BERSIH 3.0?

Assalammualaikum..



Kali ini Princess nak mengutarakan pendapat Princess tentang BERSIH 3.0, banyak sudah desas desus pasal isu ini dalam alam maya. Sama ada di Facebook mahupun di Blog dan website. Princess tak menyebelahi mana-mana pihak sebabnya setiap pihak ada kelebihan dan kekurangan sendiri sebabnya mereka semua bukanlah nabi, mereka manusia biasa, sedangkan nabi yang dijanjikan syurga itu juga tidak sempurna apatah kita yang banyak kekurangan dan lompang dalam ibadah.

"Bersih" ini bertujuan untuk perjuangan dari segi keadilan dan hak rakyat untuk bersuara dengan ketidak puas hati mereka terhadap apa yang terjadi dalam kehidupan sebagai rakyat Malaysia. Mereka berhak bersuara sebagai tuntutan hak asasi sebagai manusia. By the way, Princess bukanlah nak berhujah sangat pasal bersih ni.

Bagi Princess, mana-mana pihak yang dilantik oleh rakyat adalah berdasarkan kewibawaannya dalam memegang amanah sebagai seorang pemerintah negara. Islam sendiri mengajar umatnya dalam cara-cara memilih seorang pemimpin. Semestinya seorang lelaki yang beragama ISLAM. Ya, itulah yang pertama dalam ciri-ciri memilih seorang pemimpin umat dan negara.

Princess kurang berkenan dengan prinsip politik sekarang sebabnya ramai di kalangan pemimpin tidak faham apa beza politik dengan agama. Ya Allah, sedangkan banyak sudah kejadian umat Islam ditindas oleh orang-orang kafir yahudi laknatullah itu. Masih butakah kalian? Sedangkan dalam Al Quran sudah tercatat pelbagai sejarah tentang umat ISLAM akhir zaman, Tidak takutkah kalian? Ini adalah salah satu propaganda menghancurkan negara Islam! Cuba kalian fikir, masih aman lagikah Malaysia seandainya umat ISLAM sanggup berbalah sesama sendiri hanya kerana perbezaan politik? Betapa bodoh orang yang berfikir secara obses tentang politik sehinggakan memperjudikan agama ISLAM sendiri. Tidak nampakkah kalian apa yang sedang berlaku di negara-negara Islam di luar sana? Umat Islam kita terseksa, di bom sana sini, dirogol, dibunuh, disembelih dan dipancung sesuka hati sebabnya kenapa? Sebabnya perbalahan berlaku akibat tiadanya ukhuwah sesama saudara seISLAM!

Kalian masih ingat atau tidak bagaimana kisahnya Zaman Turki Uthmaniyah dulu jatuh di bawah pihak yahudi laknatullah? Atau kisah bagaiman Palestin jatuh juga dalam tangan yahudi laknatullah? Sekarang Syria pula...Tidakkah kalian berfikir panjang lagi? Fikirkanlah...

Princess tak menyokong mana-mana pihak. Bagi Princess asalkan pemimpin itu bukanlah kafir laknatullah! Islam mesti berdiri teguh! Cuba bayangkan Islam kita semakin mundur sekarang ni semata-mata tidak berfikir panjang dan tidak bersatu! Entahlah kadang-kadang tu rasa penat juga menjadi pendengar dan penadah berita-berita yang tak pasti, ada juga kata-kata dusta dan cacian, penat mendengar semuanya palsu belaka, penat mendengar berita pergaduhan sesama Islam. Princess tak tahu, kadang-kadang Princess akan bertanya pada diri sendiri, ada lagikah umat ISLAM sebenar? Sungguh dunia akhir zaman sangat mencabar, sampaikan duduk serumah dengan kawan-kawan juga buat perbincangan tentang ISLAM, bagaimana anak-anak kami akan datang? Rasa takut menerjah dalam jiwa, takut sebab akan datang lagi mencabar dunia anak-anak. Tiada lagi dunia yang aman. Tiada lagi Islam yang teguh. Takut anak-anak akan datang lebih terpesong sedangkan melihat anak-anak yang ada dalam era kini pun, kecil-kecil kagi sudah berani membuat fitnah dan dusta, sanggup berkurang ajar terhadap ibu bapa, guru-guru dan juga orang tua. Ada lagikah generasi ulama' akan datang?

Banyak perkara terlintas di fikiran, Islam itu akan tetap wujud sampai bila-bila sebab Allah sudah tetapkan Islam tidak akan hilang di buminya. Semua itu milik Allah. Tapi, hati-hati umat-umatnya bagaimana? Tengoklah sekarang, ada ustazah pun bila masuk politik tudung semakin singkat, seperti tidak pernah tahu pula Al Quran dan hadis banyak berbicara tentang aurat. Pasal hukum juga lagi-lagi hukum hudud yang hangat diperkatakan, sedangkan dalam Al Quran itu sendiri tertera sudah hukumnya, ada juga nak membantah! Awak tu siapa? Badan awak itu milik siapa? Allah bukan? Kenapa nak bantah hukum Allah? Gara-gara politik sanggup ketepikan agama ISLAM itu sendiri, kadang-kadang tu rasa malu ada juga ustazah hanya gelaran tapi apa yang dipelajari semuanya hilang entah ke mana. Malu dan sedih rasanya.

Princess walaupun hanyalah seorang pelajar yang baru nak melangkah, tapi banyak benda yang Princess fikirkan ke hadapan sejak usia mencecah 20-an. Sebabnya tak lama lagi pun Princess dah kena daftar pula jadi pengundi. Hurmmm, itu tanggungjawab sebagai rakyat memilih pemimpin masa depan Islam , negara dan bangsa!

Ini sahaja coretan Princess, tak banyak nak ulas pasal bersih 3.0 sebabnya tak mahu ulas spekulasi dari pembacaan sahaja takut menjadi suatu fitnah pula, tapi lebih kepada pendapat untuk agama Islam dan bangsa, kerana Islam itu tunjang negara menjadi aman dan rakyat bersatu di bawah agama Islam dan bangsa Melayu. Sebab ada seorang lecturer Princess cakap kalau kaum Cina boleh balik negara China, kalau kaum India mereka ada negara India, tapi kalau kaum Melayu ada ke negara Melayu? Maka, tanah ini hak kita..tapi beringat juga semuanya milik Allah belaka. Pertahankan harta nenek moyang sememangnya tapi gunakan cara yang bijak. Sesiapa yang menjadi pemimpin berfikirlah tugas anda dan amanah anda untuk Islam dan Melayu. Tak kira sesiapa pun asalkan bukan orang yahudi ke kafir laknatullah jadi pemimpin habis negara Malaysia nanti jadi seperti Palestin dan Syria umat Islam ditindas! Ingatlah wahai sahabat-sahabat yang membaca....

Ini pendapat Princess, apa pula pendapat yang lain? Nak baca pendapat orang lain? Jom klik laman mereka...memang menarik , profesional dan rasional:

  1. http://muntahpelangi.blogspot.com/2012/04/pendapat-dan-pandangan-hilal-asyraf.html
  2. http://www.szlihin.com/2012/04/debat-bersih-30-faq.html
Sekian wassalam, Jihad Islam di hati-hati kalian, bangkitkan diri untuk negara dan bangsa tercinta!

7 Comments:

eddy said...

Pemimpin mesti ISLAM dan memahami apa itu ISLAM. sekiranya ISLAM pada nama, ianya tidak membawa apa2 erti.
Undilah PAS or berbaik2 dgn org yang betul2 faham landasan perjuangan PAS. then insyaAllah, kamu tau kenapa seharusnya kamu undi PAS. cewahhh... hahahahaha

am_93 said...

cuma tertarik dgn ptongan pnulisan ni..

"sedangkan nabi yang dijanjikan syurga itu juga tidak sempurna apatah kita yang banyak kekurangan dan lompang dalam ibadah.."

nabi SAW sememangnya insan yg sempurna,kamil,maksum,tiada penafian ats kesempurnaannya..

anyway,nice share kak :)

am_93 said...

sekadar trtarik dgn ptongan penulisan ni..:

"sedangkan nabi yang dijanjikan syurga itu juga tidak sempurna apatah kita yang banyak kekurangan dan lompang dalam ibadah.."

Nabi SAW sememangnya satu2nya insan yg sempurna,kamil,maksum ats dunia ni..tiada penafian atas kesempurnaannya..

anyway,nice share kak :)

am_93 said...

sekadar trtarik dgn potongan penulisan ni:

"sedangkan nabi yang dijanjikan syurga itu juga tidak sempurna apatah kita yang banyak kekurangan dan lompang dalam ibadah.."

Nabi SAW sememangnya satu2nya insan yg sempurna,kamil dan maksum atas dunia ni..tiada penafian atas kesempurnaannya..

anyway,nice share kak.. :)

am_93 said...

sekadar trtarik dgn potongan penulisan ni:

"sedangkan nabi yang dijanjikan syurga itu juga tidak sempurna apatah kita yang banyak kekurangan dan lompang dalam ibadah.."

Nabi SAW sememangnya satu2nya insan yg sempurna,kamil dan maksum atas dunia ni..tiada penafian atas kesempurnaannya..

anyway,nice share kak.. =)

am_93 said...

sekadar trtarik dgn potongan penulisan ni:

"sedangkan nabi yang dijanjikan syurga itu juga tidak sempurna apatah kita yang banyak kekurangan dan lompang dalam ibadah.."

Nabi SAW sememangnya satu2nya insan yg sempurna,kamil dan maksum atas dunia ni..tiada penafian atas kesempurnaannya..

anyway,nice share kak.. :)

am_93 said...

sekadar trtarik dgn potongan penulisan ni:

"sedangkan nabi yang dijanjikan syurga itu juga tidak sempurna apatah kita yang banyak kekurangan dan lompang dalam ibadah.."

Nabi SAW sememangnya satu2nya insan yg sempurna,kamil dan maksum atas dunia ni..tiada penafian atas kesempurnaannya..

anyway,nice share kak.. :)

 

Copyright by © 2013 Studio Puteri Nabilah