MEMBACA SUMBER UTAMA ISLAM UNTUK BANGKIT KEMBALI

Assalammualaikum...
Membaca adalah faktor utama dalam mengetahui sesuatu perkara secara mendalam dan memahami apa yang terkandung dalam isiannya. Faktor utama umat Islam semakin mundur kini adalah sikap malas dalam pelbagai segi terutamanya dalam membaca. Di Malaysia, stastistik pembacaan di kalangan rakayat adalah 2 buah buku sahaja dalam jangka masa setahun! Aktiviti membaca di kalangan umat Islam kurang komitmen berbanding dengan rakyat dari negara Timur, Jepun. Sebagaimana mereka menjadikan aktiviti membaca di mana-mana adalah suatu perkara wajib. Sampaikan kereta api mereka juga mempunyai rak buku tersendiri.

Perkara utama yang ingin disampaikan oleh Princess adalah mengenai salah seorang kaum Yahudi Israel pernah mengatakan sendiri bahawasanya umat Islam ini kelemahannya adalah sifat malas. Siapakah dia? Dia adalah Moshe Dayan. Mengenai Moshe Dayan ini Princess hanya mengulaskan apa yang Princess dapat ilmu dari akak usrah. Pelbagai cerita dan juga perkara yang kita tidak tahu rahsianya, kita boleh dapat melalui aktiviti bersama-sama orang-orang yang ingin ilmu Islam secara mendalam. Bukankan nabi juga menyuruh umatnya carilah ilmu sehingga ke liang lahad dan ada juga hadis lain mengatakan carilah ilmu sampai ke negeri China.

Moshe Dayan. Siapakah dia? Dia merupakan salah seorang menteri Israel Yahudi laknatullah! Profile mengenai Moshe Dayan [ about him ]


Mengenai Moshe Dayan ini adalah dia merupakan ketua bagi sebuah peperangan terhadap negara Islam suatu masa dahulu. Segala strategi peperangan kebiasaanya adalah maklumat rahsia negara yang biasanya tidak akan disebarkan secara sebegitu sahaja. Walaubagaimanapun, Moshe Dayan telah membuat satu berita di dalam akhbar Israel mengenai rancangan peperangannya terhadap umat Islam. Tapi, umat Islam pada masa itu masih tidak mengendahkan perkara yang telah diwar-warkan oleh Moshe Dayan kerana kurangnya membaca di kalangan umat Islam pada masa itu. Pelbagai kisah dari sejarah mengenai peperangan yang dijaga di bawah Moshe Dayan iaitu peperangan selama 6 hari, ingin mengetahui sejarah lebih lanjut sila klik laman ini: http://id.wikipedia.org/wiki/Perang_Enam_Hari |

http://sejarahperang.com/category/perang-arab-israel/perang-enam-hari/ |

Ada lagi kisah yang meyayat hati umat Islam adalah pada masa itu umat Islam diseksa dengan pelbagai cara antaranya dari satu kisah:

MASJID DAHMASH

11 Julai 1948: Selepas Batalion ke-89 Komando Israel yang diketuai oleh Moshe Dayan menduduki Lydda, pihak Israel telah mengumumkan kepada orang-orang Islam melalui pembesar suara bahawa sekiranya mereka pergi ke sebuah masjid, mereka akan selamat. Sebagai membalas dendam atas satu serangan bom tangan yang membunuh beberapa orang askar Israel, 80-100 orang Islam telah dibunuh di dalam masjid tersebut. Tubuh mereka ditinggalkan bergelimpangan dan reput selama 10 hari. Masjid tersebut masjid berdiri tetapi ditinggalkan sehingga kini.

Pembunuhan ini menyebabkan penduduk di Lydda dan Ramle ketajutan dan panik. Mereka kemudian dihalau keluar dari bandar-bandar ini setelah segala barangan milik mereka diambil oleh askar-askar Israel. Brigadier Komander ketika itu, Yitzhak Rabin berkata," Tiada cara lain kecuali dengan kekerasan dan tembakan amaran untuk memaksa mereka berjalan 10-15 batu ke tempat mereka bertemu tentera." Kebanyakan dari 60,000 penduduk Lydda dan Ramle melarikan diri ke kem pelarian berhampiran Ramallah. Kira-kira 350 orang mati dalam berjalanan akibat kekeringan dan strok kepanasan. Ramai yang terselamat dengan meminum air kencing mereka sendiri. Keadaan di kem pelarian itu menyebabkan banyak kematian lagi.


 SUMBERhttp://aminilhusaini.blogspot.com/

KITA MALAS MEMBACA?

Suatu ketika dahulu Moshe Dayan (bekas Menteri Luar Israel), menyatakan secara terbuka cita-cita dan keinginan negaranya.(membina Israel Raya dari Nil ke Furat).

Dia mendapat serangan dan kecaman dari bangsanya, kerana mereka khuatir pernyataanya itu dibaca oleh bangsa Arab (umat Islam) dan rencana jahatnya diketahui. Namun dengan tenang ia menjawab serangan kaumnya, katanya: “Tenanglah, pecayalah padaku, bangsa Arab (dan juga Melayu – penterjemah) tidak akan membacanya, kerana mereka tidak suka dan malas membaca”.

Inilah kenyataan pahit yang dimiliki suatu umat yang ayat pertama dalam kitab yang diturunkan kepadanya memerintahkan; “Iqra” (bacalah).

Ternyata mereka malas dan tidak suka membaca. Kalaupun membaca, mereka tidak pandai memahami, kalaupun memahami, mereka tidak bersungguh-sungguh dalam melaksanakannya.

(Dr. Yusof Qaradawi)
dipetik dari siniSUMBER: http://pasembor2u.wordpress.com/2010/02/15/kita-malas-membaca/ | http://muntalaq.wordpress.com/2007/06/


Wahai Pemuda-pemudi Islam, bangunlah dari tidurmu.
Lupakan senyuman manis musuh-musuh ini.
Tinggalkan candu-candu mereka.
Jauhi adat, pakaian dan resam mereka.
Perangi kekejaman mereka.
Pertahankan Ummah ini.
Moga Ummah ini, beroleh kemenangan.
Moga kau, menjadi pilihan Allah,
untuk penghormatan yang abadi,
sebagai syuhada'.

Kata-kata petikan dari Moshe Dayan yang telah menyingkap kelemahan Islam sebenar adalam malas membaca:

"Kalaupun disiarkan, mereka tidak membaca,
 Kalaupun membaca, mereka tidak memahami / mempeduli,
 Kalaupun peduli, mereka tidak bersungguh-sungguh,
 Kalaupun bersungguh-sungguh merek tidak bersatu!"

Inilah salah seorang menteri Israel yang baru sahaja Princess tahu mengenai kewujudannya dalam memporak- perandakan Islam pada masa itu untuk mendapatkan Palestin. Sebagai umat Islam belajar sesuatu perkara itu dari Sejarah, kebanyakannya di kalangan kita kurang berminat mempelajari sejarah Islam apatah lagi dunia. Ya, ramai mengatakan Sejarah itu mengantukkan sejujurnya Princess juga pernah  merasakan begitu, tetapi bila belajar sejarah masa tingkatan 6 dulu, banyak perkara yang tidak diketahui Princess ingin mengetahui dan mengorek rahsia lagi mendalam. Dari situ Princess merasakan best nya sejarah! By the way, belajarlah dari sejarah, kerana sejarah pelbagai perkara itu berulang dan ulang kembali. Jom tengok video di bawah:

PART 1:




Sekian wassalam, semoga kalian dapat apa yang ingin Princess sampaikan. Insyaallah jumpa lagi~

0 Comments:

 

Copyright by © 2013 Studio Puteri Nabilah