DUNIAKU HANYA SEMENTARA

Assalammualaikum...
Alhamdulillah bertemu kembali buat sahabat-sahabat Princess yang sudi singgah dan membaca segala isi dalam blog ini. Syukur Alhamdulillah sekali lagi Allah masih memberi udara untuk Princess untuk terus menghirup dan berjumpa di alam maya dengan kalian semua.



Hidup ini ada pasang surutnya. Ada bolak baliknya. Ada juga sedih tawanya. Ada saat sukar dan senangnya. Itulah namanya sebuah kehidupan kita sebagai manusia dan juga tugas kita sebagai seorang khalifah Islam di muka bumi ini. Kehidupan yang sementara inilah perlunya kita sedari dari saat kita belia lagi. Ajal dan maut itu bukan sekadar datang pabila meningkat ke alam tua. Entahkan sampai atau tidak itulah perjanjian kita dengan Allah semasa dalam kandungan ibu lagi. Tapi, kita tidak ingat, masakan boleh ingat sedangkan kita bukanlah manusia luar biasa. Maka dari situlah perlunya kita sedari sebagai manusia bisasa, sebagai seorang hamba perlu menginsafi setiap kesilapan dalam setiap detik jantung kita berdegup. Sebab itulah Islam mengajar umatnya sentiasa untuk berzikir.

Dalam waktu pagi sebegini, sunyi sepi buat rasa hati ini selalu bermuhasabah. Apa yang kita telah lakukan pada hari ini? Persoalan demi persoalan akan timbul di benak minda kita. Adakah kita terguris hati sesiapa? Pernah ke kita sakiti hati sesiapa? Maka, sebelum masuk ke dalam dunia lain maafkan segala kesalahan orang lain semoga orang yang terasa hati pada kita itu jua akan mudah memaafkan kesilapan lalu kita.

Dunia dan kehidupan ini ibarat roda, sekejap ada di atas, sekejap pula berada di bawah. Tidak semua kehidupan dilalui itu indah belaka. Kerana Allah telah menjanjikan sesuatu yang indah buat hamba-hambanya yang sabar dan tabah melalui segala onak dan duri, segala liku-liku dan luka-luka dalam kehidupan. Allah sayang hamba-hambanya dengan cara menyedarkan kita secara diam-diam. Kadangkala Allah tak beri apa yang kita minta, tapi Allah bagi apa yang kita perlu. Ianya adalah salah satu usaha yang perlu kita capai untuk kita miliki dalam kehidupan kita. Contohnya, kejayaan akademik, jodoh dan segalanya kita perlu berusaha dengan cara fikir jalannya, dan bertawakal. Kerana Allah itu Maha Adil dan Maha Pengasih.

Coretan kali ini Princess bukanlah nak bercerita atau memberi pendapat. Tapi sekadar mengisi kekosongan di hati untuk berkongsi bersama kalian semua. Rindunya Princess dengan dunia islamik. Bukan nak membandingkan. Kadang-kadang Princess merasa tidak terlalu kuat untuk menghadapi dunia yang penuh fitnah dan juga cubaan yang membuat hati ini kadang-kadang mudah terpesong. Princess hari-hari berdoa: "Ya Allah, aku hambamu yang sangat lemah, aku tidak mampu untuk mengajak yang lain menuruti perintahmu yang wajib, sedangkan aku pula yang merasa pentingkan diri sendiri untuk mengejar kebaikan tanpa mengajak yang lain, Ya Allah aku merasa begitu kerdil di hadapan mereka semua kerana aku tak mampu untuk menjadikan diriku sebagai idola mereka dalam mengisi kekosongan di ahti mengenal Islam, Ya Allah aku mampu menegur dalam hati dan bukakanlah hati-hati mereka menuju ke jalanMu yang sungguh Indah iaitu syurga firdausi."

Inilah satu ujian perlu Princess lalui, Alhamdulillah Allah terima doaku dengan membuka sedikit demi sedikit hati dan minda mereka untuk mendekati Islam secara perlahan-perlahan. Princess tersenyum saat ada yang sudi bersama memperjuangkan Islam. Teringat zaman di alam persekolah di SMKA Segamat. Masa itu fikiran tak berapa nak matang sangat, jadinya banyak perkara yang tak pernah terlintas di fikiran akan berlaku dalam kehidupan Princess saat ini. Rindunya tautan hati bersama adik-adik di bumi tarbiya itu. Semoga Princess dapat jumpa sahabiah-sahabiah dari SMKA Segamat di UiTM Machang ni lagi....

Sekian wassalam....Ukhuwah ku bersama kalian sampai ke syurga....
Sayang kalian kerana Allah..

0 Comments:

 

Copyright by © 2013 Studio Puteri Nabilah