya perlu ber ‘binti’ kan kepada Abdullah serta tak perlu tukar bangsa, maka namanya kekal Loo Jo Yee binti Abdullah.

Beliau telah masuk Islam ketika masih berusia 17 tahun, disebabkan di Malaysia mempunyai undang-undang untuk memeluk agama Islam bermula 18 tahun sahaja. Jadi, beliau terpaksa menangguhkan dulu permohonan.

Keluarga Jo Yee merupakan pengikut agama kristian yang kuat. Dan beliau bakal menjadi seorang paderi di sebuah gereja.Disebabkan itu, keluarga beliau sangat bantah hingga menganggap masuk Islam adalah sangat menghinakan bagi keluarganya.Loo Jo Yee mendapat hidayah melalui dua peristiwa yang menarik.

Yang pertama adalah, beliau mempunyai ramai rakan-rakan yang beragama Islam. Oleh itu, mereka telah berdebat tentang agama masing-masing.Ketika itu, beliau bermatlamat untuk membawa rakan-rakan Islam untuk masuk agama Kristian.Namun untuk berdebat dengan rakan-rakan, beliau telah mengkaji al-quran, membaca kisah Nabi Muhammad s.a.w dan mengkaji kemunculan Islam untuk mencari kelemahan Islam. Semakin beliau mengkaji, semakin lama beliau mula tertarik dengan ajaran Islam. Beliau sendiri mengaku bahawa di dalam Bible banyak perkara yang telah diolah hingga menyimpang dari perkara sebenar.Oleh itu, Jo Yee mengkaji Islam dengan lebih mendalam untuk mencari perkara yang sebenar. Dengan itu, beliau telah mendapat ketenangan jiwa ketika membaca al-quran.Itu adalah hidayah pertama Loo Jo Yee.

Peristiwa kedua yang membawa hidayah kedua beliau adalah ketika beliaumenghidap mendapat penyakit thyroid di bahagian leher.Doktor mengesahkan 90% besar kemungkinan adalah penyakit tersebut. Beliau merasakan ini adalah penamat bagi kehidupan beliau walaupun masih muda.Rakan-rakan Islam Jo Yee telah banyak ‘encourage’ beliau untuk cuba berdoa kepada Allah taala.Beliau cuba dengan menadah tangan, menangis dan hanya berserah kepada Allah.Keesokan harinya, ketika beliau menjalani medical check-up, doktor mengesahkan penyakit itu bukan kanser.Disebabkan itu, beliau yakin dengan kuasa Allah taala dan pada waktu itu juga la beliau mengucap dua kalimah syahadah. Subhanallah.. Allahuakhbar!

Loo Jo Yee berasa hiba kerana beliau berasa telah dipilih Allah untuk mendapat hidayah ketika berumur 17 tahun sedangkan remaja yang seusia beliau sibuk bersuka-ria hingga tersasar di jalan Allah.Banyak dugaan yang beliau terima selepas bergelar muallaf, hingga dipulaukan rakan-rakan sendiri dan keluarga tercinta.

Beliau sangat bersyukur kerana mendapat keluarga angkat di Ipoh yang mengambil berat terhadap beliau. Jo Yee berharap selepas ini dia berpeluang untuk berdakwah kepada remaja-rakan yang seusia dengan cara tersendiri. Alhamdulillah, marilah kita sama-sama mendoakan agar Loo Jo Yee terus diberikan kekuatan untuk menempuh kehidupannya.

Hidayah Allah tidak kira manusia. Pasti diberikan pada siapa yang dikehendakinya.
Sumber : AlamInformasi.Com| http://hafizamri.com/terbukanya-hati-seorang-wanita-cina-malaysia/#more-2119

Sekian wassalam

0 Comments:

 

Copyright by © 2013 Studio Puteri Nabilah