TANGGUNGJAWABKU BERMULA DI SINI

Assalammualaikum...
Alhamdulillah, hari ini baru terasa ingin meng update sesuatu dalam blog serba biru ini. Apa khabar pembaca setia Princess? Semoga sihat-sihat belake deh...

Hari ini Princess nak menceritakan saat-saat mula menyertakan diri dalam persatuan. Persatuan dalam jurusan yang diambil diberi nama sebagai SISMA (Society of Information System Management). Jawatan dipilih adalah Exco Kerohanian & Exco Multimedia. Alhamdulillah, Allah beri jawatan Exco Kerohanian kepada Princess. Belum pernah lagi sebenarnya menyandang jawatan exco kerohanian, sebab sebelum ni pun ramai lebih prefer Princess dalam bahagian kesenian macam dulu jadi Exco kebersihan& keceriaan, kononnya nak menceriakan asrama laa tapi hampeh juga hahaha....sebab time tu tak ada hati langsung nak jadi tapi kena juga pikul pasal ramai sokong adoiyai~ Tapi, pernahlah juga membantu dalam bahagian surau&kerohanian nie, Insyaallah segala pengalaman yang ada akan dibaktikan dalam persatuan ini untuk menjadikan Islam di hati-hati pelajar-pelajar UiTM Machang Insyaallah.....

Inilah antara calon Part 2 perempuan yang bertanding. Sorry gambar agak blurr sebab bukan gambar Princess snap....tapi adalah seorang hamba Allah nie nak sangat ambilkan gambar hahaha.....Inilah masa kami sebelum ditemuramahkan untuk dicalonkan sebagai MT/EXCO. Memang sangat nervous time nie, tangan jangan cakaplah dah pucat sejuk semacam walaupun bukan ber air cond pown hahaha....

Before menyertai semua perkara-perkara, ada kerja freelance yang Princess buat iaitu menjadi promoter untuk Kelab TAHA Universiti under pak cik Princess sebagai pengurus Tabung Haji Pasir Puteh. So sebagai pelajar Princess promote dengan kawan-kawan je laa Alhamdulillah sambutan hangat juga. Dah laa dapat keychain free, diary book free, and tabung haji free. So untunglah siapa-siapa yang mendaftarkan diri dalam kelab tersebut yer....




Berbalik cerita asal, keesokannya menunggu hari yang mendebarkan hati, Princess sertai pun sebab nak menimba pengalaman dalam melibatkan diri dalam persatuan. Mana tahu suatu hari nanti semua pengalaman dalam persatuan boleh diguna pakai. Makanya tibalah hari-hari yang ditunggu-tunggu tu jom tengok aktiviti kami semasa manifesto, dan keputusan terakhir.




Ouch siapakah yang mengambil gambarku sebegini rupa hahaha...burok betul! Amboi hai kutuk diri sendiri nampak gaya..Yes! Princess seorang yang sangat sempoi sebenarnya. Jangan anggap Princess bertudung labuh, Princess terlalu baik okey....Don't judge by it's cover.....

Inilah manifesto Princess masa nie ramai gelak kalau tak silaplah masa ni Princess memperkenalkan diri dan menyatakan bahawa dalam dunia maya Princess lebih dikenali sebagai Princess Nabilah. 1st time menyertai persatuan dan menyandang jawatan sebagai Exco Kerohanian. Let's see our moments photo time mengundi dan keputusan terakhir:






Maka di sini bermulalah tanggungjawab besar untuk mempelajari dan melakukan segala tugasan diberikan. Thanks to my beloved friends, my housemate, my classmate yang support and sudi mengundi sudi datang dan segalanya lah.....Insyaallah semoga tugas diberi nie adalah suatu amanah yang perlu dipikul untuk melahirkan insan-insan berjaya Amien~
Sekian wassalam....

0 Comments:

 

Copyright by © 2013 Studio Puteri Nabilah