CUKUP-CUKUP SUDAH

Assalammualaikum...
Sekian lama juga Princess jarang untuk menaip pelbagai coretan seharian di sini, disebabkan kesibukan melanda untuk semester kedua, dengan dugaan mendatang dan pelbagai ujian perlu ditempuhi untuk bersabar dan teruskan perjuangan hati ini.



Hati,
bukannya mudah untuk dijaga,
sukar juga untuk terpelihara,
susah juga untuk difahami.
Hati,
ada perasaan dan punya nyawa,
bukan hidup untuk disakiti,
tapi selalu juga disakiti,
terseksa dan terluka,
tapi,
hati tetap sebuah hati bernyawa,
maka teruskan bersabar dan tabah menahannya....

Coretan kali ini tentang hati. Hati yang membawa pelbagai perasaan ada rindu, sayang, sakit, terluka  dan pelbagai penyakit...hahaha....actually sejak akhir-akhir ini terlalu ramai bertanya tentang hati, sudah terisi atau masih kosong? Owh soalan cepu cemas....

By the way, open minded, hati belum bersedia untuk menerima sesiapa lagi, bukan terlalu memilih, mungkin juga sedang menunggu seseorang yang belum pasti, tapi penuh pengharapan dan juga cita-cita. Mungkin keberangkaliannya hanya tipis, tapi juga mungkin menjadi. Hanya mampu menunggu siapa penghuni yang akan beraja di hati ini.

Seorang demi seorang bertanya maka Princess akan cakap belum lagi, dan belum bersedia~lalala..mungkin bila tersingkap sejarah lalu membuat hati berasa takut untuk membukanya. Maafkan sekiranya pernah ditolak atau tersakiti mana-mana hati. Bukan sengaja atau berniat tapi sekadar mampu untuk menjadi seorang teman dan kawan semata tidak selebihnya.

Owh, why I will said about this hahaha, Princess dah cakap awal-awal ini blog personal kih3x..so it's up to me nak bagi pendapat tentang hati :) Maka berhati-hati memilih, bukan main tangkap aje....istikharah jalan utama....


Sekian wassalam...

0 Comments:

 

Copyright by © 2013 Studio Puteri Nabilah