AKU MENCINTAIMU DALAM DIAM

Assalammualaikum..



Coretan kali ini berkisarkan tentang cinta. Cinta tidak dapat lari dalam kehidupan sebagai manusia. Cinta hadir untuk diberikan kepada yang benar-benar berjaya merebut tentang cinta. Sebelum ini pun Princess pernah berkongsi cerita tentang pengalaman bercinta sebelum bernikah. Ya, banyak sebenarnya kemaksiatan berlaku jika bercinta bukan berlandaskan ajaran Islam sebenar, sukar dinafikan cinta hanya suka-suka ataupun terlalu dan mudah percaya pada cinta sebelum nikah boleh menyebabkan banyak perkara kita lalai dan cuai dalam melakukan ibadah hatta mengingati Allah sekalipun. Alhamdulillah, dua kali pengalaman dalam bercinta dengan insan yang salah sebelum bernikah mengajar Princess erti dan makna sebenar bercinta cara Islam sebenar bagaimana. Mungkin zaman percintaan yang lalu memberi laluan dan pengajaran dalam hidup Princess. By the way, walaupun kita meletakkan prinsip tertinggi sekalipun tidak mahu bercinta atau jatuh hati sebelum bernikah sangat sukar untuk dilaksanakan. Kerana dalam hati-hati kita sememangnya akan ada perasaan bercinta even pernah trauma atau fobia sekalipun dalam bercinta.

Cinta mengajar erti kesabaran dan erti kehidupan sebenar. Maka, Princess mengambil prinsip buka hati ini untuk semua cinta tapi bercinta hanya diri sendiri tahu perasaan itu dan memendamnya dalam diam. Kerana terlalu takut dengan harapan yang belum pasti, oleh itu prinsip Princess sekarang adalah mencintai seseorang itu secara diam. Tapi, ianya juga terlalu sukar bila merindui orang yang kita sukai itu. Sebelum ini  sudah acap kali juga bermusyarah dengan ibu dan ayah. Ibu sendiri berkata bersabarlah, inginkan dia jadikan diri kita ini sebaik-baiknya seperti si dia, semoga hatinya untuk kita, Ayah dan ibu sangat sporting bila berbicara tentang jodoh dan cinta. Princess merasakan amat bertuah mempunyai mereka sebagai tempat Princess bercerita tentang perkara yang bagi orang sangat privasi. Ibu dan ayah kenal siapa pemuda yang berjaya menawan hati ini, tapi mereka hanya mampu memberi sokongan dan doa sebagai jalan permudah jodoh Princess. Mereka tidak kisah siapa pilihan Princess, mereka hanya mampu doakan yang terbaik.

CUKUPLAH AKU MENCINTAI DIRINYA DALAM DIAM ♥

Kalau kita sukakan seseorang,
jangan beritahu si dia.
Nanti Allah kurangkan rasa cinta padanya
Tapi luahkan pada Allah,
beritahulah Allah.
Allah Maha mengetahui siapa jodoh kita ..

Cintai Dia Dalam Diam,
Dari Kejauhan Dengan Kesederhanaan & Keikhlasan

Jika benar cinta itu kerana ALLAH maka biarkanlah ia mengalir mengikut aliran ALLAH kerana hakikatnya ia berhulu dari ALLAH maka ia pun berhilir hanya kepada ALLAH:

"Dan segala sesuatu Kami ciptakan berpasang-pasangan supaya kamu mengingat kebesaran ALLAH."
(Adz Dzariyat : 49)

Tetapi jika kelemahan masih nyata dipelupuk mata maka bersabarlah, berdoalah & berpuasalah:

"Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji.
Dan suatu jalan yang buruk."
(Al Israa' : 32 )
Ketika kau mendambakan sebuah cinta sejati yang tak kunjung datang,
Allah SWT mempunyai Cinta dan Kasih yang lebih besar dari segalanya & Dia telah menciptakan sseorang yang akan menjadi pasangan hidupmu kelak.
Ketika kau merasa bahawa kau mencintai seseorang,
namun kau tahu cintamu tak terbalas
Allah SWT tahu apa yang ada di depanmu & Dia sedang mempersiapkan segala yang terbaik untukmu

Cukup cintai dalam diam
bukan kerana membenci hadirnya
tetapi menjaga kesuciannya
bukan kerana menghindari dunia
tetapi meraih syurga-NYA
bukan kerana lemah untuk menghadapinya
tetapi menguatkan jiwa dari godaan syaitan yang begitu halus & menyelusup

Cukup cintai dari kejauhan
kerana hadirmu tiada kan mampu menjauhkan dari ujian
kerana hadirmu hanya akan menggoyahkan iman dan ketenangan
kerana mungkin membawa kelalaian hati-hati yang terjaga

Cukup cintai dengan kesederhanaan
Memupuknya hanya akan menambah penderitaan
menumbuhkan harapan hanya akan membumbui kebahagiaan para syaitan

Cintailah dengan keikhlasan
Kerana tentu kisah Fatimah dan Ali Bin Abi Talib diingini oleh hati
tetapi sanggupkah jika semua berakhir seperti sejarah cinta Salman Al Farisi..??:

".. boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu.
ALLAH mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui."
(Al Baqarah : 216 )

Jangan memberi harapan pada yang belum pasti,
kelak ada insan yang bakal dilukai,
Jangan menaruh harapan pada yang belum tentu dimiliki,
nanti hati yang kecewa sendiri.
Sebaliknya,
gantunglah segenap pengharapanmu kepada Yang Maha Memberi,
nescaya dirimu tak sesekali dizalimi,
kerana Dia mendengar pengharapanmu setiap kali & Dia menunaikannya dgn cara-Nya yang tersendiri

Cukup cintai dalam diam dari kejauhan dengan kesederhaan & keikhlasan
Kerana tiada yang tahu rencana Tuhan
mungkin saja rasa ini ujian yang akan melapuk atau membeku dengan perlahan

Kerana hati ini begitu mudah untuk dibolak-balikkan
serahkan rasa itu pada Yang Memberi dan Memilikinya
biarkan DIA yang mengatur semuanya hingga keindahan itu datang pada waktunya:

"Barangsiapa yang menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatan dirinya akan terjaga."
(Umar Bin Khattab ra)

If you really love her, you won’t touch her.
Not even the slightest bit.
You’ll protect her dignity and sacredness as a muslimah.
Just hold her in your heart for a few more years ..
then you can do it the halal way

“Sesiapa sahaja yang memberi kerana Allah, menolak kerana Allah, mencintai kerana Allah,membenci kerana Allah & menikah kerana Allah, maka bererti ia telah sempurna imannya.”
(HR. Al-Hakim)

Sesungguhnya aku mencintaimu kerana agama yang ada pada dirimu. Biarlah diamku seribu bahasa ini memberi kesempatan untukku berubah untuk menjadi terbaik di sisimu. Kerana dirimu 1 dalam 1000 lelaki pemuda Islam  yang ku cari. Bukan mudah untuk menjaga hati ini untuk merindui dirimu. Kerana terlalu sukar menghilangkan segala pesanan dan kata bicaramu. Kerana ianya terlalu berharga untukku praktikan dalam kehidupan mendatang. Aku bukan mujahidah yang kau cari kerana aku wanita yang mahukan bimbingan dari bakal imamku dan kerana aku ingin menjadi makmummu sampai ke syurga firdausi. Sungguh aku merinduimu dalam diam. Hanya Allah sahaja mengetahui apa yang tersirat dalam hatiku merindui dirimu.

Sekiwan wassalam.

3 Comments:

Cik Penguin_Solehah said...

teringat lagu di hati ini hanya tuhan yang tahu.. Ya,sama2 lah kita menjaga hati ini=)

Shiema Sufian said...

really nice entry. Cari cinta Pemilik CInta sebelum mencari cinta manusia

mira mohd noor said...

Says suka baca entri ni... Cinta yg sebegini lebih nikmat drp cinta yg berlandaskan hawa nafsu. Sesungguhnya Allah lebih mengetahui apa yg terbaik untuk hambanya.

 

Copyright by © 2013 Studio Puteri Nabilah