AKIBATNYA BERCINTA MENGIKUT NAFSU SEMATA

Assalammualaikum...
Desas desus berita tersebar, sayu dan sedihnya bila melihat berita tentang anak luar nikah dibuang seperti sampah! Astaghfirullah hal azim...Apalah manusia zaman sekarang, sudah berbuat maksiat, berlaku zalim pula! Bukannya mahu mengelak atau menegah! Bahkan semakin menjadi-jadi. Kasihan melihat anak-anak kecil yang cukup sifatnya itu dibuang seperti sampah? Why? Tidakkah terkesan di minda mahupun di hati untukberfikir, hatta merasa bersalah dengan perlakuan itu? Bila berita tersebar mula merasa jijik! Tapi buat juga! Itulah namanya cinta berlandaskan nafsu dan syaitan semata-mata!

Pembukaan yang begitu tegas dan berjiwa membuatkan Princess merasa ingin utarakan apa yang sedang berlaku dalam negara kita kini. Anak-anak melayu, sudahlah melayu memalukan bangsa! Sudahnya  beragama Islam! Membawa fitnah terhadap Islam wahai sahabatku! Tidakkah kalian malu? Atau kalian sendiri sudah tidak waras untuk berfikir buruk baiknya? Inilah jalan mudah bila terjebak dalam kancah bercinta sehingga membawa kemaksiatan. Sebelum melakukan apa-apa jua tindakan, berfikirlah sahabat-sahabatku. Tidakkah kalian merasa seksanya azab di akhirat kelak? Tidakkah kalian terfikir langsung apa yang akan berlaku di Akhirat kelak? Anak-anak itu jadi saksi saat ketikanya kalian ingin melangkah antara dua pintu: syurga atau neraka? Anak-anak itu saksi kalian nanti.....



Duhai Anak..
tak dapat aku bayangkan..
jika aku yang berada ditempatmu..
terjelepuk hina tak mampu berbuat apa..
yang diamanahkan sebagai pelindungmu telah menghumbanmu..
untuk menutup aibnya..

Duhai Anak.. 
sedihnya realitimu..
sedang manusia keliling tergamam..
dan tak mampu lakukan apa-apa..
duhai anakku.. 
doaku mati mu biar kesyurga..
hidupmu agar tak terus dihina..
kerana statusmu .. 
yang paling pedih..
Ibu mu sendiri tidak pernah mahu padamu..

Duhai Anak.. 
kita punya Allah..
jangan bimbang Ibu mu tak sayang padamu..
kerana Allah tidak pernah..
melupakan kita.. 
Sabarlah sayang..


Insaflah wahai sahabat-sahabatku. Lahirkanlah generasi-generasi kekuatan ummah! Insyaallah anak-anak itu satu anugerah yang tiada nilainya membantu ketika di akhirat kelak. Bukan setakat dah jadi ibu atau ayah sahaja baru nak memikirkan tapi sedari kita remaja, belia dan yang masih bujang ini berfikirlah ke hadapan mendidik anak-anak mengikut acuan Rasulullah S.A.W bukankan begitu manis dan indahnya....

Jadilah pemuda dan pemudi Islam yang memikirkan masalah ummah. Bersedia membantu dan menegur antara satu sama lain dengan cara berhemah bukannya dengan kata-kat nista dan dusta semata. Seperti kata-kata Hassan Al Banna:


Makanya wahai sahabat-sahabatku perjuangan kita belum berakhir, belum juga bermula, maka mulakanlah harimu dengan memikirkan ummah! Umat Islam kini tertindas makanya bersediakah kalian memberi bantuan kepada sahabat-sahabat kita yang lain di bumi Syria dan Palestin? Marilah sama-sama kita perjuangkan agama yang kita sayangi dan kita sanjungi demi Allah dan Rasulullah , Baginda Nabi Muhammad S.A.W, taubatlah dirimu dengan taubat nasuha andai pernah terlanjur bermaksiat......Sesungguhnya Allah Maha Pengampun.


Sampai di sini coretan Princess kali ini sekian wassalam....Ma'al salamah...wa ilal liqa'~

CINTA REMAJA

Assalammualaikum...


Cinta remaja...

Sekian lama cinta disekat
SMS dikirim menggantikan surat
Tibalah masa janji diikat
Terciptalah sejarah di satu tempat
Taman yang indah lagi memikat
Di balik rumpun yang sukar dilihat

Mata bertentang tangan pun berjabat
Dua hati memadu erat
Kasih disulam rindu dirawat
Cinta berganding degupan syahwat
Guruh berdentum hujan pun lebat
Nafas dan nafsu berperang hebat
Tidak tertanggung kasih melarat
Hendak dicanang cinta tersemat

Kini pangkuan semakin rapat
Agungnya cinta tidak bertempat
Tiada diingat Allah dan malaikat
Inikan pula pencegah maksiat
Hilang sudah agama dan adat
Kehendak diri mencalar syariat
Ayah dan bonda dilupa sesaat

Detik berlalu berganti saat
Tubuh yang ramping kini membulat
Tiada lagi t-shirt melekat
Baju yang seksi berganti pelekat
Uda jelita menanggung sarat
Teruna dihubungi tak pernah dapat

Janji dilafaz menjadi jerat
Resah bersulam akalpun tenat
Hilanglah pegangan menggoyahkan syariat
Lalu dibuang penyambung zuriat
Baru terfikir insaf dan taubat
Sayangnya kini sudah terlambat
Takdir tuhan telah tersurat
Saat bertemu di alam akhirat
Bertanyalah Allah soalan yang empat
Adakah hartamu membawa berkat?
Adakah ilmumu menuju manfaat?
Adakah amalmu menjadi rahmat?
Umur mudamu apa kau buat?
Basahkah lidah dengat syahadat

Tika berhimpun bertimbangkan ibadat
Adakah dipilih jalan selamat
Di taman syurga yang harum memikat
Atau neraka di lorong keramat
Berlimpah peluh dan jijik keringat

Wahai sayang sedarlah cepat
Sesungguhnya dunia terlalu singkat
Ayuhlah kita mencari rahmat
Janji Allah segera disemat
Agama tak menghalang cinta sejagat
Kerana itulah nikah disunat
Agar fitrah dibimbing bertempat
Mencari damai beroleh berkat
Diri sekadar memberi nasihat
Kelemahan diri bukanlah azimat
Seandainya terguris hati melarat
Sepuluh jari disusun rapat
Ukhwah terjalin disulam erat
Restu Ilahi sama disemat

sumber: iluvislam

Sekiranya nak ambil gambar di atas untuk dijadikan sebagai dekstop background | cover photo facebook | wallpaper dll silakan sahare, dan LIKE la bagi menyokong hasil poster Princess di sini:  https://www.facebook.com/photo.php?fbid=340612192660898&set=t.1658958888&type=3

Sekian wassalam...

CUKUP-CUKUP SUDAH

Assalammualaikum...
Sekian lama juga Princess jarang untuk menaip pelbagai coretan seharian di sini, disebabkan kesibukan melanda untuk semester kedua, dengan dugaan mendatang dan pelbagai ujian perlu ditempuhi untuk bersabar dan teruskan perjuangan hati ini.



Hati,
bukannya mudah untuk dijaga,
sukar juga untuk terpelihara,
susah juga untuk difahami.
Hati,
ada perasaan dan punya nyawa,
bukan hidup untuk disakiti,
tapi selalu juga disakiti,
terseksa dan terluka,
tapi,
hati tetap sebuah hati bernyawa,
maka teruskan bersabar dan tabah menahannya....

Coretan kali ini tentang hati. Hati yang membawa pelbagai perasaan ada rindu, sayang, sakit, terluka  dan pelbagai penyakit...hahaha....actually sejak akhir-akhir ini terlalu ramai bertanya tentang hati, sudah terisi atau masih kosong? Owh soalan cepu cemas....

By the way, open minded, hati belum bersedia untuk menerima sesiapa lagi, bukan terlalu memilih, mungkin juga sedang menunggu seseorang yang belum pasti, tapi penuh pengharapan dan juga cita-cita. Mungkin keberangkaliannya hanya tipis, tapi juga mungkin menjadi. Hanya mampu menunggu siapa penghuni yang akan beraja di hati ini.

Seorang demi seorang bertanya maka Princess akan cakap belum lagi, dan belum bersedia~lalala..mungkin bila tersingkap sejarah lalu membuat hati berasa takut untuk membukanya. Maafkan sekiranya pernah ditolak atau tersakiti mana-mana hati. Bukan sengaja atau berniat tapi sekadar mampu untuk menjadi seorang teman dan kawan semata tidak selebihnya.

Owh, why I will said about this hahaha, Princess dah cakap awal-awal ini blog personal kih3x..so it's up to me nak bagi pendapat tentang hati :) Maka berhati-hati memilih, bukan main tangkap aje....istikharah jalan utama....


Sekian wassalam...

TANGGUNGJAWABKU BERMULA DI SINI

Assalammualaikum...
Alhamdulillah, hari ini baru terasa ingin meng update sesuatu dalam blog serba biru ini. Apa khabar pembaca setia Princess? Semoga sihat-sihat belake deh...

Hari ini Princess nak menceritakan saat-saat mula menyertakan diri dalam persatuan. Persatuan dalam jurusan yang diambil diberi nama sebagai SISMA (Society of Information System Management). Jawatan dipilih adalah Exco Kerohanian & Exco Multimedia. Alhamdulillah, Allah beri jawatan Exco Kerohanian kepada Princess. Belum pernah lagi sebenarnya menyandang jawatan exco kerohanian, sebab sebelum ni pun ramai lebih prefer Princess dalam bahagian kesenian macam dulu jadi Exco kebersihan& keceriaan, kononnya nak menceriakan asrama laa tapi hampeh juga hahaha....sebab time tu tak ada hati langsung nak jadi tapi kena juga pikul pasal ramai sokong adoiyai~ Tapi, pernahlah juga membantu dalam bahagian surau&kerohanian nie, Insyaallah segala pengalaman yang ada akan dibaktikan dalam persatuan ini untuk menjadikan Islam di hati-hati pelajar-pelajar UiTM Machang Insyaallah.....

Inilah antara calon Part 2 perempuan yang bertanding. Sorry gambar agak blurr sebab bukan gambar Princess snap....tapi adalah seorang hamba Allah nie nak sangat ambilkan gambar hahaha.....Inilah masa kami sebelum ditemuramahkan untuk dicalonkan sebagai MT/EXCO. Memang sangat nervous time nie, tangan jangan cakaplah dah pucat sejuk semacam walaupun bukan ber air cond pown hahaha....

Before menyertai semua perkara-perkara, ada kerja freelance yang Princess buat iaitu menjadi promoter untuk Kelab TAHA Universiti under pak cik Princess sebagai pengurus Tabung Haji Pasir Puteh. So sebagai pelajar Princess promote dengan kawan-kawan je laa Alhamdulillah sambutan hangat juga. Dah laa dapat keychain free, diary book free, and tabung haji free. So untunglah siapa-siapa yang mendaftarkan diri dalam kelab tersebut yer....




Berbalik cerita asal, keesokannya menunggu hari yang mendebarkan hati, Princess sertai pun sebab nak menimba pengalaman dalam melibatkan diri dalam persatuan. Mana tahu suatu hari nanti semua pengalaman dalam persatuan boleh diguna pakai. Makanya tibalah hari-hari yang ditunggu-tunggu tu jom tengok aktiviti kami semasa manifesto, dan keputusan terakhir.




Ouch siapakah yang mengambil gambarku sebegini rupa hahaha...burok betul! Amboi hai kutuk diri sendiri nampak gaya..Yes! Princess seorang yang sangat sempoi sebenarnya. Jangan anggap Princess bertudung labuh, Princess terlalu baik okey....Don't judge by it's cover.....

Inilah manifesto Princess masa nie ramai gelak kalau tak silaplah masa ni Princess memperkenalkan diri dan menyatakan bahawa dalam dunia maya Princess lebih dikenali sebagai Princess Nabilah. 1st time menyertai persatuan dan menyandang jawatan sebagai Exco Kerohanian. Let's see our moments photo time mengundi dan keputusan terakhir:






Maka di sini bermulalah tanggungjawab besar untuk mempelajari dan melakukan segala tugasan diberikan. Thanks to my beloved friends, my housemate, my classmate yang support and sudi mengundi sudi datang dan segalanya lah.....Insyaallah semoga tugas diberi nie adalah suatu amanah yang perlu dipikul untuk melahirkan insan-insan berjaya Amien~
Sekian wassalam....

MEMORI TERINDAH BERSAMA

Assalammualaikum...
Sekian lamanya Princess tak mengadap blog, ishk3x bersarang sudah….Walaupun dah lama tak update blog, tapi ramai juga supporter untuk Princess, traffic cepat betul naik! Sebelum masuk universiti untuk semester 2 lalu, Princess tengok visitor baru je 70 ribu lebih je yang dating, alih-alih, buka akaun aje semakin bertambah bukan setakat visitor follower semakin meningkat, Alhamdulillah semoga mendapat info terbaik hendaknya apa yang Princess pernah seampaikan sebelum nie.

Actually, today Princess terasa rajin sedikit untuk menaip untuk peminat-peminat Princess (eceh!perasan betul!)hahaha….by the way, cerita kali ini Princess nak berkongsi saat suka duka sepanjang Princess di semester ke 2 nie. Banyak sangat memori yang indah-indah belaka, tak tahulah kalau korang semua bosan ke tak kan….

Pada minggu lepas, aktiviti yang tidak terancang bersama rakan serumah dan sekelas iaitu jalan-jalan di pantai-pantai. Ikutkan di Kelantan ada Pesta Air di Pantai Tok bali, tapi kami tiba terlalu awal pada waktu tengahari, so taka pa pun nak dibuat setakat round round je sekeliling pantai bersama kawan-kawan Princess. Then, waktu Zohor@Solat Jumaat dah masuk kami menumpang di rumah seorang kawan di area Besut bagi menghormati sahabat lelaki untuk menunaikan tanggungjawab mereka sebagai seorang hamba Allah. Alhamdulillah. Then, kononnya nak bermain air di Pantai Air Tawar, tapi di pantai tersebut tidak dibenarkan mandi manda. So, kawan Princess cadangkan ke Pantai Bukit Kluang. Akhirnya tiba ke destinasi, kami mula ber picnic. Hanya beberapa orang kawan je yang teringin nak mandi pantai. Yang lain hanya menjadi model tak bertauliah je hahaha….by the way memang best! Suasana pantai memang cool je…even panas, muka pun terasa bahang jugalah. Itulah hari-hari kami merapatkan ukhuwah masing-masing. Tak ramai pun sertai picnic masa tu, just ada 3 lelaki dan 10 perempuan. So, let’s see our moments at Pantai Bukit Kluang (jangan cakap kat Johor je ada nama Kluang..hahaha)










Inilah kenangan kami bersama...
Ukhuwah fillah abadan abada....
Sekian wassalam...
 

Copyright by © 2013 Studio Puteri Nabilah