THE MOMENT IN A DAY

Assalammualaikum wbt..
Hari ini ada suatu moment yang tak akan dilupakan dan sangat menggelikan hati Princess. Kenapa? Okey, hari ini Princess berdua-duaan bersama dengan abang Princess, opps bukan pakwe yerk ini adalah abang kandung, hahaha..okey disebabkan ramai salah faham meh sini Princess perkenalkan siapa abang Princess yang paling Princess sayang sebab dialah satu-satunya abang dunia akhirat. Seorang penyabar, tak pandai nak marah, jiwa lembut, bukan lemah lembut so, let's check out!


Cerita di sebalik kejadian siang tadi. Kami ke Segamat untuk renew lesen kereta dan semestinya perlu mengambil gambar. Mula-mula singgah di kedai gambar Labis tapi jurukameranya tiada, so tak lain tak bukan terpaksa pergi Segamat.

Setibanya di kedai gambar Segamat yang berdekatan dengan sekolah Seg Hwa, teruslah tujuan kami. Kejadian yang memalukan satunya adalah amoi kat kedai yang jadi jurukamera tu memang sengaja ke apa Princess tak tahulah kan perghh!! Boleh goyah iman lelaki. Princess yang merasa keseganan melampau. Terfikir haish habislah mata abang aku hari ini, malu betul! Abang Princess ceritakan apa yang dia nampak kat Princess mak aih malu betullah! Ishk3x...kesian abang aku mata jadi panahan syaitan ni rojim!

Bukan setakat cerita itu sahaja, semasa menunggu amoi kedai edit gambar kami tu, lama jugalah. Tiba-tiba auntie si tokei kedai gambar tu tanyalah pada Princess: "Ai amoi ni suami ka?" Princess dah memandang abang terkejut kowt hahaha...sengal punya auntie ada ke patut cakap abang Princess tu suami? Haish! Jauh sangat tuh kalau cakap boyfriend ke okeylah juga ini suami? Apa lagi kami meledaklah ketawa hahahaha...auntie tu terpinga-pinganya dia tanya balik: "Kenapa? Bukan suami ka? Siapa antara kamu berdua ni? "[loghat cina cakap Princess tak mahir] Princess pun jawablah: "Bukanlah auntie kami adik beradik, ini abang saya" Then auntie tu pun cakap: "Oooo, manalah tau kan" hahaha....haish kelakar kowt.

Lepas dah selesai ambil gambar terus pergi JPJ nya tempat. Then selesai juga kami terus ke are Jalan Aji Segamat kerana abang nak pergi PPD [tempat abang Princess praktikal] bayar duit makan, by the way ada pegawai dia baik hati belanja bayaran makan abang Princess yang harganya baru RM20.00 sahaja. So, dah berjimat di situ, by the way terima kasih encik. Time tu pula Princess beli kain putih lerang 60 untuk buat tudung sekolah adik Princess kesian tudung dia diambil orang ishk3x...ramai rupa-rupanya kaki mencuri, [itulah kalau ada hukum hudud mesti budak-budak ini tak pandai mencuri dah or tak berani nak buat lagi]. Dah lepas beli kain, Princess jalan-jalan sensorang sementara konon tunggu abang dari PPD siap. Singgah satu kedai ini dapatlah beli tali pinggang baru berwarna biru, cantik dan murah hehehe.

Tiba-tiba abang call tanya ada kat mana, Princess cakap dah nak pergi kat parking dah, walhal baru keluar kedai. Lepas itu, abang cakap: "aku kat belakang kau lah" hahaha kantoi! Then abang ajak makan tengahari kat area situ jugalah. Masa tu pula ada ekspo kat dataran Segamat. Lepas makan, abang ajak shopping kat sana. So jalan-jalan pusing-pusing satu dataran tu dengan abang macam pasangan couple berdating hahaha...by the way macam biasa Princess berjalan sangat laju walaupun berkasut tumit tinggi, abang Princess melayan je lah keranah adik dia tengah rambang mata hahaha kesian betul. Tapi, itulah abang dia tetap menemani adik kesayangan dia ni hehehe....jenuh juga dia teman jalan tu, siapa suruh ajak Princess pergi sini hahaha kan dah kena teman sekeliling dataran hehehe....dari satu booth ke satu booth, tapi semuanya tak berkenan, barang yang dicari antaranya beg sekolah, tas tangan dan kasut wedges. Dah penat-penat pusing-pusing satu dataran satu je beli, iaitu beg sekolah. By the way, beg sekolah itu ada di booth yang awal-awal tapi nak servey dulu mana tahu ada yang lagi cantik tak adalah kempunan kan? hehehe last-last beg tu juga beli.hahaha okey inilah gambar beg sekolah yang dapat memikat hati Princess:



Lepas tu nak juga pergi kat Bandar Utama nak cari kasut. Abang princess iyekan je laa ikut kata si adiknya yang memang cerewet hehehe....so sampai sahaja di bandar utama tu, abang pun teman lagi jalan-jalan cari kasut, nampak sangat dia penat tapi dia melayan juga kerenah adik dia suka hati je keluar masuk kedai tapi tak beli apa-apa hahahaha...itulah perempuan selagi tak dapat apa yang dikehendaki jangan haraplah~ Princess dah warning awal-awal kat abang jangan ikut Princess, dah dia degil nak teman juga so nasiblah last-last semua kedai dah masuk tapi satu kasut pun tak beli. Last-last abang Princess mengalah juga penat nak membontoti Princess hahaha....tu laa siapa suruh ikut kan dah penat. Lepas tu Princess patah balik jalan ke kedai yang Princess dah keliling rupa-rupanya ada satu kedai yang terlepas pandang, lastly dapat juga sepasang kasut yang memang ada dalam fikiran Princess, Alhamdulillah dapat juga jumpa akhirnya. Kasut yang menjadi perhatian Princess adalah:



Jangan terpedaya cermin mata tu tak termasuk yerk! hehehe...so warna putih menjadi inspirasi di hati. Semoga bahagia dan ceria mendenga celoteh Princess di pagi hari ini.
Sekian wassalam

0 Comments:

 

Copyright by © 2013 Studio Puteri Nabilah