AKIBATNYA BERCINTA MENGIKUT NAFSU SEMATA

Assalammualaikum...
Desas desus berita tersebar, sayu dan sedihnya bila melihat berita tentang anak luar nikah dibuang seperti sampah! Astaghfirullah hal azim...Apalah manusia zaman sekarang, sudah berbuat maksiat, berlaku zalim pula! Bukannya mahu mengelak atau menegah! Bahkan semakin menjadi-jadi. Kasihan melihat anak-anak kecil yang cukup sifatnya itu dibuang seperti sampah? Why? Tidakkah terkesan di minda mahupun di hati untukberfikir, hatta merasa bersalah dengan perlakuan itu? Bila berita tersebar mula merasa jijik! Tapi buat juga! Itulah namanya cinta berlandaskan nafsu dan syaitan semata-mata!

Pembukaan yang begitu tegas dan berjiwa membuatkan Princess merasa ingin utarakan apa yang sedang berlaku dalam negara kita kini. Anak-anak melayu, sudahlah melayu memalukan bangsa! Sudahnya  beragama Islam! Membawa fitnah terhadap Islam wahai sahabatku! Tidakkah kalian malu? Atau kalian sendiri sudah tidak waras untuk berfikir buruk baiknya? Inilah jalan mudah bila terjebak dalam kancah bercinta sehingga membawa kemaksiatan. Sebelum melakukan apa-apa jua tindakan, berfikirlah sahabat-sahabatku. Tidakkah kalian merasa seksanya azab di akhirat kelak? Tidakkah kalian terfikir langsung apa yang akan berlaku di Akhirat kelak? Anak-anak itu jadi saksi saat ketikanya kalian ingin melangkah antara dua pintu: syurga atau neraka? Anak-anak itu saksi kalian nanti.....



Duhai Anak..
tak dapat aku bayangkan..
jika aku yang berada ditempatmu..
terjelepuk hina tak mampu berbuat apa..
yang diamanahkan sebagai pelindungmu telah menghumbanmu..
untuk menutup aibnya..

Duhai Anak.. 
sedihnya realitimu..
sedang manusia keliling tergamam..
dan tak mampu lakukan apa-apa..
duhai anakku.. 
doaku mati mu biar kesyurga..
hidupmu agar tak terus dihina..
kerana statusmu .. 
yang paling pedih..
Ibu mu sendiri tidak pernah mahu padamu..

Duhai Anak.. 
kita punya Allah..
jangan bimbang Ibu mu tak sayang padamu..
kerana Allah tidak pernah..
melupakan kita.. 
Sabarlah sayang..


Insaflah wahai sahabat-sahabatku. Lahirkanlah generasi-generasi kekuatan ummah! Insyaallah anak-anak itu satu anugerah yang tiada nilainya membantu ketika di akhirat kelak. Bukan setakat dah jadi ibu atau ayah sahaja baru nak memikirkan tapi sedari kita remaja, belia dan yang masih bujang ini berfikirlah ke hadapan mendidik anak-anak mengikut acuan Rasulullah S.A.W bukankan begitu manis dan indahnya....

Jadilah pemuda dan pemudi Islam yang memikirkan masalah ummah. Bersedia membantu dan menegur antara satu sama lain dengan cara berhemah bukannya dengan kata-kat nista dan dusta semata. Seperti kata-kata Hassan Al Banna:


Makanya wahai sahabat-sahabatku perjuangan kita belum berakhir, belum juga bermula, maka mulakanlah harimu dengan memikirkan ummah! Umat Islam kini tertindas makanya bersediakah kalian memberi bantuan kepada sahabat-sahabat kita yang lain di bumi Syria dan Palestin? Marilah sama-sama kita perjuangkan agama yang kita sayangi dan kita sanjungi demi Allah dan Rasulullah , Baginda Nabi Muhammad S.A.W, taubatlah dirimu dengan taubat nasuha andai pernah terlanjur bermaksiat......Sesungguhnya Allah Maha Pengampun.


Sampai di sini coretan Princess kali ini sekian wassalam....Ma'al salamah...wa ilal liqa'~

1 Comments:

Ini Kisah Tia said...

sama2 lah kita mendoakan supaya remaja2 yang bermasalah ini dibukakn pintu hati mereka ..

 

Copyright by © 2013 Studio Puteri Nabilah