PERJUANGANKU BELUM BERAKHIR

Tiga minggu sudah di alam universiti semula membuat Princess sudah lama tidak menaip cerita mahupun berita tentang Princess. Semester ke 2, memberi satu kekuatan dalam diri Princess untuk menjadi yang terbaik. Ianya bukanlah suatu perancangan yang mudah untuk diubah mahupun mengubahnya. Pelbagai cerita yang menarik dan suka duka liku-liku sepanjang 3 minggu di Kelantan.



Minggu 1:
Pertama kali tiba di Kelantan tanpa ditemani sesiapa pun sebab perjalanan dari Johor ke Kelantan Princess berseorangan kerana kawan yang selalu bersama Princess balik awal ke Kelantan. Alhamdulillah walaupun berseorangan Allah tetap pelihara diri ini dari sebarang gangguan yang merbahaya. Mula tiba di rumah sewa, Princess tidak merasakan sesuatu yang amat gembira walaupun orang kata kalau dah lama tak jumpa kawan rasa rindunya yang teramat tapi tidak bagi Princess kerana di hati ini begitu gusar dan teramat takut untuk menghadapi dugaan di sini. Macam- macam sebenarnya Princess fikirkan untuk mengelakkan apa-apa yang berkait rapat dengan ibadah seharian. Sukarnya nak bercerita apa yang berlaku. Kuatkan hati hambaMu ini Ya Rabb, jagakan dan peliharakanlah iman dan hati-hati ini, peganglah sekuat dan seerat-eratnya Ya Allah sungguh aku terlalu takut untuk menempuhi hari mendatang ini.

"Andai perjuangan ini mudah,
Pasti ramai yang menyertainya
Andai perjuangan ini menjanjikan kesenangan
Pasti ramai yang tertarik padanya
Tapi hakikatnya perjuangan bukan begitu
Turun naiknya, sakit pedihnya
Umpama kemanisan yang tiada terhingga
Andai rebah, bangkitlah semula
Andai terlena, ingatlah janjiNya
Selamat berjuang!"

Berjuangkan iman untuk seseorang bukan mudah andai hati tidak pernah bermuhasabah sendiri.

Minggu 2:
Kebanyakan lecturer tidak masuk ke kelas kerana mereka semua ada kursus masing-masing, so minggu itu Princess cuti sakan kembali. Tapi, macam-macam perkara sebenarnya membuatkan Princess merasakan ketidak tenangnya. Sukar sekali lagi untuk menceritakannya. Terasa perit dan terasa bahu kiri ini teramat beban dan senget sebelah, terasa juga kaki kiri ini merasakan hangat bahangnya api neraka. Ya Allah aku sungguh takut! Aku tidak mampu untuk menegur hatta berbicara sekalipun.

سَتَبْلىَ اليَدُ مِنِّي فِي التُّرَاب # َويَبْقَى الخَطّ بَعْدِي فِي اْلكِتَاب

فَيَالَيْتَ اَّلذِي َيقْرَأ حُطُوطِي # دَعَالِي النَجَاة مِنَ اْلعَذَاب

Tanganku akan hancur di dalam tanah
Yang tinggal hanya tulisanku di dalam buku
Moga sesiapa yang membaca tulisanku
Doakanlah keselamatanku dari Azab (api neraka).


Minggu 3:
Nothing to say what. Because I'm fell like I'm not a person who can help Islam more than the children at Palestin! I'm so sad. Sungguh Princess tidak kuat untuk menegur sesiapa mahupun berbicara tentang apa yang dilakukan mahupun apa yang tidak dilakukan.

By the way, that's make me semakin resah gelisah. Hanya Al Quran mampu temani Princess saat ini.
Sekian wassalam.

2 Comments:

shiema sufian said...

hidup dengan berpandukan Al-Quran insyaAllah akan dipandu diri ke jalan yang benar (:

mina said...

sabarlah =)
ya perjuangan itu x mudah tp kita ttp kna wat kan w'pun pahit sbb...

SYURGA itukan manis ^^

 

Copyright by © 2013 Studio Puteri Nabilah